Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

" Sayang, bangun subuh. "

Suara garau yang menyapa telinganya itu mampu buat dia tersenyum setiap masa tetapi sekarang dia sangat penat dan dia hanya mahu mengabaikan suara itu. " Sayang, bangun jom. Subuh berjemaah, solat sunat sekali. " Cuba dia buka seluas mungkin matanya tapi dia gagal. Dia terlampau penat. " Abang dah kejut elok-elok eh, sayang yang paksa abang guna cara ni. "

Dia berkerut seketika sebelum merasa badannya berada diawang-awangan. Terbeliak matanya apabila melihat dia sedang diangkat oleh suaminya itu. " Please, turunkan saya sekarang. I can walk, I can walk. Ya Allah. " Sedaya upaya dia cuba melepaskan dirinya tetapi malangnya suaminya itu terlalu kuat. Dia tak kesah diangkat tapi dia malu. Dia sangat pasti wajahnya sedang memerah sekarang ni.

" Awak ambil wuduk, kita solat sunat dulu. Lepastu kita turun bawah untuk solat subuh berjemaah. "

Lama Ellyna berdiam diri sebelum dia mengangguk kecil. Selalunya memang dia akan tidur sampai pukul 8 pagi dan terus pergi kerja. Tapi sekarang baru jam 4 pagi dan dia disuruh bangun. Benar-benar bukan rutin harian. Nilah jadinya bila dah lama sangat tinggalkan solat dan memandang remeh soal agama. Tiang agama pun goyah. " Sayang, jangan tidur dalam tu pula. "

" Taklah, sekejaplah. " Perubahan yang mendadak begini buatkan dia terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro