7- Extra Affectionate
KERETA diberhentikan betul-betul di hadapan pagar rumah sewa Daneen. Kalini yang memandu ialah Daim sendiri dan bukannya Hyder. Bukan apa, nak suruh dah Hyder yang hantarkan tadi... Tapi mamat tu sibuk nak pergi pick up Mak Milah. Maka perlulah Daim memandu sendiri. Jarang-jarang berlaku ni ya.
Daneen keluar daripada tempat duduk penumpang di bahagian hadapan itu dan berjalan mendekati pagar rumahnya. Tangannya menyeluk ke dalam beg tangan kecilnya itu untuk mencari kunci pagar. Apabila sudah dijumpai, dia membuka mangga yang mengunci pagar itu. Selak besi bersaiz besar itu ditolak lalu langkahnya diatur ke bahagian 'dalam' halaman rumah itu.
Belum sempat Daneen nak mengunci semula pagar besi itu, Daim keluar daripada keretanya dan menghampiri tempat berdirinya figura Daneen. Tepatnya berhadapan dengan Daneen. Hanya dipisahkan dengan pagar besi itu.
Serta-merta ingatan Daneen tentang memori dahulu menerjah minda. Begini lah perlakuan Daim setiap kali menghantarnya pulang setiap kali selepas dating di waktu mereka masih bersama dulu.
"Daneen".
"Hm?".
"Bacakan jadual aku untuk esok". Pinta Daim secara tiba-tiba.
"Sekarang?". Keliru benar Daneen dibuatnya. Dia macam, 'bukan harini hari cuti ke?'.
Daim menjatuhkan kepalanya sekali.
"Ehem ehem". Telefon yang ada di tangan ditekan butang 'on' nya sebelum jarinya menari-nari di atas skrin objek berbentuk segi empat itu untuk mencari fail tempat penyimpanan segala jadual Daim. Simpan dalam telefon atas sebab kalau berlaku kecemasan jika dia terlupa membawa iPadnya. Tak sangka pula 'kecemasan' itu pada hari ini. Hari cuti dia!
"Esok pukul 10 pagi kau ada meeting dengan wakil daripada Esther Holdings. Pukul satu petang ada lunch dengan wakil daripada Esther Holdings jugak dan dekat sini kau suruh aku tambah notes special which is 'Daneen must come along'...". Tersenyum sendiri Daim ketika Daneen membacakan extra notes itu.
"... Lepastu lepas habis lunch tu sampai pukul lima petang takde apa-apa, kau boleh balik dah. Tapi pukul 8.30 minit malam ada acara yang kau kena attend which is Potret and Sketches Bidding di Hotel Luxurious and Deer. Yang ni takde extra notes. Acara tu habis dalam pukul 11.30 macam tu. Itu sahaja Tuan Daim. Ada apa-apa yang kau nak suruh aku tambah?". Tanya Daneen buat kali terakhir sebelum dia menekan butang 'off' telefonnya.
" Add extra notes on the event". Arah Daim selamba.
"Okay. What is it?". Tangan Daneen sudah bersiap sedia untuk menaip.
"Daneen must come along".
"Okay.. WAIT WHAT?! I don't wanna go". Bantah Daneen dengan laju.
"Why not?".
"Kau tahu aku tak pernah suka pun ikut kau pergi event macam ni kan? Aku dah pernah bagitahu kau banyak kali yang aku tak suka. Kau tak faham-faham lagi ke?". Sedikit sahaja lagi amarah Daneen ingin memuncak.
"Kau kena ikut".
"Tak nak". Daneen tetap bekeras.
"Esok lepas kerja aku bawa kau pergi fitting baju. I don't wanna hear any excuse from you, sunshine". Tanpa sebarang kata lain, Daim berpaling ke belakang lalu masuk ke dalam keretanya meninggalkan Daneen yang terpinga-pinga serta sedang berasap di situ. Kalau lah boleh letak cerek atas kepala Daneen tu, confirm dah mendidih. Betapa geram dan marahnya dia dengan perangai degil dan suka mengarah Daim itu. Tak pernah nak berubah!
Mata Daneen kemudiannya menyaksikan kereta itu laju membelah jalan, meninggalkan kawasan rumahnya.
"What the hell is wrong with him?! Ughhh! Lepastu pergi macam tu je?!". Entahnya! Nanti orang cakap aku skip banyak details. Padahal si Daim tu memang macam tu.
Daneen menghentakkan kakinya geram sebelum dia juga melangkah meninggalkan kawasan itu sejurus selepas mengunci pintu pagar tadi.
🐳
" KALAU you nak langsungkan projek ni dengan syarikat I, then act like you want it. Give me an appropriate proposal to read! Ini apa? Ini sampah tak tahu?!". Terkejut semua manusia yang ada di dalam bilik mesyuarat itu apabila wakil daripada Esther Holdings itu ditengking hebat oleh Daim. Dia yang kena tengking, orang lain yang naik bulu roma. Takut!
" Kalau itu pun tak boleh buat, don't bother to even come". Kalini suaranya lebih perlahan namun masih terselit nada tegas dan diktator itu.
Sangka semua manusia di dalam ruangan itu; wakil Esther Holdings yang dimarahi akan takut. Namun... lelaki bernama Owen itu berani menantang tikaman tajam mata Daim. Sekarang, mereka berdua sama-sama berdiri.
"Aku tak hadap la dengan syarikat kau ni". Balas Owen dengan penuh keberanian.
"What did you just say?".
"Kau kata proposal aku ni sampah kan?! Kau hina aku? TAPI SYARIKAT KAU NI YANG SAMPAH! JANGAN BERLAGAK BAGUS SANGAT LAH!!!". Tengkingan Owen seolah mencabar tengkingan Daim pada awal tadi. Suaranya juga lebih tinggi oktafnya daripada suara Daim pada awal tadi. Sampaikan terhinjut bahu Daneen dibuatnya.
"Get out now before I call the security". Bisik Daim perlahan. Saat ini dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya kerana dia tidak mahu Daneen tersentak buat kali kedua dan dia tidak mahu dipandang seperti tidak profesional oleh para pekerjanya.
He cared about Daneen more, actually. Fuck the workers and Owen.
"I will, Mr Daim. I will". Owen merampas kasar fail tidak terlalu tebal yang masih berada di tangan Daim itu lalu melangkah pergi dengan hati yang kesal. Wajah kemerahan menahan marah. Setelah sahaja hilang bayangan Owen daripada ruangan itu, terus Daim duduk semula di kerusinya. Tangan kanannya naik memicit dahi.
Beberapa saat kemudian,
"You are all dismissed. Meeting will held the next time I told you. Semua boleh keluar". Tanpa mengangkat wajahnya, Daim bersuara perlahan. Tak perlu tunggu mana-mana kata disuarakan lagi, terus semua ahli mesyuarat yang ada di dalam ruangan itu mengangkat punggung untuk pergi termasuk la Daneen.
Kakinya dihayunkan ke arah pintu utama bilik itu mengikuti semua pekerja yang lainnya untuk keluar. Sempat dia kerling ke arah figura Daim yang sudah meletakkan kepalanya ke atas meja mesyuarat itu.
"Kesian...". Dia memalingkan semula wajahnya ke arah pintu bilik itu setelah puas mengasihani nasib Daim pada harini. He must be having a bad day today.
Namun, belum sempat dia nak melangkah keluar... Nama panggilannya diseru oleh Daim dengan suara yang amat perlahan dan lembut.
"Sunshine...".
"Hm? Tuan Daim panggil saya ke? Saya rasa Tuan Daim panggil saya walaupun nama panggilan kedengaran macam tak berapa sesuai untuk digunak--".
"Just come here, sunshine. I need you". Ternaik alis kanan Daneen apabila ayat ini menyapa telinganya. Seolah tidak percaya.
"Ish ish Tuan Daim ni... Tak boleh--".
"Just some here before I get you here by myself". Ugut Daim. Orang degil ni tak boleh nak cakap elok-elok, kena ugut. Baru dia dengar kata. 'Orang degil' tu namanya Daneen Isabella.
"Okay, chill. Im coming". Daneen mengatur langkahnya kembali ke Daim dan mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi yang ada berhampiran dengan lelaki itu.
"Penat...". Adu Daim secara tiba-tiba dengan suaranya yang separa merengek. Comel! Daneen rasa macam picit jeeee! Eee geram! Okay, kawal... Kawal... Kawal... Kawal diri sendiri...
"Kenapa? Penat kenapa?". Daneen layankan jela.
"I don't know". Mendengar sahaja jawapan ini yang keluar daripada mulut Daim, dia tahu Daim perlukan...
tidur.
Yup, he needs a nap.
Macam bayi kan? Memang! Dia memang macam baby kalau dia sedang berada di sisi orang yang buatkan dia berasa selesa untuk bermanja. Eh--
Macam mana Daneen tahu? Well I guess 5 years dating experience with Daim is kinda worth it.
"Kau nak tidur kan sebenarnya?". Bisik Daneen dan seperti sudah disangka-sangka, Daim mengangguk perlahan.
"Mengada. Nak tidur pun kena pujuk macam baby dulu. Cepat la, jom. Aku hantar kau balik. Lepasni kau dah takde pape. Lunch tadi pun dah batal kan? Kau balik lah, rehat". Daneen menepuk-nepuk kasar bahagian belakang badan Daim dalam usahanya untuk menyuruh lelaki itu bangun berdiri.
"Taknak balik".
"Lepastu kau nak tidur kat mana? Atas lantai? Atas riba aku ni? Cepat la Tuan Daim, mana laratnya saya nak pujuk anda yang decided untuk bad mood harini ni. Saya bukan nanny Tuan Daim. Saya ni PA je". Masih lagi dalam usahanya untuk memujuk bos besarnya ini.
Akhirnya, bangun juga Daim. Setelah 5 minit dipujuk. Sumpah macam kanak-kanak yang masih berhingus!
"Good boy. Bak sini kunci". Tangannya ditadah di hadapan Daim lalu lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan memberikan kunci Range Rovers nya kepada gadis itu. Ya, harini dia memandu sendiri untuk ke tempat kerja.
"Okay, jom. Sebelum tu, Tuan Daim ada nak makan apa-apa? Nanti boleh singgah kafe".
Daim menggeleng.
"Okay, bagus. Tak menyusahkan. Macam ni anak asuhan yang baik. Let's go!". Bersemangat terlebih pula Daneen harini. Tambah-tambah pula apabila dia melihat wajah comel tidak bermaya yang ditayangkan oleh Daim itu. Rare tu!
Daneen lalu berjalan di hadapan diikuti dengan 'anak asuhannya' itu.
Tak pasal-pasal Daneen kena jadi babysitter tak bergaji kepada bayi besar ni. Haih...
🐳
Kiot gilerr chapter niiii!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro