Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6- "She Doesn't Want It"

"TUAN Muda dah balik ya? Duduk dulu, nanti Mak Milah buatkan Tuan Muda air ya? Tu--". Belum sempat Mak Milah nak bertanya, dahinya berkerut terlebih dahulu apabila melihat seorang gadis muda elok berbaju kurung berwarna biru lembut berdiri di samping Tuan Muda Daim itu.

Extra notes: Mak Milah merupakan pembantu rumah baharu di rumah keluarga Encik Zakaria ini. Jadi, mungkin dia belum mengenali bekas teman wanita kepada Tuan Mudanya ini. Kalau macam Hyder yang dah lebih 5 tahun duduk berkepit dengan Daim tu, dia tahu, ingat dan kenal la dengan Daneen.

"Tuan Muda, ni siapa ya?". Tanya Mak Milah dengan penuh kelembutan. Nada suaranya dibuat supaya separuh berbisik.

"Ni Cik Daneen Isabella. Dia ni--".

"Cik Daneen ni bakal jadi Puan Muda kita, Mak Milah". Hyder memotong laju percakapan Daim seraya ketawa terkekek-kekek. Sesungguhnya dia suka melihat wajah Daim yang kegeraman setiap kali diusik tentang Daneen.

"Hyder, masuk dapur sekarang atau kau balik". Tegas Daim mengarah. Takut juga la Hyder dibuatnya.

"Baik, Tuan".

Gulp!

Air yang ditelan terasa kelat dek kerana baru sahaja lepas mendengar nada suara garang yang digunakan oleh Daim sebentar tadi.

"Cik Daneen ni pembantu peribadi saya di pejabat, Mak Milah". Daim mengalihkan pandangan matanya ke arah Daneen, mengisyaratkan agar gadis itu menyapa wanita yang sudah berusia hampir separuh abad di hadapan mereka itu.

"Assalamualaikum Mak Milah, saya Daneen Isabella. Mak Milah takyah ber'cik-cik' lah dengan saya. Panggil Daneen je hehe". Daneen mencapai tangan tua itu lalu menciumnya lembut. Satu fakta tentang Daneen ni, dia suka salam orang-orang tua sebab katanya, tangan mereka suam dan nyaman untuk dipegang.

"Waalaikumussalam Daneen. Lahai comelnya girlfriend Tuan Muda ni...". Tangan tua itu baik mencubit geram pipi gebu milik Daneen itu membuatkan gadis itu tersenyum malu.

'Haih, tadi Hyder. Ini Mak Milah pulak?'. Manakala Daim yang sudah pasrah di sebelah Daneen itu hanya mampu mengeluh perlahan. Tak larat dah nak membantah. Makin bantah, makin ramai yang usik.

"Hehe, Mak Milah pun comel...".

"Mana mama, Mak Milah?". Soal Daim setelah habis sesi wanita berdua itu bergeraman dengan kecomelan sesama sendiri.

"Puan Besar ada di dapur. Tengah hidangkan minum pagi. Dia taknak kasi Mak Milah tolong. Katanya nak buat sendiri memandangkan harini Tuan Muda nak bawa orang spesial". Ujar Mak Milah.

"Oh... Takpela, saya pergi jumpa mama dulu".

"Ha boleh boleh. Mak Milah nak minta diri nak bersiap sekejap ni". Kata-kata Mak Milah itu membuatkan dahi Daim berkerut seribu.

"Nak pergi mana Mak Milah?". Pertanyaan Daim itu pula membuatkan Mak Milah tersipu-sipu malu. Haaa, nak keluar dating lah tu kannn? Sebab tu malu-malu ni.

"Entahnya Pak Mail kamu tu nak ajak Mak Milah keluar katanya". Pak Mail ialah tukang kebun yang bekerja untuk menjaga kawasan rumah keluarga Encik Zakaria. Dah sepuluh tahun dah pun berkerja dengan keluarga ni. Pak Mail jugak baru je berkahwin dengan Mak Milah ni lebih kurang empat bulan lepas. Cinta di tempat kerja lah katakan.

"Oh... Have fun Mak Milah". Daim tersenyum segaris.

"Yela, Mak Milah pergi dulu ya?".

Daim mengangguk dan wanita tua itu berlalu pergi menuju ke biliknya yang berada berdekatan dengan ruang tamu itu. Like, few metres away from the living room.

Dan tinggal lah mereka berdua...

"Aku nak pergi jumpa mama. Kau nak tunggu sini ke nak ikut?". Tanya Daim kepada Daneen.

"Ikut la".

"Hm".

🐳

SAMPAI sahaja di dapur, terus badan gadis itu dipeluk mesra oleh Puan Rohaini a.k.a bakal mak mentua tak jadi Daneen Isabella.

"Daneen! Rindunya mama dekat kamuuu!". Bahagian belakang tubuh gadis itu ditepuk-tepuk. Tanda Puan Rohaini melepaskan rindu. Mana taknya, dah tiga tahun dia tidak bersua muka dengan bakal menantu kesayangannya itu. Walaupun Daneen sudah tidak berhubungan istimewa dengan Daim (mungkin), tetapi Puan Rohaini tetap menyayangi gadis yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu. Maklumlah, dia tiada anak perempuan. Yang ada cuma lah Daim Al Waqeel, anak sulong lelakinya dan Dilane Al Waleed anak bongsu lelakinya.

"Daneen pun rindu dekat Puannnn!". Memang sudah beribu kali gadis itu ditegah untuk memanggil Puan Rohaini dengan nama panggilan itu. Namun, Daneen ni degil, taknak dengar kata. Puan Rohaini pun dah putus asa nak melarang.

"Mama ada buatkan kuih sikit. Daneen makan ya? Lepastu boleh kita sembang-sembang". Pelawa Puan Rohaini.

"Mama ajak Daneen je ke? Yang anak mama ni?". Daim menundingkan jarinya ke arah diri sendiri.

"Meh la sini. Alololo, merajuk ye anak mama ni?". Badan Daim dibawa ke dalam pelukan hangat wanita itu.

"Miss you, ma".

"Miss you too. Lain kali, rajin-rajin kan lah diri tu balik melawat mama. Bukannya mama suruh kamu bawa Daneen, baru kamu gelabah nak balik. Kan Daneen kan?". Lengan gadis comel itu dipaut oleh Puan Rohaini setelah pelukan dengan anak lelakinya itu dilepaskan.

Amboi! Tak sampai lima saat. Kalau dengan Daneen, peluk berejam pun takpe.

" Hum! Betul tu Puan!". Daneen pula hanya menyokong sahaja kata-kata Puan Rohaini itu. Kang tak sokong karang, merajuk orang tua tu.

"Tengok, Daneen pun setuju".

"Fine". Daim mengangkat kedua tangannya ke udara seumpama menyerah kalah tanpa bertanding setelah dibebel oleh mamanya sendiri.

"Good. Now, jom kita makan. Banyak tau mama buat kuih". Lengan Daneen yang tadinya dipaut, kini ditarik lembut untuk mengajak gadis itu duduk di meja makan. Di atas meja itu sudah terhidang beberapa jenis kuih. Antaranya, kuih seri muka, kuih karipap, kuih lapis dan sebagainya. Rajin betul ya Puan Rohaini masak semua ni? Yela, suri rumah sepenuh masa lah katakan. Banyak la masanya.

"Uuu, mesti sedap semua. Tak sabar nak makannn!". Kerusi ditarik dan Daneen duduk berhadapan dengan Puan Rohaini, di sebelah Daim.

"Rasa je semua. Daneen nak bawa balik pun boleh. Nanti mama minta tolong Daim bungkuskan. Boleh Daim sayangku anak mama yang comel?". Nak minta tolong, kena puji banyak-banyak sikit kan?

"Hm". Kepalanya dianggukkan.

Puan Rohaini sudah terbiasa dengan perangai anaknya yang satu ini. Eh, bukan satu. Tapi dua. Daim dan Dilane, kedua-duanya dah macam bisu. Jarang sangat bercakap jika tak perlu. Nasib baiklah ada Hyder yang kadang-kadang datang ke rumah ini. Tak la sunyi sangat hidup Puan Rohaini. Mulut mamat tu punya bising, satu rumah tu penuh dengan suara dia je.

Daneen mencapai sepotong kuih seri muka lalu diletakkan ke dalam piringnya. Begitu juga dengan sepotong kuih lapis. Dia turut menuangkan secawan teh panas ke dalam cawannya sementara menunggu dua beranak itu berbual tentang hal yang menurutnya tidak patut dia ikut campur.

Sampai lah satu topik yang cukup sensitif tentang dirinya dibuka oleh Puan Rohaini...

"Daim taknak berbaik semula dengan Daneen?".

"Berbaik? We are in a good condition, mama". Daim buat-buat tidak faham.

"You absolutely know what I really meant by it kan?".

"Sebab ni ke mama suruh Daim bawa Daneen datang sini. Mama, we've talked about this. We never gonna be back together. She doesn't want it. Mama faham kan?". Berkerut-kerut wajah Daim, cuba untuk menjelaskan.

"Daim... enough. You will hurt your mom's feeling". Tegur Daneen seraya tangannya menarik lengan baju Daim. Menyuruh dia untuk berhenti.

"Mama faham. Maafkan mama ya Daneen. Rosak mood Daneen nak makan". Sayu sahaja suara Puan Rohaini yang tadinya ceria itu.

"Takdela Puan. Daneen okay la. Dah dah, jom makan. Nanti Daneen nak bagi Puan hadiah". Tangan wanita itu dipegang dan diusap lembut olehnya. Dia taknak topik itu terus dibicarakan lalu merosakkan mood mereka.

"Alright. Lets eat!". Kata Puan Rohaini.

🐳

Double update cuz why not?
HEHEHEHE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro