50- 12 Dulang & Backstory
SESUAI dengan tajuk dan memandangkan hari ini ialah hari persandingan pasangan pengantin baru Daim Al Waqeel dan Daneen Isabella, kita akan melihat-lihat sedikit apa yang 12 dulang tu which some of them are not really trays.
Seramai dua belas orang groomsmen memasuki dewan itu dengan dipimpin oleh Hyder yang segak memakai sut lengkap berwarna hitam itu. Kesemua dua belas orang manusia itu masing-masing memegang satu dulang (seorang satu) yang berisi hantaran daripada pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.
"Abang, kenapa empat yang belakang tu macam tinggi semacam je?". Daneen yang sedang duduk di pelamin bersama Daim itu berbisik ke telinga suaminya.
"You will see". Daim yang segak memakai sut putih itu hanya tersengih-sengih membuatkan Daneen menterbalikkan matanya. Orang tanya betul-betul, dia jawab main-main pula!
"Tak seronok lah abang ni". Daneen mencebik.
"Surprise tu sunshine, mana boleh bagitahu sekarang".
"Dipersilakan para groomsmen untuk meletakkan kedua-dua belas dulang hantaran di tempat yang disediakan". Pengumuman itu dibuat oleh emcee majlis bersanding yang diadakan di SN Forever Hotel itu. Salah sebuah hotel termewah di Malaysia.
Daripada dulang pertama sampai dulang kelapan, semuanya bersaiz normal lagi. Ada di antaranya merupakan heels, handbag, perfume... ala yang biasa orang bagi tu. Tapi...
Hantaran ke sembilan sampai kedua belas ni macam pelik sikit sebab saiz dia ekstra gergasi. Dah macam sesuatu sangat. Dan keempat-empat hantaran itu tidak disertakan dengan dulang sebaliknya harus dipegang khas oleh para groomsmen. Hantaran-hantaran itu juga kelihatan berbentuk segi empat di sebalik kain yang menutupinya itu.
"Abang, cepat lah bagitahu... Daneen nak tengok". Makin tidak sabar Daneen dibuatnya.
"Okay, okay...". Daim lalu mengisyaratkan Hyder supaya menyuruh keempat-empat groomsmen tadi untuk membuka kain yang menutupi hantaran-hantaran misteri itu.
Selepas sahaja suara Hyder berbunyi memberi arahan, terus dengan serentak keempat-empat kain itu ditarik to reveal four perfect paintings yang mana salah satunya ialah lukisan yang hanya ada sebiji titik sahaja di tengahnya.
Bukan Daneen sahaja terkejut dengan hantaran-hantaran ini, malahan seluruh dewan turut ternganga mulut. Ada yang sibuk menaip di Google untuk mencari tahu harga lukisan-lukisan itu.
"Kenapa macam pernah tengok eh?". Soal Daneen. Berkerut dahinya apabila memandang keempat-empat lukisan itu.
"Tak membazir kalau kita beli untuk orang yang kita sayang". Daim tersenyum seraya mengulang kata-kata yang pernah diungkapkannya dua tahun lepas.
"Jap... Ini lukisan-lukisan daripada galeri tu ke? Yang kita pergi tu? Yang abang tak kejut Daneen masa Daneen tidur during the auction tu kan?". Banyak betul soalannya.
"Yup".
"Jadinya lukisan-lukisan tu untuk Daneen la? Daneen ke orang yang abang sayang tu?".
"Who else, sunshine?".
🐳
KINI mereka sudah berada di rumah banglo cottage core Daim yang dihadiahkan kepada Daneen dua hari lepas sebagai mas kahwinnya. Lepas je majlis bersanding semalam, Daim dan Daneen bermalam di rumah keluarga Puan Rohaini dan Encik Zakaria sebelum pagi ni mereka bertolak pulang ke rumah ini.
Dan ya...
Kini, lokasi rumah itu tidak lagi menjadi rahsia kepada ahli keluarga mereka berdua. Sebulan sebelum kahwin lagi Daim sudah memberitahu mereka semua tentang kewujudan rumah itu.
Dan sekarang ni, mereka tengah kemas-kemas sikit apa yang patut. Maklumlah, sejak dua tahun yang lepas... Daim sudah jarang berkunjung ke rumah ini. Dia hanya bermalam di penthouse nya, rumah keluarganya atau rumah Hyder. Malas nak balik sini, takut sedih.
Dhamir pula sudah tertidur pulas di atas sofa di ruang tamu rumah itu. Penat sangat kut sebab semalam budak tu tak boleh tidur sangat. Mungkin belum biasa tidak tidur berdua dengan ibunya.
Tengah Daneen sibuk-sibuk duk mengemas bahagian rak televisyen di rumah itu, Daim menghampirinya lalu duduk bersila di samping wanita itu bersama sebuah album gambar bersaiz kecil di tangannya.
"Sunshine, berhenti sekejap. Tengok ni abang jumpa apa". Kata-kata Daim itu serta-merta menghentikan aktiviti Daneen yang sedang menyapu habuk di kabinet televisyen itu.
"Hm? Apetu, abang?". Berkerut wajah Daneen tatkala melihat album yang agak berhabuk itu dipegang oleh suaminya.
"Album gambar abang masa abang duduk kat US dulu". Album gambar itu dibuka dan di muka hadapannya ada tertulis:
Sahabat Dunia Akhirat
- Waqeel & William -
"Abang pernah duduk US? Daneen tak tahu pun". Album itu ditarik sedikit ke arahnya untuk membaca ayat yang ditulis dengan tulisan berangkai itu.
"Siapa William tu abang?".
"Daneen nak dengar kisah silam abang tak? About what has been bothering me for the past 18 years". Tanya dulu. Mana tahu, takut-takut Daneen taknak dengar ke, en?
"Nak. Tapi... Abang takpe ke? Daneen takut abang tak selesa".
"Hey, sunshine. Abang tanya ni sebab abang yang nak cerita. Maknanya, abang selesa lah and I will be fine. Okay?".
Daneen angguk perlahan.
Album itu diselak lagi dan memaparkan sebuah nombor iaitu '2004' dan ada beberapa gambar dua orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan lapan hingga sembilan tahun.
" Ini abang, ini William". Jari Daim ditujukan ke arah gambar kanak-kanak berambut hitam kemudiannya je arah kanak-kanak yang sama tinggi dengannya tetapi berambut dirty blonde.
"You looked identical with him". Komen Daneen.
"Memang. Ramai orang cakap macam tu. Tahun 2004 ni, masa mula-mula sekali abang datang ke US". Daim memulakan cerita.
"Mama dan papa hantar abang dekat sini sebab masatu kami orang susah. Infinity LInes yang masatu ada di bawah papa baru je dibuka. Jadi, papa masih perlukan duit yang banyak untuk development syarikat tu sampai keluarga kami kadang tu tak cukup makan. Jadi, dengan ihsan mendiang kawan mama... nama dia, Elizabeth, dia sanggup tawarkan diri dia untuk jaga abang. Tapi syaratnya, abang kena dibawa ke US untuk tinggal dengan Aunty Elizabeth sekeluarga. Dia ada anak, anak dia nama William tu la. Kawan baik abang". Ni baru pendahuluan ni.
"Lepastu apa jadi, abang?". Daneen yang sudah penat duduk bersila itu dengan selamba badaknya membaringkan kepalanya ke riba Daim. Suka hati dia la, suami dia. Daim hanya tersenyum manis melihat kelakuan isterinya itu.
"Lepastu abang pergi ke US. Mama dan papa berat hati juga masatu tapi akhirnya, diorang lepaskan juga abang dengan Aunty Elizabeth dan keluarga dia. The first three years of my life there, I was doing so fine. Abang dah mula jadi macam belangkas dengan William. Pantang dipisahkan! Main sama-sama. Makan sama-sama. Tidur pun sebilik. Tapi... ". Cerita Daim terjeda tanda sudah mahu masuk ke klimaksnya.
" Tapi apa, abang?".
" Tahun keempat, Aunty Elizabeth meninggal. Sebab yang misteri. Tiada siapa tahu. Jadi, tinggal lah abang, William dan ayah William; Uncle David. Uncle David yang sebelum ni baik sangat dengan abang tiba-tiba jadi lain selepas kematian Aunty Elizabeth. Dia suka pukul William. Tak tahu apa salah William dekat dia tapi dia sukakan sakitkan William masani".
Album itu diselak lagi lalu beberapa keping gambar lama yang memaparkan imej Daim dan William yang kelihatan bengkak matanya itu. Di gambar lain pula, terlihat jelas lebam-lebam di sekitar wajah William.
"Kesiannya...".
"Bukan itu je, Daneen... Satu hari tu, tahun 2007. Abang baru balik daripada sekolah seorang diri. Masatu William tak pergi sekolah sebab Uncle David larang. Abang tak boleh nak buat apa, jadi abang tinggalkan William kat rumah while I was at school. But making that decision was my biggest regret after I got back from the school and I heard suara orang menjerit kuat. Suara William. Bila abang masuk je dalam rumah, abang nampak William dan terbaring berlumuran darah dengan luka panjang dekat bahagian badan dia. Dia dah tak sedarkan diri tapi abang yakin masih hidup".
"Huh! Siapa yang buat macam tu dekat dia, abang?". Terkejut Daneen dibuatnya. Tak sangka ada manusia sekejam itu dengan kanak-kanak.
"Uncle David. Dia toreh bahagian belakang anaknya sendiri dan benda tu buat abang marah. Abang cuba halang dia daripada sakitkan William lagi tapi abang gagal. Uncle David macam dah masuk setan masatu. Dia baringkan abang dan dia ukir parut yang sama seperti yang dia buat dekat William tadi, dekat abang. Then, he stabbed me one time on my waist. Abang dah lemah sangat masatu tapi abang sempat capai pisau poket abang dan tikam dada dia. Tepatnya dekat jantung dia dan Uncle David mati dekat tempat kejadian. Dengan rasa sakit yang amat sangat tu, abang sempat capai telefon rumah dan telefon polis. Luckily they got in time and we were saved. Abang dan William. Kedua-duanya hidup sampai sekarang. The end". Album ditutup dan cerita pun tamat.
Namun, Daneen masih lagi kelihatan sedang berfikir.
"Fikir apa tu, sunshine?".
"Tragisnya kisah silam abang. Kenapa abang tak pernah cerita dekat Daneen?". Bergenang sudah air mata wanita itu. Sebak mendengar cerita lama suaminya.
"Ya Allah, jangan lah nangis, sayang abang". Daim tergelak kecil lalu tangannya naik menyapu air mata isterinya itu.
"Abang bukan taknak cerita dulu, cuma abang belum bersedia. And right now, having you by my side as my legal wife, I finally ready to let it all go. Trauma that has been haunting me for the past 18 years. Abang dah sedia nak move on sebab tu abang baru cerita".
"I know but... kalau abang cerita awal-awal, takdela Daneen kejam sangat dengan abang dulu. Kesian suami Daneen ni...". Tangan Daneen naik mengusap pipi Daim yang sudah ditumbuhi jambang nipis itu.
"It's okay, sunshine. Benda dah lepas. Awak dah sah pun jadi isteri abang. Jadi, Daneen dah tak boleh lari lagi lepasni". Hidung Daneen dicuit manja oleh lelaki itu.
"Hehe, iyeee! Tapi kan bang...". Daneen berfikir 2.0.
"Hm? Kenapa?".
"Siapa William tu? Rapatnya dia dengan abang. Muka seiras pula tu. Parut pun sama".
Dahi Daim berkerut.
'Isteri aku ni dah lupa ke?'. Bicaranya dalam hati.
"William tu Hyder Zafran lah, sunshine!". Daim ketawa besar. Boleh pula Daneen tak dapat nak tangkap siapa si 'William' itu bila dah banyak klu yang Daim bagi ketika bercerita tadi.
"Ha?! Serius lah?".
"Yeee. Dia lah satu-satunya kawan baik abang dunia akhirat. William tu nama keluarga dia sebelum dia masuk Islam. Hyder Kingston William. Bila dia dah masuk senior high school, dia peluk Islam. Jadi lah namanya Hyder Zafran".
"Maknanya dah 22 tahun abang berkawan dengan dia?". Soal Daneen.
"Yup".
Di sisi lain 🐳...
Uhuk, uhuk!
Rasa macam nak terkeluar anak tekak Hyder bila dia tersedak air kopi + biskut kering tadi.
"Awak ni... Cuba makan elok-elok sikit". Pesan Kenanga seraya mengambil tisu lalu bahagian tepi mulut suaminya itu dilap perlahan.
"Tersedak lah, sayang. Entah siapa yang sebut nama saya ni...".
🐳
Updated!
Ada beberapa lagi chapter yang tinggal sebelum cerita ni tamat hehe.
Jangan risau, dijamin happy ending sebab dah kahwin en....
HEHEHEHE...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro