5- Baju Kurung
DARIPADA tadi Daneen hanya sibuk ke hulu dan ke hilir tanpa menghiraukan suara-suara 'nyamuk' yang sibuk nak meminta maaf tu. Bukan Daneen tak nak maafkan. Cuma dia masih geram. Sekarang ni, bagi dia bertenang dulu... Nanti sikit baru dia maafkan budak dua orang ni.
"Aku minta maaf eh, Daneen?". Pinta Syeeqa buat kali ke seratus juta setengah. Daripada tadi tak berhenti dia ulang ayat yang sama. Nak berdarah dah telinga Daneen dibuatnya.
"Aku pun wey. Kau maafkan lah kitorang eh?". Kalini Adira pula yang membuka mulut. Tapi masih juga kedua-duanya dipalau oleh Daneen. Malas nak bercakap. Harini Daneen berazam yang dia nak jadi pendiam. Bercakap kalau dia perlu menjawab soalan sahaja. Takde mood!
Tak sampai tiga saat dua manusia tu berdiam diri, salah seorang daripadanya membuka mulut lagi. Kalini untuk bertanya pula. Yela, mereka pelik juga... Kawan mereka yang satu ini nak pergi mana? Awal-awal pagi lagi dah bersiap. Biasanya Daneen akan membuta sampai ke tengahari kalau hari-hari cuti macam ni.
"Kau nak pergi mana ni, Daneen?". Tanya Adira.
"Keluar". Mudah sahaja jawapan Daneen. Tangannya sibuk membaiki rambutnya yang cantik dibiarkan lepas itu dihiasi dengan reben cantik berwarna putih di bahagian belakang.
"Dengan siapa? Pergi mana?". Kalini Syeeqa pula bertanya kerana dia merisaui wanita itu. Mana taknya, biasanya Daneen akan memberitahu mereka berdua atau salah seorang daripada mereka jika dia ingin pergi ke mana-mana secara bersendiri. Ini sepatah haram pun tak bagitahu, risau la member tu.
"Dengan Daim. Pergi mana tu aku tak boleh bagitahu sebab nanti korang cakap aku tak move on lagi lepastu kau set up blind date untuk aku lagi sekali". Daneen menjeling mereka berdua seraya menggalas beg tangan bertali panjang itu ke bahu dan berjalan keluar daripada biliknya.
Yup, dua ekor tu ikut sampai dalam bilik Daneen. Punya lah nak minta maaf.
"Oh... Dengan Daim...".
"Oh... Dengan dia...".
Serentak mereka berdua meng'oh'kan jawapan Daneen itu.
"Hm".
Langkah Daneen diatur menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Niatnya ingin menunggu Daim di situ. Nak duduk dalam bilik, takut nanti tak sedar kalau-kalau Daim dah sampai. Nak tunggu dekat luar, takut panas. Walaupun ada sesetengah orang cakap cahaya matahari pagi ni baik untuk kesihatan, Daneen tetap tak sanggup nak berjemur di pagi-pagi hari ni. Mahunya cair makeup dia nanti.
Daneen duduk si sofa. Dua orang perempuan itu juga duduk di sofa. Seorang di sebelah kanan Daneen, seorang lagi di sebelah kiri. Daneen memandang mereka bersilih ganti. Sengihan bak kerang busuk dihidangkan oleh mereka kepada Daneen. Something sangat...
"Korang nak apa ni?". Daneen mengeluh kecil sebelum bertanya.
"Kau dah maafkan kitorang ke belum?". Soal Syeeqa sembari matanya dikelip-kelipkan. Buat-buat comel. Mana tahu hati Daneen jadi lembut kan?
Daneen hanya mengangkat bahu, malas.
"Maafkan lah kitorang, Daneen... Please, please, please...". Syeeqa memeluk lengan kiri Daneen, kemas. Pipinya digesel-geselkan ke situ seumpama kucing manja. Ingat comel ke?
"Entahnya Daneen... Nanti aku belanja kau makan. Nak tak?". Tawar Adira. Dia tahu, Daneen takkan pernah tolak makanan.
"Hm. Nanti la aku fikirkan". Daneen tak kira! Dia masih lagi nak merajuk!
"Huwaa...".
"Daneen...".
Merengek la dua orang tu.
Pin! Pin!
Nasib baik bunyi hon di hadapan rumah sewa mereka itu 'menyelamatkan' Daneen daripada terus dihimpit oleh budak dua orang tu. Fuh!
"Aku pergi dulu. Balik tengahari kut". Daneen bangun daripada sofa dan terus meluru ke arah pintu.
Kabinet kecil yang ada di situ dibuka lalu sepasang heels berwarna putih yang kebetulan matching dengan rebennya diambil dan dipakaikan ke kaki. Sejurus itu pintu serta pagar yang ada di pintu rumah itu dibuka lalu Daneen mulai melangkah ke luar. Tinggal lah Syeeqa dan Adira di hadapan pintu itu berdua. Menyaksikan Daneen pergi meninggalkan mereka berdua. Ceh, dramatik betul!
Sampai je setengah jalan ingin menghampiri kereta Daim, barulah Daneen mengangkat muka.
Dia agak terpana kerana kelihatan seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya berdiri tegak di sebelah pintu tempat duduk penumpang di bahagian belakang itu. Lelaki itu kemas berkemeja hitam yang dimasukkan ke dalam seluar slack yang juga berwarna hitam. Yang pasti, lelaki itu bukan Daim.
"Puan Muda?". Sapa lelaki itu.
'Huh?'. Daneen menayangkan wajah blur nya.
"Sorry. Ini Cik Daneen kan?". Tanya Hyder.
"Ya, saya. Awak ni... Siapa ya?".
"Cik Daneen tak ingat saya?". Lelaki bernama Hyder itu tersenyum manis kepada wanita berbaju kurung di hadapannya ini. Sopan sungguh!
"Erk...".
"Saya Hyder. Hyder Zafran. Bodyguard or driver or bestfriend or anything that you could think of except for romantic partner to Tuan Muda Daim. Mungkin Cik Daneen tak ingat saya kut sebab dah tiga tahun kita tak jumpa kan?". Jelas Hyder.
"Oh, haah ye kut". Sejujurnya, Si Daneen ni masih lagi keliru tahap babun. Tapi dia iyakan sahaja la. Nanti lambat pula.
"Saya datang ni nak jemput Cik Daneen. Silakan masuk, cik". Hyder membuka pintu tempat duduk penumpang itu lalu menghalakan tangannya untuk menjemput gadis itu masuk ke dalam kereta.
"Daim mana? Kenapa dia je tak datang?".
'Mamat tu... Suka sangat menyusahkan orang lain. Kesian Si Hyder ni'. Omel Daneen sambil mengerutkan wajahnya.
"Tuan Mu--".
"Kau memang nak berjemur dekat luar tu ke, Daneen?!". Pekik suara si beku daripada dalam kereta. Lah, ada dia ni. Ingatkan takde tadi.
"Dia ada?". Daneen menggerakkan mulutnya ke arah Hyder.
"Tuan Muda ada dekat dalam, Cik Daneen". Ujar Hyder sambil tersenyum manis sampai menampakkan kedua lesung pipitnya. Comel comel comel!
"Oh...".
"Jemput masuk Cik Daneen". Sekali lagi Hyder menjemput. Kalini Daneen masuk sahaja tanpa banyak soal.
🐳
"BAJU kurung?". Soal Daim secara tiba-tiba. Memecahkan kesunyian di bahagian tempat duduk belakang kereta itu.
"Hm. Kenapa? Nampak gemuk ke aku pakai baju ni?".
"Tak cakap pun". Jawab Daim selamba. Yela, orang tak cakap pun dia gemuk. Dia sibuk nak tuduh orang. Ish!
"Eleh, padahal kau nak cakap aku gemuk kan... Ada niat kan...?". Daneen meruncingkan matanya dan menundingkan jari telunjuk ke arah Daim. Lelaki itu hanya membalas dengan pandangan malas sahaja. Pandangan malas tu macam mana? Ha macam pandangan dengan mata kuyu macam tu. Ha gituew...
Sempat Hyder mengerling ke arah belakang menggunakan cermin pandangan belakang. Haih... Terubat rindunya ingin menyaksikan pasangan ini 'bergaduh' manja. Lagi-lagi hampir 95% daripada pergaduhan-pergaduhan itu dimulai oleh Daneen. Daneen kan suka mencari pasal.
"Suka hati kau la nak fikir apa. By the way, jangan pakai pakaian macam ni dekat office". Tiba-tiba sahaja Daim menyatakan peraturan baharu.
"Aik, kenapa? Aku rasa ni elok je. Tak menjolok mata pun kan? Ada dress code baru ke? Haritu aku baca macam takde pula peraturan yang cakap tak boleh pakai baju kur--".
"Tuan Muda takut lelaki lain pandang Cik Daneen. Yela, Cik Daneen nampak extra cantik katanya kalau pakai baju kurung". Hyder tertawa manis selepas berjaya memecahkan rahsia majikannya itu.
Macam mana Hyder tahu yang majikannya berkata begitu? Well, tadi masa Daneen berjalan menghampiri kereta mereka, sempat la juga Daim kerling sekilas dekat gadis itu. Fuh cantik! Puji punya puji, terdengar lah di telinga Hyder.
"Hyder...". Tegur Daim dengan nadanya yang seumpama menahan amarah itu.
"Betul lah kan, Tuan Muda?".
"No bonus for you this month". Ambik kau! Terus kena potong bonus. Kesian Hyder...
"Aku... Cantik? Kau cakap aku cantik?". Soal Daneen seraya memandang ke arah lelaki yang berada di sebelahnya ini.
"Hm". Jujur sahaja Daim menjawab. Nak menipu dah tak boleh dan dia pun tak pernah pandai menipu.
"Thanks".
🐳
Updated!
Hm... Nak sembang dengan korang tapi saya takde topik...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro