45- Tadika & Proposed
DANEEN punya lari pecut tu, kalah Usain Bolt. Lari pecut ke mana? Turun daripada kereta untuk ke arah tadika tempat di mana Dhamir belajar. Kenapa? Sebab dia dah lambat sebenarnya nak ke majlis temu murni si comel itu. Baru lima tahun dah ada temu murni, cute kan?
Sandal nya dibuang sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah di taman Perumahan Melati yang dijadikan sebagai Tabika Kemas itu. Tanpa melihat sekeliling, terus Daneen meluru ke arah meja guru yang ada di tengah ruangan itu.
Dengan nafas yang termengah-mengah, dia bertanya kepada guru yang bertag nama 'Huda' itu.
"Maaf lambat, Cikgu Huda. Ni ha saya baru nak balik kerja, datang nak ambil report card Dhamir". Hampir sahaja Daneen sesak nafas dalam pada menerangkan sebab kenapa dia terlewat itu. Sebenarnya, dia lupa nak bagitahu tauke kedai bakeri tempat dia bekerja itu yang dia nak datang temu murni Dhamir hari ini.
"Eh takpe, Cik Daneen. Lagipun, dah ada orang ambil report card Dhamir". Kata Cikgu Huda sambil tersenyum manis membuatkan Daneen menelan air liur kelat. Siapa pula yang nak ambil report card anaknya ini? Nak kata Dian... Dian ada di Kelantan sekarang.
"Erk... Siapa, cikgu?". Tanya Daneen.
"Tu...". Cikgu Huda pula hanya tersenyum seraya menundingkan jarinya ke bahagian hujung ruangan. Daneen segera berpaling ke belakang dan terlihat lah seorang lelaki dewasa yang masih berkemeja dan bertali leher bersama seorang kanak-kanak berambut kembang di sebelahnya. Kedua-dua sedang tertidur pulas. Yang dewasa tu tidur di atas sebuah bean bag, si kecil pula tidur atas si dewasa tu.
Tepuk dahi Daneen dibuatnya. Buat malu je! Nasib baik kanak-kanak dan ibu bapa yang lain dah balik. Tapi masih juga malu sebab ada seorang lagi cikgu tadika (lelaki) yang duduk tidak jauh daripada meja Cikgu Huda.
"Cik Daneen kejut lah mereka tu. Katanya, mereka nak balik bila Cik Daneen dah sampai".
"Oh ya? Baik, baik. Terima kasih, cikgu". Daneen menundukkan sedikit kepalanya sebelum berjalan menghampiri dua manusia yang sedang tertidur itu. Siapa lagi kalau bukan si dewasa; Daim Al Waqeel dan anak terunanya; Dhamir Anaqee. Sempat Daneen kerling ke arah guru lelaki yang tersenyum lebar melihat ke arah situasi sekarang ini.
Sampai sahaja di harapan kedua manusia yang sedang tertidur pulas itu, Daneen bersuara.
"Waqeel... Dhamir...". Kaki anaknya ditepuk-tepuk perlahan. Perlahan tu dia agak-agak dapat lah kut mengejutkan si dewasa sekali. Malas lah dia nak sentuh Daim, buat dosa kering je.
"Dhamir... Bangun lah. Ibu datang ni". Kaki kanak-kanak itu sekali lagi ditepuk-tepuk. Kalini dengan lebih kuat tetapi tidak sampai menyakitkan si Dhamir tu.
Dan ada hasilnya.
Menggeliat kecil Dhamir membuatkan Daim turut meregangkan tangannya ke kiri dan kanan. Best sangat kut tidur dekat tadika. Atas bean bag pula tu. Macam takde tempat lain dia nak tidur. Haih...
Dhamir duduk tegak di atas lantai di hadapan Daneen dengan mata yang masih tertutup. Tangan kirinya naik menepuk perut Daim barangkali ingin menyuruh lelaki itu bangun.
"Aku dah bangun lah, little sunshine". Bicara Daim dengan suara seraknya. Lama betul dia tidur?
Buka-buka sahaja mata, jelas di kornea mata Daim melihat gadis manisnya yang sedang duduk bersimpuh di sebelahnya sambil merenungnya tajam.
"Dah sampai?". Soalnya sambil tersenyum manis. Kedua matanya digosok sebelum dia turut duduk tegak di sebelah Dhamir membuatkan kanak-kanak yang masih mengantuk itu menyandarkan kepalanya ke lengan sasa Daim. Sempat lah si Dhamir tu menguap sekali.
"Awak buat apa kat sini?". Daneen menjerit berbisik.
"Aku datang ambil report card Dhamir la".
"Macam mana awak tahu--".
"Tadi ada nombor asing telefon aku, katanya dia kakak kau. Dian eh nama dia? Ha Dian cakap pihak tadika telefon dia sebab ibu Dhamir sorang je lagi yang tak datang. Dia cakap mungkin kau lupa. Dia nak suruh orang lain pergi, tak boleh. Dia sendiri nak pergi pun tak boleh. So, dia minta tolong aku. Dian bagi location tadika ni, aku pun datang lah. Sampai-sampai je, aku tengok budak kecik ni tengah duduk kat depan pintu tu sambil galas beg dia. Tengah sedih sebab kau tak datang. Aku pun masuk lepastu settle kan semuanya. Bila nak balik tu, Dhamir tulis dekat blackboard dia yang dia nak tunggu kau sebab takut kau risau kalau aku yang bawa dia balik. Aku ikut kan jela. Kitorang tunggu kau sampai tertidur tau". Panjang lebar Daim menerangkan segalanya. Tiada satu pun yang tertinggal.
Dhamir di sebelahnya mengangguk-angguk tanda menyokong jalan cerita Daim. Dia dengan Uncle Daim dah jadi geng kut sekarang!
"Kenapa tak bagitahu saya dulu?".
Hati Daneen cukup tersentuh sebenarnya. Daim sanggup drive betul-betul lepas balik kerja semata-mata nak datang temu murni anaknya ini? Dhamir ni anak Daneen, bukannya anak Daim. Bahkan Dhamir tiada kaitan apa-apa sekalipun dengan Daim. Tapi... Lelaki itu tetap menganggap Dhamir ni macam anak sendiri.
"I tried. Aku telefon kau tapi tak dapat. Aku mesej kau tapi one tick je".
"Telefon saya dah mati kut. Sorry tau Waqeel, susahkan awak dan terima kasih juga sebab dah ada untuk Dhamir". Ini Daneen betul-betul ikhlas mengucapkan kata 'terima kasih' itu.
"Takde apa la. Aku dengan Dhamir dan macam ni kut sekarang...". Kedua tangannya digenggam bersama.
"... so it's nothing. Besides, I love spending time with your little sunshine. Oh and, ini report card nya". Sekeping kad berwarna biru dihulurkan oleh Daim kepada Daneen.
Kad itu disambut oleh Daneen lalu dibaca satu persatu isi di dalamnya.
"Cikgu Dhamir cakap, dia dah pandai kenal nombor. Dah boleh tulis huruf A sampai Z dengan lebih baik. Cuma kurang responsif dalam kelas. Yela anak kau tak boleh bercakap. No offence by the way. Cikgu faham benda tu. Tapi cikgu Dhamir cakap, mereka galakkan dan tak kisah pun kalau Dhamir nak angkat tangan then jawab soalan cikgu guna blackboard special dia tu. Dhamir yang tak nak sebenarnya. Dia takut dia kena ejek lagi". Daim menyatakan segala apa yang Cikgu Huda telah maklumkan kepadanya sewaktu sesi temu murni tadi.
"What do you mean by 'lagi', Waqeel?".
'Alamak, aku dah terlepas cakap ke? Aduh, Daim! Kau dah janji dengan budak kecik ni kan taknak bagitahu mak dia!'. Bicara Daim sendiri sebelum dia berpaling ke arah Dhamir yang sudah tercelik luas itu.
"Should I tell her, little sunshine?".
Dhamir menggeleng laju.
"Dhamir... Awak sorok apa daripada ibu? Sejak bila suka berahsia ni?". Ini mesti akibat daripada terlalu banyak melepak dengan Daim ni. Pengaruh rakan tak sebaya.
"Aku bagitahu jela ibu kau eh?".
Sekali lagi Dhamir menggeleng.
Daim mengeluh sekali sebelum berpaling semula ke arah Daneen.
"Nanti balik, aku bagitahu kau". Bisik dia perlahan. Tidak mahu didengari oleh Dhamir. Kang merajuk pula budak kecik tu. Bukan boleh kira sangat. Mana tahu perangai mak dia turun dekat dia ke. Perangai suka merajuk!
🐳
"WAQEEL...". Panggil Daneen tatkala jejaka itu sedang sibuk menyuap budak berambut kembang itu aiskrim coklat yang dibelinya tadi.
"Hm?". Terus sahaja lelaki itu berpaling. Tangannya berhenti seketika daripada terus menyuap kanak-kanak itu membuatkan wajah Dhamir berkerut seribu.
"Tak payah lah manjakan Dhamir sangat. Dia...". Daneen berfikir samaada patut atau tidak dia menyatakan ayat yang seterusnya itu. Dia takut dia terungkit kisah silamnya di depan lelaki itu.
"Dia bukannya anak kau pun. Itu yang kau nak cakap kan?". 'Kau' yang pertama itu adalah bermaksud diri Daim. Maknanya Daneen ada niat lah nak cakap yang, 'jangan lah manjakan Dhamir sangat, dia bukan anak kau pun' kepada Daim. Faham?
Dan tekaan Daim itu tepat sehingga terdiam Daneen dibuatnya.
" I told you before, Daneen... If you allow me, I will love him as much as I love you. Tak kisah la dia anak aku ke, bukan anak aku ke. Kalau itu yang akan buatkan kau terima aku balik, aku sanggup. Besides, budak ni comel sangat! Aku geram!". Tangan Daim naik mencubit geram pipi gebu Dhamir membuatkan si comel itu tersenyum manis.
" Awak... Awak dah maafkan saya?". Tanya Daneen dalam keadaan yang teragak-agak. Perlahan sahaja suaranya.
" Aku tak pernah berdendam dengan kau. Aku tahu masa kau cakap semua benda tu, kau tengah risaukan Dhamir. Jadi, aku faham. Aku tak ambil hati pun. Cuma... ".
" Cuma?". Soal Daneen, ingin tahu.
"Please don't leave me again, sunshine. Aku dah tak sanggup nak hilang kau lagi. I promise I will take a good care of you and Dhamir". Ni dah masuk entah kali ke berapa Daim menyatakan hasratnya yang satu ini kepada Daneen.
Daneen terdiam. Dia tak mampu berjanji. Dia takut dia akan mungkiri janji tersebut. Sudahnya, dia diam sahaja. Lebih baik jika tidak berkata apa-apa.
"Kahwin dengan aku, Daneen?". Persoalan yang lebih kepada permintaan itu menbuatkan Daneen dengan sepantas kilat mengalihkan pandangannya terhadap Daim. Anaknya yang kini berada di riba lelaki itu turut dipandangnya sekilas.
Dhamir yang sudah semestinya tidak faham apa-apa itu hanya mengangguk laju. Menyokong segala kata-kata Daim yang kini sudah menjadi uncle favourite nya itu.
🐳
Updated!
Sebelum mula kelas harini, sempat lagi tau saya update untuk korunks!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro