Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44- Terlukis Indah

"MUHAMMAD Hyder Zafran bin Abdullah".

"Saya".

"Aku nikahkan kau dengan puteri ku, Kenanga Tirana binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai...".

Turun naik, turun naik badan Hyder... Menarik nafas; cuba untuk bertenang. Sempat juga dia kerling ke arah satu-satunya kawan baiknya merangkap salah seorang daripada saksi pada hari itu iaitu Daim. Melihatkan anggukan kecil daripada Daim, Hyder membalas akad itu.

"Aku terima nikahnya Kenanga Tirana binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai". Rasa macam nak melompat bila dah selesai melafazkan kata itu.

"Sah?". Encik Ibrahim bertanyakan kepada para saksi iaitu Daim dan seorang lagi lelaki yang duduk di sebelah kiri pengantin lelaki.

"Sah".
"Sah".

Jawab mereka berdua.

"Allhamdulillah...". Encik Ibrahim mengucapkan kata syukur itu sebelum tangannya ditadah untuk memohon doa kepada Yang Maha Esa. Diikuti juga pengantin dan tetamu yang hadir.

Hyder yang sudah kita ketahui dramatik nak mampus tu, mengelap air matanya terlebih dahulu sebelum menadah tangan. Pengantin perempuan tak sempat menangis lagi, dia dah menangis dulu.

Daim pula sempat memandang ke arah pengantin perempuan untuk mencari si buah hati. Namun, kelibat Daneen sedikitpun tidak terlihat membuatkan dia berasa sedikit risau. Tadi rasa macam ada lagi. Ini dah takde. Pergi mana cinta hatinya itu?

"Amin...". Tak lama selepas itu, doa selesai dibaca dan upacara pembatalan air sembahyang bakal dilakukan.

Belum sempat lagi Hyder nak melangkah ke arah Kenanga, Daim menyentuh bahunya terlebih dahulu.

"Congrats, Zafran. Nanti kita ambil gambar, aku keluar kejap". Bisik Daim di telinga kanan Hyder.

"Pergi mana? Aku takut la...". Rengek Hyder. Mengada-ngada betul. Sejak bila entah tak boleh berenggang dengan Daim ni.

"Kau jangan sampai aku libas kau, Zafran. Simpan sikit perangai budak-budak kau tu. Dah beristeri kan?". Kan dah kena bebelan percuma oleh Daim tu.

"Aku nak pergi cari Daneen sekejap". Sambung Daim sebelum mulai berdiri dan berjalan keluar daripada masjid itu.

Matanya melilau mencari si gadis manis pencuri hatinya itu namun tetap tak dijumpai. Batang hidung pun tak nampak, bayang sedikit pun tidak menjelma. Jangan kata kena culik sudah... Mahu pengsannya Daim dekat situ.

Tiba-tiba terasa ada tangan kecil yang menarik kain sampinnya membuatkan matanya terus mengalihkan pandangan ke bawah. Dan terlihat lah seorang budak lelaki comel yang elok memakai baju melayu bersaiz budak berwarna sama persis dengan baju melayu Daim. Songkok juga turut disarungkan ke kepala si kecil, menutupi rambut gebunya. Kanak-kanak comel itu ialah Dhamir.

"Little sunshine, where is your mom?". Soal Daim lalu mendukung budak comel itu yang turut memegang papan hitam kecil bersama kapurnya itu.

Jari telunjuk si kecil itu kemudiannya ditundingkan ke arah sebuah tandas yang berada tidak jauh daripada tempat mengambil wudhuk perempuan itu.

" Dia buat apa? Lamanya duduk dalam tandas". Soal Daim lagi dan kali ini, Dhamir menulis sesuatu di papan hitamnya untuk menjawab persoalan Daim itu.

Sakit perut.
Merah, baju ibu.

Papan hitam itu diterbalikkan dan Daim membaca apa yang ditulis.

"Your mom is on her period?".

Dhamir mengerutkan dahinya.

"Takpe, aku tahu kau tak faham. Come on little sunshine, we are gonna help your mother". Dukungan Daim terhadap Dhamir dikemaskan sebelum dia berjalan menghampiri tandas yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu sebentar tadi.

Sampai je depan tandas tu, terus tangan Daim naik mengetuk pintu kubikel itu.

"Daneen?". Panggilnya.

"Siapa tu?". Soal orang di dalam dek kerana suara Daim yang kedengaran kurang jelas.

"Waqeel ni. Anak kau cakap kau period. Baju kau kotor ke? Kau okay tak? Sakit tak?". Daim bukannya boleh kalau dah dengar Daneen berada dalam kesakitan. Mesti dia akan jadi manusia paling risau di abad itu.

"Saya okay je. Awak tolong tengokkan Dhamir sekejap boleh? Saya nak cuci sekejap".

"No, you're not. Kau ada pad tak?".

"Takde". Jawab Daneen. Sebenarnya mukanya sudah memerah menahan malu ni. Kurang asam punya anak, dalam banyak-banyak orang ibu mu suruh minta tolong, kau minta tolong pakcik ni? Malu lah ibu!

"I have your period kit in my car. Aku pergi ambil kejap. Kau tunggu sini ya?".

Untuk pengetahuan semua, Daim selalu sediakan sebuah kotak mengisi sepaket pad, sepapan coklat Cadbury berperisa badam, beberapa keping heatpads dan painkillers yang warna merah jambu tu. Kotak itu dilabelkan dengan perkataan 'Sunshine's period kit'. Dia sediakan kotak tu in case kalau Daneen tiba-tiba datang bulan. And yes, Daim dah sediakan kotak itu sejak daripada mereka mula-mula kenal more or less 10 years ago. Walaupun mereka telah memutuskan hubungan selama tiga tahun dan Daneen telah menghilang selama dua tahun ni, isi kotak itu selalu di renew.

"Okay".

"Aku bawa Dhamir sekali ni. Dhamir, nak ikut uncle tak?". Daim bertanyakan kepada si kecil dan budak tu mengangguk laju.

"Okay, lets go".

🐳

"KAU pulak!".

Berkerut dahi Daim mendengar kata-kata si pengantin lelaki itu. Dah macam bukan pengantin lelaki sebenarnya sebab daripada tadi terkinja-kinja. Katanya ada dua sebab kepada Hyder nampak teruja sangat. Pertama sebab dia dah kahwin. Dua sebab dia tengok Daim pakai sedondon dengan Daneen + Dhamir. Macam keluarga bahagia gitu. Dan disebabkan itu juga lah dia menyuruh Daim pula yang mengambil gambar. Nasib baik dah dekat luar masjid ni.

"Aku? Buat apa? Bukan aku yang kahwin harini". Jari ditunding ke arah diri sendiri.

"Alah, takpe. Sekali lah kiranya. Kan sayang kan?". Hyder memandang isterinya lalu Kenanga mengangguk laju. Sebenarnya dengan dia-dia sekali teruja tengok Daim dan Daneen bertemu kembali ni. Pakai baju warna sama pula tu! Comel sangat! Rugi kalau tak ambil gambar.

" Aku sorang ke?". Tanya Daim untuk kepastian. Matanya mengerling ke arah Daneen yang masih lagi memakai baju kurung hijau gelap itu. Bezanya kini, sampin milik Daim yang labuhnya sampai bawah punggung itu tersarung di kepalanya untuk menutupi kesan darah tadi. Alah, ada kan macam orang dulu-dulu pakai tu. Tahu tak?

"Jap". Hyder mencuit bahu Kenanga; menyuruhnya untuk memanggil Daneen yang sedang bermain bersama putera kecilnya itu.

"Daneen!". Panggil Kenanga sambil tangannya menggamit wanita itu untuk datang sedikit mendekat dengan mereka bertiga yang sedang berdiri di kawasan orang sedang makan-makan itu. Jauh sikit la daripada manusia-manusia yang sedang makan tu. Macam ada satu tempat khas untuk bergambar. Tak tahu la, aku tak pernah kahwin. Korang fikir la sendiri.

"Ya?".

"Sini. Ambil gambar". Ajak Kenanga lagi.

"Woi! Dengan dia ke?". Di sisi lain, wajah Daim sudah memerah. Tangannya naik menyiku si pengantin lelaki.

"Dahtu? Kau nak dengan Kak Limah? Ke dengan pak imam? Tak pun dengan ayah mertua aku. Nak ke?". Sejak bila lah Hyder pandai loyar buruk ni. Mesti belajar daripada internet ni. Ish ish ish.

"Takdela tapi aku malu...". Agaknya kalini Daim pula yang nak kena libas kut. Geram sungguh Hyder dibuatnya! Malu tapi mahu!

"Ceh kau!".

"Ambil gambar? Saya? Bukan patutnya awak ke kena ambil gambar dengan Hyder?". Tahu-tahu je Daneen dah sampai di dekat mereka bertiga sambil mendukung Dhamir. Kelihatan budak kecik tu macam nak turun daripada dukungan ibunya.

"Eh, kitorang dah. Sekarang giliran korang pulak". Tersengih-sengih Hyder.

"'Korang'? Saya dengan siapa?". Susah payah Daneen menuturkan ayatnya itu kerana Dhamir yang tak henti-henti minta mahu dilepaskan daripada dukungannya itu. Akhirnya, dia lepaskan sahaja. Si kecil itu kemudiannya berjalan ke arah Daim. Jari kelingking tangan kanan lelaki itu ditarik olehnya.

"Yes, little sunshine?". Tanya Daim sambil memandang ke bawah. Hanya untuk melihat Dhamir yang sudahpun membuka kedua-dua tangannya ke hadapan itu. Mungkin ingin didukung oleh Uncle Daim.

"Nak dukung?".

Laju saja si Dhamir tu mengangguk.

"Come here, baby". Langsung Daim mendukung kanak-kanak yang usianya sudah menginjak ke lima tahun itu. Tak berat pun. Setakat Dhamir seorang ni, apa lah sangat. Dengan ibu Dhamir sekali Daim boleh dukung. Eh--

"Dengan diorang berdua". Serentak Hyder dan Kenanga berbicara dan menundingkan jarinya ke arah Daim dan Dhamir yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk itu.

Ya, walaupun Dhamir Anaqee bukan lah anak kandung Daim... akan tetapi, perangai sebiji sama. Senyuman pun. Lagi-lagi kalau dah pakai baju melayu berjenama Gene Martino yang sama persis ronanya ini.

"Erk... Kalau saya taknak boleh tak Kenanga? Segan la...". Ayat terakhir itu dibisikkan secara perlahan.

"Ala... Awak sayang saya tak? Kalau awak sayang saya, awak kena juga ambil gambar bertiga. Awak kan sahabat dunia akhirat saya...". Ayat yang dibicarakan oleh Kenanga sebiji macam ayat yang pernah Hyder gunakan untuk memujuk Daim untuk menjadi pengapitnya pada minggu lepas. Ha memang sesuai sangat lah jadi laki bini dua orang tu.

" Sayang... Tapi... ".

" No buts. Go!". Tangan Kenanga menolak lembut bahu Daneen membuatkan kaki gadis itu automatik melangkah ke hadapan. Berdiri tepat di hadapan Daim dan Dhamir. Sempat dia bertentang mata sekejap dengan mata heterocromia Daim tetapi deheman oleh diri sendiri menyedarkan dia daripada tindakannya itu.

Daneen lalu mengalihkan kedudukannya dengan berdiri di sebelah kanan Daim. Paling dekat dengan anaknya.

"Okay, cool! Say cheese!". Tak, Hyder bukan sekadar memberikan arahan akan tetapi dia sendiri yang jadi jurugambar! Jadi jurugambar orang lain di majlis kahwin sendiri. Kau rasa? Teruja sangat dia ni. Walaupun tindakannya itu dipandang sinis oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang dekat situ, dia buat de' je. Alah, majlis kahwin dia. Suka hati dia la nak buat apa pun. Isteri sendiri pun tak kisah (lagi suka ada lah). Orang lain tu je yang sibuk sangat.

"Cun! Sekali lagi tau. Buat-buat macam keluarga bahagia!". Arah Hyder lagi. Kamera yang entah daripada mana dia curi itu ditekan banyak kali. Momen berharga kut ni! Jarang-jarang boleh dapat.

"Amin". Kenanga membisikkan kata itu ke telinga suaminya membuatkan makin lebar pula senyuman Hyder kerana Hyder tahu, bukan dia sahaja yang menjadi peminat nombor satu pasangan di hadapannya ini. Kini dia dah ada teman. Kenanga Tirana; si isteri jelita.

🐳

Updated!

Cute giler Hyder & Kenanga hihihi ><
By the way, korang nak sad ending ke happy ending untuk cerita ni? Sebab saya belum tulis ending dia and im thinking about making another sad ending HEHEHEHEHE






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro