Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43- Successfully Planned

"DHAMIR!".

Daripada jauh lagi sudah kedengaran suara seorang wanita yang cukup cukup dirindui Daim memanggil nama anak teruna kecilnya itu. Angkat sahaja wajahnya, terus Daim dapat melihat wajah yang dirindui setengah mati olehnya itu setelah dua tahun tiada bayangan.

Langkah kaki Daneen yang menuju ke arah Dhamir tadi terhenti tidak jauh daripada tempat anaknya berada apabila dia terpandang sebuah figura yang amat dikenalinya. Sosok manusia yang pernah dia sakiti dengan kata-katanya dua tahun lepas.

Belum sempat Daneen ingin bergerak kembali, Daim sudah menghampirinya sambil memimpin tangan si kecil; Dhamir itu.

"Ni, anak kau. Dia sesat tadi lepastu terjumpa aku". Tangan kecil yang dipimpin itu dihulurkan kepada si ibu. Daneen yang masih terpaku seperti patung di situ tidak tahu apa yang patut direspon.

Berkerut-kerut dahi kedua lelaki di hadapannya itu. Diorang macam, 'dah kenapa pula dia ni?'.

Daim berdehem seketika sebelum dia menunduk untuk menyamai paras wajahnya dengan si comel Dhamir di hadapannya itu.

"Aku balik dulu. Kau jangan merayau merata-rata macam tadi lagi. Kesian ibu kau nak cari nanti". Tangannya naik mengusap lembut rambut gebu gebas milik Dhamir itu. Jarang Daim dapat melihat kanak-kanak berambut kerinting asli ni. Itu yang dia teruja sikit tu.

"Faham tak?".

Dhamir hanya mengangguk sebagai respon. Daim lalu berdiri tegak semula, memandang sekilas ke arah Daneen sebelum dia mulai melangkah pergi. Tapi...

... baru sahaja tiga langkah dia pergi ingin meninggalkan tempat itu, ada suara yang begitu dirindui olehnya memanggil namanya buat kali pertama setelah dua tahun. Tempoh yang agak lama bagi Daim sendiri.

"Waqeel".

"Hm?". Tanpa berpaling, dia menyahut. Daim sebenarnya sedang menahan air matanya ketika ini. Daripada tadi dia terasa kecewa entah kenapa tetapi dalam masa yang sama, dia juga merindui gadis manisnya itu. Ingin sahaja dia memeluk erat si gadis tapi dia masih tahu batas.

"Awak... Dah tak ingat saya?". Daneen pula berniat ingin meminta maaf. Meminta maaf kerana telah melukakan hati lelaki yang tidak bersalah itu pada dua tahun lepas namun, pertanyaan itu pula yang terkeluar daripada mulutnya. Entah bagaimana.

"Ingat... Kau wanita yang paling aku cinta. Kau wanita yang paling aku rindu. Tapi kau juga Daneen Isabella. Wanita yang dah tinggalkan aku dua tahun lepas. Wanita yang cakap dia benci dan tak perlukan aku dalam hidup dia. Aku ingat. Aku ingat semua tu dan aku ingat kau, Daneen".

Terdiam gadis itu apabila mendengar luahan berat daripada si lelaki.

"Saya...".

"Aku balik dulu, Daneen. Moga kau gembira dengan keluarga kau sendiri". Pesan Daim sebelum dia betul-betul pergi meninggalkan Dhamir dan Daneen berdua di tengah-tengah ruang legar itu. Kalini bukan lagi terpaku, malahan dahi Daneen berkerut hairan. Keluarga? Apa yang Daim maksudkan dengan keluarga?

Daneen memandang anaknya dan anaknya memandang Daneen.

"What do you think, little sunshine?". Daneen menyoal si kecil itu sebelum Dhamir akhirnya menulis sesuatu di papan hitamnya.

Dia ke orang ibu nak
minta maaf?

"Ya, itulah orangnya. Tapi kenapa dia tak tegur ibu eh? Nak cakap tak ingat, dia cakap dia ingat lagi ibu tadi. Dah la dia ada sebut pasal keluarga kan? Kita mana ada keluarga...". Ligat otak Daneen berkerja mahu memikirkan apa maksud sebenar di sebalik kata-kata Daim itu.

Dhamir memadamkan apa yang sudah ditulis tadi sebelum menulis satu perkataan baru.

Papa?

Perkataan itu dibaca oleh Daneen sebelum dia turut melihat Dhamir menepuk-nepuk dada sendiri. Menandakan yang si comel itu ingin menyatakan sesuatu itu adalah miliknya.

"Tak... Dia bukan papa--eh jap...". Daneen seakan baru sahaja tersedar akan sesuatu.

"Ke... Dia ingat ibu dah kahwin?".

Laju saja Dhamir mengangguk ingin mengiyakan segala apa yang terlintas di fikiran ibunya ketika itu. Terus tepuk dahi Daneen dibuatnya.

"Lah sebab tu ke...".

Tengah-tengah duk mengelamun memikirkan kesalahfahaman antara dia dan Daim itu, Kenanga datang menepuk bahunya daripada belakang.

"Kenanga! Terkejut saya tau!". Daneen memarahi si gadis comel a.k.a bakal pengantin tak lama lagi tu. Untung dia kan? Baru dua tahun kenal dengan si jejaka, terus nak berkahwin dah. Orang kata, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Allhamdulillah, rezeki kahwin awal lah tu buat Kenanga.

"Hehe... Sorry... Awak tu mengelamun jauh sangat. Saya daripada tadi terpanggil-panggil nama awak". Kata Kenanga seraya membaiki kaca matanya yang melurut jatuh di batang hidungnya itu.

"Awak dah lama ke tunggu?". Soal Daneen.

"Lama juga lah saya tunggu dalam McD tu. Awak pergi mana? Bukan awak cakap awak nak sampai dulu ke?". Keliru Kenanga dibuatnya. Setahu dia, Daneen dah hantarkan mesej kepadanya yang mengatakan wanita itu sudah tiba terlebih dahulu di restoran makanan segera itu tapi bila Kenanga dah sampai, langsung tidak terlihat kelibat Daneen dan Dhamir.

Sebenarnya Kenanga ingin bertemu Daneen kerana dia ingin menyampaikan sendiri kad jemputan kahwinnya. Daneen ni kan sekarang dah jadi bff till jannah Kenanga, jadi tak manis la main jemput ikut mesej aje kan? Lagipun, Kenanga ada permintaan untuk menyuruh Daneen menjadi pengapitnya dan budak kecil Dhamir tu untuk menjadi manusia kecil yang akan memimpin tangan pengantin perempuan nanti. Comel kan?

" Maaf tau, Kenanga. Tadi Dhamir hilang lepastu...". Daneen terjeda sebentar. Memikirkan samaada patut atau tidak dia memberitahu Kenanga tentang pertemuannya dengan kekasih lamanya itu.

"Lepastu?".

"Takde papela hehe... Kenapa awak nak jumpa saya ni?". Tanya Daneen sambil berjalan ke arah restoran makanan segera itu semula dengan memimpin tangan putera kecilnya, diikuti oleh Kenanga.

"Macam ni...".

🐳

"KAU ni dah nak kahwin pun still lagi nak berkepit bawah ketiak aku ke?". Stres juga Daim dibuatnya apabila dia keluar je daripada bilik air, terus ternampak figura Hyder duk landing sesuka hati mak bapak dia je atas katil Daim sambil membaca majalah.

"Nak!".

"Zafran...". Tak lama nanti, ada juga yang tak sempat kahwin ni kang. Umur dah nak masuk era 30-an, perangai masih tak berubah-ubah.

"Haish... yela-yela...". Hyder bangun daripada pembaringannya dan duduk di birai katil itu.

"Aku tengah tunggu nak pergi ambil buah hati ni sebenarnya. Sambil-sambil tu aku singgah rumah kau sebab aku ada hajat yang nak disampaikan". Hyder dah mula tersengih-sengih apabila teringatkan hajatnya itu. Dia sangat berharap agar Daim bersetuju. Ini untuk kebaikan lelaki itu juga.

"Kenanga pergi mana?".

"Tak payah tahu la, rahsia. Anyway, hajatnya adalah...".

Hyder mengetuk-ngetuk pehanya menggunakan tangan sendiri gaya-gaya drum roll gitu.

"... aku nak suruh kau jadi pengapit aku. Cun tak?".

Dengar sahaja permintaan Hyder itu, terus Daim mengalihkan pandangannya yang sedari tadi sibuk menilik wajah sendiri di cermin meja solek biliknya itu.

"No".

"Tapi--".

"Zafran, aku tak nak. Aku tak suka--". Daim cuba nak menolak lagi. Dia fikir kalau dia gunakan nama kedua jejaka itu, Hyder akan akur. Namun...

"Kau jangan nak ber'Zafran-Zafran' dengan aku eh. Kalini tak akan jadi. Kau kena jugak jadi pengapit aku. Lagipun... Kau tak kesian ke dekat aku, Daim? Aku dah la takde ahli keluarga lain dah. Aku ada kau je, Daim. Sahabat dunia akhirat aku. Takkan permintaan aku yang satu ni pun kau tak sanggup nak tunaikan?". Hyder mengelap air mata palsunya. Yang ini sorang kalau bahagian nak berdrama, memang nombor satu!

"Menyampah aku tengok air mata palsu kau tu". Daim jeling sahaja jejaka itu.

"Ala... Boleh lah Daim... Nanti boxing gym membership kau aku kasi percuma setengah tahun. Boleh lah eh...?". Sempat lagi Hyder menyogok lelaki itu.

Daim terdiam sebentar sebelum menjawab,

"Hm".

"So, boleh lah ni?".

"Ya".

"Okay, cun! Dalam almari kau, aku dah ada gantung baju melayu warna hijau gelap berkilat dah siap gosok. Kau pakai yang tu tau masa hari aku akad nikah nanti. Lepastu untuk hari aku bersanding a.k.a resepsi pulak, kau pakai sut hitam yang aku dah gantung sebelah baju melayu hijau tu. Kau jangan pakai yang lain tau? Tau?! Semuanya dah siap gosok. Kasut kau semua aku dah siap kilatkan dah tadi". Punya lah bersungguh Hyder nak suruh Daim jadi pengapitnya kerana dia tahu, walaupun jejaka itu akan menolak pada mulanya... kasi drama air mata sikit, PASTI Daim akan terima.

"Sejak bila kau buka almari aku ni?".

"Masa kau mandi tadi". Ujar Hyder dengan muka tak bersalahnya.

"Siapa suruh kau--".

"Okay lah, Daim. Aku nak pergi ambil Kenanga. Jangan lupa tau! Minggu depan dah tu!". Hyder ni nak kahwin minggu depan tau. Gayanya dah macam lagi sepuluh tahun akan datang! Kenapa? Sebab dia relaks sangat! Tengok ni, masih boleh melepak dekat rumah orang. Kalau bakal pengantin lain ni, confirm dah gelabah tet--.

" Hm".

"Bye!".

🐳

Updated!

Dah nak habis ni... Tunggu jap ya?
Also, happy reading!
(p/s: nak double update tak?)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro