Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42- Papan Hitam & Kapur Putih

Dua tahun kemudian...

"NI". Sekeping kad berwarna putih diletakkan oleh Hyder ke atas meja Daim. Kad putih itu dihiasi dengan corak bunga-bungaan sakura berwarna merah jambu dan dedaun kecil. Sungguh indah sekali buat pandangan mata heterocromia Daim.

"Bila berlangsung?". Tenang sahaja Daim bertanya sembari tangannya naik melipat lengan kanan baju kemejanya. Setelah siap yang itu, lengan kiri kemeja biru itu pula yang menjadi sasarannya.

"Kan dah bagi kad tu, Tuan baca la". Hyder tersengih-sengih. Dia sebenarnya malu-malu kucing nak jawab soalan Daim itu.

"Nanti balik, aku baca. Sekarang ni, boleh tak kau jawab je soalan aku sebelum aku tak datang langsung majlis tu nanti?". Daim menghentikan segala tindakannya dan merenung tajam wajah Hyder yang masih berdiri tegak di hadapan meja kerjanya itu.

"Haish, yela yela. Orang tu malu...".

"Kepala acik kau malu". Sempat lagi si Daim tu memarahi Hyder sebelum Hyder akhirnya menjawab persoalan yang sudah daripada tadi tidak terjawab itu.

"Akad nikah malam sebelum kenduri tu, lapan haribulan. Resepsi tengahari keesokkan harinya start pukul satu petang. Lepastu, bulan Jun pula; lapan haribulan juga... Baru buat majlis sambut menantu dekat Penang. Kau datang semua ya?". Tersipu-sipu Hyder menjemput Tuan Muda merangkap sahabat baiknya itu untuk hadir ke majlis perkahwinannya.

Ya, setelah hampir dua tahun menjalinkan hubungan istimewa... Hyder Zafran akhirnya membuatkan keputusan untuk mengahwini cinta hati pandang pertamanya iaitu Kenanga Tirana. Jauh di sudut Daim, dia sangat gembira dengan berita ini. Dia gembira apabila akhirnya ada yang mampu menceriakan sahabatnya itu semula. Yang boleh menyayangi dan mencintai sahabat dunia akhiratnya itu sepenuh hati.

Namun di sisi hati Daim yang lain... Dia cukup cemburu dengan Hyder. Hyder dapat mengahwini gadis idamannya biar pun baru sahaja kenal selama dua tahun. Tetapi dia... Dia terpaksa menunggu sepuluh tahun lamanya. Lima tahun menjalinkan hubungan cinta yang bahagia, kemudian ditinggalkan tanpa dinyatakan sebab selama tiga tahun. Setelah si gadis mulai kembali membawa sinar harapan, 'dia' pergi lagi selama dua tahun. Daim cukup terseksa. Terseksa menunggu. Terseksa menahan rindu.

"Ya, aku datang. Perlu pasangan ke?". Seloroh Daim di akhir ayatnya.

"Tak perlu. Kalau kau nak bawa pun boleh. Takde masalah". Jawab Hyder sedangkan dia sudah tahu yang mustahil bagi Daim untuk mencintai wanita selain daripada Daneen Isabella kerana dia masih belum melupakan gadis manisnya itu. Sampai...

... sekarang. Nama Daneen tetap tersemat dalam hati seorang Daim Al Waqeel.

"Malas arh. Baik aku--".

"Pergi Mcd? Lagi?". Potong Hyder tatkala dia melihat Daim mencapai kunci Range Rovers yang tadinya tergeletak di atas meja kerja itu.

"Hm".

"Sepanjang dua tahun ni kan, boleh kata hampir setiap hari kau pergi Mcd. Tak bosan ke?". Soal Hyder. Curious juga dia. Kerap kali Tuan Mudanya ini pergi ke restoran makanan segera itu. Ada lah dalam empat kali seminggu. Ada kadang tu sampai setiap hari dalam waktu seminggu tu. Bahaya sungguh!

" Tak".

"Suka hati kau la. Kau nak suruh aku drive tak?". Tangan Hyder ditadah ke hadapan. Ingin meminta kunci daripada Daim jika lelaki itu ingin menyuruhnya untuk memandu untuknya.

"Tak payah. Dah pukul lima ni. Waktu kerja kau dah habis kan?".

"Hm, ye la kalau macam tu. Aku balik dulu".

Daim hanya mengangguk beberapa kali sebagai respon. Matanya menghantar pemergian Hyder keluar daripada pintu kaca biliknya itu.

Sebelum tuan punya bilik sendiri yang keluar, dia sempat mengerling ke arah sebuah bingkai gambar yang memaparkan gambarnya bersama Daneen sewaktu pertama kali dia melamar gadis itu untuk menjadi teman wanitanya. Tepatnya di hari penyerahan Infinity LInes Holdings kepadanya.

"Please come back to me, sunshine". Bisiknya perlahan sebelum dia turut melangkah keluar daripada bilik yang berdinding serba kaca itu. Nafas dihela sangat lah berat. Sungguh. Dia sangat merindui wanita kesayangannya itu. Terlampau merindui.

🐳

USAI membeli makanan secara take away di restoran makanan segera Mc Donald itu, Daim membuat keputusan untuk duduk di bangku yang terletak di ruang legar di hadapan Mc Donald itu. Ruang legar itu nampaknya dipenuhi dengan manusia yang berpusu-pusu berjalan menuju ke destinasi masing-masing.

Setelah mengambil tempat di bangku kayu itu, Daim mengeluarkan fries dan aiskrim yang dibelinya tadi. Penutup aiskrim itu dibuka dan sebatang ubi kentang goreng diambil keluar.

Daim kemudiannya menyelupkan sebatang ubi kentang goreng itu ke dalam aiskrim berperisa vanila yang dibelinya buat seketika. Tak sampai tiga saat kemudian, ubi kentang itu dikeluarkan dan disua ke mulutnya.

Digigitnya bahagian ubi kentang yang terkena aiskrim itu lalu dikunyah dengan begitu perit sekali. Raganya terseksa. Matanya menahan pedihnya air mata yang bertakung. Hatinya sebak. Tingakahnya mengingat dia segala-galanya tentang Daneen.

"Im eating the way you used to ate it". Tuturnya perlahan.

Secara jujurnya, Daim kerap kali datang ke restoran makanan segera ini dengan harapan agar Daneen juga berada di sini kerana ini merupakan tempat kegemaran mereka berdua. Daneen selalu mengajaknya untuk ke sini untuk makan tengahari kalau Daim tidak keberatan.

Namun, usahanya sia-sia. Sepanjang dua tahun dia mengunjungi tempat ini, tidak sekalipun dia melihat kelibat Daneen.

"I missed you so much, sunshine. Everyday. Every single day". And the fact that his love for her is never dying. Never gonna die. Forever.

Lamunan Daim terhenti tatkala dia merasakan lututnya disentuh seseorang. Dengan serta-merta dia membuka mata dan imej seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan lima tahun menjamah korneanya.

"Huh?". Dia memandang pelik ke arah kanak-kanak yang memegang sebuah papan hitam kecil itu. Di tangan si comel itu juga ada sebatang kapur putih.

"Kenapa tengok aku macam tu?". Daim menyoal kanak-kanak itu.

Lantas si comel itu mencoretkan sesuatu di papan hitamnya menggunakan kapur yang dipegang. Papan hitam itu lalu diterbalikkan agar menghadap ke arah Daim.

Daim membaca setiap satu tulisan tangan yang agak tidak tersusun itu. Yela, budak lima tahun yang tulis. Biasa lah tu.

Nape pakcik nangis?

"Rindu seseorang". Tenang sahaja Daim menjawab. Seolah-olah dia berasa sedikit tenang kerana dapat meluahkan rindunya kepada budak kecil ini. Walaupun mereka ialah strangers.

"Kau kenapa tulis pakai kapur dengan papan hitam ni?".

Ayat tanya di papan hitam tadi dikesat menggunakan lengan bajunya sebelum budak lelaki itu mencoretkan satu perkataan baru di atas permukaan itu.

Saya x cakap.

"Tak boleh bercakap? Kau bisu ke?". Soal Daim lagi dan kanak-kanak itu mengangguk.

"Kesian kau ni. Sorang-sorang pula tu". Tangan kanan Daim naik menggosok lembut rambut kerinting kembang kanak-kanak lelaki itu.

Kanak-kanak itu kemudiannya terlihat mencoret sesuatu lagi di papan hitamnya setelah dia mengambil tempat duduk di atas lantai, di hadapan kaki Daim.

Setelah siap menulis, papan hitam itu kembali diterbalikkan ke arah Daim.

Pakcik rindu siapa?

"Kekasih hati aku. Aku selalu panggil dia 'sunshine' dulu. Dah dua tahun dia larikan diri daripada aku. Dia cakap dia tak perlukan aku. Aku pun tak faham kenapa".

Papan hitam itu kembali dipadam setelah medengar cerita si 'pakcik' sebelum sebuah gambaran matahari yang bersinar bersama dengan sebuah tanda soal dilukis oleh si comel itu. Nasib baik la Daim faham apa yang ingin dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut.

"Ya, 'sunshine'. Comel kan?".

Kanak-kanak itu mengangguk sebelum menulis perkataan 'little'  di sebelah gambaran matahari yang dilukis sebelum menepuk-nepuk dada sendiri.

"Kau 'little sunshine'? Siapa yang panggil?". Daim tergelak kecil melihat telatah comel si rambut kembang di hadapannya itu.

Gambaran tadi dipadam lalu perkataan baru ditulis.

Ibu.

"Oh, talk about mom... Wheres your mom, baby?". Sedap sangat bersembang dengan budak bisu ni, hampir terlupa Daim ingin bertanya tentang keberadaan orang tua si comel ini.

Si comel berambut kembang itu kemudiannya menunjukkan gelang di pergelangan tangan kanannya.

'Faham eh Bahasa Inggeris. Caya la budak ni'. Bicara Daim dalam hatinya.

Lengan si comel itu dipegang untuk melihat dengan jelas apa yang tertulis di gelang yang dipakai.

"Nombor telefon ibu kau ke ni?". Daim bertanya dan kanak-kanak itu mengangguk.

"Jap, aku telefon kau. Ibu apa lah yang tinggalkan anak bisu merata-rata ni. Haih...". Daim melepaskan keluhan berat sebelum meletakkan aiskrim dan fries nya ke tepi sebelum mengambil telefon yang berada di dalam poketnya.

Nombor yang terukir di gelang kanak-kanak itu ditaip di keypad telefonnya.

" 012...".

"283...".

"441...".

Belum sempat lagi Daim ingin menekan butang hijau untuk menelefon nombor itu, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Sunshine <3

Nama contact itu terpapar di skrin. Bermakna Daim sudah lama menyimpan kenalan itu. Dan Sunshine yang dimaksudkan ialah...

... Daneen Isabella.

🐳
Updated!
Ala... Sikit je kan konfliknya tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro