41- Dhamir Anaqee
"DAH tiga hari kau kat sini. Tak pergi kerja ke?". Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bertanya kepada Daneen.
Wanita itu ialah Dian Izzati. Kakak sulong kepada Daneen dan Idlan yang sekarang ni sedang menetap di Putrajaya. Dian ni juga lah merupakan insan yang banyak berjasa kepada Daneen. Oleh kerana dia tidak dikurniakan anak walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, Dian menawarkan dirinya untuk menjaga Dhamir buat sementara waktu. Rancangnya dia mahu menjaga Dhamir dalam dua atau tiga tahun macam tu.
"Aku dah berhenti, kak". Bicara Daneen tenang sambil menggosok-gosok rambut lembut anak lelakinya yang sedang tertidur pulas itu.
"Berhenti? Bukan kau baru kerja ke dekat syarikat dekat Kuala Lumpur tu? Kenapa berhenti?". Berkerut-kerut dahi Dian dibuatnya. Dia sebenarnya tertanya-tanya dengan tindakan adiknya ini. Dia pelik, mengapa Daneen tiba-tiba sahaja datang ke rumahnya ini secara tiba-tiba. Tiada pemberitahuan. Nasib baik la Dian ada di rumah.
" Aku risaukan Dhamir. Kau tahu kan budak ni segala-galanya buat aku?". Air mata Daneen bertakung semula apabila dia teringatkan perbualannya dengan 'lelaki itu' tempoh hari.
"Apa kaitannya dengan kau berhenti kerja? Aku tak faham la. Apa yang kau cuba maksudkan ni?".
"Ethan datang balik. Dia cakap dia nak sakitkan Dhamir. Aku risau, kak. Aku risau sangat. Aku risau dengan keadaan Dhamir kalau aku takde dekat dengan dia". Tidak dapat ditahan lagi, air matanya jatuh entah buat kali ke berapa pada hari itu. Sungguh dia penat dengan segala-galanya.
"Bos kau tak marah?". Dian bertanya lagi dan kali ini, Daneen terdiam seribu bahasa. Fikirannya menerawang ke arah Daim. Imej lelaki itu memenuhi ruang mindanya sekarang. Bagaimana la reaksi Daim ketika menerima surat perletakan jawatan di atas mejanya dua hari yang lepas...
"Entah. Aku tak nak ambil tahu pasal dia".
"Korang gaduh lagi ke? Bukan dah berbaik ke?". Dian sudah sedia maklum tentang hubungan adiknya bersama C.E.O syarikat Infinity LInes Holdings itu. Mana taknya, dulu di masa mereka berdua menjalinkan hubungan romantis, Daim selalu mengikut Daneen ke mana-mana. Balik kampung, melawat Dian, bahkan mereka juga sempat makan bersama keluarga masing-masing.
Daneen hanya mengangkat bahu. Sejujurnya, dia tidak mahu memikirkan soal Daim sekarang ni. Dia hanya mahu mengutamakan Dhamir dalam segala hal buat masa sekarang.
"Eleh, gaduh lah tu. Aku mati-mati ingat kau berdua get back haritu". Dian menolak-nolak bahu Daneen. Tanda menyakat.
"Lambat lagi!". Daneen pula sudah mulai mencebik kesal. Malas sangat nak melayan kakaknya ini!
"Gurau je hehehe...".
"Banyak lah kau gurau!". Jari Daneen naik, ingin mencubit ketam isi perut kakaknya tapi wanita itu sempat mengelak sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lawaknya pun tak tahu. Orang dah la tengah sedih ni.
"Keluar lah kau, sana!". Halau Daneen.
"Ye ye, nak keluar lah ni. Kau tu, lap sikit air mata. Nanti Dhamir cakap aku yang cubit mak dia". Ibu jari Dian naik menyapu pergi air mata yang tadinya mengalir di pipi adiknya itu.
Daneen cukup terharu dengan tindakan kakaknya ini. Dian sangat banyak membantu dirinya daripada segi banyak hal. Memberikan semangat, kasih sayang dan yang paling penting... Dian sudi untuk menjaga Dhamir.
"Aku keluar dulu. Nanti apa-apa, panggil. Bila Dhamir dah bangun, kau berdua jangan lupa pulak turun makan. Nanti kebulur, aku tak nak jawab dengan Idlan". Idlan ialah manusia yang paling pantang kalau kakaknya berdua ini skip makan. Katanya, walau sesedih mana pun mereka, mereka wajib makan!
"Ye, tahu".
Dian lalu melangkah keluar daripada bilik itu. Tetapi, belum sempat dia menutup pintu,
"Kakak...". Daneen memanggil.
"Hm?".
"Terima kasih untuk semuanya".
"Anything for you, lil sis". Balas Dian lalu segera menutup pintu itu. Dia takut dia pula yang menangis nanti.
Bagi Dian, Daneen adalah segalanya bagi dia. Dia tahu tentang segala kisah menyedihkan gadis itu. Dia simpati. Dia yang menjadi tulang belakang setia buat Daneen semenjak tiga tahun lepas. Dia ada di waktu Daneen hampir untuk menamatkan nyawanya sendiri setelah mengetahui yang dirinya mengandung.
Dan Daneen ingat semua pengorbanan Dian terhadap dirinya.
Lamunannya terhenti tatkala terasa ada yang menarik hujung lengan baju yang dipakai. Terus sahaja Daneen mengalihkan pandangannya ke arah manusia kecil yang sudah terbuka luas matanya itu.
"Yes, little sunshine?". Sapa Daneen ceria. Pipi kanan anak terunanya itu dicium bertalu-talu oleh Daneen. Geram! Gebu sangat pipi budak ni!
Dhamir si kecil itu tersenyum sekali sebelum kedua belah tangan kecilnya memeluk erat ibu kandungnya itu. Itu ialah caranya untuk memberitahu seseorang yang dia sayangkan seseorang itu. Ya, dengan pelukan.
Kenapa?
Dhamir Anaqee dilahirkan dengan satu kekurangan iaitu dia tidak boleh menuturkan sebarang kata. Atau dalam erti kata lain, Dhamir ni sebenarnya dilahirkan bisu. Daneen mula-mula tak perasan juga sehingga lah Dian memberitahunya yang Dhamir ni kalau menangis memang tak keluar bunyi. Kalau bayi menangis kan, ada bunyi. Dhamir ni, tak. Lalu dibawa lah Dhamir ke doktor sewaktu usianya mencecah enam bulan. Lepastu baru lah doktor mengesahkan yang Dhamir ni sebenarnya bisu. And he will grow up as a mute person.
"Ibu pun sayangkan awak juga, little sunshine". Dia sempat membalas pelukan si kecil buat seketika sebelum Dhamir sendiri yang bertindak menolak badannya ke belakang.
"Hm? Kenapa ni? Tak sudi dah nak peluk ibu?".
Lantas kedua jari telunjuk si comel itu dibawa naik ke bahagian bawah mata kemudian diturunkan sehingga ke hujung dagu sendiri. Mukanya dikerutkan sedikit. Menandakan yang dia ingin bertanya mengapa ibunya ini menangis.
" Mana ada la. Ibu tak nangis".
Dhamir memeluk tubuh sendiri bersama dengan pakej muka yang semakin dikerutkan dan gerak mulut seperti menyebut perkataan 'tipu'.
"Yela yela. Pandai je anak ibu teka kan?".
Dhamir angguk laju.
"Ya, ibu nangis. Sikit la".
Dhamir lalu mengangkat kedua tangannya separa bahu dan menyengetkan sedikit kepalanya ke sisi.
"Dhamir nak tanya kenapa ke?".
Sekali lagi anak kecil itu mengangguk.
"Ibu rindu seseorang. Ibu ada buat salah dengan dia beberapa hari lepas". Sekali lagi imej Daim yang sedang melutut di atas jalan dalam keadaan hujan lebat itu menerpa mindanya.
Mendengarkan penerangan ibunya itu, Dhamir lantas mencapai tangan kanan Daneen dan menyalaminya. Tangan itu dicium lalu kepalanya diangkat semula dan wajah berkerut ditayangkan semula.
"Ibu bukan tak nak minta maaf, cuma... Ibu malu dengan dia". Berkongsi cerita dengan Dhamir merupakan perkara yang paling gemar dilakukan oleh Daneen setiap kali dia berada bersama kanak-kanak comel ini kerana Dhamir ni anak yang bijak. Walaupun baru berumur dua tahun lebih, dia mampu memahami emosi ibunya dengan baik.
Dhamir kelihatan seperti berfikir seketika sebelum tangan kecilnya bertindak menepuk-nepuk dada sendiri.
"Apa? Ibu tak faham. Dhamir nak cakap apeni?".
Dhamir masih lagi tidak berhenti menepuk dadanya sendiri. Tangan kanannya pula sibuk menyalaminya tangan kanan Daneen dan dicium beberapa kali.
"Kenapa ni, sayang?". Susah betul ya Daneen nak faham Dhamir kali ini.
"Dhamir nak minta maaf dengan ibu?".
Si kecil itu menggeleng.
"Dahtu? Dhamir nak ibu minta maaf dengan Dhamir?". Nak tergelak pula bila dengar tekaan Daneen yang ini.
Dhamir menggeleng lagi.
"Hm... Apa erk...? Ha!".
Terhenti sekejap perbuatan Dhamir dibuatnya.
"Dhamir nak tolong ibu minta maaf dengan dia?".
Kali ini laju sahaja si comel itu mengangguk lantas tersenyum manis sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya.
"Alahai, baiknya anak ibu ni". Sekali lagi tangan Daneen naik mencubit geram pipi anak kecilnya itu. Budak ni pandai sangat!
"Nanti kalau kita jumpa dia, ibu minta tolong awak minta maaf dengan dia tau?".
Lantas Dhamir mengangguk ceria. Anak bijak ini gembira jika dia dapat menolong ibunya. Gembira jika tidak akan ada lagi air mata yang menitis di kedua belah pipi ibunya itu. Kecil-kecil lagi dah pandai!
Good boy!
🐳
Updated!
Sorry tau lama update, kita sibuk urus hal kolej and right now, iam in the college hehe!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro