Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39- Empat Sekawan

KENANGA menghampiri seorang gadis yang sedang duduk sambil menggoyangkan kaki kirinya manakala kaki kanan gadis itu pula terlihat tertampal dengan sejenis fabrik. Mungkin sahaja kaki kanan gadis itu terluka kan?

Di tangan Kenanga ada sekeping kad yang menyerupai kad identifikasi diri (identification card or IC) tetapi berwarna merah jambu yang tak terlalu menyerlah. Barangkali lesen memandu seseorang.

Sampai sahaja di hadapan gadis yang mempunyai kaki bertampal itu, Kenanga terus membuka mulut seolah ingin bertanya sesuatu.

"Hai". Sapa Kenanga, mesra. Walaupun dia jarang berbual dengan orang yang tidak dikenali, tapi kalini dia terpaksa. Kalau tidak sampai ke sudah lah dia tak dapat nak pulangkan lesen memandu itu kepada pemiliknya. Malu bertanya sesat jalan kan?

Terus Daneen mengangkat kepalanya ke atas apabila terasa ada yang menyapanya.

Ternyata betul lah, ada seorang gadis comel berkaca mata bulat yang sedang berdiri tepat di hadapannya. Nak cakap budak sekolah, tak logik pula kerana dia terlihat seperti seorang wanita dewasa. Nak kata dewasa sangat, tak juga. Sebab Kenanga terlihat terlalu polos di mata Daneen.

"Hai!". Daneen membalas sapaan Kenanga dengan penuh keceriaan.

"Erm... Tumpang tanya, awak kenal tak sesiapa nama Hyder Zafran yang kerja dekat sini?". Sejurus selesai persoalan Kenanga itu, mereka berdua mendongak memandang ke atas signboard (?) gergasi yang terlekat di bangunan di hadapan mereka yang tertulis Infinity LInes Holdings itu.

'Dia cari Hyder?'. Bicara Daneen sendiri lantas matanya beralih ke arah kad merah jambu yang dipegang oleh Kenanga.

"Kenal. Dia bodyguard kawan saya. Kenapa ya?".

"Erk... Kalau saya cakap ni, awak jangan salah faham tau". Pinta Kenanga terlebih dahulu kerana dia yakin sesiapa sahaja yang mendengar ceritanya ini akan memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Daneen mengangguk sekali. Buat apa dia nak salah faham kalau dia tak tahu perkara sebenar kan? Adalah baiknya kalau dia dengar kesemua cerita gadis comel di hadapannya ini dahulu. Tak nak la nanti timbul perasaan bersangka buruk pula.

"Haritu Hyder ada makan tengahari dekat rumah saya with my dad sekali. Lepastu, dia tertinggal ni. Nasib baik dia ada bagi saya business card dia haritu. Jadi, saya datang la sini. Saya dah cuba telefon dia tapi tak berjawab. Mungkin dia sibuk kut". Kad merah jambu itu dihulurkan kepada Daneen tetapi belum sempat gadis itu menyambut, ada tangan lain yang mencapai.

"Kau kawan Hyder?". Dingin berais suara itu bertanya. Seolah-olah empunya suara sedang datang bulan, padahal dia memang macam tu. Siapa 'dia' tu? Daim. Daim Al Waqeel. Sejenis manusia yang tak pernah nak maniskan muka kalau dengan orang yang tak berapa dia nak rapat atau kenal. Kalau orang tak kenal dia tengok, mesti orang cakap dia sombong.

"Y-ya...". Tergagap Kenanga dibuatnya. Mungkin sedikit gentar dengan figura bertubuh agak sasa dengan ketinggian lebih kurang sama dengan Hyder di hadapannya ini.

"Waqeel! Jangan lah takut-takut kan dia". Laju sahaja tangan Daneen naik mencubit sisi perut Daim membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Ouch! Im not. Ini kan memang suara aku". Suara yang tegas tadi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi suara yang cukup manja apabila jejaka yang Kenanga percaya namanya Waqeel itu bercakap dengan gadis cantik di bangku itu. Pelik juga Kenanga. Secepat itu mood lelaki itu berubah.

"Sorry tau, awak. Dia ni memang macam ni". Daneen menjeling lelaki yang sedang menggosok perut di sebelahnya itu.

"By the way, saya Daneen Isabella. Panggil je Daneen. Ini kawan saya, Daim. Hyder tu kawan kitorang. Dia ada dekat mana entah. Tengah tunggu dia juga ni. Nanti dia sampai kut". Daneen menghulurkan tangannya kepada Kenanga dan gadis comel itu sambut.

Hakikatnya, berkerut juga dahi Kenanga. Tadi rasanya Daneen memanggil lelaki itu dengan nama 'Waqeel'. Ini lain pula apabila diperkenalkan.

"Saya Kenanga. Kenanga Tirana".

"Cantik nama awak". Puji Daneen.

"Terima ka--".

"Dah lama kenal Hyder?". Soal Daim seolah-olah dia sedang menyoal siasat bakal menantu pula gayanya.

"Waqeel!". Tegur Daneen sekali lagi. Jantan ni la. Suka sangat menakut-nakutkan anak orang. Gadis di hadapannya sudah menggigil tangan.

"Okay, okay. I won't intefere". Kedua tangan Daim diangkat ke udara lalu dia mengambil tempat duduk di samping Daneen sambil berdiam diri. Malas dah nak campur urusan wanita berdua itu. Kang tak pasal-pasal kena cubit lagi dengan gadis manisnya. Takut! Daneen cubit sakit!

🐳

BARU sejam kenal, Daneen dan Kenanga sudah rapat macam dah berkawan lebih sepuluh tahun. Mereka kini sedang berjalan berpimpin tangan di hadapan dua orang jejaka yang boleh dikatakan 'partners' mereka. Siapa lagi kalau bukan Daim dan Hyder.

"Sejak bila kau ada kawan perempuan?". Daim akhirnya meluahkan persoalan yang sudah bermain di fikiran mereka sebaik sahaja mereka tiba di taman tema itu.

Taman tema?

Ya.

Semua ni atas permintaan Daneen. Dia kan special person milik Daim. Jadi, bersempenakan dengan dia ada kawan baru ni, dia minta la Daim membawa mereka semua ke sebuah taman tema yang terletak tidak jauh daripada kawasan tempat bekerja mereka itu.

"Ingat tak yang aku balik lewat tu? Pastu aku ada cakap aku pergi rumah kawan kan? Ha ini lah kawannya. Kenanga. Kenanga Tirana. Cantik kan nama dia?". Hyder tersenyum-senyum sendiri. Ini dah kenapa ni? Angau ke? Jarang ya nampak Hyder angau ketum macam ni.

" Kau tak cakap pun kawan perempuan".

"Kau tak tanya". Jawapan paling basic bila ada orang cakap, 'kau tak cakap pun...'. Jawapan yang membuatkan Daim terasa macam nak tonyoh je kepala Hyder. Nasib baik la mereka berada di tempat awam.

"Kau suka dia ke, Zafran?". Tanya Daim lagi. Kalini dia lebih serius.

"Uish, kalau nak cakap suka tu... Daripada momen pertama aku pandang dia, aku dah jatuh suka. Rasa macam berbunga-bunga sangat hati ini. Auch!". Hyder buat-buat memegang dadanya seolah-olah dia sedang terkena panahan cinta Kenanga.

"Aku serius ni, Zafran".

"Aku serius jugak. Betul lah. Pertama kali nampak dia, hati aku dah macam tak betul. Rasa macam nak terkeluar. Aku suka dia. Gadis manis yang comel. Kenapa?". Terang Hyder sekali lagi.

"Haih... Maksud aku, 'suka' yang membawa ke arah percintaan atau suka sebagai kawan je?". Daim meraup rambutnya yang jatuh ke dahi itu sekali. Barangkali kekuatan gel yang dipakai sudah habis agaknya. Yelah, dah petang kan.

"Itu aku belum pasti. Yela, baru berapa hari kenal dia kan? Nanti aku dah pasti, kau orang pertama yang aku bagitahu". Hyder kenyit sebelah matanya ke arah Daim sebelum dia kembali memandang dua orang gadis di hadapannya itu. Macam kanak-kanak riang!

"Suka hati kau la".

Apabila Daim angkat sahaja kepalanya, dia terlihat gadis manisnya yang bersusah payah ingin berjalan dek kerana seluar yang labuh itu. Member tu pakai seluar milik Daim, memang lah labuh nak mampus. Sudahnya nampak macam nak tersadung je gadis itu. Kesian...

"Daneen!". Panggil Daim sedikit kuat membuatkan langkah gadis itu terhenti.

"Hm?".

Tidak berkata banyak, sebaliknya Daim menggamit Daneen yang sudah sedikit jauh dengannya itu untuk sedikit mendekat. Daneen pun tak banyak tanya, terus datang kepada Daim.

"Kenapa?".

"Hyder, kau pergi dulu dengan Kenanga". Arah Daim lalu Hyder pantas mengangguk tanpa banyak soal.

"Kenapa ni Waqeel? Saya nak berjalan dengan kawan baru saya la...". Tercebik-cebik dah mulut Daneen kerana menyangkakan yang Daim tidak suka jikalau dia bersama kawan barunya; Kenanga.

"Duduk". Lelaki itu menjuihkan bibirnya ke arah sebuah bangku yang ada di samping mereka. Daneen pun duduk aje lah tanpa banyak soal. Wajahnya sudah mendung, alih-alih nak merajuk la tu! Sejak bila entah perangai Daneen yang tiga tahun lepas ini kembali semula.

"Don't be upset, sunshine. Aku cuma nak lipat kaki seluar kau je. Nanti kau jalan lah balik dengan Kenanga tu. I know what you are thinking, okay? And kalau kau ingat aku tak suka kau berkawan dengan Kenanga, kau silap. Jangan fikir bukan-bukan, hm?". Kata Daim sebelum dia duduk melutut di hadapan Daneen yang sudah mengambil tempat di bangku itu. Tangannya ligat melipat semula lima lipatan kaki seluar yang sudah terbuka itu.

" Nanti balik, kita singgah beli aiskrim. Nak?". Pujuk Daim apabila masih tidak mendengar sebarang respon daripada Daneen.

"Aiskrim?".

"Yup. Nak tak?".

"Nak nak!". Daneen 🤝 sebarang jenis makanan atau pencuci mulut. Ngam tak boleh dipisahkan!

"Okay... Now, let's go. We gotta find your cotton candy".

🐳

Updated!

Sayang-sayangku diminta untuk get ready dengan chapter selepas chapter ini ya? Kerana ianya akan sarat dengan emosi dan sedikit panjang daripada chapter-chapter yang sebelum ini.

Stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro