Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37- Bound To Falling In Love

KENING Daneen bertaut apabila dia melihat kereta yang dipandu oleh Hyder itu sudah melepasi simpang yang sepatutnya digunakan untuk pulang ke rumah sewanya. Berkerut-kerut dahi Daneen; sedang mencerna apa yang berlaku. Si Hyder ni tak ingat ke jalan ke rumah Daneen?

"Hyder, bukan awak nak hantar saya balik ke? Simpang nak masuk ke jalan rumah saya dah lepas tu". Daneen bersuara untuk mengingatkan Hyder. Yela takut-takut jantan tu lupa pula kan?

"I changed my mind. You are going to accompany me to work. Sebagai seorang gadis normal dan bukannya sebagai pekerja aku. Faham?". Tanya orang lain, orang lain yang jawab.

"Eh kenapa pula?". Daneen pelik sebenarnya... Bila masa Daim memberitahu si pemandu yang dia berubah fikiran? Setahu dia, dia tak perasan pun yang Daim ada bercakap dengan Hyder sepanjang perjalanan mereka itu.

"Saja". Cuba kalau orang tanya tu, jawab betul-betul. Naik berang juga Daneen dibuatnya. Tadi dia yang beria suruh balik, sekarang ni tiba-tiba ubah fikiran pula.

Gadis itu merengus kasar mendengar jawapan yang dituturkan oleh Daim. Menguji kesabaran betul!

"Aku dah jumpa orang yang letak ubat peransang tu dalam minuman kau". Daim tiba-tiba sahaja membuka topik ini. Ikut kan, dia tak nak maklumkan pun hal ini kepada Daneen kerana risau jika emosi gadis itu masih belum stabil. Namun, melihat Daneen yang seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya di awal tadi, dia terpaksa juga membuka topik itu.

"Siapa?". Soal Daneen. Rasa ingin tahu tengah mencengkam kuat dirinya di waktu ini.

" You will see later". Santai sahaja Daim menjawab sebelum matanya kembali terarah kepada iPad yang dipegang. Barangkali sedang menguruskan hal pekerjaannya.

"Awak nak bawa saya jumpa dia ke?".

"Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung". Sekali lagi Daim menjawab persoalan Daneen itu seperti nak tak nak saja. Mungkin dia sendiri tak pasti dengan keputusannya yang satu ini. Keputusan apa? Keputusan ingin membawa Daneen bersua muka dengan si pengkhianat itu.

"Cuba kalau saya tanya tu, awak jawab elok elok. Boleh tak?". Daneen memincingkan matanya ke arah Daim. Geram betul dia dengan jejaka ni! Kang ada yang kena gigit sampai putus urat nadi tu kang!

"Perkara tak pasti lagi, tak boleh nak jawab betul-betul". Selamba de' Daim menjawab. Matanya masih sibuk melekat pada skrin iPad yang dipegang itu.

"Semua la tak pasti kalau awak tu. Apa je yang awak pasti?". Daneen memuncungkan bibirnya. Kedua tangannya dibawa untuk memeluk tubuh sendiri. Terasa sedikit sejuk berada di dalam kereta yang dipasangkan penghawa dingin tahap dewa tu. Hyder ni memang nak mati kebekuan ke? Daneen dah la jenis tak tahan sejuk. Sejuk sikit je, nak bersin.

Hachum!!!

Ha kan dah cakap...

"Apa yang aku pasti? Hm... ada satu perkara yang aku pasti dalam hidup ni". Kelihatan Daim menanggalkan blazer kelabunya itu.

"Aku pasti seratus peratus yang aku cintakan kau dan aku pasti yang perasaan tu takkan hilang buat selama-lamanya". Blazer itu lalu diletakkan ke atas peha Daneen. Lelaki itu tahu bahawa gadis itu sedang kesejukan dek kerana baju yang disarungkan oleh Daneen agak nipis material nya.

Terganggu sedikit fokus memandu Hyder apabila telinganya menangkap setiap bait bicara Tuan Mudanya itu. Terjungkit bibirnya menahan senyum. Hyder suka dengan segala usaha Daim untuk menambat hati Daneen semula. Bah kan, Hyder Zafran lah merupakan supporter nombor #1 Daim.

🐳

"KAU duduk sini diam-diam. Kalau bosan, buka televisyen tu. Aku tak kisah volume kau nak kuat tahap pecah bangunan sekalipun. Asalkan kau tak bosan. Okay?".

Sungguh. Daim jenis yang fokusnya tidak akan mudah terganggu dengan persekitarannya. Kalau rasa terganggu pun, dia akan memakai Airpod nya dan melayari YouTube untuk mendengar audio yang digelar sebagai white noise. Biasa orang dengar untuk tidur kan? Ha, Daim lain.

"Dah alang-alang saya dekat pejabat ni, baik saya pergi buat kerja je sementara tunggu awak. Nanti apa pula staf-staf yang lain cakap. Tadi masa saya masuk pakai macam ni pun, mereka dah pandang lain macam". Daneen sebenarnya cukup tidak selesa dengan pandangan staf-staf Infinity LInes yang lain terhadapnya tadi. Pandang macam nak terkam orang!

"Aku bos ke mereka bos?".

"Awak...". Takut-takut Daneen menjawab apabila mendengar suara tegas Daim itu.

"Tahu takpe. Harini aku nak kau rehat sebab mama cakap badan kau panas sikit tadi. Mungkin kau demam sebab kesan ubat tu kut. Jadi, jangan risau la, hm?". Daim yang duduk di hujung meja kopi kecil itu masih lagi berusaha untuk memujuk Daneen.

"Kenapa tak bagi saya rehat dekat rumah je?".

"Aku tak boleh tinggalkan kau sorang-sorang dekat rumah tu dalam keadaan kau macam ni. Housemates kau kan tengah pergi kerja. Kalau jadi apa-apa macam mana? So, it is better for you to stay with me. By my side. Besides...". Kata-katanya terjeda tatkala Daim membawa wajahnya lebih dekat dengan wajah Daneen yang betul-betul duduk berhadapan dengannya itu.

"... aku tak boleh buat kerja kalau takde kau". Lelaki itu tersenyum manis sebelum menjarakkan kembali kedudukan mereka.

"Jadi... Kesimpulannya... Kau duduk je diam-diam tengok tv. Aku nak pergi buat kerja". Daim sekali lagi tersenyum sebelum pergi ke arah meja kerjanya selepas menghulurkan alat kawalan jauh televisyen itu kepada Daneen. Dia tahu gadis manisnya itu akan bosan, jadi dia biarkan Daneen menonton televisyen.

Tapi tak lama selepas itu, Daim berjalan semula ke arah Daneen yang sedang ralit menonton rancangan ASMR Slime menggunakan aplikasi YouTube di skrin televisyen besar di dalam ruangan kerja Daim itu. Yup, Daneen sedang menonton ASMR Slime di ruangan kerja C.E.O Infinity LInes Holdings. Giler ke tak giler?

Bahu Daneen ditolak sedikit menggunakan hujung iPad yang dipegang oleh jejaka itu.

"Hm? Kenapa? Bising ke? Nak saya tutup?". Serba salah pula Daneen jadinya. Lelaki tu penat-penat bekerja di belakang tabir, yang Daneen duk sedap je melepak dekat sofa empuk ni. Malu juga la dia. Tapi dah Daim yang suruh dia buat macam tu.

"No, keep watching. Aku kena keluar sekejap. Meeting dengan client dekat bilik mesyuarat. Kau tunggu dekat sini boleh? Jangan pergi mana-mana". Daim sedang menahan imannya daripada menggosok kepala Daneen sekarang ni kerana gadis itu terlihat TERLALU COMEL di matanya.

"Lama ke? Saya tak selesa lah... Nanti kalau staf awak masuk, dia cakap saya melepak". Daneen mencebik. Kalau dah namanya perempuan, memang kuat overthinking lah jawabnya!

"Dah kau memang tengah melepak kan? Lagipun, sejak bila kau kisah pasal pandangan orang ni? Bukan kau ni boss bitch ke?". Terlepas tawa seksi Daim. Lawak bila nampak muka gelisah gadis manisnya itu. Comel nak mampus!

"Takdela. Tapi...".

"No, buts. You stay here. Im gonna meet the client. Tak lama pun and lepastu aku teman kau makan. Tak bersentuh pun Mcd kau, aku beli tadi kan?". Bibir Daim dijuihkan ke arah bungkusan makanan yang terletak di atas sebuah meja kecil berhampiran pintu bilik kerjanya itu.

" Kenapa awak macam ni erk, Waqeel?".

" Macam apa?".

" Awak layan saya jauh lebih spesiel daripada pekerja-pekerja lain. Nanti jadi buah mulut orang la". Ya, ini yang sedari tadi membimbangkan Daneen sebenarnya. Nanti staf-staf yang lain cakap bos mereka ni pilih kasih pula.

Daim hanya tersenyum manis seraya berkata, "I gotta go now or else I will be late. See you later, sunshine". Lalu dia melangkah dengan penuh bergaya keluar daripada ruangan itu membuatkan Daneen melepaskan keluhan berat.

Daim tu tak pernah nak berubah. Cara layanan dia terhadap Daneen sikit pun tak berubah. Daim ni jenis lelaki yang bangga ada Daneen sebagai teman wanita merangkap bakal isterinya. Dia tak kisah kalau orang nak cakap yang dia lebihkan Daneen sekalipun cuz he really does.

He does love his sunshine very much. Thus, he cares for absolute noone.

🐳

An update again cuz I was feeling generous hehe...

By the way, konflik akan muncul dekat BAB 40, so bersedia lah ya?
Also, cerita ni dah nak tamat dah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro