36- Broken Into Pieces
DARIPADA kejauhan, Daneen tenang sahaja melihat dua orang jejaka yang terlihat begitu serupa daripada belakang itu melakukan sesi senaman di halaman rumah keluarga Puan Rohaini itu. Katanya, lepas bersenam ni baru lah mereka akan menghantarkan Daneen pulang. Sebab tu lah Daneen setia menunggu di salah sebuah meja kecil yang ada di taman; berdekatan mereka berdua ini.
Dagunya ditongkat menggunakan sebelah tangan dan dia cuba mengamati pemandangan itu.
Kedua-dua figura di hadapannya itu langsung tidak boleh dibezakan jika dilihat daripada belakang kecuali perbezaan pada warna rambut mereka. Seolah-olah mereka berdua merupakan pasangan kembar.
Hyder dengan seluar sukan tiga sukunya yang sedang berlari setempat itu terlihat persis Daim dengan pakej ketinggian yang hampir sama sebiji. Yang membezakannya dengan Daim hanya lah warna rambut yang terlihat seolah-olah sedang bercahaya keemasan setiap kali jejaka itu berada di bawah cahaya matahari terik. Peluh yang melalui bahagian belakang badan Hyder turut terkena pada parut panjang yang masih dan akan terus kekal ada di situ.
Melihat sahaja parut itu, fikiran Daneen terus melayang ke arah Daim. Pandangannya turut dialihkan ke arah Daim yang juga hanya memakai seluar sukan tiga suku sama seperti Hyder tetapi sedang membuat push up tidak jauh daripada tempat kawan baiknya itu berlari setempat. Rambut Daim yang berwarna hitam pekat dibasahi peluh itu lebih menarik perhatian Daneen berbanding dengan emas di kepala Hyder.
"Tengok apa?". Suara garau itu tiba-tiba menegur membuatkan Daneen sedikit terperanjat. Kalau ada pasu bunga dekat sini, mungkin dah terlempar ke kepala sang penegur. Siapa tu?
Apabila Daneen memusingkan kepalanya, wajah Dilane menyapa. Yup, Dilane Al Waleed. Satu-satunya adik kepada Daim. Kalau dilihat daripada yang ini, mereka tidak seiras langsung! Boleh jadi kalau orang tak kenal tengok, mereka akan ingat Daim dan Dilane ni bukan adik beradik.
"Tengok... diorang...". Kekok Daneen menjawab. Bukan apa, dia sedikit tidak terbiasa berbual berdua dengan lelaki ini. Bahkan tak pernah pun kut berbual berdua dengan Dilane sepanjang lebih lapan tahun dia mengenali keluarga ini.
"Biar aku betulkan. Kau tengok Daim je kan sebenarnya?".
"Takdela! Saya memang betul-betul tengok mereka berdua". Pantas Daneen membantah. Terasa membahang pula wajahnya saat ini. Malu dituduh sebegitu rupa walaupun memang dia merenung Daim lebih lama tadi.
"Chill sis. I know. Saja je nak usik". Heh! Lebih kurang sama je perangai dengan abangnya. Annoying tu tak lari langsung!
"Aku pelik lah, kenapa kau putus dengan abang aku eh? Oh by the way, ni bubur ayam yang mama buatkan untuk kau. Dia suruh makan sampai habis dulu sebelum balik". Tak perasan lah pula Daneen yang lelaki di hadapannya itu memegang semangkuk bubur ayam yang kini sudah diletakkan ke atas meja kecil itu.
"Terima kasih".
"Yup, no problem. Rasanya abang aku okay je kut tapi kenapa korang putus erh? Dia ada buat hal ke?". Dilane mengulangi persoalannya tadi. Masih terasa ingin tahu.
"Ya, Daim memang baik. Cuma dulu tu dia overprotective sikit la tapi tu bukan sebab utama saya putuskan hubungan dengan dia". Daneen membuka bunga cerita apabila Dilane sudah mengambil tempat duduk di kerusi di hadapannya. Sedikit menghalang pemandangannya.
"Dahtu kenapa?".
Untuk menjawab persoalan ini, Daneen hanya mengangkat bahu. Dia juga menarik nafas lega tatkala melihat Daim yang sudah menuju ke arah meja yang diduduki oleh dia dan Dilane itu. Bagus lah kalau ada Daim, tak payah la dia nak buka topik ni lagi. Daneen tidak suka membicarakan topik ini. Langsung.
"Hey, sunshine. Aku dah siap ni, kau nak balik sekarang ke?". Tegur Daim sambil matanya mengerling ke arah Dilane yang sedang duduk bersahaja di hadapan gadis manisnya itu.
"Puan suruh habiskan bubur ni dulu". Balas Daneen.
"Okay then. Kau habiskan ni dulu, aku nak pergi mandi sekejap. Nanti Hyder temankan kau". Nama Hyder sengaja ditekan oleh Daim supaya jelas kedengaran di telinga adik lelakinya itu. Dia tidak suka jika Dilane mendekati gadis kesayangannya itu. Jadi lebih baik Hyder sahaja yang menemani Daneen di situ.
"Relax bro. I know you don't want me to be here with your girl. Aku cau dulu". Dilane terus bangun daripada duduknya, menepuk bahu terdedah Daim beberapa kali dan berlalu masuk ke dalam rumah.
"Kenapa cakap macam tu? Kesian Dilane". Tegur Daneen.
"I don't trust him with you".
"Kenapa?".
"He was a playboy. Aku risau kalau kau--". Daim berjeda seketika. Cuba untuk tidak terlihat terlalu posesif.
"Kalau saya jatuh cinta dengan dia?". Daneen ketawa kecil. Dia faham apa yang berlegar di fikiran lelaki di hadapannya ini. Tahu sangat! Cemburu tak bertempat!
"Waqeel... I don't have the heart to love anymore. I can't love and I can't be loved. Semuanya dah hancur sejak daripada hari pertama kita berpisah tiga tahun lepas. Saya tak akan mampu cintakan orang lain lagi selepas awak. You were my first and last love". Tersentak hati Daim mendengar luahan kejujuran daripada Daneen itu.
"And what if, I fix it. So you can love and be loved again?". Kalini, giliran Daneen pula terdiam mendengar persoalan Daim.
"Waqeel, saya...". Daneen kematian kata-kata.
"Dah la, kau makan la bubur tu. Aku nak masuk mandi". Daim tersenyum manis sebelum berjalan meninggalkan Daneen dan Hyder yang tiba-tiba sahaja sudah berada di hadapan gadis itu. Entah sejak bila dia datang.
"Hai, Cik Daneen!". Ceria Hyder menyapa.
"Hai. Ceria nampak?".
🐳
KEDUDUKAN Daneen pada saat ini sangat lah jauh daripada Daim. Macam ada piramid giza dekat tengah-tengah tempat duduk belakang itu untuk memisahkan mereka. Betapa jauhnya mereka duduk.
Sesekali Daneen kerling ke arah lelaki di sampingnya yang segak memakai pakaian kerjanya itu. Sepasang tuxedo berwarna kelabu dan kemeja yang berona biru cerah. Sangat sesuai dengan tuan punya badan!
Lepastu Daneen alihkan pandangan ke arah Hyder yang sedang memandu itu pula. Kelihatan lelaki itu memakai pakaian sehari-harinya seperti biasa. Baju kemeja hitam dan seluar hitam. Di pergelangan tangannya tersarung sebuah jam tangan digital yang juga berwarna hitam.
Usai merenung Hyder, Daneen tenung diri dia sendiri pula. Hanya memakai baju T besar gedapak milik Daim berwarna putih dan seluar yang juga dimiliki oleh lelaki itu. Kau bayangkan betapa labuhnya seluar itu dengan Daneen. Pinggangnya harus diikat dengan getah dan kedua kaki seluar itu harus dilipat sebanyak lima kali. Nampak gedebeh giler! Ini pun Daneen dah tegaskan yang dia tak nak susahkan Daim dengan memakai baju lelaki itu but he insisted. Ini lah jadinya. Baju yang diberikan pula baju baru. Masih ada lagi tag harga yang melekat tadi.
"You are not going to work today, sunshine. If that's what you're wondering". Suara Daim memecah kesunyian di dalam kereta itu.
"Tapi...".
"No buts. Aku akan pastikan yang kau sihat betul-betul dulu, baru kau boleh datang kerja". Tegas Daim membantah. Dia betul-betul merisaui kesihatan gadis manisnya itu.
"Saya dah sihat la...". Daneen memandang jejaka di sebelahnya itu. Dia tetap berkeras ingin pergi bekerja. Kalau tidak, dia nak buat apa dekat rumah tu? Melantak aje la kerjanya.
"Sihat apa macam tu? Badan panas, kepala pening. Kau ingat aku tak tahu ke? Stay at home, sunshine". Makin lama, makin tegas pula suara Daim membuatkan si gadis di sebelahnya itu tertunduk, jari jemarinya memintal hujung baju labuh itu. Ini kalau tak pakai seluar pun takpe agaknya. Betapa labuhnya baju Daim ini dengan dirinya.
"Tuan...". Hyder menegur tatkala dia melihat wajah Daneen yang sudah mulai sugul apabila dimarahi oleh Daim; melalui cermin pandang belakang itu.
"Im not mad at you, sunshine. Aku cuma nasihatkan kau. Jangan degil okay? Jangan risau, kerja kau dekat office nanti, pandai-pandai lah aku suruh Hyder yang buatkan".
Hyder yang sedang memandu itu sudah tidak mampu nak berkata apa lagi dah. Lagipun, skop kerja Daneen dan skop kerja dia tak jauh beza sangat pun. Lagipun, sebelum adanya Daneen... Hyder sudah terbiasa melakukan kerja-kerja sebagai P.A kepada Daim. Hyder kan serba boleh!
"Okay...".
"Hyder, nanti singgah McD. Drive thru. Kau tolong order kan satu set Big Mac with coke without ice. Sunday cone sekali. Also, a box of happy meals sebab aku rasa bulan ni mainan dia Hello Kitty". Yup, seperti yang anda sangka kan, semua itu ialah makanan kegemaran Daneen dan Hello Kitty tu merupakan kartun kegemaran gadis itu.
"Baik, Tuan Muda". Hyder akur. Memang dia dibayar untuk ini pun.
"Saya dah makan lah tadi, Waqeel". Daneen dah la masih rasa bersalah sebab semalam. Daim ni pula sibuk nak jadi terlalu baik dekat si gadis. Cair lah Daneen dibuatnya!!!
"This is for your lunch. Tapi kalau kau nak makan nanti pun takpe. Tak cukup, bagitahu. Aku boleh pesankan Grab Food untuk kau nanti". Anak mata kelabu dan hitam itu dialihkan ke sisi untuk memandang Daneen.
"Terima kasih, Waqeel".
"Always, sunshine".
🐳
Double updates for today!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro