34- Seducer
⚠️: This chapter will contain explicit issues and readers DILARANG sekeras-kerasnya untuk meniru aksi ini. Sila skip chapter ini jika anda berasa tidak selesa!
🐳
BALIK-BALIK je daripada tandas setelah selesai menjawab panggilan telefon daripada Hyder dan melakukan 'hajat' nya selama lebih kurang lapan minit itu, Daim terkejut apabila melihat gadisnya yang meletakkan kepala ke atas meja makan itu. Orang-orang di sekeliling Daneen memandang pelik ke arahnya.
"Daneen? Hei, kenapa tidur kat sini?". Bahu gadis itu dicucuk-cucuk untuk berusaha mengejutkannya.
Nasib baik la Daneen terus sedarkan diri. Tapi...
"Waqeel.... Jom balik? Hehehe...". Daneen berbicara seperti... orang yang sedang mabuk. Dengan kedua tangannya yang tiba-tiba sahaja naik memegang kedua kolar baju lelaki itu membuatkan Daim tertunduk ke arah si gadis.
"Kau kenapa ni, Daneen? Kau okay tak?". Soal lelaki itu dengan nada yang panik.
"Eee... Jom la balik... Panas ni....". Rengek Daneen lagi sambil sebelah tangannya yang dilepaskan daripada kolar kemeja Daim itu mulai membuka beberapa butang teratas baju kemejanya sendiri.
"HEI! Ya Allah! Kenapa dengan kau ni, Daneen?!". Cepat-cepat Daim menahan tangan si gadis. Suaranya naik seoktaf, berusaha untuk menyedarkan gadis yang seperti sedang mabuk itu.
Jap...
Mabuk?
Daim seakan tersedar sesuatu.
Sambil memegang tangan kanan Daneen daripada terus membuka butang bajunya sendiri, sambil itu juga Daim memeriksa gelas air bandung Daneen yang ternyata sudah kosong itu.
On the very bottom of the glass, ada lebihan serbuk penuh yang aneh yang mungkin tidak sempat untuk larut di dalam air bandung yang sudah habis di minum oleh Daneen itu. And thats when Daim knew, she has been drugged by someone.
"Daneen, Daneen. Bangun sekarang. Kita balik". Daim bertindak untuk menarik tangan gadis itu untuk menyuruhnya berdiri. Beg tangan si gadis, kad kredit miliknya dan blazer yang juga miliknya diambil lalu mereka berdua berjalan keluar daripada restoran itu.
Sempat lagi Daim mendail nombor Hyder.
" Hyder. Datang ambil aku. I wanna go home, now!". Tegas suaranya bersuara membuatkan Hyder hanya sempat menggumam sebelum talian diletakkan sepihak oleh Daim.
🐳
"WAQEEL...". Daripada masuk kereta tadi lagi, Daneen yang sudah semakin teruk itu tak sudah-sudah merengek memanggil nama Daim. Sudah tiada jarak lagi di antara mereka. Makin Daim menjauh, makin Daneen mendekat. Sampai kedudukan Daim tika itu sudah me merapat ke pintu tempat duduk belakang itu.
"Hei... Jangan lah lari...". Jari jemari runcing Daneen semakin galak menyentuh-nyentuh bahagian atas baju kemeja yang dipakai oleh Daim menbuatkan jejaka itu menelan liur perit.
Cermin pandang belakang kereta itu memantulkan pandangan Hyder yang juga sudah terlihat semakin risau dengan keadaan Daneen. Dia takut sesuatu bakal terjadi kepada gadis itu kerana...
Daim juga seorang lelaki normal. Jikalau dia terus digoda sebegitu rupa, pasti tewas juga nanti. Itu yang Hyder risaukan.
"Daneen... Please, don't do this to me. Duduk elok-elok boleh tak?". Daim menolak kepala Daneen untuk menjauh daripadanya menggunakan jari telunjuknya.
"Mhmm-hmm, tak nak... Panas la... Nak dekat dengan Waqeel~". Gadis itu terus terusan dengan suara manjanya sambil memeluk kemas batang tubuh Daim membuatkan lelaki itu terpaku, tiada suara. Dalam hatinya sibuk beristighfar dan menyebut nama Allah. Sejahat mana pun dia, dia akan berusaha sekeras mungkin untuk tidak tewas kepada nafsu. Dia bukannya lelaki seperti itu! Dia masih tahu hal agama.
"Hyder... Hyder tolong aku...". Pintanya kepada sang pemandu.
"Saya nak tolong macam mana Tuan? Do you want me stop anywhere?".
"APA YANG KAU MENGARUT NI?!". Terus ditengkingnya Hyder apabila kata-katanya tadi disalah tafsir. Terhinjut bahu Daneen yang sedang mendakapnya itu.
"Bising la...". Daneen mendongakkan kepalanya dan meletakkan jari telunjuknya pada kedua ulas bibir merah Daim. Makin berpasir pula terasa liur yang ditelan oleh lelaki itu.
"Tak--tak, bukan itu maksud saya Tuan. Saya ingat Tuan nak suruh saya berhenti dan tenangkan Cik Daneen dulu". Cepat-cepat Hyder menerangkan apa yang cuba dimaksudkan olehnya sebentar tadi. Tidak terlintas sekalipun di fikirannya untuk mengizinkan majikannya itu membuat perkara yang tidak elok kepada Daneen. Nauzubillahimizalik!
"What do you mean by 'tenangkan'?! Kau tak nampak dia high macam mana sekarang ni?!!". Tengking Daim lagi dan Hyder hanya mampu menadah telinga sahaja. Dia sudah biasa dengan ketegasan Daim di waktu bekerja. Ini bukan lah apa-apa untuk dirinya. Sikit pun dia tak terasa hati.
"Waqeel...". Rengekan Daneen berbunyi lagi.
"Y-ya. Kau nak apa pula kalini?". Soal Daim dengan suara yang tersekat-sekat. Bukan setakat suara, tapi rasanya dengan nafas sekali tersekat apabila tangan kanan Daneen tidak lepas daripada memeluknya. Tangan kiri pula sedang melukis-lukis sesuatu di dada lelaki itu.
" I want you, Waqeel. I want you so bad... right... now... Can I?". Tangan yang melukis tadi perlahan-lahan membuka satu persatu butang baju kemeja si lelaki. Wajahnya juga didekatkan dengan leher Daim untuk dihidu baunya. Semua tindakan itu tidak dapat dihalang oleh Daim kerana dirinya seolah-olah sudah membeku.
" You smell so good... I can't hold it anymore... Please?". Mata bundar yang seolah-olah sedang bersinar-sinar itu membuatkan nafsu lelakinya betul-betul bergelora.
"Daneen... Jangan buat aku macam ni. Kau kena berhenti Daneen. Aku tak nak--".
"Shh... Aku dah... Dah kotor dah pun, Waqeel". Daneen yang masih tidak sedar itu berbicara sambil tersenyum. Matanya terlihat semakin kuyu.
"... kau... tak nak sentuh aku?". Daim yakin 100% yang ini bukan lah Daneen yang sebenar. Gadis itu hanya dikawali oleh ubat peransang itu pada ketika ini.
" Hyder...". Sudah seperti mahu menangis Daim di situ. Sekali lagi, nama Hyder diseru. Perjalanan pulang ke rumah yang sepatutnya hanya memakan masa selama 15 hingga 20 minit, terasa seperti bertahun lamanya.
"It's okay... I will touch... you... then". Entah sejak bila empat butang kemeja Daim sudah habis dibuka... tahu-tahu Daneen sudah mendaratkan hidungnya di dada bidang jejaka itu dan menghidu kawasan itu.
"Wanginya...". Daneen tergelak kecil sebelum mulai mencium kawasan dada Daim membuatkan lelaki itu mulai tidak keruan. Kereta yang disejukkan dengan penghawa dingin itu terasa panas sahaja.
"Hy... Hyder...".
"Sekejap Tuan! Dah nak sampai ni! Lima minit lagi!". Semakin panik Hyder dibuatnya apabila mendengar suara lemah Daim memanggil namanya buat kali ke sejuta pada waktu itu. Pedal minyak ditekan semakin kuat untuk meningkatkan kelajuan kereta itu.
"You like... it, Waqeel?". Soal Daneen sambil tersenyum apabila dia berjaya membuat beberapa tanda kemerahan di dada lelaki itu. Daim sudah tidak mampu menghalang lagi. Dia kalah. Dia mengaku, dia kalah. Beku. Dia beku di tempat duduknya.
"Daneen, please stop. Ni bukan diri kau". Rayu Daim. Tangan Daneen ditarik kasar agar tidak terus memeluk badannya.
"Hey, hey, hey. Shh... Now, my... turn...". Sejurus selepas kedua tangannya direntap kasar daripada badan Daim oleh tuan punya badan itu... Daneen bertindak untuk membuka semua butang baju kemejanya pula dan mendedahkan apa yang tidak patut dilihat oleh Daim.
" ASTAGFIRULLAHALAZIM! Kau buat apa ni, Daneen!!!". Mengucap panjang Daim dibuatnya. Laju-laju matanya ditutup rapat. Kemas. Tidak mahu menambah dosa yang sudah menggunung. Dalam hati beribu kali menyeru nama Allah agar Dia dapat membantunya dalam kemelut yang MUNGKIN akan menewaskan nafsunya ini.
Hyder di depan sudah seperti hilang moral. Kereta dipandu semakin laju apabila dia mendengar pekikkan Tuan Mudanya itu.
"Just once... Please, Waqeel...". Suara manja itu kembali berbunyi.
"Open your eyes... Please... Do it for me...". Rengekan itu terus-terusan tidak dilayan oleh Daim sehingga lah mereka selamat sampai ke rumah keluarga lelaki itu.
🐳
Updated!
Quite a short one actually...
Korang skip ke tak chapter ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro