Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33- Proposal

SENYAP-SUNYI suasana di antara mereka berdua. Padahal ruang pusat beli-belah yang dipenuhi orang itu riuh sahaja dengan suara-suara manusia. Pendek kata, tiada apa yang sempat dituturkan di antara mereka berdua pada waktu ini.

Sehingga lah Daneen akhirnya membuka mulut. Tidak enak juga dia apabila majikannya yang seorang ini monyok aje memanjang. Tak monyok tapi riak wajah beku yang ditayangkan. Tapi di mata Daneen, jelas lelaki itu terganggu dengan sesuatu. Mungkin kerana dia?

"Tuan, Tuan okay ke tak ni?". Soal Daneen. Bimbang rasa di hati.

Diam.
Sepatah pun si jejaka tidak membuka mulut untuk menjawab. Hanya kerlingan yang dihadiahkan untuk Daneen.

"Hello, Tuan... Saya bercakap dengan Tuan ni. Tak dengar ke?". Daneen menjenjet kan sedikit kakinya agar mulutnya menyamai paras telinga Daim. Mana tahu, kena dekat dulu baru nak dengar kan? Atau Daim ni jenis yang tak faham bahasa Melayu? Kena bercakap bahasa Portugis dulu ke?

Masih lagi diam. Usahanya hampa. Lelaki itu tetap mengunci mulutnya sambil terus berjalan tenang. Nak ke mana? Katanya nak ajak Daneen makan tengahari bersama. Eh, tapi bukan dia la yang kata. Ilia yang tolong sampaikan pesan itu kepada Daneen. Lelaki itu betul-betul tidak mahu bercakap dengan Daneen pada hari ini.

Keluar makan bersama nak, buka mulut tu tak nak! Apa ada intan permata ke dalam mulut? Apa yang dekat sisi ni tak cukup? Eh-

"Okay... What did I do wrong? Saya ada tersalah letak racun ke dalam kopi Tuan harini? Ke Tuan masih triggered sebab kalah main kad uno itu hari?". Ini bukan Daneen membuat lawak ya. Memang haritu mereka bertiga (termasuk Hyder) ada bermain kad uno bersama dan Daim kalah. Hyder di tempat kedua dan Daneen menjadi juara. Bitter juga lah Daim dibuatnya.

Tapi...

Tu kan perkara remeh je? Orang sehebat Daim takkan lah nak terkesan hanya kerana kad uno. Lagipun ianya sudah berlalu lama. Minggu minggu lepas kut.

Bukannya mahu menjawab soalan demi soalan yang Daneen lontarkan... sebaliknya, Daim mengarahkan bebola matanya ke arah jam tangan yang dipakai oleh Daneen. Serta-merta, pandangan Daneen juga terkalih.

"Pukul 1.15 petang. Kenapa dengan pukul 1.15 petang? Tuan nak balik ke?". Clueless betul lah Daneen ni! Aku sendiri rasa nak tepuk dahi. Apatah lagi Daim.

Daim mengeluh buat seketika sebelum menjawab, "Sekarang ni lunch hour, perlu ke kau bercakap dengan ton formal macam tu? Bukan ke kau dah janji untuk guna informal 'names' if we are outside of office hours? Ni kan kira di luar waktu pejabat ni". Daim memberhentikan langkahnya dan memandang tepat ke tunak mata Daneen.

Dia bukan apa sangat sebenarnya. Ini adalah salah satu usahanya untuk mereka kembali rapat seperti dahulu kala.

"Lah, sebab itu aje ke?". Daneen menahan tawa. Kelakar juga Daim Al Waqeel ni kan? Sensitif tak tentu pasal! Melebih daripada perempuan. Haih la...

Melihatkan Daim yang kembali diam; dalam erti kata lain sedang berjauh hati, Daneen mulakan sesi memujuk nak taknak dia tu. Tak kuasa dia nak pujuk anak teruna 28 tahun yang mengada-ngada serupa bayi ni.

"Yela, yela. Awak ni... Kenapa sensitif sangat harini, Waqeel?". Mendengarkan suara lembut itu menyeru namanya, baru lah dia dapat tersenyum. Langkah kembali dibuka. Diikuti oleh Daneen.

"Kau la penyebabnya...".

"Kenapa saya pula? Saya buat apa?". Di saat ini Daneen mampu lagi bergelak ketawa tapi...

"I need you last night. Why don't you come?". Terus terhenti tawa Daneen. Oh, jadi ini yang menganggu fikiran Daim sejak daripada pagi tadi? Hanya kerana gadis itu tidak datang kepadanya semalam tatkala dia sudah ditelefon oleh Hyder.

"Bukannya tak nak, Waqeel. Saya ni anak dara, walaupun tak dara sangat... takkan lah saya nak sesuka hati masuk rumah anak teruna orang. Awak faham kan?". Daneen cuba untuk berseloroh di permulaan kata biarpun fakta itu sentiasa menikam dalam di lubuk jiwanya.

" Hm". Daim menggumam, tanda dia bersetuju dengan segala omongan Daneen. Betul lah tu... Daneen ni perempuan, takkan nak sesuka hati datang rumah lelaki bujang malam-malam buta macam tu.

"Kenapa awak perlukan saya semalam?".

"Aku mimpi lagi. Mimpi yang sama". Jelas Daim. Matanya melilau ke sekeliling mencari tempat makan yang sesuai kerana perut sudah memainkan irama rock kapak.

"Huh?". Naik keliru Daneen dibuatnya.

Mimpi apa ni? Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh Daneen ke? Atau sesuatu yang tidak difahami? Indeed, yes.

"The nightmare that has been bothering me since I was 12. Aku terlalu takut semalam Daneen. Aku tak tahu nak buat apa. Badan aku menggigil, berpeluh. Mulut aku tergagap-gagap nak bercakap but somehow, aku boleh bagitahu Hyder untuk telefon kau semalam. But then, I fell asleep and when I woke up, you weren't there. Aku kecewa tapi aku faham. Kau dan aku... Situasi kita". Sekali lagi, Daim memberhentikan langkahnya, berpaling ke arah gadis kesayangannya itu dan mulai membuka bunga cerita.

"Saya minta maaf, Waqeel. Saya tak boleh nak bersama awak di waktu awak perlukan saya but you can be there for me whenever I need you... Tak adil kan saya?". Daneen tersenyum pahit ke arah lelaki itu.

Daim terdiam seketika, wajahnya memandang ke lantai pusat beli belah itu sebelum di khalayak ramai itu, dia bertanya...

" Kahwin dengan aku?".

Diam tak terkata Daneen dibuatnya. Soalan itu sangat mengejut. Ini merupakan entah kali ke berapa Daim menyatakan hasratnya untuk mengahwini gadis ini sepanjang lapan tahun lebih mereka berkenalan.

"Waqeel, saya...". Daneen kematian kata.

"Kahwin dengan aku then I can be there for you and you can be there for me. We need each other, Daneen. We really do". Pujuk Daim lagi. Nak saja dia pegang kedua belah tangan Daneen ketika ini tetapi dia masih tahu batasnya. Sejahil-jahil dia pun, dia tahu menghormati golongan wanita.

Melihatkan Daneen yang sampai ke sudah mengunci mulut itu, Daim kembali bersuara.

" It's okay, sunshine. I will wait for you. Aku dah tunggu kau selama lapan tahun, so another eight would be just fine for me. Aku tunggu jawapan kau, Daneen". Daim melorekkan senyuman manis mahalnya buat Daneen sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang berada berdekatan dengan tempat mereka berdiri itu.

🐳

INI memang merupakan waktu kegemaran Daneen di sepanjang hari. Waktu apa?

Waktu makan!

Lagi-lagi bila lelaki di hadapannya ini mengeluarkan ayat yang berbunyi seperti,

"Kau order je apa-apa pun. Harini, aku belanja walaupun memang setiap hari aku yang belanja kau makan".

Dengar bunyi macam tak ikhlas kan? Tapi percaya lah, setakat membelanja gadisnya makan ini, bukan lah sesuatu yang menyusahkan bagi Daim. Duit berkepuk-kepuk kut. Setakat belanja awek makan nasi ayam. Apa lah sangat kan?

"Cuba makan elok-elok". Daim memandang pelik cara Daneen makan yang boleh dikatakan agak lahap itu. Bukan lah gelojoh sampai tahap macam ada sorang influencer tu makan fries (iykyk), tapi macam tak makan daripada pagi.

"Lapar...". Tersengih Daneen.

"Tak sarapan ke?".

"Tak sempat. Nanti takut awak marah pulak kalau saya masuk kerja lambat. Tadi bangun pun dah pukul berapa". Jelas Daneen membuatkan timbul kerutan di dahi Daim. Pelik dengan gadis yang satu ini.

"You know I will never be mad at you, kan?".

"Hei, ada la sekali tu awak marah saya". Sudu dan garfu diletakkan ke tepi untuk memulakan sesi mengungkit.

"Bila?".

"Ada... Masatu ada salah seorang pekerja awak komen pasal baju saya. Lepastu awak marah saya kan?". Oh lah, pasal haritu rupanya. Ingat, ingat, ingat.

"Mana ada marah. Itu aku tegur. Dah kau nak pukul dia masatu. Tahu kan violence isn't the way to solve things, sunshine?". Lembut sahaja Daim menegur. Masakan dia nak tinggi suara dengan si Daneen ni? Nanti Daneen yang makin tinggikan suara dekat dia. Dah la dua-dua jenis keras kepala, tak mahu mengalah! Lagi-lagi yang perempuan tu ha.

" Ye, tahu. Tapi-".

Kata-kata Daneen terhenti tatkala terdengar telefon Daim menjerit minta diangkat.

"Huh? Siapa?". Soal gadis itu sebaik sahaja melihat Daim mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar.

"Hyder. Im gonna take this call and go to the washroom for a while. Can you wait?".

Daneen hanya mengangguk sambil menghirup air sirap bandungnya itu.

"Good. Take this. Pergi pesan makanan lagi. Nanti boleh tapau sekali". Sambil dia hulur kad berwarna hitamnya itu, sambil dia mengenyitkan katanya ke arah Daneen sebelum akhirnya dia berlalu pergi ke tandas. Terkelip-kelip Daneen dibuatnya. Terkejut gamaknya apabila ditinggalkan sendiri dengan black card milik lelaki itu begitu sahaja.

"Tahu la kaya terlebih".

Kad itu dicapai, tangannya di lap ringkas menggunakan tisu yang disediakan sebelum dia meninggalkan meja makannya itu buat seketika untuk ke kaunter; memilih pencuci mulut.

🐳

Updated!
Warning ⚠️: Chapter selepas ini akan jadi a bit explicit dan mungkin akan me-mention isu-isu sensitif. Sila skip bab selepas ini kalau tak selesa ya? Jangan risau, dia tak ganggu jalan cerita pun kalau sayang-sayangku nak skip ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro