Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31- Hyder's First Love

"THAT man was totally crazy for this!". Hujung bibirnya dipegang sebaik sahaja dia berjalan keluar daripada bangunan hospital itu. Otaknya masih ligat memikirkan apakah yang tertancap dalam kepala hotak Tuan Mudanya itu sampaikan nak sparring bermati-matian macam ni.

Haih...

Kalau tak difikirkan yang Daim itu ialah teman baik merangkap majikannya, memang dah lama dia banting ke dinding je orang macam tu. Menguji kesabaran betul!

Bahagian bawah matanya yang tertampal dengan kain bandage kecil itu dipegang-pegang lalu dia mengaduh kesakitan buat kesekian kalinya.

"Nasib baik la kau tu kawan baik dunia akhirat aku, Daim". Ya. Walau seteruk mana pun 'perlawanan' yang berlaku di antara mereka, Hyder tidak akan pernah membenci Daim. Jauh sekali untuk mengkhianati lelaki itu. Kenapa?

Ada kisah di sebaliknya...

Sedang lelaki itu berjalan untuk mendekati keretanya, badannya tiba-tiba mengejung keras tidak jauh daripada Mercedes putih miliknya itu. Matanya menyaksikan satu pemandangan yang sangat indah buat pertama kalinya.

Dengan serta-merta bibir Hyder melorek senyum lebar lalu langkah kakinya ditukar arah menuju ke salah sebuah kedai tukang jahit yang berada di seberang jalan.

Kepala ditoleh ke kiri dan kanan sebelum jalan besar itu dilintasi hanya untuk sampai ke destinasinya.

Sesampainya betul-betul di hadapan kedai tukang jahit yang berlabel Kenanga's Taylor, retinanya semakin jelas memandang figura seorang gadis dengan gaya rambutnya yang dijalin dua, memakai sehelai baju T berwarna ungu dan tutu skirt berwarna putih.

Jika betul tekaan anda, ini lah pemandangan terindah yang pernah Hyder lihat itu.

Gadis itu kelihatan sedang mencari sesuatu di atas lantai di hadapan kedai tukang jahit itu. Wajahnya kelihatan sedikit gelisah membuatkan Hyder menyembunyikan senyumnya dan datang satu idea buatnya untuk menegur gadis berkaca mata bulat seakan-akan Harry Potter itu.

"Excuse me, miss. Can I maybe help you with something?". Suara garau Hyder membuatkan gadis itu dengan serta-merta mengangkat kepalanya yang sedari tadi ditundukkan itu.

"Huh?". Jelas. Gadis itu terpegun. Terpegun dengan apa yang dilihatnya ketika ini.

Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang persis seperti warga luar negara dengan ketinggian tidak kurang daripada 6'3 (190 cm), berambut dirty blonde dan memakai baju kemeja hitam lengkap dengan seluar yang berona sama.

Riak wajah gadis itu bertukar kerisauan apabila melihat mata Hyder yang bengkak sebelah dan hujung bibirnya yang pecah.

"Boleh saya tolong awak? Saya nampak macam awak tengah cari sesuatu". Ulang Hyder sekali lagi.

Misi memikat cinta pandang pertamanya. Come on, Hyder! You can do it!

"Erk... Mungkin saya yang kena tolong encik". Bicara gadis itu lembut. Barangkali masih risau dengan keadaan Hyder yang bertampal di sini sana seperti selepas bertumbuk sahaja (memang betul pun padahal).

Tak lama selepas itu, tawa Hyder kedengaran.

"This? Muka saya ni?".

Gadis itu mengangguk.

"No, worries. Saya baru balik daripada hospital tadi". Jari Hyder ditunding ke arah bangunan yang berada betul-betul bertentangan dengan kedai tukang jahit itu.

"Oh...".

"What about you? Awak cari apa? Daripada kejauhan saya tengok awak tertunduk-tunduk macam tengah cari sesuatu". Semakin lama, Hyder semakin berasa ingin tahu.

"Oh, tak. Saya tengah cari cincin saya sebenarnya. It was my mom's. Tadi saya baru balik daripada kedai kain. Tahu-tahu cincin tu dah hilang. Kalau encik nampak-- eh, kenapa saya cerita dekat encik ni?". Mungkin baru tersedar yang dia sedang berbual dengan seorang orang asing, gadis itu langsung berhenti berbicara dan mengundur dua tapak ke belakang.

Hanya untuk mengundang tawa Hyder sekali lagi.

'How cute'. Bicara Hyder sendiri.

" Saya bukan orang jahat la. And please... don't call me 'encik'. I bet kita sama umur je. My name is Hyder Zafran. You can call me Hyder. And you?". Hyder menundukkan sedikit kepalanya. Tanda salam pengenalan.

"Kenanga... Kenanga Tirana. Everybody calls me Kenanga". Gadis yang ternyata mempunyai nama yang sangat indah itu; Kenanga, menjawab dalam ton suara yang masih ragu-ragu.

"So... Kawan?". Soal Hyder kepada Kenanga yang baru sahaja dia temui tidak lebih daripada lima minit lepas itu. Takpe... Tak salah kan kalau nak buat kawan baru?

"Tapi ayah-".

"Kenanga! Masuk jom. Ayah ada-".

Ting!

Pintu kedai jahit berloceng itu ditolak daripada dalam lalu memunculkan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an di situ. Kata-kata lelaki itu terhenti setelah matanya menjamah pemandangan di hadapannya ini.

Anak gadisnya berdiri tidak jauh daripada seorang lelaki dan berbicara dengannya seolah-olah mereka berteman. Setahunya, anak gadisnya itu tidak suka untuk mengenal mana-mana lelaki.

"Kenanga... Siapa ni?". Soal lelaki tua itu.

"Assalamualaikum pakcik. Saya Hyder. Kawan baru Kenanga". Belum sempat Kenanga menjawab persoalan ayahnya, Hyder terlebih dahulu memintas. Tangannya dihulur untuk menyalami tangan tua itu. Disambut sambil tersenyum oleh lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Kenanga tak cakap pun dekat ayah yang Kenanga ada kawan baru".

"Kitorang baru je jumpa tadi, ayah". Kenanga panik. Hujung baju T nya diramas-ramas kasar. Dia tahu ayahnya tahu yang dia tidak pernah gemar untuk berteman dengan mana-mana lelaki. Eh eh harini datang si Hyder ni. Terkejut mak.

"Dahtu kenapa tak ajak masuk? Kesian dia ni ha. Dengan lukanya, lebamnya".

"Saya okay je pak-". Hyder cuba untuk membantah namun pakcik itu terlebih dahulu mengajaknya untuk masuk.

"Dah dah, jom masuk. Kat atas kedai ni, rumah pakcik. Masuk dulu ya? Pakcik baru je siap masak tadi. Boleh lah kamu makan sekali dengan kami berdua ni. Lepastu pakcik boleh tengok-tengokkan luka kamu tu". Omel pakcik itu lagi seraya melangkah masuk ke dalam kedai jahit itu. Meninggalkan Hyder dan Kenanga di belakang.

"Erk... Boleh ke saya masuk ni?". Hyder berpaling lalu menyoal Kenanga.

"Boleh lah kut". Kata gadis itu pendek lalu pergi meninggalkan Hyder sendiri di situ.

Haih... Niat Hyder, dia nak tegur Kenanga je tadi. Tahu-tahu dah kenal dengan ayah dia sekali. Cepat betul ya prosesnya?

🐳

KLAKK!

"Kau pergi mana, baru balik ni?". Tutup sahaja pintu rumahnya, terus terdengar suara itu menegur.

Gulp!

Seram! Tiba-tiba sahaja muncul ni apahal? Dah la dekat rumah orang. Apa Daim ni guna kuasa ajaib ke? Atau teleportasi macam dalam cerita Now You See Me tu?

Pusing-pusing sahaja badan, terus Hyder melihat figura yang sudah seperti kembarannya itu duduk bersilang kaki di atas sofa di ruang tamu penthouse miliknya itu.

"Seram lah kau ni! Macam mana kau masuk?". Soalan berbalas soalan. Curiga juga dia macam mana Daim boleh 'memecah masuk' rumahnya sedangkan rumah ini nenggunakan sistem password lock di pintu utamanya.

"Kalau kau pergi letak password '0000' tu, semua orang boleh teka lah Zafran. Now, answer me. Kau pergi mana dah petang baru balik? Aku balik daripada pejabat tadi, Daneen yang hantarkan. Aku telefon kau, tak berangkat. You know I can't drive while having a fever right? And I hate that Daneen kena balik sorang-sorang lepas hantar aku". Panjang Daim membebel. Mana taknya, dia sudah menelefon Hyder nak dekat lapas belas juta kali tadi untuk mengambilnya di office. Semua panggilan yang dibuat dibalas oleh voice mail sahaja.

"Hehe, sorry bro. Aku tadi lepas je balik daripada hospital, aku... Aku jumpa kawan. Lepastu aku makan tengahari jap dengan dia and stayed there for a while". Terang Hyder tidak berapa nak detail mana.

"Kat mana?". Haduh! Hyder bukan main nak elak daripada mereka bualkan topik ni, Daim pergi tanya banyak-banyak pula. Mampus!

"Rumah dia". Belakang lehernya digaru perlahan-lahan. Dia tak menipu cuma berasa gementar setiap kali memandang wajah serius Daim.

"Hm". Alat kawalan jauh yang ada di atas meja kopi itu dicapai oleh punat 'on' ditekan. Maka, terdengar la suara-suara daripada televisyen itu memenuhi ruang tamu rumah Hyder.

'Fuh, selamat dia tak tanya banyak-banyak'. Hyder menarik nafas lega lalu mengambil tempat duduk di sebelah Daim.

"Kau ke sini kenapa?". Kalini, giliran Hyder pula menyoal Daim. Petang-petang celik ni bertandang dekat rumah orang. Curiga kuasa dua!

"Raisya ada dekat rumah mama sekali dengan family dia. Malas lah aku balik".

"Bro, you got a cottage bungalow and your own penthouse yet you still choose to come here? Lawak lah kau ni!". Hyder tertawa lalu mencapai balang kerepek pisang yang ada di atas meja kopi itu.

"Malas lah aku. Sunyi. Bukan ada orang pun". Memang betul pun. Hidupnya terlalu sunyi. Dia hanya ada Hyder sahaja sebagai satu-satunya teman paling rapat. Sebab tulah dia membuat keputusan untuk datang ke sini instead of balik ke rumah sendiri.

"Macam-macam la kau ni. Oh, Raisya dengan keluarga dia datang buat apa?". Kerepek pisang bersalut gula itu dikunyah oleh Hyder sambil bertanya. Syok juga ya kadang-kadang spilling tea dengan kawan baik lelaki ni. Sambil makan kerepek pula tu!

"That crazy wench wants to beg my mom untuk mama aku kahwinkan aku dengan dia".

Pfft!!!

Tersembur habis kerepek pisang yang dikunyah.

"WHAT IN THE ACTUAL F--".

Tut...

Mencarut tidak elok untuk kesihatan jiwa ya, Hyder Zafran. Maka dengan itu, bersambung...

🐳

Updated!

Comel lah chapter ni, saya lurveeee!
And also, cantik kan nama first love Hyder?
✨Kenanga Tirana

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro