28- Village D4 (Back To KL)
YOU can tell yang Daim tengah bosan sekarang ni. Di pagi hari ni, Daneen sedang berada di dapur bersama Mak Piah untuk menyediakan sarapan. Hyder tu selagi tak tengahari, selagi tu tak bangun. Idlan pula pergi ke pasar tani untuk membeli lauk makan tengahari. Tinggal lah Daim seorang diri di tangga rumah ini. Tak tahu nak buat apa.
Tapi rasanya Pak Isma masih di rumah. Katanya nak pergi kerja selepas Idlan pulang daripada pasar tani nanti. Entah ke mana lah orang tua tu. Kalau ada, boleh juga buat teman Daim bersembang.
"Daim? Termenung je ayah tengok daripada tadi". Ha panjang umur! Baru aje sebut, dah datang.
"Ayah. Tak pergi kerja lagi, yah?". Sengaja bertanya padahal dia sudah tahu tentang hal itu.
"Belum, tunggu Idlan. Kamu kenapa duduk dekat sini sorang-sorang? Ni mesti sebab tak tahu nak buat apa kalau anak dara ayah yang sorang tu takde kan?". Sakat Pak Isma disertai dengan ketawa ayah-ayahnya itu.
Dia lalu mengambil tempat duduk di samping Daim. Di salah satu anak tangga rumahnya itu.
" Macam tu lah, yah. Daim bukannya orang sini, jadi kalau takde Daneen... Tak tahu nak buat apa".
"Ala, ayah faham. Dekat bandar sana pun macam tu juga kan?". Sebagai seorang ayah, dia tahu segala hal yang melibatkan anaknya. Termasuk lah bahawa jejaka di hadapannya ini merupakan bekas teman lelaki Daneen yang masih belum move on.
"Aik, mana ayah tahu ni?". Saja Daim nak berteka-teki dengan Pak Isma. Walhal dia sudah tahu, pasti Daneen menceritakan segalanya kepada si ayah.
"Ayah kan ayah. Daneen tu, pantang ada benda yang berkaitan kamu sikit... Memang dia akan cerita dekat ayah. Dia tanya pendapat. Dulu dan sekarang, tak pernah berubah".
'She still talks about me with her father?'.
"Anak ayah dia tu. Daim tahu". Daim ketawa. Dia mencuba untuk bergurau agar suasana yang agak serius itu dibawa pergi. Kalau boleh dia tak mahu berbincang isu itu sekarang. Isu hubungannya dengan Daneen. Tapi lain di difikiran Pak Isma...
"Kamu masih sayangkan anak ayah tu?". Tanya Pak Isma secara mengejut.
'Alamak ai'. Kesat terasa air liur yang ditelan. Ditanya direct oleh ayah buah hatinya sendiri. Takot!
"Daim?". Panggil Pak Isma untuk menyedarkan Daim daripada lamunan siangnya itu.
"Sayang, yah. Sangat sayang. Tapi macam tu lah. Daim tak tahu kat mana silap Daim, tapi dia dah memang taknak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Daim. Dah banyak kali Daim pujuk dia, yah". Adu Daim. Terluah juga apa yang terbuku di jiwa. Dekat depan ayah ex girlfriend pula tu. Direct kau! Macam ni la baru anak jantan!
"Dah nak putus asa?".
"Eh tak! Daim dah janji, Daim takkan putus asa. Daim...". Jejaka itu berjeda seketika.
"Daim betul-betul nak memperisterikan anak ayah, Daneen Isabella. Daim betul-betul sayang dan cintakan dia. Daim harap, ayah izinkan Daim untuk kejar dia ya, yah?". Ya. Benar. Lelaki itu meminta izin Pak Isma untuk mengejar cinta hatinya a.k.a Daneen a.k.a anak kepada Pak Isma sendiri.
Such a great gentleman!
" Ayah izinkan". Kata Pak Isma lalu menepuk lembut bahagian belakang Daim.
Di sisi lainnya, Daneen yang berdiri tegak di sebalik pintu itu telah mendengar segala perbualan antara ayahnya dan bekas teman lelakinya itu.
Dan gadis itu boleh menganggap yang lelaki ini memang seorang lelaki yang sungguh berani. Dulu juga begini la. Sewaktu mula-mula mahu mengajak Daneen menjadi teman wanitanya, Daim sanggup memandu daripada Kuala Lumpur ke Johor seorang diri hanya untuk meminta izin Pak Isma.
Sekarang...
Sekarang pun sama.
Tiada yang berubah.
Daim tetap lah Daim. Lelaki yang paling gentleman yang pernah Daneen temui.
Hatinya kian terusik dengan segala perbuatan Daim itu. Semuanya dilakukan hanya agar jejaka itu boleh menggapai cinta Daneen kembali.
He will do absolutely everything.
He would beg her parents to give him permission to love her.
He would stare at a tree for hours if she asks him to.
He would listen to her rambling about an absolute nonsense just to listen to her voice.
Anything.
Anything that you could think of as long as he can be with his one and only Daneen Isabella again.
Dan semua fakta itu membuatkan air mata Daneen menitis. Esakan kecilnya cuba untuk ditahan agar tidak kedengaran oleh dua orang manusia yang sedang duduk di tangga itu.
🐳
"ANY drink, miss?". Soal pramugari cantik itu kepada Daneen. Namun, Daneen hanya menggelengkan kepalanya lembut seraya tersenyum nipis. Dia terasa malas untuk bersuara sekarang ini.
Jujurnya, Daneen masih lagi memikirkan momen di mana dia terdengar perbualan di antara Daim dan ayahnya pagi tadi. Gadis itu mulai berfikir; adakah patut dia menerima Daim kembali dalam hidupnya?
No, impossible!
Jikalau Daim tahu tentang dirinya yang sebenar, sudah pasti lelaki itu akan jijik dengannya.
Kepalanya digeleng-geleng tanda yang dia masih berkeras untuk tidak mahu membuka semula pintu hatinya kepada Daim merangkap majikannya sendiri itu.
"Are you okay, sunshine?". Soal Daim yang duduk bersebelahan dengannya di business class seat itu; mematikan lamunan Daneen. Terhinjut sedikit bahu gadis itu akibat terkejut dengan sapaan Daim.
"Hey, whats wrong? Kau okay ke tak ni?". Lelaki yang tadinya sedang sibuk menilik iPadnya itu kini sudah mengalihkan fokusnya 100% terhadap Daneen yang daripada tadi kelihatan seperti berada dalam kegelisahan itu. Entah apa yang difikirkan oleh si gadis manis itu. Jangan dia fikir macam mana nak terjun kapal terbang ni, sudah lah! Manusia punya intrusive thought ni tak boleh dibawa main.
"Saya okay. Cuma...".
"Cuma?". Soal Daim lagi.
Hyder yang berada tidak jauh daripada mereka itu dengan serta-merta memasangkan headphone nya ke telinga kerana lelaki itu tahu segala perbualan antara Tuan Muda dan Puan Mudanya--oops, bakal Puan Mudanya adalah terpaling privasi. Tidak layak dia campuri.
"Saya nak tanya awak ni". Jarang ya Daneen meminta izin kalau nak bercakap dengan si Daim ni. Biasanya dia main terjah je. Kisah apa dia Daim ni bos ke, bekas teman lelaki ke.
"Shoot".
"Apa yang awak bualkan dengan ayah pagi tadi?". Akhirnya, soalan itu diajukan juga olehnya. Hakikatnya, dia sudah tahu segalanya. Cuma, dia nak dengar sendiri daripada mulut Daim.
"Oh itu... Aku melamar kau. Tak official lah tapinya. Aku cuma minta izin ayah untuk terus ada dengan kau. Untuk terus cintakan kau. Dan ayah izinkan. Itu sahaja". Daim berterus terang.
Benar. Tiada satu perkara pun yang disembunyikan olehnya. Daim benci menipu, ditipu dan penipu! Jadi, mustahil baginya untuk berlaku tidak jujur kepada sesiapa pun. Lebih-lebih lagi Daneen.
"Selamba badaknya awak".
"I will do anything to get the things that I want even if I have to beg. Especially if 'the things' include you. So, aku tak kisah pun nak jadi selamba badak. Lagipun, itu memang dah sifat semula jadi aku. Kau pun macam tu kan?". Daim tersenyum sinis ke arah Daneen.
"Macam tu macam mana?".
"Selamba badak". Straight to the point Daim menyatakan apa yang di fikirannya di saat itu.
Memang betul. Baginya, perangai Daneen Isabella ni memang selamba badak. Tak macam dulu. Masa mula-mula kenal si gadis, Daneen adalah seseorang yang lemah lembut tapi bila dah nak dekat lapan tahun kenal ni, hilang dah lemah lembut sopan santun gadis melayu terakhirnya itu. Yang ada cuma Daneen Isabella yang selamba badak, berkeyakinan tinggi, comel, cantik, cute, gorgeous, stunning-- eh? Macam dah melebih je puji ni?
Anyway...
Dan semua tu membuatkan Daim semakin hari, semakin jatuh hati kepada si gadis manis. Dia suka melihat sisi sebenar Daneen.
"Mana ada! Reka je lebih lah awak ni". Daneen berpeluk tubuh. Tanda mahu protes.
"Ada. Kau tak ingat ke masa kau hantar aku balik rumah daripada pejabat sebab aku nak tidur dulu tu?". Daim mulai mengungkit kenangan silam. Kenangan yang cukup comel buatnya.
"Huh? Kenapa pulak dengan tu?".
"Tak ingat? Seriously, sunshine? Aku ingat lagi... Kau dengan selambanya layan aku macam aku ni anak asuhan kau masatu which well, aku tak kisah pun. Tapi mungkin sebab tengok betapa mesranya kau dengan Tuan Muda Daim masatu, semua staf dekat situ tengok kau. Aku perasan je tapi malas nak bagitahu".
'Tuan Muda Daim'. Sebaris nama panggilan terhormat yang sering dilontarkan oleh staf-staf Infinity LInes Holdings kerana ingin menunjukkan rasa hormat mereka terhadap anak sulong kepada pemilik syarikat ternama itu. Anak kepada Tuan Zakaria bin Tuan Isa. Orang yang cukup ternama di Malaysia.
"Ya Allah! Malu lah saya. Kenapa tak bagitahu tahun depan je?". Ujar Daneen penuh sarkastik.
"Takpe, diorang tak kisah pun".
"Ceh, pandai-pandai je. Awak bukannya tahu pun apa yang staf-staf awak tu fikir. Nanti kalau dia ingat kita ni ada hubungan lebih daripada bos dengan pekerja, macam mana?".
Daim ketawa kecil sebelum menjawab,
"To be honest, sunshine... I don't mind. At all. Perhaps, it will make me happier".
🐳
Updated!
Sorry tau update lewat...
Ive been busy about kemasukan ke kolej ni
(ill be in my 'new home' on 30th July)
and sorry today that maybe MR WAQEEL will be my last karya cuz I need to focus on my study. Maybe lepas habis study which satu tahun (asasi), saya akan buat cerita baru <3
Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro