27- Village D3 (Pasar Malam)
"PUAN Muda pergi lah ajak kalau berani". Hyder menolak bahu Daneen menggunakan kusyen yang berada di atas kerusi kayu itu.
Di saat ini hanya ada Daneen, Daim, Hyder dan Idlan sahaja di rumah itu. Mak Piah dan Pak Isma sudah pun keluar berjalan kaki ke rumah jiran yang berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran.
Idlan duduk bertapa di dalam biliknya manakala Daim pula sibuk menghadap laptopnya sejak daripada sudah selesai solat maghrib berjemaah bersama mereka sekeluarga tadi + Hyder; sampailah dah masuk waktu isyak ni. Dia hanya berhenti sebentar untuk menunaikan solat isyak bersama Daneen, Hyder dan Idlan sebentar tadi. Lepastu sambung balik buat kerja.
Hal ini membuatkan Daneen dan Hyder yang tak tahu nak buat-buat apa-apa tu kebosanan la. Sampailah Daneen mencadangkan agar mereka pergi ke pasar malam yang terletak di pekan sana.
"Jangan panggil saya macam tu la". Daneen memberi amaran lembut. Suaranya separa berbisik. Tidak mahu menganggu Daim yang tekun membuat kerja di kerusi kayu yang bertentangan dengan mereka berdua itu.
"Sorry, sorry. Cik Daneen pergi la ajak Tuan tu. Saya bosan jugak ni". Pujuk Hyder lagi. Yang sebenarnya, dia tak berani nak ajak sendiri Tuan Mudanya itu. Takut bersepai mukanya dihempuk akibat menganggu kerja lelaki itu. Jadi baginya, kalau si buah hati yang ajak... baru lah lelaki tu boleh memberikan kerjasama. Kalau tak nak pergi pun, confirm dia akan tolak elok-elok.
"Taknak la. Nanti saya yang kena marah".
"Ala tapi... Cik Daneen try la pujuk...". Makin lama, makin merengek pula si Hyder ni. Disertakan dengan bunyi perut laparnya itu membuatkan Daneen menjadi ekstra kesian terhadap lelaki ini. Padahal bukannya dia tak makan malam tadi.
"Ish, yela yela". Daneen akhirnya terpaksa akur lalu berjalan perlahan ke arah Daim.
Tahu-tahu je dia dah berdiri betul-betul di samping lelaki itu.
Sempat Daneen berdehem sekejap sebelum dia membuka mulut, "Tuan...". Lembut sahaja suaranya memanggil nama panggilan majikannya itu.
Namun lelaki itu tetap dia tanpa bicara. Kelihatan Daim berhenti menaip sekejap tadi, tetapi dia menyambung semula kerjanya. Ni dah kenapa ni? Merajuk ke? Sebab apa? Haih, dah besar-besar pun nak merajuk ke?
"Tuan Daim...". Daneen memanggil sekali lagi.
Senyap.
Masih tiada sebarang balasan.
Tiba-tiba Daneen mendapat idea. Dia tahu apa nama panggilan yang sesuai untuk si workaholic ini agar dia berpaling apabila dipanggil buat kali ketiga nanti.
Tarik nafas, hembus nafas. Fuh!
"Waqeel...".
"Yes, sunshine. Nak apa?". Ha! Kan betul tu. Almost instantly, lelaki itu berpaling lalu membalas sapaan Daneen itu. Mengada betul! Nak kena tunggu Daneen panggil guna nama keduanya itu dulu baru nak menyahut. Kalau orang lain yang guna, mahu dia cabut kepala sekor-sekor.
Daneen menterbalikkan matanya kemudian barulah dia menyatakan hasratnya untuk pergi ke pasar malam itu,
"Jom pergi pasar malam". Ajak Daneen.
"Dekat mana?".
"Dekat pekan sana". Daneen tersengih di hujung katanya. Dia tahu, pasti sukar untuk lelaki ini melepaskannya pergi ke tempat-tempat sebegitu setelah apa yang berlaku terhadap Daneen pada minggu lepas.
"Boleh... tapi... are you sure? Kau okay ke? Dah tak sakit lagi?". Itu antara soalan yang terbit daripada mulut Daim. Mindanya pula secara automatik mengimbas kembali kejadian di malam itu. Segala luka yang ada di lengan dan kaki gadis itu. Air matanya yang menitis. Dan yang paling teruk sekali, bahagian pehanya yang berlumuran dengan darah cuz you know why. Daim takut jika gadis itu akan tersakiti lagi.
"Waqeel, aku okay la. Luka aku dah sembuh sepenuhnya. Aku dah boleh berjalan macam orang normal sekarang". Daneen cuba untuk menyakinkan lelaki itu.
"Itu fizikal kau. Mental kau?". Dan Daim masih lagi berat hati.
Sementara itu, Hyder yang berada bertentangan dengan mereka berdua itu hanya mendengar perbualan itu tanpa berkata apa-apa. Dia tahu, dia tidak layak untuk mencampuri urusan ini. Dia pun bukanlah sejenis manusia yang suka jaga tepi kain orang macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang kat luar sana tu.
"Kejadian tu takkan pernah luput daripada memori aku. Tapi semenjak aku balik ke kampung ni, jiwa aku makin tenang. Tambah-tambah pula kau ada dekat sini...". Ayat terakhir itu dituturkan dengan menggunakan suara yang paling perlahan. Malu lah dia kalau nak mengaku kuat-kuat yang dia gembira Daim datang ke sini!
(padahal Daim dengar je)
Tersenyum lebar lelaki itu dibuatnya. Laptop di ribanya juga lantas ditutup.
"Okay... If you say so, pergi la bersiap. Aku tunggu dekat sini". Daim berkata.
"Betul ni?". Soal Daneen dengan penuh keterujaan.
Daim mengangguk beberapa kali.
"Okay, kau tunggu jap tau!".
"Ya...".
Dan gadis itu pun berlari kecil masuk ke dalam biliknya untuk menukar baju. Takkan lah nak pakai baju pijama pula nak pergi pasar malam kan? Nanti orang kampung cakap apa pulak. Dah la orang kampung ni mulutnya semua takde insurans! Nanti dikatanya anak Mak Piah dan Pak Isma yang seorang ini selekeh.
Hyder juga mulai bangun daripada duduknya untuk pergi bersiap memandangkan dia hanya memakai tank top hitam sahaja pada saat ini. Cekci!
"Ha, kau nak pergi mana?". Namun, pertanyaan Daim itu membatalkan niatnya.
"Pergi bersiap la, Tuan".
"Kau nak pergi jugak ke?". Soal Daim lagi. Kalini dengan dahinya yang berkedut seribu.
"Haah. Kenapa Tuan Muda? Tak boleh ke?".
"Suka hati kau la".
🐳
"DANEEN...". Ini entah dah kali ke berapa Daim memanggil gadis yang sedang menunggu nasi kukusnya untuk dibungkus itu. Maklumlah, belinya empat untuk empat orang makan. Gerai ini pula ramai orang. Terpaksa la menunggu sekejap.
"Daneen... Dengar tak ni?". Panggilnya lagi. Dia rasa memang Daneen kurang dengar je walaupun mereka sudah berada agak dekat dek kerana suasana riuh-rendah di pasar malam itu.
"Ya, saya. Tuan nak apa-apa ke?". Tanpa berpaling, Daneen menyoal. Ingin sahaja Daim tidak menjawab kerana gadis itu memanggilnya dengan nama yang berlainan tapi dia sudah agak tidak selesa berada di sini. Terlalu ramai orang!
"Ramainya orang". Bisinya ke telinga Daneen.
"Memang la ramai. Ini kan pasar malam. Ala, Tuan dah pernah datang kan dulu-dulu. Masih tak biasa ke?". Soal Daneen seraya tertawa kecil. Lawak betul lah Daim ni.
"Itu dulu-dulu. Bukan nak complain tapi panas, sesak. Aku tak suka tu". Complain juga namanya tu, Tuan Muda Daim Al Waqeel oi!
"Sekejap la eh? Saya beli ni je lepastu saya ikut Tuan, Tuan nak beli apa-apa nanti okay? Ke Tuan nak pergi cari Hyder dengan Idlan?". Ha budak dua orang itu dengar kata nak pergi mencari som tam tadi. Katanya Idlan teringin nak makan. Hyder pun volunteered lah untuk teman memandangkan dia nak cari jagung manis sekali.
" Taknak. Nanti aku sesat kalau pergi sorang-sorang". Jari telunjuk dan ibu jari tangan kanannya menjepit lengan baju Daneen. Tidak mahu dirinya terlepas daripada si gadis. Takut hilang lah katakan.
"Mengada-ngada la Tuan ni". Gelak tawa Daneen kedengaran tatkala dia memandang pegangan jari itu. Ini kalau budak-budak office dia tengok ni, confirm kena ejek!
Tiba-tiba, ada seorang makcik mencelah perbualan mereka berdua dengan menyoal Daim,
"Comel betul kamu berdua ni. Isteri ya?".
Daim yang tak tahu nak jawab apa tu, terus menarik-narik lengan baju yang dijepit tadi.
"Eh, takdela. Ini majikan saya. Saja-saja datang bercuti dekat kampung ni ha". Daneen tersenyum manis ke arah makcik separuh abad itu.
"Oh, majikan. Sayang la...".
"Kenapa tu makcik?". Soal Daneen.
"Kamu berdua ni makcik tengok elok je ha. Kahwin lah ya?". Dasar makcik bawang. Tengah-tengah pasar malam pun boleh nak bawa topik ni. Malu lah Daneen!
Daneen hanya mampu mengukir senyuman kekok sahaja di situ sedangkan Daim pula terdiam seribu bahasa. Riak wajah beku ditayangkan. Sungguh dia tidak biasa dengan situasi bergaul dengan orang asing seperti ini. Lain lah dengan bekas teman wanitanya yang terlampau mesra ini.
"Semuanya dua puluh empat ringgit ya, cik". Kata jurujual nasi kukus itu sambil menghulurkan dua plastik kuning yang berisi empat bungkus nasi kukus yang dipesan.
"Oh, ya? Sekejap eh". Baru sahaja Daneen ingin mengeluarkan duitnya, sempat Daim bertanya sesuatu kepada tuan gerai itu...
"Kat sini boleh pakai kad tak?". Yup, itu yang dia tanya. Daim di sini cuba untuk menjadi gentleman dengan ingin membayar segala perbelanjaan Daneen di pasar malam ini tapi...
... dia tidak mempunyai cash. Cash terakhirnya ialah not lima puluh ringgit yang digunakan untuk membeli mi sup dan ABC kelmarin. Yang lain belum sempat untuk di keluarkan daripada bank lagi. Jadi, kad sahaja lah dia ada sekarang.
"Erk... Abang nak guna kad ke?". Tanya jurujual itu sambil menggaru-garu kepalanya.
"Saya belum sempat nak-".
"Takpe, bang. Ni tiga puluh ringgit, baki simpan ya?". Akhirnya, Daneen juga yang menjadi tukang bayarmya.
"Terima kasih. Abang jual ya?".
"Beli". Daneen kemudiannya membawa dua plastik berserta 'koala gergasi' di belakangnya itu untuk keluar daripada kesesakan manusia di gerai itu dan berpindah ke bahagian tengah ruang jalan pasar malam itu.
"Asal kau bayar? Kan aku dah cakap aku nak tanggung semua perbelanjaan kau sepanjang aju ada kat sini". Tegur Daim.
"Kat sini mana ada orang pakai kad. Takpe, nanti balik KL Tuan bayarkan ya?". Usaha Daneen untuk memujuk Daim. Lelaki ni bukannya boleh. Silap-silap merajuk sebab tak boleh nak belanja buah hati tercinta. Dulu macam tu lah perangainya. Mahunya jenuh Daneen nak memujuk.
" Hm, okay. I guess".
"Ala, jangan lah macam tu Tuan. Okay okay, sekarang ni apa boleh saya buat supaya Tuan tak merajuk?". Usaha kedua.
Tanpa banyak fikir, lantas Daim menjawab...
"Boleh tak kalau kita bukan dekat office, jangan panggil aku 'Tuan' atau 'Tuan Muda'? Panggil 'Waqeel' atau 'Daim' je which 'Waqeel' sounds absolutely better. Aku taknak kita jadi formal sangat. Tapi kalau bab 'saya-awak' atau 'aku-kau', aku tak kisah. Which in my opinion, 'saya-awak' is sweeter if it's coming out of your mouth". Terangnya panjang lebar.
"Okayyyy, Waqeel. Tapi awak bercakap guna 'aku-kau' takpe pulak?". Protes Daneen. Dulu juga begitu. Orang cakap lembut-lembut. Dia cakap kasar-kasar.
"No comment". Balas Daim ringkas seraya mengangkat kedua bahunya ke atas; sekali.
"So?".
"So, call me 'Waqeel' and speak using 'saya-awak' mulai daripada sekarang kalau kau taknak aku merajuk". Daim tersenyum bangga.
"Tapi-".
"Aip, no buts. Kau bercakap 'saya-awak' dengan Hyder tu boleh pulak? Menyampah aku". Daim menjulingkan matanya ke atas.
"Eleh, mengada la awak ni! Dah la, jom. Kita kena pergi cari coconut shake then cari Idlan and Hyder lepastu baru boleh balik makan!".
"Jadi, kau setuju?". Daim inginkan kepastian.
"Ya, Waqeel! Jom jom jom!".
"Alright, lets go sunshine". Dan tanpa melepaskan pun tangannya daripada lengan baju Daneen, Daim mengikuti langkah gadis itu sambil tersenyum lebar. Bahagia betul dia harini!
🐳
Okay, ini yang third one (last).
Maka, itu sahaja la untuk hari ini.
Comel kan Daim?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro