23- Village D1
TAHU-TAHU, sampai.
Setelah lebih kurang satu jam lima belas minit menaiki kapal terbang dan 15 minit perjalanan daripada bandaraya Johor Bharu ke kampung halaman Daneen yang bernama Kampung Seri Manis (don't search it up, kampung ni tak wujud pun), Daim dan Hyder akhirnya sampai juga di hadapan sebuah rumah kayu tradisional yang dipercayai rumah keluarga Daneen itu. Rumah itu tidak lah terlalu besar namun Daim pasti, muat untuk menampung Daneen, kedua orang tuanya dan adik lelakinya; Daneesh Idlan.
Tapi yang peliknya... Rumah ini senyap sunyi. Tapi, pintunya terbuka luas. Mungkin sahaja para penghuni sedang berehat di dalam rumah agaknya.
"Takde orang pun, Tuan". Tegur Hyder sambil menggaru-garu kepalanya yang sudah agak berpeluh kerana kepanasan menaiki kereta tanpa penghawa dingin milik ketua kampung tadi.
"Bagi salam".
Hyder mengangguk sekali sebelum memberi salam, "Assalamualaikum! Ada orang tak?".
Senyap...
Membuatkan Hyder memandang Tuan Mudanya yang sedang berdiri statik dengan wajah berkerut itu. Barangkali sedang kepanasan berdiri di luar ketika cuaca panas terik ini.
"Sekali lagi".
"Assalamualaikum!!". Salam dilontarkan oleh Hyder buat kali kedua.
Hampir berputus asa lelaki itu apabila kedua-dua daripada salamnya tidak dijawab. Dia sudah lah sedang kepanasan ni. Dah macam bermandi peluh. Tambahan pula dia yang memakai uniform kerjanya yang merupakan kemeja berwarna hitam itu. Walaupun lengan kemeja itu sudah dilipat ke situ dan dua butang teratasnya dibuka, bahang kepanasan itu masih tetap terasa.
"Saya rasa memang takde orang lah ni, Tuan Muda". Ujar Hyder.
"Kau bagi salam sekali lagi. Kalau takde orang jawab jugak, kita-".
Belum sempat Daim menghabiskan kata-katanya, dia dipotong oleh suara seorang wanita yang agak berumur dipercayai datang daripada belakang rumah.
"Waalaikumussalam! Sekejap, mak dekat dapur ni. Nanti mak datang!". Sahut wanita tua itu. Daim tahu, itu suara Mak Piah, ibu kandung kepada gadis pujaan hatinya.
Dengan kedengaran nafas yang agak termengah-mengah kerana berlari kecil dan bunyi lantai kayu rumah itu, Mak Piah akhirnya sampai juga di muka pintunya. Menyaksikan dua orang pemuda bersama dua bagasi berdiri di anak tangga rumahnya itu.
"Eh, Daim? Lama tak nampak kamu, nak". Sapa Mak Piah. Sebenarnya dia agak pelik dengan kehadiran Daim ke sini memandang lelaki itu sudah lama tidak bertandang ke mari sejak tiga tahun yang lepas.
"Assalamualaikum, Mak Pi-".
"Ish, Daim ni. Kan mak dah kata, panggil 'mak' je. Berapa banyak kali nak pesan ni?". Mak Piah ketawa kecil seraya berjalan menuruni tangga dan berhenti di anak tangga ketiga paling bawah untuk bercakap dengan lebih hampir dengan Daim dan Hyder.
"Assalamualaikum mak". Daim mengulangi salamnya.
"Waalaikumussalam, nak. Daim ke mari ni ada hajat apa?". Terus sahaja Mak Piah bertanya sembari matanya beralih ke arah Hyder yang berada di sebelah Daim itu.
"Ini siapa, Daim? Kawan kamu ya?". Soal Mak Piah lagi kerana setahunya, dia tidak pernah melihat Hyder sekiranya Daim berkunjung ke rumahnya beberapa tahun yang lalu.
"Ini pengawal peribadi Daim, mak. Nama dia Hyder Zafran". Terang Daim.
"Assalamualaikum Mak Pi-".
"Haih... 'mak' je...". Mak Piah mencerlung tajam ke arah Hyder dengan niat untuk bergurau. Tapi... Mak Piah memang lebih gemar jika anak-anak muda memanggilnya dengan nama panggilan 'mak' sahaja. Bahkan, seluruh anak muda di Kampung Seri Manis menanggilnya dengan nama panggilan 'mak' sahaja dan bukannya 'Mak Piah'.
"Hehe, sorry. Assalamualaikum, mak. Saya Hyder Zafran. Mak panggil je Hyder. Saya ni pengawal peribadi dan satu-satunya kawan baik Daim ni ha". Hyder tersenyum manis. Tangan kanannya dinaikkan untuk menepuk lembut bahu Daim.
"Oh ye ke? Lah, kenapa Daim tak bagitahu nak datang dengan kawan?".
"Surprise sikit mak". Daim menggaru-garu lehernya yang sudah agak berpeluh itu. Mungkin sahaja gatal digigit unggas.
"Hm, yelah... Dah, jom la naik dulu. Beg tu tinggalkan dekat situ. Nanti mak suruh Idlan yang tolong bawa naik. Kamu berdua makan dulu. Mak dah masak banyak tu dekat dapur. Ingatkan pakcik si Daneen tu nak datang harini tapi di cancel nya pulak. Ha, memandang kamu dah datang ni... Tolong habiskan lah ya lauk pauk tu semua?". Pelawa Mak Piah sambil berjalan menaiki tangga itu semula untuk masuk ke dalam rumahnya diikuti oleh Daim dan Hyder di belakang.
" Boleh sangat tu, mak". Sambut Hyder. Daim hanya mampu menggelengkan kepalanya. Hyder kalau dengan makanan, memang nombor satu! Boleh kalah Daneen tau! Silap-silap nanti kalau tinggal seekor lagi udang dekat dapur tu, maka berebut la dua orang tu. Dua-dua hantu makanan. Especially, makanan laut. Nasib baik lah Daim mempunyai alahan teruk terhadap makanan laut. Tak perlu lah dia ikut serta berebut sekali.
"Idlan! Tolong bawa naik bagasi abang-abang kau ni dalam rumah lepastu kemas bilik tetamu sekali! Nanti mak kasi kau upah!". Pekik Mak Piah agar Idlan yang berada di dalam biliknya itu jelas akan arahannya yang diberikan.
"Okay, mak!". Pekik Idlan kembali.
🐳
DAIM hanya mampu merenung sahaja lauk pauk yang terhidang di hadapannya ini. Ingat tak tadi fakta yang mengatakan bahawa Daim mempunyai alahan yang kronik terhadap makanan laut?
Well, cuba teka Mak Piah masak apa.
Salah!
Dekat depan mata Daim sekarang ni terhidang, udang masak lemak cili api, ikan pari bakar berempah dan sotong goreng berlada. Tiada satu pun lauk yang dia boleh jamu. Dan apa yang Daim mampu buat? Telan air liur jela jawabnya. Dah la semua bau semua lauk itu sedap-sedap! Orang dekat sebelah dia ni pula makan tak ingat dunia. Siapa lagi kalau bukan Hyder.
"Daim, tengok aje ke? Makan la sekali". Pelawa Mak Piah apabila melihat nasi tak bersentuh Daim itu. Lelaki itu juga kelihatan hanya termenung sahaja daripada tadi. Barangkali memikirkan nasibnya lahir sebagai seorang manusia yang alergik makanan laut.
"Mak... kakak lupa nak bagitahu yang sebenarnya Daim ni alahan seafood. Dia tak boleh makan seafood. Kalau makan juga nanti dia sakit". Akhirnya terdengar juga suara manusia yang daripada tadi diam sahaja itu. Suara Daneen. Adinda permata hati Daim Al Waqeel.
"Lah ye ke? Dahtu Daim nak makan apa ni? Mak takde masak apa dah selain lauk ni semua". Terus sahaja Mak Piah berhenti makan dan merisaui Daim. Takut jika lelaki itu kelaparan kerana dia betul-betul tidak memasak apa-apa selain daripada tiga jenis lauk itu.
"Takpe, Daim tak lapar sangat mak". Daim tersenyum segaris.
Hakikatnya, dia lapar nak mampus sekarang ni. Tapi takkan lah dia nak paksa Mak Piah masak lauk baru pula kan? Kesian tuan rumah nanti.
"Takpe bang, nanti Idlan boleh belikan ayam. Lagipun nanti Idlan nak keluar pergi ambil ayah". Pak Isma. Seorang pekerja di salah sebuah kilang di pekan. Sudah menjadi rutin harian Idlan untuk mengambil ayahnya menggunakan motorsikal pada setiap hari, pukul lima petang dek kerana Pak Isma yang tidak pandai membawa mana-mana kenderaan.
"No, it's okay. Abang tak lapar". Masih lagi dalam usahanya untuk tidak menyusahkan bakal adik ipar tak jadinya itu.
"Eh takpe takpe... Idlan boleh je pergi beli. Abang nak ayam apa? Ayam kampung? Ayam bandar? Ayam pencen? Nanti akak boleh masakkan. Abang kan suka makan masakan Kak Daneen". Idlan berseloroh seraya menyiku-nyiku lengan Daneen yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulut itu.
"Idlan, jangan kacau kakak makan. Mak cubit kau nanti tu karang". Larang Mak Piah membuatkan Idlan tersengih comel.
"Mana ada kacau mak. Idlan bagitahu je sebab memang betul lah kan? Kakak kan suka masak untuk Abang Daim dulu dan Abang Daim pun suka makan masakan kakak. Betul tak kak?".
"Hm". Daneen menjawab sepatah.
"Betul ni kau nak masak?". Soal Daim perlahan kepada Daneen yang duduk bertentangan dengan dia.
"Ya. Asalkan kau tak lapar. Nanti kebulur, aku juga yang susah". Balas Daneen dengan ton suara yang sama.
"Kalau macam tu, boleh lah". Daim akhirnya bersetuju.
"Hm, okay! Sekarang ni, abang nak ayam apa. Nak dekat pukul lima dah ni, Idlan pun dah siap makan. Nanti boleh cepat-cepat pergi ambil ayah lepastu belikan abang ayam sekali". Teruja betul si Idlan ni setiap kali Daim datang berkunjung. Mungkin sahaja kerana dia tiada abang.
"Abang nak ayam kampung. Nanti abang kasi duit". Requested by Daim kerana dia teringin sangat nak makan gulai ayam kampung sekarang ni.
"Alah, duit tu takpela...".
"Nope. Kalini Idlan tak boleh bantah, kena juga pakai duit abang. Hyder, nanti bagi seratus ringgit dekat Idlan". Pesan Diam kepada Hyder yang masih lahap menjamu selera itu. Lapar sangat agaknya tu.
"Baik, Tuan".
"Ish, kamu ni. Guna duit mak pun takpe". Mak Piah masih cuba untuk menolak untuk menggunakan duit Daim. Lagipun, baginya RM100 untuk seekor ayam kampung, macam dah terlebih je.
Tapi bagi Daim, apa lah sangat RM100 tu. Bakinya nanti boleh diberikan kepada Idlan sebagai upah. Kan?
"Mak... Sepanjang Daim ada dekat kampung ni, perbelanjaan dalam rumah ni semua Daim yang akan tanggung. Alah mak ni, macam tak biasa pulak". Daim ketawa.
"Hm, dah kalau kamu kata macam tu kan, mak nak cakap macam mana lagi? Ikut aje la... Kamu nak duduk sini berapa hari?". Soal Mak Piah. Tangannya sibuk menyendukkan saki baki udang yang berada di dalam mangkuk itu ke dalam pinggan Hyder. Berselera sangat member tu, Mak Piah tolong tambahkan lah.
" Empat hari".
PFFTT!!!
Habis tersembur semua air minuman yang berada di dalam mulut Daneen ke atas wajah Daim.
"ASTAGFIRULLAHALAZIM DANEEN ISABELLA!". Pekik Mak Piah.
Daim hanya mampu tersenyum pasrah dan yang lain bergelak ketawa.
🐳
Updated sebab ada orang tu menang friendly bola tampar tadi (mohon reply kalau orang tu awak ya? hehehehe)...
Also nanti saya akan update chapter 41 Little Precious Love <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro