22- Equestrian
RAMAI yang tidak mengetahui satu fakta tentang Daim Al Waqeel ni. Bukan ramai, rasanya memang semua orang tak tahu lagi fakta yang satu ini tentang si Daim ni.
Di waktu lapang, Daim gemar untuk menunggang kuda. Selalu juga la dia pergi ke tempat-tempat yang boleh menyewakannya seekor kuda untuk ditunggang. Selalunya Daim akan ditemani oleh Hyder. Macam sekarang ni la.
Boleh dikatakan yang Daim ni adalah seorang equestrian.
Kalau ditanya pakcik Google, apakah itu equestrian? Maka, mungkin begini lah jawapannya...
Apa yang dipanggil ekuestrian?
Ekuestrian ialah seseorang yang terlibat dengan kuda.
Mudah sekali untuk difahami bukan? Ha, kalau tak faham juga tu, tak tahu la nak cakap apa.
Hyder memandang pelik ke arah Daim yang sedang menunggang kuda dengan agak kencang itu. Tak la pelik sangat sebab dia tahu, Daim sedang tertekan sekarang ni. Dia dah masak dengan perangai Tuan Mudanya itu.
Mana taknya, tengok la sekarang. Ini dah waktu masuk pejabat ni. Dah nak masuk waktu makan tengahari dah pun. Daim masih juga enggan ke pejabat. Daripada pagi tadi duduk melepak dekat ladang kuda ni. Yang kena tunggunya, Hyder. Mana tak masak kawan tu.
"Tuan! Kita masuk office jom?!". Pekik Hyder sedikit kuat kerana di tahu, si keras kepala berwajah beku itu belum tentu lagi akan mendengarkan suaranya jika dia bercakap dengan menggunakan nada seperti kebiasaannya.
Kerana mendengar pekikan Hyder itu, Daim memberhentikan kudanya hampir sahaja dengan figura pembantu peribadinya itu.
"Fuh... Huh... Huh...". Nafasnya ditarik dan dihembus kasar. Cuba untuk mencari rentak pernafasan normal setelah melakukan aktiviti yang boleh dikira sebagai bersukan itu. Bersukan lah tu kalau dah banjir ketiak.
"Okay... Okay... Fuh...".
Dan Hyder masih setia menunggu untuk Tuan Mudanya untuk boleh berbicara dengan sempurna.
"A... Ku... Aku taknak masuk office harini. Kalau kau nak, kau masuk sorang-sorang". Kenapa Daim membuat keputusan sebegini? Just wait and read...
"Tuan... Tuan tak boleh macam ni. Saya tahu PA kesayangan cinta hati intan payung bagai bulan dipagar bintang Tuan tu cuti seminggu... Tapi takkan lah Tuan yang sebagai CEO terpaling kacak menawan lagikan baik hati dan berwibawa ni pun nak cuti seminggu juga? Nanti siapa nak uruskan syarikat tu?". Kalau tak panjang lebar memuji tu, bukan Hyder lah tu jawabnya.
" Kau la handle". Daim ketawa kecil seraya turun daripada kuda itu. Sejurus sahaja dia berbuat sedemikian, terus ada seorang penjaga ladang kuda itu datang untuk menguruskan kuda putih yang diberi nama Nolla itu.
"Nak suruh syarikat tu lingkup, suruh la saya handle. Saya okay je". Seloroh Hyder sembari mencapai sebotol air mineral yang telah dibuka untuk diberikan kepada Daim yang sudah mengambil tempat duduk di sampingnya itu.
"Loyar buruk eh kau?".
"Apa-apa jela. But Im telling you the truth. Sebagai pengawal peribadi Tuan dan sebagai satu-satunya kawan baik Tuan. Tuan Muda tak boleh buat macam ni. Nanti kalau Cik Daneen dapat tahu pun, makin stres dia ada lah".
"Tapi, aku risau kan dia". Daim meluahkan keluh kesah hatinya yang sudah terbuku sejak daripada peristiwa hitam di malam hari di mana Daneen pengsan di hadapan pintu rumahnya itu.
"Dia tak apa-apa, saya jamin. Doktor sendiri cakap yang dia perlukan rehat yang cukup kan? Tuan tak payah la risau sangat. Tapi kalau dah rindu setengah mati tu, boleh lah nanti ajak Puan Besar melawat Cik Daneen dekat kampung dia". Hyder menyiku-nyiku perlahan lengan berpeluh Daim itu.
Dalam diam, Daim bersetuju dengan kata-kata Hyder itu. Dia memang dah rindu setengah mati dengan si Daneen ni. Semenjak gadis itu menghantarkan surat kepadanya melalui Hyder yang mengatakan bahawa dia ingin mengambil cuti dan pulang ke kampung. Dan tiga hari dah pun. Tiga hari juga la Daim 'kemurungan' seperti ini.
"Kampung dia kat mana erk? Aku dah lupa sebab dah lama tak pergi". Soal Daim.
"Johor". Jawab Hyder sepatah.
"Kita pergi esok". Daim menayangkan senyum lebar. Boleh pakai juga ya rupanya otak si Hyder Zafran ni? Selalunya tahu membuat bising saja. Ada fungsi juga rupanya dia ni. Oops! Maaf Hyder, terkutuk secara sengaja.
"Esok? Serius la? Company?".
"Dilane is back. Biar dia uruskan sekejap. Kau tolong belikan tiket flight pergi dan balik untuk kita berdua. Aku rasa mama tak boleh ikut sebab dia kena papa outstation. Kau tahu lah kan, papa mana boleh kalau takde mama kalau ke luar negara". Selamba sahaja Daim memberi arahan seraya meneguk rakus air mineral sejuk yang sudah ada di tangannya sejak daripada tadi lagi itu. Dahaga sangat agaknya. Hampir 3/4 botol dihabiskannya.
"Tuan nak pergi berapa hari?".
"Empat hari cukup la kut. Sampai habis cuti Daneen. Nanti boleh balik sekali dengan dia. Tiket balik tu kau beli tiga la, untuk Daneen sekali". Daim memperbetulkan arahannya setelah berfikir seketika.
"Baik, Tuan Muda". Dan Hyder hanya akan mengikuti segala arahannya tanpa sebarang bantahan kerana itu memang sudah menjadi lumrahnya. Boleh kira dengan jari lah berapa kali je Hyder pernah membantah. Salah satunya adalah apabila Daim menggesa Hyder untuk berkahwin. Kenapa? Kerana mama betul-betul inginkan menantu. Tak kira Daim atau Hyder yang berkahwin (walaupun Hyder itu bukanlah anak kandung Puan Rohaini). Kerana tidak mahu menanggung beban yang dipikul, Daim memaksa Hyder untuk berkahwin. Dan kerana Hyder tidak mahu pula, member tu sanggup membawa diri sehingga ke Perancis. Dasyat bukan? Ya, itu mungkin adalah satu-satunya momen di mana Hyder membantah arahan Daim. Satu-satunya.
"Good. Nanti aku naikkan gaji kau". Puji Daim seraya menyatakan tawaran itu.
"Serius lah ni, Tuan?". Seperti sudah ada bintang sahaja di dalam kedua-dua anak mata Hyder pada ketika ini. Betapa gembiranya dia mendengar perkabaran ini. Yahoo! Siapa je tak suka duit kan?
"Ya".
"Oh, terima kasih la Tuan Muda ku~~ Semoga ada jodoh di antara Tuan Muda dan Puan Muda. Kahwin lah cepat-cepat~ agar saya mendapat bonus lagiiii~". Tiba-tiba sahaja Hyder berdayang senandung di situ sambil tangannya di bawa ke dada sendiri. Betul-betul feel menyanyi tu. Over betul! Daim yang menyaksikan persembahan tak berbayar itu hanya mampu menepuk dahi.
" Aku datang sini, nak hilangkan stres. Bukan nak dengar kau bersenandung". Tegur Daim. Makin bertambah stresnya apabila menyaksikan perangai dramatik Hyder ini. Dua kali lima sahaja dengan Daneen. Nanti kalau Daim dah kahwin dengan Daneen nanti, macam mana la dia nak hadap perangai dramatik dua ekor ni. Yang sorang tu yelah, dia sayang. Takpe lagi. Yang sorang lagi ni... Haih...
'Ya Allah, kau pertemukan lah Hyder dengan jodohnya secepat mungkin, Ya Allah. Aku sudah tidak larat untuk melayan karenah manusia ini, Ya Allah'. Daim berdoa dalam hati.
"Saya gembira je, Tuan".
"Suka hati kau la". Kata Daim lalu menghulurkan botol yang masih tinggal sedikit lagi baki air mineral itu ke arah Hyder.
Botol itu disambut oleh Hyder berserta dengan pakej sebuah soalan yang terkeluar daripada mulut jejaka tampan menjengkelkan itu,
" Tapikan Tuan... ".
"Hm?".
"Sejak daripada malam tu kan, saya terfikir la". Hyder memulakan katanya untuk mengajukan soalan yang sudah terbuku di kepalanya sejak daripada 'malam itu' lagi.
"Fikir apa?". Tanpa memandang ke arah Hyder, Daim yang sibuk sedang mencabut sarung tangannya itu, bertanya.
"Does she know about you? Your past? Sebab malam tu kan, Tuan suruh saya panggil dia. Tuan rasa dia tak tertanya-tanya ke?". Soalan itu membuatkan figura Daim membeku di tempat berdirinya.
"Selagi dia tak tanya, jangan bagitahu. Kalau boleh, biar aku sendiri yang bagitahu dia. Ini rahsia antara aku dengan kau je, Zafran. Kau tak boleh bagitahu dia".
Mendengarkan Daim yang sudah memanggilnya dengan nama 'Zafran' itu, dia tahu yang Daim serius. Air liur yang ditelan kasar sahaja ketika ini. Bukan apa, Hyder takut jika dia terlepas cakap tentang hal ini di hadapan Daneen.
'Keep it cool, Hyder. Don't bring this topic in front of her. Itu sahaja caranya'. Omong dia kepada dirinya sendiri.
"Faham?". Soal Daim membuatkan Hyder tersentak daripada lamunannya.
"F-faham, Tuan!".
"Hm". Daim lalu berjalan ke arah Nolla yang sudah dibawa pergi sebentar tadi untuk diusap sebentar sebelum pulang ke pejabat. Langkahnya yang agak cepat itu setia diikuti oleh Hyder.
"Aku balik dulu, Nolla". Daim berbicara dengan kuda putih itu seolah dia akan dapat memahaminya.
"Sayang betul Tuan dekat kuda ni ya? Kenapa tak beli j--". Dengan serta-merta mulut Hyder ditutup oleh tangannya sendiri. Dia tahu, pantang kalau Daim disuruh untuk beli sesuatu, pasti akan dia beli!
Setelah berfikir buat seketika, "Good idea, Hyder. Aku naikkan lagi gaji kau 10%". Bahu pengawal peribadinya itu lalu ditepuk-tepuk perlahan seraya dia berjalan menemui si penjaga ladang untuk menguruskan urusan jual beli si kuda, Nolla.
"Bagus, Hyder! Now you just have to watch your boss wasting his thousands dengan membeli seekor kuda yang aku pasti 100% tiada guna ni". Hyder menepuk dahinya sendiri.
Hyder dan kecuaiannya, berpisah tiada.
🐳
Updated dalam keadaan mengantuk...
By the way,
this is me hehe <3
letak sini bukan sebab nak suruh readers puji
(kalau puji pun, terima kasih hehe),
tapi saje je nak simpan kat sini and dia jadi macam reveal gitueww...
nanti kalau macam saya dah bosan tengok gambar ni, saya delete balik HAHAHA
don't worry!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro