21- "Peter Losing Wendy..."
OLEH kerana ingin menjamin keselesaan dan privasi sang puteri di dalam rumahnya itu, Daim rela tidur di dalam keretanya dan oleh kerana Hyder ni seorang pembantu peribadi, kawan terpaling baik, hamba abdi Daim... Maka dia pun ikut lah sekali. Lagipun, ni kan idea Hyder?
Dan jauh di sudut hati Hyder, di tak akan pernah tinggalkan Tuan Mudanya ini seorang diri. Yup, Hyder sangatlah setia orangnya. Dia mulai menjadi pengawal peribadi Daim lebih kurang enam tahun yang lalu. Sebelum tu, Hyder dah memang rapat dengan keluarga Puan Rohaini dan Encik Zakaria. Memang mereka sudah mengenal si Hyder ni daripada kecil.
Kiranya macam childhood friend Daim lah ni. Comel je kan?
Comel comel pun, setia Hyder tidak boleh dibawa main. Dia punya tahap setia untuk Daim itu, he will take a bullet for him. Why? Nantikan... Cerita masih panjang. Lek lek lu.
Dan Hyder ni tak tidur. Walaupun dia tengah mengantuk nak mati sekarang ni, dia perlu tetap berjaga. Dia takut jika ada binatang atau manusia liar eh-? yang akan datang mengancam keselamatan Tuan Mudanya ini kerana mereka tidur, tingkap tak tutup. Nak buka penghawa dingin, takut kereta habis bateri nanti. Dan kata Daim, dia ingin tidur dengan merasakan angin malam.
Tengah-tengah Hyder seronok chatting segelintir awek menggunakan aplikasi Tinder itu (maklumlah Hyder ni masih solo), dia terdengar suara erangan lelaki seperti dalam kesakitan.
"Ber.... henti.... Tak... Waqeel tak... tak nak... dah... Sakit...". Dan Hyder tahu suara itu ialah suara Daim.
"Haih, ni mesti kau mimpi lagi ni". Hyder mengeluh perlahan sebelum menutup telefonnya. Fokusnya kini beralih sepenuhnya ke arah Daim.
"Daim... Daim... Bangun wey. Kau okay tak ni?". Hyder menggoncang-goncangkan tubuh Tuan Mudanya itu dengan sedikit kuat. Ingin mengejutkan Daim daripada mimpi ngerinya itu.
"Waqeel.... sa... kit...". Dengan mata yang masih tertutup, Daim terus terusan merayu kepada entiti di dalam mimpinya untuk berhenti menyakitinya. Sakit yang sudah sedia ada ini tidak mampu tertanggung lagi. Dia mahu semua ini berhenti! Dia sakit! Dia lelah!
" Daim, bangun!". Makin lama, makin kuat Hyder menggoncang tubuh badan Daim itu. Dia risau jika mimpi ngeri itu akan memberikan efek buruk kepada Daim kerana dia tahu, selalunya, setelah Daim bermimpikan mimpi-mimpi seperti ini.... Lelaki itu akan demam panas pada keesokkannya.
"Daim!".
"Huh!". Satu tempikan terakhir daripada Hyder tu akhirnya berjaya membangunkan lelaki itu daripada tidurnya.
"Kau okay tak ni?". Soal Hyder.
"Zafran... Zaf... Dia datang lagi, Zaf. Sakit Zaf...". Daim merayu kepada Hyder seraya tangannya mengusap-ngusap kedua lengannya. Kedua kakinya tidak dapat berhenti bergetar. Dahinya dipenuhi dengan renik peluh.
"It's okay, Daim. Breath...". Hyder mencuba untuk menyuruh Daim agar mengawal pernafasannya.
"Zaf... Aku takut Zaf... Aku sakit...".
"Dahtu kau nak aku buat apa?". Naik gila juga Hyder kadang tu walaupun dia sudah banyak kali menguruskan Daim ketika dia berada dalam keadaan sebegini.
"Daneen... Panggil Daneen, Zaf...".
"Daneen? I thought you don't want her to know".
Terjeda seketika bicara Daim.
Namun...
"I don't care. Aku perlukan dia Zafran...". Rayuan Daim kedengaran semakin sayu dan lemah. Kerana takut jika Daim pengsan di situ, tanpa banyak kata lagi, terus Hyder keluar daripada kereta itu dan berjalan ke arah rumah banglo di hadapannya itu untuk mengejutkan Daneen.
🐳
" WAQEEL... ".
Panggilan namanya daripada suara yang didamba itu membuatkan dia berpaling ke arah punca suara itu. Dia yang agak kelelahan pada saat itu, ingin sahaja tidur di ruang tamu itu. Namun, tidak boleh! Rumah ni adalah untuk Daneen pada malam ini. Dia tidak boleh tidur di sini.
"Hm?".
"Kau tidur je dalam rumah ni. Hyder boleh hantar aku balik".
"No, sunshine. Aku okay. Kau yang tak okay. Kau perlukan rehat. Selagi luka dan lebam kau tak sembuh, selagi tu aku takkan izinkan kau keluar daripada rumah ni". Daim berseloroh pada hujung ayatnya. Dia betul-betul mementingkan Daneen berbanding dengan dirinya sendiri.
"Kenapa kau macam ni, Waqeel?".
"Huh?". Daim yang sudah seperti kemabukan dek kerana mengantuk itu menjadi agak keliru dengan persoalan Daneen.
"Why did you do all this?".
Daim terdiam seketika. Kedua soalan tadi cuba untuk dihadam lalu difahami. Kang kalau tersalah jawab, mati dia nanti. Perempuan ni kan makhluk sensitif. Betul tak?
Setelah seketika, "Oh... I got it now. Hyder?". Daim memanggil nama lelaki yang berdiri tegak di sampingnya itu.
"Ya, Tuan Muda?".
"Go stand over the door. Aku nak bercakap dengan Daneen sekejap". Kerana merasakan yang hal itu ialah hal peribadi, Daim akhirnya menyuruh Hyder untuk duduk sedikit jauh daripada mereka berdua. Walaupun dia sendiri tahu 100% yang Hyder sudah mengetahui segalanya. Perasaanya terhadap Daneen, mengapa dia terkejar-kejarkan Daneen dan seangkatan dengannya.
"Baik, Tuan Muda".
Setelah hilang bayang Hyder daripada penglihatan mereka berdua, Daim kembali memberikan fokusnya kepada figuranya yang sedang duduk di hadapannya ini.
"Do what, sunshine?". Soalnya kembali sambil tersenyum. Sumpah macam orang mabuk mamat ni. Mungkin sebab mengantuk sangat tu.
"Kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau baik sangat dengan aku? Waqeel, aku ni bekas kau je tau. Kau sedar tak? Dan dah beribu kali aku cakap, aku takkan terima kau balik. So, st-".
"And aku pun dah cakap beribu kali yang aku takkan pernah berhenti mencuba. Beribu kali pun kau tolak aku, beribu kali aku akan bertahan. Sampai lah detik terakhir di mana kau akan setuju untuk jadi bidadari hidup aku untuk selamanya. Sampai kau setuju untuk kahwin dengan aku, Daneen". Ujar Daim buat kali ke seribu. Setiap kali Daneen bertanyakan tentang hal ini, ini lah jawapan yang akan Daim ajukan.
"Tak, kau tak faham Waqeel. The fact that you will get nothing from me kalau kau kahwin dengan aku. Aku dah kotor, Waqeel! Aku bukan perempuan suci! Kau masih nak ke hidup selamanya dengan perempuan macam aku ni? Kau... Kau tak kesiankan diri kau ke Waqeel? You did almost everything for me. For the past eight years... And aku hargai tu, Waqeel. Tapi berbaloi ke pengorbanan ni untuk diri kau? You're hoping for me to come to you sedangkan kau dah tahu yang perkara tu mustahil kan?".
" You are the one who don't understand the full thing, sunshine. Dilihat daripada perspektif kau, aku akan terseksa kalau aku teruskan semua ni kan? Tapi ada kau tanya aku perasaan aku sendiri? For your information, Im happy. Im happy doing this. Aku gembira buat semua ni untuk kau biarpun aku tahu peluang aku tipis. Tapi aku sayangkan kau, Daneen. Itu yang kau tak faham. I would kill for you. I would star at an empty wall for hours if you ask me to. Aku sanggup tolong kau pesankan makanan dekat tablet gergasi tu everytime you ask me to walaupun sekarang kau dah pandai. I would do anything to make you happy as you once be. I would accept you just how you are. I don't give a damn about statement 'suci tak suci' kau tu. I. DON'T. GIVE. A. DAMN. Mama terima kau, papa terima kau, my whole goddamn family terima kau. Aku terima kau. Despite knowing that you aren't perfect because me too. Aku. Cintakan. Kau. Daneen. Itu yang kau tak faham".
Panjang lebar Daim meluahkan rasa cintanya. Walaupun sudah banyak kali dia ulang, dia akan tetap mengulangi ayat yang sama. Dia cintakan, Daneen Isabella.
Dan luahan cinta itu berjaya untuk membuatkan gadis di hadapannya itu menitiskan air mata.
Hyder awal-awal lagi dah sumbat earphone dalam telinga kerana dia taknak dengar perbualan itu. Kenapa? Because he knew, he would cry too.
"Aku tak sempurna... Waqeel...".
"Dan aku tahu tu, Daneen. Aku tahu tu". Matanya lembut memandang ke arah anak mata milik Daneen itu. Daripada pandangan itu, dia ingin Daneen tahu yang dia betul-betul menyayangi gadis itu sepenuh hatinya.
"So am I, sunshine".
🐳
Hoho, sudah update dong!
Macam mana?
Impress tak dengan betapa setianya seorang sahabat/pekerja kepada seorang sahabat/majikan (Hyder) dan betapa setianya seorang lelaki untuk wanita yang dia sayang (Daim)?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro