20- Sunshine & Midnight Rain
⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?
Chapter ini juga akan menyebutkan beberapa kelakuan yang TIDAK sepatutnya ditiru oleh mana-mana readers. Read at your own risk!
🐳
LELAKI yang tadinya gelabah kerana mangsanya melarikan diri itu, kini sudah tenang kerana baginya, perempuan itu takkan mampu berbuat apa-apa kerana sudah diugut olehnya. Dia punya tenang tu sampaikan sekarang ni, dia sedang menari dengan riang sambil meneguk sebotol minuman beralkohol di ruang tamu rumahnya.
Tanpa mengetahui yang...
Ada seseorang yang sedang menantikan lelaki yang bernama Ethan itu untuk membuka pintu utama rumahnya.
"Wooh! Today is my happiest day!!!". Jeritnya kuat seraya menyembur saki baki minuman yang berada di dalam mulutnya itu ke sekitar ruang tamu. Ke kaca televisyen, sofa dan meja kopi. Sungguh tidak beradab.
Ting!
Ting!
Ting!
Kegembiraan Ethan terhenti buat seketika tatkala dia mendengar loceng rumahnya ditekan sebanyak tiga kali oleh seseorang daripada luar rumah. Terus alat kawalan jauh televisyen dicapai dan video YouTube yang terpapar di kaca itu dijeda.
Sekali lagi, dia cuba untuk memfokuskan pendengarannya terhadap bunyi loceng tadi.
Ting!
Ting!
Ting!
Kalini loceng itu ditekan lagi oleh manusia yang berada di luar dengan lebih kencang. Seolah-olah 'dia' ingin menyuruh Ethan cepat-cepat bukakan pintu itu untuknya.
Dan bodohnya Ethan; kerana menyangkakan yang orang itu ialah Daneen yang cuba untuk datang balik kepadanya, dia tersenyum sebelum berjalan dengan langkah mabuknya ke arah pintu kaca itu. Di tangannya masih setia botol beer yang dipegang. Sayang untuk diletakkan buat seketika.
"I told you Daneen, Im an expert in bed". Angkuh betul tutur katanya.
Kunci dibuka dan tombol pintu itu dipulas.
"Baby--". Setelah wajahnya diangkat untuk memandang gerangan yang berdiri di luar pintunya itu, kata-katanya terhenti. Di hadapannya pada ketika ini terhidang pemandangan sebuah figura yang berdiri statik, berpakaian serba hitam. Topi hitam. Jaket hitam. Baju T hitam. Seluar hitam dan pelitup muka hitam.
Padangan Ethan dialihkan pula ke arah tangan kedua-dua tangan figura itu yang dipakaikan sarung tangan getah berwarna hitam itu.
Di tangan kirinya ada sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti oleh Ethan yang sedang mabuk teruk itu. Tapi... Di tangan lelaki itu ada sebuah kayu besbol yang tingginya mencapai paras pinggang figura itu sendiri.
"Kau si--".
Bam!
"ARGH!!!".
Sekali lagi kata-kata Ethan terhenti apabila lelaki misteri itu secara tiba-tiba sahaja melibaskan kayu besbol yang dipegang dengan begitu kuat ke arah Ethan. Sampai jatuh tersemban Ethan ke lantai di bahagian dalam rumahnya; memudahkan kerja lelaki misteri itu untuk masuk ke dalam rumah Ethan.
Jeritan Ethan terdengar di seluruh ruangan rumah itu. Nasib baik lah rumahnya terletak di kawasan yang sedikit terpencil, berhampiran dengan hutan.
"Kau siapa!?!! ArghHhh!!!". Ethan menjerit lagi setelah kaki kanannya dipukul oleh kayu besbol yang sama.
"SAKIT LA BODOH!!!".
Bam!
Kepalanya sekali lagi dipukul oleh lelaki misteri itu.
"ARGHHHHHH!!!". Jeritannya sedikit pun tidak diendahkan oleh lelaki misteri itu.
"Maaf... Maafkan aku...". Rayu Ethan apabila sudah tidak tahan menahan kesakitan yang dialami. Kakinya dia yakin, sudah patah. Wajahnya juga lebam. Dan kepalanya terasa seakan ingin pecah.
"Aku... Aku tak tahu apa salah aku... Tapi... Maafkan aku...". Bukannya semakin menyedapkan hati si lelaki misteri, malahan kata-kata Ethan semakin membuatkan amarah lelaki misteri itu membara-bara.
Bam!
Bam!
Bam!
Berkali-kali lelaki misteri itu memukul kuat bahagian perut Ethan sehingga ada begitu banyak sekali darah yang keluar daripada mulutnya.
Tidak puas dengan itu, kayu besbol yang dipegang tadi diletakkan ke tepi buat seketika and using his bare hands, he punched Ethan. Tersembur-sembur darah yang keluar daripada mulut dan hidung lelaki itu. Ethan juga sudah kelihatan seperti pasrah. Tidak lagi menjerit. Matanya juga sudah tertutup.
"Huh...". Lelaki misteri itu menghembus nafas beratnya. Dia lalu mencapai kayu besbolnya tadi dan berjalan ke dapur Ethan untuk meminum segelas air kosong.
He was truly a psychopath when someone tried to touch his girl.
He was Daim Al Waqeel.
🐳
MATANYA dikelip-kelipkan berkali-kali, cuba untuk menangkap dengan jelas pandangannya terhadap sebuah figura yang sedang duduk di ruang tamu rumah itu. Yang pasti, lelaki itu bukan tuan rumah tu. Yang pasti, lelaki yang sedang berkaraoke lagu Taylor Swift tu bukan Daim.
Langkahnya diaturkan semakin laju ke arah figura yang sedang rancak menari itu.
Orang suruh jaga Daneen, boleh pula dia menari-nari dalam rumah orang itu. Elok lah tu, Hyder. Nanti kena potong gaji baru tahu.
Sebuah alat kawalan jauh penghawa dingin yang ada di hadapannya di capai oleh Daneen lalu langkahnya semakin mara ke arah lelaki itu. Niatnya ingin memukul kepala lelaki itu dan menelefon Daim yang tiba-tiba menghilang kerana menyangkakan yang lelaki di ruang tamu itu adalah seseorang perompak.
"Oh! Look what you made me do, look what you made do!". Semakin dekat Daneen dengan 'perompak' itu, semakin kuat pula lelaki itu meneriaki setiap baris lagu yang bertajuk Look What You Made Me Do nyanyian penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu. Macam nak pecah pun ada rumah tu.
Kalau dah namanya Hyder Zafran, memang kuat la suaranya...
"Satu...". Satu langkah semakin mendekati si 'perompak'.
"Dua...". Dan satu lagi langkah.
"Ti... GA! HYARGHHH!". Alat kawalan jauh itu diangkat tinggi sebelum...
Dush!
"ADUHHH!!". Kencang suara Hyder, menjerit kesakitan apabila alat kawalan jauh penghawa dingin itu betul-betul mendarat dengan kuat di atas kepalanya. Hasil balingan kencang yang dilakukan oleh Daneen. Sampai tergolek Hyder ke lantai dibuatnya.
"Eh?". Daneen sudah mulai kepelikan sebaik sahaja terdengar jeritan nyaring Hyder itu.
"Hy...Hyder?". Terkamit-kamit Daneen menyebut nama lelaki itu apabila suaranya sudah kedengaran, wajahnya sudah terlihat. Jelaslah si empunya dua ulas lesung pipit itu ialah Hyder Zafran.
"Ya, saya. Saya Hyder la, Puan Muda. Puan Muda ingatkan siapa tadi? Aduh...". Kepalanya yang masih sakit itu digosok-gosok oleh tuan punya badan. Nak suruh Daneen gosok, kang tak pasal pasal dia kena buang kerja. Bukan setakat kena buang kerja, kena masuk 7 kaki dalam sekali.
" 'Puan Muda'?".
" Erk... Maksud saya, Cik Daneen. Cik Daneen ingat saya ni perompak ke?". Terhenti sekejap tangannya yang sedang menggosok itu apabila terperasan yang dia sudah tersalah memanggil Daneen dengan nama panggilam 'Puan Muda' buat kali ke berapa ratus entah setelah Daneen memutuskan hubungannya dengan Daim pada dahulu kala.
" Sorry, saya tak perasan tadi...". Daneen meminta maaf dengan seikhlas-ikhlasnya. Berharap agar Hyder tidak menyimpan dendam terhadapnya walaupun nampak la juga bengkak di kepalanya itu. Memang kuat betul Daneen baling tadi. Trust me.
"It's okay. Saya okay je. Come on, ni Hyder Zafran kut". Hyder mendabik dada.
"Awak buat apa kat sini?". Daneen tiba-tiba sahaja bertanya. Curiga juga dia. Lelaki ni buat apa dekat rumah majikannya di tengah-tengah malam buta ini.
"Saya?". Hyder menundingkan jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri.
"Saya erh? Saya buat apa dekat sini? Hm...". Baik kau jawab betul-betul Hyder, sebelum remote aircond tu cium kepala otak kau sekali lagi.
"Bukan saya patut tanya soalan tu dekat Cik Daneen ke? Cik Daneen buat apa kat sini? You look... wasted". Sengaja dia bertanya padahal dia sudah tahu kenyataan. Saja lah tu taknak jawab soalan Daneen, biar tak pecah rahsia dia dengan Daim.
"Saya...".
Klakk!
Bunyi pintu hadapan yang baru sahaja ditutup itu membuatkan kedua-dua daripada mereka berpaling ke arah itu sebelum sempat Daneen menjawab soalan Hyder. Dibiarkan tergantung sebegitu. Padan muka, tadi dia taknak sangat jawab soalan Daneen.
" You're awake?". Soalan pertama yang diajukan oleh Daim setelah dia melangkah masuk ke dalam rumahnya dan matanya bertentangan dengan mata Daneen.
Daneen mengangguk sekali.
"How was your sleep, sunshine? Nak balik sekarang ke?". Langkahnya semakin mendekat dengan Daneen. Meninggalkan Hyder yang masih terpinga-pinga di atas lantai itu.
Daneen mendiamkan dirinya. Tidak tahu nak buat keputusan mana. Dia taknak balik sebab masih ketakutan. Dia taknak juga terus tinggal di rumah itu. Ada dua lelaki bujang kut. Kang tak pasal pasal kena tangkap basah.
"Kalau Cik Daneen nak tidur kat sini pun takpe. Kitorang boleh tidur dekat luar". Hyder menghampiri Daim, menepuk bahu lelaki sekali lalu memberi idea yang bernas itu.
"Takpela-".
"This is suppose to be my home, your home. This is suppose to be our home, sunshine. So, don't worry okay? Kau boleh tinggal kat sini selama pun kau nak. Aku dan Hyder boleh cari tempat tidur lain. We will be fine". Hyder mengangguk-angguk. Menyetujui idea Daim itu.
Akhirnya, Daneen turut menganggukkan kepalanya perlahan.
"Good. Now, bagi aku mandi sekejap okay?".
Daneen mengangguk lagi.
Semakin menjauhi Daneen, semakin Daim berfikir... Sebanyak apa pun kebaikan yang Daim lakukan untuk menambat semula hati gadis pujaannya itu, Daneen tetap dengan keputusannya. She will never get back together with him.
Daim was a sunshine, she was midnight rain.
Daim wanted comfortable, she wanted that pain.
🐳
Updated!
Green flag kan Daim ni?
Hehe...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro