2- Wrath
DAH nak dekat dua jam rasanya Daneen menjadi tunggul diantara Daim dan client nya ini. Oh tidak lupa juga ada seorang lagi wanita yang duduk bersama mereka bertiga, mungkin pembantu peribadi si client tu kut.
"Saya rasa kita patut makan dulu ni. Lama sangat berbincang sampai tak sempat nak pesan makanan tadi". Gelak tawa menghiasi ayat terakhirnya itu. Tuan Qash. Nama diberi kepada orang yang sedang berunding bersama Daim ini.
"Sure". Balas Daim sepatah seraya mengalihkan pandangannya kepada Daneen.
Daneen angkat kening kanannya sekali menandakan yang dia tidak faham akan maksud di sebalik pandangan itu. Menandakan yang dia perlukan penjelasan.
Daim mengeluh perlahan sebelum membuka mulut,
"Kita makan dulu boleh?".
"Oh ha, boleh boleh". Daneen tersenyum janggal di hujung katanya. Bukannya apa, terasa bodoh pula dirinya apabila sudah terang-terang dia ter zone out tadi. Mengelamun tentang apa pun tak tahu.
"You got a funny assistant, Tuan Daim". Wanita yang duduk di samping Tuan Qash itu tersenyum segaris. Mungkin lebih kepada memaksa dirinya untuk tersenyum ini. Entah lah, rasa macam nak bersangka buruk dengan semua orang je di saat ini. Tapi tak baik kan?
"She is".
"Sally, pergi pesankan makanan untuk semua. I want their signature aglio olio and for you two...?". Tuan Qash mengalihkan pandangannya ke arah Daim dan Daneen.
"Boleh tolong order kan nasi kerabu untuk saya dan Tuan Daim? Untuk minuman pula, dua jus oren". Pesan Daneen dengan penuh lancar dan bersemangat. Dia kalau bab makan, memang nombor satu. Tadi nampak tak bersemangat kan? Ini dah nampak macam terlebih bersemangat pula. Maklumlah, ini jela masanya untuk makan tengahari kan? Nanti dah la balik pukul 5. Lantak orang la nak fikir dia makan banyak ke apa. Ada dia kisah?
Dan... Dia masih ingat makanan kegemaran Daim.
"Okay, I'll be right back". Sally lalu berjalan ke arah kaunter; tempat untuk menyatakan pesanan masing-masing. Sistem restoran ini memang begitu. Takde pelayan. Pelanggan hanya perlu datang sendiri ke kaunter dan membuat pesanan. Berdikari sedikit. Nanti makanan dah siap, baru ada orang yang akan tolong hantar.
Lebih kurang 15 saat selepas Sally berlalu pergi, Tuan Qash mulai membuka bicara lagi dengan soalan yang agak biasa lah terdengar di telinga para pekerja.
"So... Berapa lama dah Daneen bekerja dengan Daim ni?". Santai sahaja bunyi soalannya itu.
"Baru je harini Tuan Qash. Harini hari pertama".
"Macam mana? Okay tak?".
"Okay lah juga". Daneen tersenyum hambar. Sebenarnya dia agak tidak suka dengan perbualan ini. Perbualan ini membuatkan dia tak boleh nak jujur. Takkan la dia nak cakap yang Daim ni majikan yang menjengkelkan pula dekat depan Tuan Qash ni.
Lain lah kalau Daim tiba-tiba nak pergi tandas kan? Boleh la dia mengumpat sikit dengan Tuan Qash ni.
"Excuse me, I wanna go to the washroom. I'll leave you guys for the conversation. Daneen, saya ke tandas sekejap okay?". Ha kan baru je cakap tadi. Hehehehe.
"Okay". Daneen hanya menjawab dengan sepatah perkataan sahaja. Yela, takkan dia nak halang lelaki itu daripada pergi membuang pula kan.
🐳
"APA yang kau bualkan dengan Qash masa aku pergi tandas tadi?". Amboi, tahu la dah habis waktu pejabat, tak payah la nak kasar sangat. Dasar Daim Al Waqeel!
"Yang kau sibuk nak tahu tu kenapa? Itu hal aku dengan dia". Ha, Daneen pun boleh apa nak cakap kasar-kasar eh dengan Daim. Lantak arh esoknya dia nak potong gaji ke apa. Kisah pulak.
"You better tell me, Daneen".
"I don't want to".
Srettt!
Terus kereta itu di brek mengejut menyebabkan ianya terhenti di tengah-tengah sebuah jalan yang agak sunyi. Macam dalam hutan pun ada. Daneen tahu, jalan ni merupakan jalan pintas untuk ke rumahnya. Cuma jarang digunakan orang lain kerana jalan ini terlalu sunyi. Macam jalan berhantu pun ada...
"Kau ni dah kenapa?! Tahu la benci aku, tak payah la sampai nak berhenti mengejut macam ni. Nasib baik takde kereta lain tahu tak?!". Daneen membuka tali pinggang keledarnya lalu berpaling ke arah Daim dan terus membebel dekat jantan tu.
"Tell me now". Dingin dan mendatar sahaja suara Daim pada saat itu. Daneen sudah terbiasa dengan perangai suka memaksa milik Daim ini. Dan ini merupakan salah satu faktor mengapa dia meminta untuk hubungan ini diputuskan tiga tahun yang lalu.
"Taknak".
"Selagi kau tak bagitahu, selagi tu aku taknak gerak". Telan air berpasir juga Daneen apabila mendengar pernyataan Daim itu. Mana taknya, sekarang dah nak dekat maghrib. Mereka pula duduk di tengah-tengah laluan yang dikelilingi hutan ini. Takut terjumpa mana-mana entiti asing ke. Seram!
Tapi itu tidak la teruk sangat nak dibandingkan dengan kemungkinan yang mereka boleh ditangkap basah kerana duduk berdua-duaan di kawasan sunyi ini.
"Suka memaksa kan?!".
Daim hanya mendiamkan dirinya. Tali pinggangnya kini juga sudah dilepaskan.
"Tuan Qash tawarkan gaji lebih tinggi untuk aku bekerja dengan dia. Dia cakap aku boleh berhenti bekerja dengan kau lepastu mohon bekerja dengan dia. He offered me RM10000 for a month. Masyuk kan?". Daneen bercerita sambil tersengih-sengih. Daneen pantang kalau bercerita pasal duit, mesti di la yang paling laju. Paling bersemangat. Paling ceria.
" Kau terima?".
" Gila ke tak? Esok aku hantar surat berhenti dekat kau". Selamba sahaja Daneen berbicara. Niatnya saja mahu mengusik si Daim tu. Nak tengok, dia terkesan ke tak dengan 'pemergian' Daneen yang satu ini.
Namun harapan Daneen untuk menyaksikan reaksi Daim hancur apabila lelaki hanya memasang riak wajah mendatarnya lalu memasang semula tali pinggang keledar dan terus memandu semula kereta itu.
'Takde perasaan ke mamat ni?'. Bicara Daneen sendiri.
"Suruh sangat aku cerita lepastu takde reaksi. Kau ni okay ke tak?".
Masih lagi senyap sunyi tanpa sebarang bicara terdengar daripada mulut Daim. Terkejut sangat ke dia dengan berita yang disampaikan Daneen sebentar tadi?
"Bisu pulak dah. Suka hati kau la". Daneen lalu menyandarkan kepalanya ke tingkap sambil menghirup udara segar di waktu senja itu.
🐳
"CANCEL semua meeting aku dengan Tuan Qash daripada Starshine Holding. Oh dan... Tolong uruskan apa yang aku yang aku suruh kau buat tadi. Ingat, beli 80% daripada share syarikat dia. Kau tawarkan harga yang paling mahal. Aku nak jadi pemegang share terbesar syarikat tu. I don't care if it costs millions. I don't care". Ujar Daim kepada bodyguard nya yang sedang duduk berbincang dengannya di ruang kerjanya di rumah itu.
"Baik Tuan Muda. Ada apa-apa lagi?". Tanpa banyak soal, bodyguard lelaki yang dipanggil Hyder itu terus bersetuju. Taknak lah dia membantah kerana dia tahu Tuan Muda nya sedang marah. Dengar daripada nada percakapan saja dah tahu. Jadi, Hyder sebagai orang kanan Daim hanya mampu bersetuju sahaja. Tak berani nak membantah mahupun bertanyakan mengapa.
"Mama ada perlukan apa-apa tak?". Tanya Daim.
"Menantu. Puan dah lama nak menantu". Laju sahaja Hyder menjawab.
"Bukan yang tu. Yang lain". Bosan. Daim bosan dengan topik ini. Sejak daripada perpisahannya dengan Daneen tiga tahun yang lalu, mamanya sering sahaja memintanya untuk cepat berkahwin ataupun dia perlu berbaik semula dengan Daneen. Mamanya itu terlalu menyayangi Daneen. Maka apabila hubungan mereka berdua terputus, merajuk juga la Puan Rohaini.
"Puan minta Tuan Muda untuk berbaik semula dengan Puan Muda Daneen". Haih, topik ini lagi!
"Bukan yang ni, yang lain. Bukan topik ni. Bukan topik kahwin ataupun topik pasal Daneen. Dan jangan panggil dia 'Puan Muda', aku dah takde apa-apa hubungan dia".
"Ada kan la balik, Tuan Muda". Hyder tersengih persis seperti kerang busuk.
"Diam la kau. Pergi keluar sana". Arah Daim dengan penuh ketegasan.
"Baik, Tuan Muda". Hyder menghabiskan sisa tawanya dan berlalu pergi.
Di sisi lain pula, Daim memicit-micit dahinya, kepalanya agak pening memikirkan tentang hal itu, hal ini. Makin tidak tentu arah dibuatnya apabila Daneen sudah mulai bekerja dengannya. Tulah, siapa suruh kau ambil dia bekerja? Kan dah kena menghadap muka ex hampir 24 jam tu.
Dia mengeluh kecil sebelum menekup wajahnya sendiri.
🐳
Hi sayang-sayangku!
Heres another chapter untuk yall.
TMI, but saya tengah tunggu novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar ni tapi tak sampai-sampai. Mana la abang shopee express ni, haih...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro