19- The Aftercare
⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?
🐳
BADAN gadis yang separa sedar itu dibawa ke sofa di ruang tamunya lalu dibaringkan di situ. Daim kemudiannya segera ingin ke dapur untuk mengambil sebesen air berserta kain kecil untuk membersihkan wajah, lengan serta kaki gadis itu. Also, she's burning hot. She's having a fever.
Tetapi, tangannya dipegang kemas oleh gadis itu. Seolah tidak mahu dilepaskan.
"Wa-Waqeel...". Tersekat-sekat suara Daneen ingin mencuba untuk menghalang Daim daripada pergi meninggalkannya.
"Aku pergi ambil air sekejap dekat dapur". Daim cuba untuk memujuk Daneen tetapi gadis itu hanya menggeleng perlahan. Dia betul-betul tidak mahu Daim meninggalkannya pada ketika ini. Badannya masih menggeletar. Dia takut.
"I won't leave you, I swear. Tunggu sekejap, okay? Kalau aku tak ambil air nanti macam mana nak cuci ni semua? Nanti kau sakit lagi teruk". Daim menghalakan jarinya ke arah kesan kotor dan darah di tapak kaki, tangan, lengan, betis dan wajah Daneen itu.
Dan akhirnya gadis itu melepaskan juga genggaman tangannya terhadap lengan lelaki itu.
Sempat Daim mengerling ke arah tempat yang dipegang oleh Daneen tadi apabila terasa sensasi sakit yang tidak la kuat mana tetapi masih sakit. Ternyata, lengannya sudah berdarah akibat dicengkam oleh kuku tajam Daneen. Mungkin kerana gadis itu terlalu takut pada saat ini.
Well, Daim didn't give a flying fuck about it. He cares more about his girl other than some simple shit.
Lalu dia berlari kecil ke arah dapur.
Tak sampai beberapa minit, Daim sudah berada di hadapan Daneen semula dengan sebesen kecil air, sehelai tuala kecil dan segelas air kosong.
"Minum ni dulu. Mesti kau dahaga kan?". Daim membantu Daneen untuk duduk dan menyuakan segelas air kosong itu kepadanya. Terus Daneen capai dan meneguknya dengan rakus. Sementara itu, mata Daim terarah kepada bahagian peha Daneen yang agak terdedah itu. Bukan pervert ya, cuma dia terperasan yang ada tompok darah di kawasan itu.
'What had happened to you, sunshine?'. Daim mengeluh sendiri sebelum duduk bersila si hadapan sofa itu. Kain yang sudah direndam di dalam air itu diambil lalu diperah sedikit untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya.
Kain itu lalu dibawa ke bahagian kaki Daneen lalu dilap perlahan. Bersih daripada segala kotoran. Semua Daim lap. Daripada tapak kaki sehingga ke kedua-dua belah betis gadis itu. Dalam hatinya berdoa agar dosanya; menyentuh anak dara orang yang satu ini diampunkan oleh Allah. Dia hanya ingin membantu Daneen. Tidak ada niat lain.
Di sisi lain pula, Daneen menilik lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Dia yakin yang Daim sudah tahu apa yang terjadi terhadapnya. Namun, dia berfikir... Tidak kah lelaki itu jijik dengannya?
Kain itu diperah buat kali kedua dan kali ini Daim mencapai lengan Daneen pula untuk dilap perlahan. Di lengan gadis itu juga terdapat beberapa kesan lebam yang berbirat.
Kerana tidak dapat menahan diri, Daim akhirnya bertanya juga...
"Who did this to you, sunshine? Who touched you?". Daim masih fokus terhadap kerjanya itu; mulutnya sahaja yang berbunyi.
Diam.
Senyap.
Sunyi.
Hanya bunyi tangisan sahaja yang kedengaran.
"Hey...". Daim mendongak, memandang wajah gadis kesayangannya itu. Kain lembap itu diletakkan ke tepi lalu kedua tangannya naik mengelus lembut pipi Daneen. Menyapu air mata gadis itu.
"It's okay, sunshine. Kau boleh bagitahu aku. You are safe here and I won't judge, I won't be disgusted. Aku cuma nak kau bagitahu aku siapa yang buat semua ni, boleh?".
Beberapa saat kemudian, Daneen mengangguk perlahan dan mulai bercerita satu persatu. Mulai daripada kejadian di stesen bas tadi sehingga lah bagaimana dia boleh sampai di hadapan pintu rumah Daim.
🐳
SEHELAI hoodie miliknya disarungkan ke badan gadis itu (yang telah dipakaikan sehelai baju T putih) setelah Daneen sudah siap membersihkan dirinya. Ketika ini, Daneen sudah agak tenang namun ekspresi wajahnya masih merisaukan Daim. Wajah yang seperti lesu dan tidak bermaya tanpa ada riak yang lainnya.
"Nak makan tak? Aku masakkan ya?". Soal Daim dan Daneen hanya mengangguk lemah.
"Okay, great. Now, kau tidur dulu. Nanti aku bawakan makanan, okay?".
Sekali lagi Daneen hanya mengangguk.
"Good girl. Nak apa-apa lagi tak? Aku boleh bawakan nanti".
"Waqeel...". Kalini dia bersuara.
"Hm?". Membuatkan fokus Daim teralih 100% terhadap gadis itu.
"Birth control".
"Huh?". Daim, keliru.
"Or any pills yang boleh halang pregnancy. Please, Waqeel. I really need it". Pinta Daneen dengan suaranya yang merayu. Matanya sekali lagi mahu mengalirkan airnya.
"Jangan nangis, sunshine. I will get you those asap, okay?".
Dan Daneen mengangguk lagi.
🐳
SELIMUT ditarik untuk menutupi keseluruhan badan Daneen. Dia ingin gadis ini berehat setelah siap makan sebentar tadi. Dia risau kalau Daneen ketakutan lagi.
" Kau tidur dulu, ya?". Ingin sahaja Daim mengusap lembut kepala gadis itu, namun dia tahu batasnya sebagai seorang lelaki muslim yang bergelar bukan mahram kepada Daneen. Ini pun dia telah membuat keputusan yang agak berat dengan membiarkan Daneen untuk tinggal di sini buat sementara.
"Jangan pergi, Waqeel". Daneen membuka mulutnya setelah sekian lama berdiam diri. Daripada makan tadi, sampai lah Daim membawanya ke bilik untuk tidur... Senyap sahaja Daneen. Tiada satu pun perkataan yang keluar daripada mulutnya. Barangkali, masih lagi trauma dan tidak ingin berkata-kata.
"No, no. Im not leaving, okay? Aku ada je dekat bilik sebelah. Kau tidur je dekat sini. Jangan risau, esok aku hantar kau balik". Pujuk Daim lagi tetapi Daneen tetap berkeras. Gadis itu tetap menggeleng. Tidak mahu Daim hilang daripada sisi pandangannya. Biarpun sedikit. Pada saat ini, dia ingin Daim selalu berada di sampingnya kerana hanya di sisi lelaki itu sahaja dia berasa selamat.
"Tak boleh lah macam tu, sunshine. Nanti kalau kita kena kahwin free macam mana? Kau nak ke?". Daim cuba untuk berseloroh namun tetap sahaja reaksi yang sama ditunjukkan oleh gadis yang sedang terbaring itu.
"Haih...". Daim hanya mampu mengeluh kecil sebelum dia pergi ke meja solek di dalam bilik itu dan menarik sebuah kerusi yang ada. Kerusi itu kemudiannya diletakkan ke ruangan paling hujung di dalam bilik itu.
"Aku duduk sini, tunggu kau tidur. Nothing to worry about, hm?".
Dan pada akhirnya, Daim duduk di atas kerusi itu sampai lah Daneen betul-betul lena.
Dia berjalan menghampiri gadis yang sudah tertidur itu dan berbisik, "Sleep tight, sunshine. Im gonna go do some killing". Daim kemudiannya tersenyum sinis. Segala rancangan telah difikirkan sejak daripada tadi. Sekarang, tinggal pergi dan menyelesaikannya sahaja.
Daim menghayunkan kakinya untuk keluar daripada bilik itu. Sejurus sahaja berada di luar, telefon yang ada di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan nombor telefon satu-satunya kawan baiknya di dail, laju.
Setelah nombor di bawah nama kenalan itu mulai berubah sedetik demi sedetik, Daim melekapkan skrin telefon itu ke telinganya.
"Hello, bro. Nak apa telefon malam-malam buta ni? Ni bukan waktu bekerja aku ni". Tidak puas hati betul Hyder dikala ada orang yang menelefonnya ketika bukan waktu untuk dia ditelefon. Contohnya, sekarang ni la. Sebab waktu ni, waktu dia tidur!
"Zafran".
"Yup?".
"Kau datang sini". Sebaris sahaja arahan Daim untuk si Hyder itu.
"Ke mana?".
"Rumah aku. Kau tolong jagakan Daneen sekejap. Aku ada hal".
"Wait, wait. Aku tengah blank ni. Tolong jagakan Daneen? Dia ada dekat rumah kau ke? Kau bawa masuk dia dalam rumah kau ke Daim? Astagfirullahalazim, bro. Dah berapa banyak kali aku pesan dekat kau ni... Jangan buat main anak dara orang. Kalau betul-betul nak, kahwin dengan dia bro. Lailahhaillallah... Kau ni-". Panjang lebar Hyder bersyarah di situ. Entah sejak bila dia ambil kursus jadi pak ustaz pun tak tahu.
" Zafran. Diam sekejap boleh tak?". Geram juga Daim dibuatnya. Hyder ni memang sejenis manusia yang tak pernah nak diam. Ada je yang nak dibebelkan tu.
"Okay, okay fine".
"Kau datang dulu, nanti aku ceritakan semuanya". Arah Daim lagi.
"Baik!".
"Okay".
Tut!
Terus gagang daripada kedua-dua belah pihak diletak.
🐳
Daim raised the standard too high for me :(
I already love him very much <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro