Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17- Happy Birthday Video

VIDEO yang terpapar di laptop milik Daim itu terus ditekan tanpa sempat dia melihat skrin berbentuk petak itu. Sejurus selepas menekan butang 'mula' yang ada di hadapannya, Daim terus menundukkan kepalanya untuk melihat jikalau ada mesej yang masuk.

Dia sebenarnya sedang merisaui Daneen yang tiba-tiba sahaja tidak masuk kerja pada hari ini. Fokusnya juga telah melayang keluar daripada bilik mesyuarat itu.

Nasib baik lah Daim sudah menyuruh pembantu peribadinya itu untuk menghantar video presentation yang telah disiapkan kelmarin. Kalau tidak, haru juga dia nak menelefon Daneen hari ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Kan?

"Happy birthday, sayang!".

Tiga perkataan yang mulai keluar daripada audio video tersebut membuatkan seluruh ahli mesyuarat yang tadinya fokus terharap layar putih di hadapan mereka itu, berpaling ke arah Daim. Daim yang masih menundukkan kepala itu ternyata masih lagi tidak sedar dengan renungan orang lain terhadapnya.

"I harap you dapat kerja baik-baik, jaga syarikat you baik-baik and nanti kita boleh kahwin!".

Lagi-lagi suara daripada video yang terpapar di atas layar putih di bilik mesyuarat itu membuatkan semua manusia yang berada di ruangan itu terkedu habis. Ada yang ternganga mulutnya. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Ada juga yang masih merenung pelik figura Daim yang kelihatan tenang sahaja itu. Barangkali masih menilik telefon pintarnya. Masih tak sedar yang dia sudah tersalah pasang video lain.

"I sayang you tau, Waqeel!".

Kalini, lagi lah semua orang di situ terkejut. Tiada siapa pun yang pernah memanggil lelaki beku di hadapan mereka ini dengan nama panggilan itu. Daim sendiri memberi arahan tegas kepada mereka agar tidak memanggilnya dengan nama 'Waqeel'. Dia tak suka. Tapi... Perempuan dalam video ni senang-senang sahaja memanggilnya sebegitu rupa.

Setelah dalam lebih kurang dua minit menonton video Daneen mengucapkan 'selamat hari lahir' kepada Daim itu; instead of the real presentation video, mereka semua akhirnya terdiam. Video itu juga sudah tamat.

'Asal senyap je ni?'. Omel Daim sendiri apabila suasana di sekelilingnya menjadi senyap sunyi. Sampai boleh dengar cicipan bunyi burung gagak walaupun tiada seekor pun burung gagak di situ.

Dan barulah pada saat itu Daim mengangkat kepalanya. Only to find all of their eyes were on him. Tengok Daim macam nak makan. Semua manusia di dalam bilik mesyuarat itu masih tercengang.

"Kenapa tengok saya macam tu? Awak semua faham tak? Atau dia present tak jelas?". Laju Daim bertanya.

"Bukan apa Tuan Daim tapi... apa kata Tuan Daim tengok skrin laptop Tuan tu". Takut-takut Kak Juwita menyuruh majikan besar mereka itu untuk memeriksa semula skrin alat elektroniknya itu.

"Kenapa dengan laptop saya?". Belum tengok lagi, malahan dia masih ingin bertanya kerana merasakan yang mereka semua ini sedang berkelakuan aneh. Tak seperti biasa.

"Tengok dulu, Tuan". Pinta Kak Juwita lagi. Manusia paling berani dekat situ. Kalau orang lain, mati hidup balik pun taknak memulakan perbualan dengan Daim kecuali jika perlu dan mestilah berkaitan hal kerja sahaja. Jokes? No. Other than that? No. Itu prinsip yang ditanam dalam diri setiap pekerja di sini.

Namun begitu, walaupun mereka semua berkelakuan sebegini... tak semestinya mereka tidak rapat dengan majikan mereka ini. Bagi para perkerja di sini, Daim adalah seorang bos yang sangat baik dan tidak sombong. Cuma perwatakan dia sahaja yang dingin. Para perkerja di sini masih sangat menyayangi Tuan Muda mereka yang satu ini.

"Okay". Terus sahaja Daim mengalihkan pandangannya daripada Kak Juwita ke arah skrin laptopnya.

Pertama sekali, tajuk video itu dibaca perlahan.

"Wishing my boyfriend on his happiest day?". Nampak tak tanda soal tu? Itu maksudnya dengan dia-dia sekali tengah keliru sekarang ni. Apa pasal pula video presentation yang dihantar oleh Daneen, tajuknya begini. Rasanya masa dia periksa semalam, tajuknya lain. Elok sahaja. Sejak bila bertukar ni.

Pandangan menurun sedikit ke arah thumbnail video itu.

Terpapar wajah Daneen yang kelihatan sungguh ceria, pegun di skrin itu.

"Daneen?".

Untuk menghapuskan kekeliruannya, butang 'mula' sekali lagi ditekan...

"Happy Birthday, sayang!".

Sekali lagi suara Daneen bergema di ruangan mesyuarat itu. Terkejut beruk Daim dibuatnya.

Dengan serta-merta, terus sahaja Daim menutup laptopnya dan memandang ke sekeliling.

Tarik nafas.
Hembus nafas.
Tarik nafas.
Hembus nafas.

"Berapa lama awak semua tengok video ni tadi?". Tanya Daim selepas dia sudah sedikit tenang.

Diam.
Tiada seorang pun yang berani untuk menjawab. Termasuk Kak Juwita tadi.

"Berapa lama?". Kalini, Daim mengulang soalannya dengan nada yang lebih tegas sambil menikam biji mata Kak Juwita. Dia punya renung tu, macam nak terkeluar biji mata. Punya lah garang. Takut betul!

"Erk... Sampai habis, Tuan Daim". Kak Juwita menjawab.

"Kenapa tak tegur tadi?". Soal Daim lagi membuatkan Kak Juwita memandang sekelilingnya untuk meminta bantuan rakan sekerja. Namun, hampeh! Semua melarikan pandangan akibat ketakutan.

"Tuan nampak fokus dengan telefon Tuan tadi. Kami semua taknak ganggu. Yela, takut-takut Tuan ada hal yang penting kan?". Kak Juwita mengakhiri ayatnya dengan gelak tawa yang tersangatlah janggal.

'Just kill me already!'. Ujar Kak Juwita; dalam hatinya.

"Hm".

'Hm' je?

"Tuan nak teruskan meeting? Bukan apa, sebab saya nampak Tuan Daim macam penat je". Tanya Kak Juwita setelah memberanikan dirinya.

"Takpela. Nanti lepas lunch kita sambung. I need to calm my nerves and put the presentation video apart from others first. Awak semua boleh keluar dulu, meeting was dismissed". Daim memicit-micit dahinya. Baru sehari Daneen tak datang kerja, dah huru hara jadinya.

"Baik, Tuan. Tuan nak apa-apa? Saya boleh tolong". Kak Juwita menawarkan diri. Dia tahu bahawa Daneen tidak hadir bekerja harini.

"Tolong panggilkan Hyder. Suruh dia masuk bila semua dah keluar nanti".

"Alright, Tuan Daim".

Daim mengangguk sekali dan barulah mereka semua berjalan keluar daripada bilik mesyuarat itu.

🐳

"YANG kau tak tengok betul-betul dulu tu kenapa? Kan dah malu. Esok ni macam mana nak masuk pejabat ni?". Daneen masih lagi sedang menghabiskan sisa tawanya setelah mendengar cerita Daim itu.

"Don't laugh at me, sunshine. Kau yang cuti. Siapa suruh?".

"Aku cuti sebab aku ada hal peribadi. Esok aku masuk la pejabat. Kan dah buat surat rasmi dekat kau tu. Kau baca tak?". Tanya Daneen lagi sambil fikirannya memikirkan sekeping surat yang sempat diletakkan di atas meja kerja Daim sebelum pulang, dua hari yang lepas.

" Baca".

"Ha dahtu? Jangan lah gelabah sangat. Kau ni dah macam tak boleh hidup kalau aku takde kan?". Soalan Daneen yang terakhir itu diajukan sekadar untuk berseloroh sahaja. Namun, lain pula jawapan yang keluar daripada mulut Daim.

"I do".

Terus terhenti gelak tawa Daneen. Talian sunyi buat seketika.

"Aku memang tak boleh hidup kalau takde kau. Huru-hara. Kau tengok je la harini, kau baru je tak datang sehari dah kacau bilau. Serabut aku tadi tahu tak?". Daim memecahkan kesunyian.

Daneen kemudiannya berdehem sebentar sebelum menyambung percakapannya dengan lelaki di hujung talian itu," Serabut tadi je kan? Sekarang dah tak serabut kan?".

" Ya, dah okay".

"Bagus. Maka dengan itu, kau kena tidur awal malam ni. So that esok kau tak mengantuk sebab kalau kau mengantuk, kau penat. Bila kau penat esok, kau akan serabut esok pulak. Faham?". Pandai pula Daneen memutar belit ayat untuk menyuruh lelaki ini untuk tidur. Bukan apa, dia cuma mahu cepat-cepat mematikan talian kerana pipinya sudah lama berbahang merah. Malu apabila mendengar pengakuan Daim sebentar tadi. Shy shy cat.

" Alright. See you tomorrow, sunshine. Goodnight".

"Okay. Selamat malam, Daim".

Baru sahaja dia hendak meletakkan gagang, suara Daim berbunyi lagi...

"Daim?".

"Yela, 'Daim' la. Nama kau kan?".

"I have other name". Eleh, cakap jela nak suruh Daneen panggil kau 'Waqeel' kan sebenarnya? Mungkin sebab Daim rindu untuk mendengar Daneen menyebut nama itu dek kerana video yang terpasang secara tidak sengaja siang tadi.

"Heh. Yela yela. Selamat malam Waqeel". Kerana Daneen tahu yang Daim tidak akan meletakkan talian dan akan terus menghubunginya selepas ini, dia turutkan sahaja la kemahuan lelaki itu.

"Good girl". Daim ketawa kecil sebelum menutup taliannya.

Sejurus selepas itu, Daneen terus menjauhkan alat elektronik berbentuk segi empat itu daripada telinganya dan dibawa ke hadapan mukanya. Riak wajah kepelikan dengan dahi yang berkerut jelas terpapar di wajah cantiknya itu.

"Amboi. Terus tutup eh? Dasar--".

🐳

Im currently stuck on writing the 43rd chapter of this story disebabkan oleh kemalasan 😔 idk whats wrong with me but don't worry, nanti author sambung tulis chapter 43 tu cuz this story will end on chapter 50 hehe..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro