Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16- Flowers

"ITU sahaja. Ada apa-apa lagi, Tuan Daim?". Daneen menutup iPadnya dan matanya kembali terarah kepada lelaki yang sedang duduk di kerusi kerjanya itu. Tangan lelaki itu sibuk menaip di papan kekunci komputernya itu. Entah apa yang ditaip pun, tak tahu.

"Lepas kau keluar ni. Pesan dekat semua orang, jangan masuk bilik aku tanpa kebenaran. Jangan ketuk pun pintu aku. I will be busy till evening". Pesan Daim tanpa sekalipun dia memandang ke arah Daneen. Matanya hanya fokus kepada skrin berbentuk petak di hadapannya itu.

"Baik, Tuan. Lagi?".

"Telefon Hyder, suruh dia masuk bilik ni nanti". Ini arahan kedua. Masih kedengaran nada suara yang agak tegas dan dingin di sepanjang kata-katanya. Apa kena dengan Daim harini, ni? Sakit ke? Atau datang bulan?

"Baik. Itu sahaja ke?".

Malas nak menjawab soalan Daneen, Daim hanya mengangguk perlahan sebelum membuat isyarat tangan untuk menyuruh gadis itu keluar daripada bilik itu.

'Eleh, cuba bukak mulut tu. Allah bagi mulut tu, taknak guna'. Daneen menyumpah seranah bos besarnya itu dalam diam. Sempat juga dia menjeling Daim; berharap agar lelaki itu tidak perasan kerana dia geram dengan sikap Daim yang agak pelik harini. Sikap Daim yang kurang bercakap, ekstra dingin dan bermacam-macam lagi lah. Stressing out sangat ke kerja dia tu?

"Saya keluar dulu. Kalau nak apa-apa, tekan je interkom tu tau!".

Sekali lagi, Daim hanya mengangguk.

Tanpa banyak bunyi lagi, Daneen terus berjalan keluar daripada bilik berdinding serba kaca itu; menuju ke arah mejanya yang berada tidak jauh daripada situ.

Sampai sahaja ke tempat yang dituju, dahinya berkerut habis apabila matanya menangkap sejambang bunga mawar merah yang elok terletak di atas meja kerjanya itu. Di dalam jambangan bunga itu, kelihatan sekeping kad ucapan kecil berwarna putih.

Kerana menyangkakan yang Daim ialah orang yang memberikan bunga ini kepadanya, kad ucapan itu dicapai daripada celahan mawar-mawar merah itu. Mana lah tahu kan, ini cubaan ke seratus ribu kali yang dilakukan oleh Daim untuk menyuruh Daneen kembali ke pangkuannya.

Namun, sangkaan Daneen meleset habis apabila tulisan di atas kad ucapan itu berbunyi:

Miss you, baby.
Lets meet and try again.
-E.

Serta merta bulu romanya naik mencancang kesemuanya kerana dia tahu siapakah gerangan pemberi jambangan bunga ini dan orang itu bukanlah Daim. Pasti.

Tanpa berfikir panjang lagi, kad ucapan itu dikoyak geram dan dibuang ke dalam tong sampah berhampiran lalu jambangan bunga mawar merah yang masih berada di atas mejanya tadi dicapai lalu dicampak ke lantai. Bunga-bungaan itu dipijak-pijak oleh Daneen menggunakan kasut tumit tingginya. Dia betul-betul geram dengan pemberi bunga ini. Dia benci pemberi bunga ini!

'Lantak arh bersepah pun!'. Kakinya terus memijak dan memijak bunga itu sehingga sebahagian besar daripada kesemuanya layu dan hancur.

Daripada kejauhan, Daim sudah berdiri selama dua minit; beberapa meter jauh daripada Daneen. Menyaksikan segala aksi melepaskan kegeraman yang dilakukan oleh Daneen. Bukan niat sebenarnya ingin 'mengintip' sebegitu rupa. Asalnya, Daim pelik kenapa Hyder masih belum masuk ke dalam biliknya sedangkan dia sudah menyuruh Daneen memanggil lelaki tu sebentar tadi. Jadi, dia membuat keputusan untuk bertanyakan kepada Daneen sendiri.

Oh and if you're wondering, the intercom works all fine! Tetapi... Daim ingin juga bersemuka dengan Dameen. Daim tak boleh kalau bercakap dengan gadis itu tanpa melihat wajahnya.

"Geram sangat tu". Setelah hampir beberapa ketika memerhatikan gadis itu, Daim akhirnya menegur juga. Disertakan dengan gelak tawanya. Kelakar juga ya tengok gadis itu marah. Ekstra cantik jadinya! Daim suka!

Tak sampai tiga saat setelah mendengar teguran Daim itu, terus segala perbuatan Daneen terhenti. Terkejut + takut jikalau majikannya itu naik angin apabila melihat keadaan yang agak bersepah di kawasan kubikelnya itu. Bukan 'agak' tapi MEMANG BERSEPAH! Seluruh lantai di sekitar meja Daneen dipenuhi dengan kelopak bunga berwarna merah terang itu.

"Or you're planning for our next step? Sunshine, kita belum getback lagi dan masih awal lagi ni". Apa Daim ingat Daneen ni nak propose dia ke? Haih la jantan ni. Tak nampak ke orang tengah geram ni? Boleh dia ingat kita nak ajak dia kahwin pulak?

"Tuan Daim. Maaf. Saya...".

"Saya apa?". Daim mengambil langkah untuk semakin mendekati gadis yang sedang tertunduk malu itu.

"Im sorry. Nanti saya kemas".

Tanpa membalas kata-kata Daneen itu, Daim duduk melutut di hadapan gadis itu dan mengutip satu persatu kelopak bunga yang bertaburan. Kotak kosong yang ada di samping meja kerja Daneen ditarik dan kelopak bunga yang ada di tangannya diletakkan ke dalam kotak itu.

"Tuan...".

"Siapa yang bagi bunga ni?". Tanya Daim. Dia masih sibuk dengan kerjanya yang satu itu.

"Saya tak tahu tapi saya minta ma--".

"Speak to me as my ex girlfriend right now". Arah Daim dengan suara mendatarnya itu. Habis naik semula kesemua bulu roma Daneen. Ini lagi seram daripada momen di mana dia membaca kad ucapan tadi.

"But this is private matter. Saya tak patut campur hal kerja dan hal privasi. Tuan Daim sendiri yang cakap-".

"Tell me now, sunshine. Or I will search for him by myself. You know what I am capable of". Kalini Daim sudah kembali bangun semula; berdiri menghadap gadis yang seumpamanya sedang mengecil di ruangan itu. Sungguh Daneen takut akan sisi Daim yang satu ini.

Daim memang terkenal dengan sikapnya yang tenang dan baik hati walaupun ada yang gerun dengan angin dinginnya itu. Tapi, kalau ada sesiapa yang berani ikut campur atau menganggu segala hal atau orang-orang kesayangan yang berkaitan dengannya... well, maybe he's gonna be a bit furious.

"Saya tak tahu, Tuan Daim".

"Thats it. Kau taknak bagitahu, aku cari sendiri". Telefon yang berada di dalam poketnya dicapai lalu sebaris nombor ditekan lalu skrin telefon itu dilekapkan ke telinganya.

"Hyder? Kau kat mana?".

"Outside. Kedai kopi. Kenapa Tuan Muda?".

"Datang office sekarang. Aku ada kerja untuk kau". Yup, setelah tiga baris sahaja perbualannya, terus gagang diletak dan Daim kembali menatap Daneen.

"Tak payah kemas. Suruh Mak Jah je nanti. Kau pergi buat kerja kau". Kemudian, kotak yang telah diisi dengan separuh kelopak bunga itu pula dipandangnya.

"Ni, kau buang nanti".

"Baik, Tuan Daim". Akur sahaja Daneen menurut. Ya, dia memang girlboss tapi kalau dah lelaki dekat depannya ini macam nak meletop je gayanya, dia hanya mampu akur dan tidak berani untuk melawan. Nanti ada yang kena campak luar tingkap nanti.

Daim berpaling ke belakang dan sudah bersedia untuk berjalan apabila dia berhenti sekali lagi. Tanpa menoleh, dia berkata perlahan:

"If you want flowers, I'll give you flowers. If you want me to be there for you, I'll be there. No need to hide anything from me. It hurts me bila kau tak bergantung harap pada aku. Bila kau bukan kau yang dulu. Aku tak minta kau kembali dekat aku but I need you to tell me when you need me. Aku tahu, masih banyak yang kau rahsiakan daripada aku sepanjang tiga tahu kita berpisah. Aku tunggu kau, Daneen". Dan terus lelaki itu melangkah meninggalkan Daneen terpaku sendiri.

🐳

Daim sadboy era MUAHAHAHA

Atau dia memang selalu jadi sad boy?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro