Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15- You Belong With Me

"AND you've got a smile
That can light up this whole town
I haven't seen it in a while...".

Ya, itu lagu Taylor Swift dan Daneen tahu tu. Gadis itu sudah mendengarkan lagu itu dinyanyikan beberapa kali oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya sambil memegang sekuntum bunga matahari itu. Entah daripada mana dia dapat bunga matahari malam-malam buta ni pun, Daneen tak tahu.

"Daneen, kau tak kesian ke dekat dia tu? Dah setengah jam dia tunggu kat luar". Tegur Syeeqa sambil memakan bertih jagungnya. Best pula tengok drama romantik antara dua pasangan yang telah berpisah ni.

"Entahnya Neen. Mana tahu dia tak sengaja ke tadi. Lagipun dia dah padam kan? Pergilah jumpa dia sekejap. Malam ni sejuk Daneen, demam dia nanti". Pesan Adira pula.

"Ye dho. Lagipun tak berhenti lagi dia nyanyi lagu Taylor Swift tu. Bising nanti, jiran dengar". Walhal mereka tinggal agak jauh daripada orang ramai. Lokasi yang menjadi pilihan Syeeqa sendiri.

"Taknak!". Dan Daneen tetap bertegas dengan kata putusnya. Dia taknak jumpa dengan lelaki yang dianggap 'gatal' olehnya itu.

"If you could see that I'm the one
Who understands you
Been here all along
So, why can't you see?
You belong with me...

Standing by and waiting at your backdoor
All this time how could you not know, baby?
You belong with me
You belong with me...".

Nyanyian Daim itu masih didengari sampai ke dalam rumah mereka membuatkan Daneen bangkit daripada duduknya di sofa itu dan berjalan ke arah tingkap rumahnya.

Tingkap itu dibuka sedikit agar dia boleh mengintai figura itu buat kali ketiganya.

'Kesian lah pulak...'.

"Pergi sekejap je dekat dia tu, Daneen. Cakap baik-baik. Tak baik tau buat anak orang macam tu. Nanti dia sakit lagi macam mana? Apa kau nak jawab dekat mama dia nanti?". Suruh Adira buat kali keseribu pada malam itu membuatkan Daneen mengeluh perlahan sebelum dia berjalan ke arah pintu utama rumah itu.

Gugusan kunci yang tergantung di bahagian belakang pintu itu dicapai sebelum dia membuka kunci pintu itu. Pagar besi yang bermangga di bahagian luar juga dibuka menggunakan salah satu kunci yang ada di gugusan itu.

Mendengar sahaja bunci pintu pagar besi itu dibuka, terus nyanyian Daim tadi terhenti. Kepalanya diangkat dan terlihatlah Daneen yang memakai pijama bercorak strawberi itu keluar daripada pintu utama rumah itu. Senyuman nipis terlakar di wajah Daim. Yay! Berjaya!

Semakin lama, semakin dekat langkah Daneen dengan Daim yang sedang berdiri di dekat keretanya; di luar pagar.

Sampai sahaja di hadapan pagar utama itu, terus Daneen bertanya dengan nada suara yang macam nak taknak je, "Kau nak apa?".

"Nak minta maaf". Dengan penuh rasa bersalah, lelaki itu berkata. Mukanya turut dipaksakan untuk menjadi comel agar simpati boleh diraih daripada gadis di hadapannya itu.

"Sebab apa?". Tanya Daneen lagi, sekadar untuk menguji lelaki itu.

"Sebab hantar gambar-gambar tu. Tapi, sumpah! Sumpah aku taknak hantar kat kau pun. Aku nak hantar dekat Hyder". Nama Hyder ditutur perlahan.

"Hyder? Kau gay pulak dah?". Daneen menyilangkan tangannya ke dada.

"NO! Absolutely not! Aku cuma nak tanya dia baju mana yang sesuai. Aku nak hantar gambar tu dekat dia tapi tersilap hantar dekat kau. Salah aku. Salah aku sebab aku tak tengok dulu contact name tadi. Sorry--".

"Baju mana kau pilih?". Panjang-panjang Daim terang, ini yang kau tanya Daneen?

"Tak... Aku tak pergi".

"Eh! Kenapa? Makan malam tu penting kut untuk kau!". Terkejut nak mampus Daneen dibuatnya.

"I came here immediately to ask for your apology. I've been here since 8".

Now, Daneen felt bad for Daim.

"Daim, kau tahu kau tak perlu buat semua tu kan? Maaf aku tak penting sangat pun kalau nak dibandingkan dengan makan malam tu. Kau tu CEO tau. Kau kena ada dekat sana". Panjang lebar Daneen kasi 'ceramah' dekat Daim dengan nada suaranya yang semakin merendah.

"I know, I know. Aku tahu, Daneen. Tapi aku rasa bersalah dekat kau".

Setelah ayat terakhir Daim itu, mereka berdua terdiam buat seketika.

"Will you still go out with me, sunshine?". Daim kembali bersuara.

"Hm?".

"Kau... Kau nak keluar dengan aku tak? Dinner with me. Just me. Nak? We can get your favourite pizza or nasi goreng mamak ke. Nak tak?". Tawar Daim sambil menghulurkan bunga matahari yang dipegang olehnya sejak daripada tadi itu.

"Sekarang? Dah pukul 10.30 ni, Daim".

"I know, sunshine but I promise... Lepas je makan, aku hantar kau balik. Dalam pukul 11.30 macam tu. Please...". Sekali lagi Daim membuat muka comelnya.

And of course, Daneen can't resist that!

"Okay... Tunggu jap, aku nak tukar baju". Daneen mencapai bunga matahari tu dan berjalan membelakangi Daim.

"Takyah lah, Daneen. Pakai macam tu je. Okay je aku tengok". Komen Daim.

"Mana boleh! Nanti orang ingat kau keluar dengan budak terencat!". Daneen membantah. Baginya, senanglah Daim berkata begitu. Pakaian lekaki itu sudah elok. Berbaju T hitam dan berseluar beige. Yang dia ni, pakai baju tidur. Corak strawberi pulak tu! Kang esok keluar muka depan akhbar, 'CEO muda dilaporkan meninggalkan makan malam syarikat untuk keluar bersama seorang gadis tak siuman'. Ha, tak ke memalukan je tu!

"Okay, then. Aku tunggu kat sini".

🐳

DISEBABKAN ketiadaan baju yang sesuai, Daneen akhirnya membuat keputusan untuk tetap sahaja memakai pijama strawberinya itu. Tadi dia cakap memalukan kan? Ini dia dah tak kisah. Lantak arh orang nak fikir apa pun.

Burger yang ada di hadapannya itu dilahap dengan penuh berselera macam dah tak makan selama setahun. Padahal yang lapar gila-gila tadi, Daim rasanya. Ini apasal Daneen pula yang makan bersungguh ni?

"Slowly, sunshine". Tegur Daim secara lembut. Risau juga takut buah hatinya ini mati tercekik nanti. Memang membujang sampai tua lah Daim dibuatnya.

"Aku lapar".

"I know. Aku lapar jugak". Melihat perangai degil Daneen yang sukar mendengar kata itu, Daim hanya mampu tersenyum kecil. Memang sudah sejak azali, ini lah perangai Daneen. Teringat pula dia ketika kali pertama pertama dia bertemu dengan gadis ini 8 tahun yang lepas...

Flashback...

Oleh kerana rasa lapar yang sudah menguasai dirinya pada ketika ini, Daim lajukan sahaja langkahnya ke dalam salah sebuah kedai makanan segera Mc Donald yang berada di hadapannya ini. Nak drive-thru, panjang sangat barisan; mati kebulur dia nanti. Jadi, Daim membuat keputusan akhir untuk masuk sahaja ke dalam restoran itu.

Sampai sahaja di dalam, dia melihat ada tiga tablet touchscreen gergasi yang ada di tengah-tengah ruangan makan itu. Dekat kaunter? Kosong!

"Orang order kat situ kut". Daim lalu menghayunkan kakinya ke arah salah satu tablet gergasi itu. Tepatnya di barisan yang paling pendek iaitu di belakang seorang gadis yang kelihatannya agak terkial-kial dengan mesin di hadapannya itu.

'Haduh, lambat pulak cik akak ni'.

Dan akhirnya Daim membuat keputusan untuk membantu gadis itu.

"Excuse me, I can help you if you want to". Gadis itu terus berpaling ke belakang dan pada saat itu lah... (*insert slow motion)

Daim menyaksikan sebuah pemandangan yang sangat indah. Wajah yang sangat cantik terhidang buat matanya. Gadis itu bermata bulat dan menpunyai pipi yang terlebih comel ditambah pula dengan blusher yang dipakai. Bulu mata gadis itu lentik selentiknya. Tambah pula dengan gaya pemakaiannya yang serba merah jambu itu + rambutnya yang ditocang dua.

Gadis itu lalu memberi laluan kepada Daim untuk berurusan dengan tablet itu tanpa sebarang kata. Ibu pesan, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal. Ingat tu!

"Uu-oh, okay". Daim maju ke hadapan dan terus menekan menu yang dia ingini. Seketika kemudian, dia berpaling semula ke arah gadis comel itu.

"Kau nak makan apa? Kau boleh tolong pesankan sekali". Suara garau Daim cukup untuk membuatkan gadis itu sedikit gerun dengannya dan Daim perasan akan hal itu.

'Alamak, aku dah takutkan dia ke?'.

"Sorry, suara aku memang macan ni. Kau nak makan apa? My treat". Kerana rasa bersalah tercuit di hati akibat telah menakutkan gadis tak bersalah itu, Daim menawarkan untuk belanja gadis itu.

Dengan perasaan yang takut-takut, gadis itu kemudiannya menghalakan jarinya ke arah sebuah set makanan yang mengandungi curly fries kerana curly fries memang sudah menjadi kegemarannya! Kalau pergi mana-mana, mesti order curly fries.

"Yang ni?".

Gadis itu mengangguk.

"Okay".

Setelah siap memesan makanan, Daim menyuruh gadis itu tunggu di meja berhampiran sementara dia pergi membayar bil mereka yang berjumlah RM 45.63 itu.

Gadis itu bermain dengan kukunya sendiri sementara menunggu Daim yang sedang berada di kaunter nak masuk lima minit dah tu. Lambat betul! Apa akak dekat kaunter tu nak mengorat Daim ke? Gadis ini sudah lah tengah lapar sangat-sangat ni.

Seminit kemudian, Daim berjalan menghampiri gadis itu dan duduk berhadapan dengannya.

"Aku dah bayar. Nanti aku pergi ambil. Kita makan dekat sini, okay?".

'Wait, apa aku cakap ni? Kita?!! Did I just asking a random girl out? What the hell is wrong with me?'. Daim terasa seperti ingin menepuk-nepuk sahaja dahinya pada ketika ini.

Gadis di hadapannya itu mengangguk.

" Nama kau apa?". Tanya Daim sekadar ingin memulakan perbualan.

Senyap. Gadis itu masih lagi berdiam diri.

' Dia takut lagi ke dengan aku?'.
'Memang la! Kau tu stranger, bodoh!'.

"Its okay...". Kalini Daim pula gementar. Aih, datang daripada perasaan gementar ni? Biasanya orang yang akan nervous kalau tengok Daim dek kerana ekspresi wajahnya yang selalu dingin itu. Ini buat pertama kali dalam sejarah, Daim yang nervous apabila melihat gadis ini.

Setelah berdiam diri--kedua-duanya--selama hampir sepuluh minit, akak di kaunter itu akhirnya menyebut kuat nombor pesanan mereka membuatkan Daim terus bangun dan pergi ke arah suara itu. Makanan yang berada di dalam dulang plastik itu diambil lalu dia mulai berjalan lagi ke arah gadis pendiam itu.

Dulang itu diletakkan di atas meja dan Daim duduk semula di kerusinya.

"Okay ke kalau aku duduk dengan kau?". Tanya Daim dan gadis itu hanya mengangguk.

Dan mereka berdua mulai menjamu selera kerana kedua-duanya sudah menahan lapar sejak daripada tadi.

Tengah-tengah sedap makan tu, Daim terperasan yang ada secebis? sebutir? se--entah lah tapi ada HA! secalit, yes secalit sos cili yang terletak di pipi kanan gadis itu. Daim can't help but laughing silently.

'Comel giler'. Daim rasa...

... dia dah jatuh hati dekat gadis ini. Gadis yang dia temui kurang daripada setengah jam yang lepas.

Daim mencapai tisu yang disediakan di atas dulang itu dan mengelap pipi gadis comel itu. Terkejut gadis itu dibuatnya. Terus sahaja curly fries di tangan diletakkan ke atas meja semula.

"Makan lah elok-elok sikit". Daim tersenyum manis ke arah gadis yang sudah membuat wajah berkerut itu.

"I will call you sunshine since I don't know your name. Is it okay?".

Dan gadis itu masih memaparkan riak wajah berkerutnya.

End flashback...

Agak kelakar ya kerana sekarang, Daim yang pendiam dan Daneen yang makin banyak cakap. Apa-apa pun, pertemuan pertama mereka berdua sangat lah comel!

" Woi! Mengelamun pulak kau ni".

"Ha, apa?". Beberapa minit kemudian, barulah Daim tersedar daripada lamunannya apabila disergah oleh Daneen sebegitu rupa.

"Aku panggil kau daripada tadi, boleh pula kau mengelamun".

"Tak, aku teringat waktu mula-mula kita jumpa lapan tahun lepas. Kau comel sangat masatu". Daim tersenyum lagi.

"Dan kau pula lelaki seram!". Kini, Daneen turut tersenyum. Dia pun akui yang momen itu ialah momen paling indah antara mereka berdua. Perkenalan pertama mereka berdua. Saat di mana...

They knew they have feeling for each other.
They knew they belong to each other.

🐳

Unedited cuz i feel like shit today.

Pernah tak lalui fasa-fasa di mana you feel like your friendship is failing? The one you build for over 5 years is finally failing. Pernah tak rasa macam tu? I do. Im feeling it right now and it hurts. But, i know maybe ni salah saya juga. Maybe sebab saya jauhkan diri sendiri daripada mereka then they decided to replace me with someone else. It's okay, tak ambil hati pun and I'm gonna try to move on <3 but Mira, Izzah, Dilah, Pea, Rifah, Abby... if yall baca ni, thanks for the amazing five years <3 i love you guys so much and i wish the success in yall's life. i forgave all of yall's mistakes towards me and im also asking forgiveness from yall. im truly sorry, guys :]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro