13- Chocolate
MUNGKIN pilihan pakaian Daneen harini tak berapa nak sesuai untuk ke pejabat kut? Ataupun ada tahi lalat sebesar bulan dekat atas dahi dia ni? Atau kaki dia terlihat tempang harini? Entah apa yang pelik pada dirinya harini membuatkan hampir semua manusia di lobi utama bangunan itu memandangnya pelik.
Daneen memeriksa kembali gaya pemakaiannya.
'Aku rasa okay je'. Daneen rasa dengan memakai sehelai pencil skirt, sehelai kemeja berwarna putih dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih adalah biasa saja baginya. Tapi kenapa orang di sekelilingnya ini melihatnya seperti ada yang salah?
"Kenapa dia pakai macam tu wey?".
"Entah, macam...".
Berdesing aje telinganya apabila mendengar kata-kata yang semacam mahu mulai sesi mengumpat itu.
"Macam apa? Kalau nak bercakap tu, bercakap kuat sikit. I tak dengar la". Daneen menghampiri dua orang gadis yang berapa di hadapan kaunter receptionist itu. Rambutnya dibawa ke belakang dan tangan kanannya ditekup ke telinganya. Seolah-olah dia betul-betul dia mendengar omongan dua orang gadis itu sebentar tadi.
"Erk... Tak la... Kau pakai macam ni, macam tak sesuai pula kan?". Tegur salah seorang daripada gadis itu.
"Asal pulak? You pun pakai macam ni". Jari Daneen ditunding ke atas, ke bawah figura gadis itu. Gaya pemakaiannya dengan Daneen sama sahaja. Cuma, gadis itu memakai skirt ketat paras lutut. Lagi seksi ada lah!
"Aku ni takpela. Kau tu PA bos. Bos tu kan lelaki... Kau...".
"Nak goda dia ke?". Straight to the point rakannya yang seorang lagi itu bertanya.
"Mulut tu you jaga sikit eh?! Eh, I tak hamak la dengan bos you tu! Im just working!". Terus Daneen melepaskan amarahnya di situ. Geram juga dia apabila TERNYATA semua orang melihat dia pelik harini adalah kerana mereka memikirkan benda yang sama. MEREKA INGATKAN YANG DANEEN YANG MENGGODA BOS BESAR merek itu!
" Ye ke tak nak? Aku selalu juga nampak kau keluar berdua dengan dia". Cabar gadis berpakaian ketat itu sekali lagi. Dia betul-betul nak suruh Daneen buat perangai dekat tengah-tengah ni agaknya. Kau tunggu, kau tunggu.
"Eee you--". Baru sahaja tangan Daneen naik untuk menampar gadis itu, dia terasa ada satu tangan lain yang menghentikan tindakannya itu. Tak perlu teka, tak perlu pusing ke belakang lagi dia dah tahu siapa sang pemegang tangannya itu.
"You stay out of this". Daneen memberi amaran kepada Daim.
"You wanted to hurt my worker, Miss Daneen".
"Ugh!". Tangannya ditarik lepas daripada pegangan Daim dan Daneen terus berlalu daripada situ setelah menjeling tajam dua orang gadis yang berada di hadapannya itu.
"Bos?". Panggil Hyder sambil matanya memandang figura Daneen yang semakin menjauh ke arah lif itu.
"Suruh dia tunggu dalam bilik saya".
"Baik bos". Akur sahaja Hyder. Kalau tak ikut kang, dia pula yang kena sepak nanti. Dia perasan angin Tuan Mudanya itu kurang baik harini (walaupun sebenarnya angin lelaki tu memang kurang baik setiap hari).
"And you, jangan cari pasal lagi dengan dia". Keras amaran yang diberikan oleh Daim kepada kedua gadis itu.
🐳
AKU tengok kau, kau tengok aku.
Begitu lah situasi yang cukup menegangkan di dalam bilik Daim itu. Lelaki itu duduk menyandar di kerusinya memandang tepat ke dalam kedua anak mata Daneen. Daneen pula duduk bersilang kaki di atas kerusi di hadapan meja kerja itu. Buat macam office tu bapak dia punya. Tangan disilangkan ke dada; mata turut tajam menikam mata Daim.
Gaduh, gaduh, gaduh!
"Kau kenapa pagi-pagi lagi dah cari gaduh?". Daim memulakan bicaranya lembut. Meskipun dia betul-betul ingin marah sekarang ni, dia tetap harus berlembut. Daneen ni orangnya kuat melawan. Nanti kalau dia berkeras juga, ended up dua-dua manusia ni bergaduh teruk.
" Tuan Daim tanya saya? Saya? Cuba lah Tuan Daim tanya pekerja Tuan tu". Daneen menjeling majikannya itu. Kisah pulak dia Daim nak fikir apa sekarang. Nak pecat dia, pecat lah. Dia perlu pertahankan dirinya. Dia tak rela maruahnya dipijak-pijak seperti tadi.
"What did they do?".
"Diorang cakap saya pakai macam ni sebab nak goda Tuan Daim. What a nonsense!".
"Cuba bangun. Pusing-pusing sikit dekat depan tu. I wanna see your full outfit". Arah Daim seraya ketawa kecil. Entah apa yang lawak pun tak tahu.
"Kenapa pulak?".
"Buat je. Aku nak tengok".
"Ugh". Daneen akur lalu dia bangun daripada kerusinya dan berdiri di hadapan meja itu sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Kemudian dia memusingkan tubuhnya...
Sekali...
Dua kali...
Tiga kali...
Tiga kali jela. Pening member tu nanti.
"Okay je". Komen Daim.
"Thats what I thought!". Daneen mendengus sekali lagi sebelum dia kembali duduk di kerusinya. Sangkanya Daim ingin meneruskan percakapannya. Sebaliknya, lelaki itu hanya tersenyum senget sambil wajahnya yang seperti menahan tawa.
"Yang Tuan Daim ni kenapa pulak? Nak kutuk saya jugak ke?". Soal Daneen tidak puas hati.
"Yang kau moody sangat harini ni kenapa? Lapar? Hm?". Kedua tangannya kemudian digunakan untuk menongkat dagu. Ingin melihat wajah merah Daneen itu dengan lebih dekat.
"Tuan Daim dah tahu kan? Tak payah lah nak tanya lagi". Daneen buat muka toya. Dia tahu yang Daim sering boleh menjangka kenapa akan sesuatu masa di mana angin Daneen akan menjadi tidak baik. Iaitu di masa dia sedang datang bulan.
Daim tersenyum lagi sebelum salah satu tangannya dibawa ke bawah untuk membuka salah satu daripada laci meja besar itu. Seplastik coklat Cadbury dikeluarkan daripada laci itu lalu diletakkan di hadapan Daneen.
"Untuk saya?".
Daim hanya mengangguk sekali.
"Makan coklat tu. After you're feeling better, baru buat kerja. Aku taknak kualiti kerja kau terganggu disebabkan oleh mood kau yang tak berapa nak baik ni". Elelele, memang la itu antara sebabnya. Tapi sebab yang lain; dia risaukan Daneen sebenarnya.
Coklat Cadbury memang akan disediakan di setiap pertengahan bulan KHAS untuk Daneen. Daim tak kisah jika pekerja yang lain nak cakap yang dia selalu melebihkan Daneen cuz he does. Hello, buah hati kut. Suka hati dia lah nak lebih-lebihkan pun.
"Okay. Terima kasih".
"Hm".
"Saya keluar dulu kalau dah takde apa-apa". Kata Daneen sebaik sahaja dia mencapai bungkusan plastik coklat itu. Sedap! Tak sabar nak makan!
"Jap, tunggu jap".
"Huh?". Keliru gadis itu dibuatnya.
"Our company will be celebrating its 15 years anniversary tonight. Aku kena bawa pair. Kau nak tak ikut aku? Maksud aku, yela nanti kau pergi juga sana kan tapi aku nak kau jadi pasangan aku. Okay tak?". Daim menggaru-garu lehernya yang tak gatal tu. Tak tergelak pula Daneen dibuatnya. First time tengok Daim gelabah.
" Kenapa saya? Saya ni PA Tuan Daim je". Saja je Daneen bertanya; makin nak buat Daim gelabah.
"Papa and mama. Nanti diorang pelik lah kalau aku ajak orang lain".
'What a lame excuse Daim Al Waqeel!'.
'Sorry, papa. Sorry, mama'.
"Hm, okay".
"Okay, great! Nanti aku ambil kau pukul 8.00, okay? Ke tak cukup masa kau nak bersiap?". Kalini Daim betul-betul nak bawa kereta sendiri. Taknak ajak Hyder.
"Cukup".
"Okay, thats all for now".
🐳
Updated this short chapter!
Author ngantuk arh, tidur lu...
Tata 👋🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro