12- Overnight
"TERIMA kasih la sebab dah hantar anak mama balik. Kalau takde Daneen ni, mungkin dia dah bermalam agaknya dekat kaunter kelab tu. Mama dah pesan jangan pergi, jangan pergi tapi dia pergi jugak. Haih, budak tu". Puan Rohaini memicit-micit dahinya. Seolah dia sedang agak pening memikirkan hal Daim itu.
"Eh takde pape la, Puan. Lagipun bukan saya yang pandu kereta. Hyder yang bawa. Saya ni tukang pujuk Daim je, suruh dia balik. Itu pun nasib dia nak". Daneen cuba untuk tersenyum manis kepada Puan Rohaini walhal dia sudah mengantuk gila-gila sekarang ni.
"Hm, yela. Tapi ni dah lewat ni, Daneen masih nak balik ke rumah sewa Daneen ke? Tak bahaya ke ni, nak?". Puan Rohaini mengusap tangan kanan Daneen dengan lembut. Dia sebenarnya ingin memujuk gadis itu agar tidur di sini sahaja. Bahaya kalau balik malam-malam ni. Hyder tu bukan boleh percaya sangat, buatnya dia campak si Daneen ni tengah-tengah hutan... menangis budak tu. Ini pun dah lesap dah si Hyder ni. Mungkin sudah naik ke bilik untuk tidur. Ya, Hyder tinggal di rumah ini. Dia ada rumah sendiri cuma kadang-kadang, dia akan bermalam di sini.
"Nanti saya minta Hyder hantarkan".
"Jap, mama pergi panggil Hyder dekat atas". Sebenarnya berat hati Puan Rohaini ingin menyuruh wanita itu pulang. Yela, ni dah lewat. Kalau jadi apa-apa memang dia la kena bertanggungjawab. Daneen keluar di pagi buta ini kerana anak terunanya.
"Hm". Daneen mengangguk lalu menyaksikan Puan Rohaini mendaki anak tangga untuk ke bilik tidur Hyder. Dalam hati, Daneen berdoa agar lelaki itu tak tidur lagi. Dia betul-betul taknak menyusahkan Puan Rohaini dengan tidur di sini. Nanti kena kemaskan bilik tetamu untuk dia lagi. Plus, esok dia kerja!
Daneen menggoyang-goyangkan kaki sambil duduk di atas sofa lembut berona kelabu. Matanya asyik memandang ke sekeliling ruang tamu itu. Hiasan yang amat sederhana bagi Daneen tetapi sangat cantik. Sederhana-sederhana pun, perabot tu mahunya berharga sama dengan harga rumah sewanya. Mahal!
Matanya tertancap pula ke arah deretan bingkai gambar kecil yang tersusun kemas di atas meja berhampiran dengan televisyen itu. Kerana berasa tertarik dengan pemandangan itu, Daneen bangun dan berjalan menuju ke arah meja itu.
Satu persatu daripada gambar-gambar itu diperhatikan olehnya. Sesekali dia tersenyum kecil.
Ada gambar keluarga Daim, consisted Puan Rohaini, Encik Zakaria, Daim dan adik tunggalnya Dilane. Ada juga gambar Daim yang memakai jubah graduasinya. Ada gambar raya mereka sekeluarga dan...
Ada juga gambar dia bersama Daim, berdua. Bingkai gambar itu dipegang sekilas. Daneen ingat gambar ini. Gambar ini ditangkap oleh Dilane tepat di hari penyerahan syarikat Encik Zakaria itu kepada anak sulongnya, Daim. Dalam gambar ini, dia cantik memakai gaun satin berwarna putih manakala Daim kelihatan begitu segak dengan suit yang juga berwarna putih.
"This picture is 4 years old". Daneen tersenyum tawar. Tak sangka keluarga ini masih menyimpan gambarnya yang satu ini walaupun mereka tahu yang Daneen dan Daim sudah berpisah lama dan mungkin takkan kembali bersama lagi.
"Daneen rindu Daim?". Suara lembut milik Puan Rohaini itu tiba-tiba sahaja menyapa pendengarannya.
'Haduh! Mesti Puan dah lama berdiri kat sini. Tulah kau!'. Daneen memarahi dirinya sendiri. Malu!
"Eh, takdela Puan. Saya saje je tengok-tengok tadi. Tak perasan pula Puan dah ada dekat sini tadi. Hehe, sorry". Lekas-lekas Daneen meminta maaf.
"Daneen tahu kan yang he will only love you and noone else. No matter how hard you or even me or anyone else ask him to forget about you? Daneen tahu kan yang Daim masih tunggu Daneen, sayang?". Siang tadi anak, malam ni mak pula yang cuba untuk memujuk.
'Sudah! Aku nak jawab apa ni?'. Panik panik panik!
" Erk... Hyder mana Puan?". Akhirnya, Daneen membuat keputusan untuk menukar topik. 360°.
" Oh, ha... Hyder. Lupa mama nak bagitahu, dia dah tidur, sayang. Penat sangat kut sebab dah lama dia tak keluar lewat teman Daim macam ni". Puan Rohaini turut mengikut rentak perbualan Daneen kerana dia tahu gadis itu bakal berasa tidak selesa jika topik ini terus dibualkan. Takpe Puan, lain kali pula ya? Nice try!
"Haih... Macam mana ni...?".
"Daneen tidur dekat sini jela ya, sayang? Dah ada bilik yang kemas tu. Mak Milah yang kemas pagi tadi, ingatkan Dilane nak balik. Tak jadi rupanya". Dilane ialah anak bongsu Puan Rohaini dan Encik Zakaria yang sedang melanjutkan pelajarannya di New Zealand. Tak jadi balik sebab flight tangguh lah tu kut.
"Tapi esok Daneen kerja". Masih dalam usaha nak menolak.
"Dahtu takkan Daneen nak balik sorang-sorang? Bahaya la... Takpe, Daneen masuk kerja lewat sikit esok ataupun ambil je cuti. Bos Daneen pun kena cuti esok ni". Siapa lagi 'bos' itu kalau bukannya Daim.
"Kenapa Daim cuti esok?". Daneen sudah kepelikan. Takkan lah mabuk Daim tu dibawa sampai ke esok kan? Ke orang mabuk memang macam tu?
"Dia demam. Anak manja mama tu memang macam tu. Kalau merajuk, sedih sikit je... Mesti demam. Nampak je tough tapi sensitif". Puan Rohaini ketawa kecil di hujung katanya.
"Oh... Kesiann...". Hanya mampu 'oh' sahaja dekat luar ni. Padahal dalam hati sudah macam nak gila merisaukan keadaan lelaki itu. Daim bersedih? Adakah kerana Daneen menolak ajakkannya untuk kembali bersama semalam?
"Daneen tidur kat sini lah ya?". Ini sudah kali ke berapa dah diajak ni. Takkan Daneen nak tolak lagi kan? Akhirnya...
"Okay. Terima kasih ya, Puan".
"Sama-sama, sayang. Mari, mama tunjukkan bilik".
Daneen lalu menuruti langkah Puan Rohaini untuk naik ke atas sambil dalam hatinya menyumpah seranah Hyder.
'Kenapa la kau boleh tidur pulak? Eeee! Tadi elok je aku tengok. Takde pun mengantuk bagai. Jaga eh kau esok, Der!'.
🐳
KETUNG! KETANG!
KETUNG! KETANG!
Begitu lah bunyi yang daripada tadi terdengar oleh telinga Daneen sebaik sahaja dia bangun daripada tidurnya dan keluar daripada bilik itu. Sudah semestinya lah itu bunyi orang sedang memasak. Mungkin Mak Milah, mungkin juga Puan Rohaini.
Lets check it out!
Perlahan-lahan Daneen menuruni tangga rumah itu untuk ke dapur. Kalau tak perlahan-lahan kan, ada yang tersadung dekat anak tangga ni nanti. Maklumlah, manusia yang satu ini baru bangun. Lena sangat tidur semalam. Sesekali matanya digosok perlahan untuk menghilangkan kantuk.
Semakin dekat Daneen dengan dapur, semakin kuat pula bunyi lagaan sudip dengan kuali itu. Bau-bauan masakan itu juga mulai meneroka rongga hidungnya.
"Tak lain, tak bukan. Memang nasi goreng kampung". Bicaranya perlahan sambil matanya mengintip sang tukang masak daripada balik dinding dapur itu sesampainya dia di ruangan yang dituju.
Tengok-tengok aje, dia ternampak Daim yang hanya berseluar tidur dengan berbaju T putih itu sedang mengacau sesuatu di dalam kuali.
"Jap, bukan dia demam ke?". Berkerut-kerut dahi Daneen seolah-olah di atasnya tertempel penuh tanda tanya.
Dia keluarkan lagi sedikit kepalanya disebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang legar itu. Nak intai anak teruna tu nak buat apa lepasni. Nak pergi dekat-dekat, tak berani. Jadi dia intai daripada sini aje la.
"Don't just stand there. Come here, sunshine". Mak kau! Suara garau itu hampir sahaja membuatkan Daneen terlompat. Syok sangat mengintai, sampai tak perasan tuannya sudah melihat.
"Ehem, ehem". Daneen berdehem sebelum berjalan masuk ke ruangan dapur yang agak besar itu.
"Good morning, sunshine. Have a sit. Aku dah masakkan sarapan untuk kita berdua". Daim berkata sambil menuangkan nasi goreng yang sudah siap dimasak itu ke dalam satu bekas untuk dihidangkan.
"Morning. Kenapa kau masak? Bukan kau tengah demam ke? Puan Besar mana? Hyder mana? Ayah kau mana? Mak Milah mana?".
"Banyak betul soalan kau eh?".
"Jawab jela".
"Aku masak sebab aku lapar dan aku yakin, kau pun lapar. Yup, aku tengah demam. So what? Takkan aku nak biar kau mati kebulur pulak kan? Mama dengan papa keluar, tak tahu pergi mana. Tapi rasanya nanti pukul 12 diorang nak pergi ambil Dilane. Hyder ada dekat atas, tengah membuta lagi. Mak Milah ada dalam bilik dia". Satu persatu soalan Daneen dijawab oleh Daim.
"Susah-susah je. Kau dah lah tengah demam".
"Tak susah pun". Daim berkata lalu menyendukkan dua senduk nasi goreng ke dalam pinggan Daneen. Turut diletakkan dua senduk ke dalam pinggannya sendiri.
"Makan lah. Tak tahu la kau rasa sedap ataupun tak. Dah lama aku tak masak untuk kau". Selamba sahaja Daim berkata-kata sambil menyuapkan sesudu nasi goreng itu ke dalam mulutnya.
"Terima kasih". Ucap Daneen, ikhlas.
"Hm".
Sambil-sambil makan tu, sambil mereka berborak. Sampai lah topik tentang semalam dibuka oleh Daneen.
"Kenapa kau pergi club semalam? Kenapa minum? Dah banyak kali aku cakap, stop smoking and drinking". Terselit juga pesanan di hujung ayatnya itu.
"Takde pape. No need to worry".
"Kenapa kau sedih?". Topik kedua. Juga berkaitan dengan hal semalam.
"Dia demam. Anak manja mama tu memang macam tu. Kalau merajuk, sedih sikit je... Mesti demam. Nampak je tough tapi sensitif".
"Sedih? Bila masa?". Terhenti sekejap aktiviti Daim yang sedang makan itu. Air tehnya diteguk sekali sebelum dia kembali memandang gadis di hadapannya itu.
"Puan cakap kau demam sebab sedih. Kenapa kau sedih?". Tanya Daneen lagi.
"Because someone apparently rejected my offer to get back together with me. Thats why, aku sedih. Itu jawapannya". Daim berterus terang.
"Aku minta maaf". Rasa bersalah menyelubungi hati Daneen. Kesian budak lelaki ni, demam sebab dia rupanya.
"No worries. Aku okay".
"Serius?".
Daim mengangguk.
"Nanti boleh lah hantar aku balik kan?". Daneen membuat mata comel untuk Daim.
"Kalau bukan aku siapa lagi? Hyder tu, tengahari baru dia bangun".
"Thank you!".
"You're welcome, sunshine".
Daneen Isabella satu-satunya gadis yang boleh mengarahkan Daim Al Waqeel itu, ini. Orang lain, jangan harap!
🐳
Double update sebab ada yang suruh <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro