Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0 1 🎶 pelanggaran

0 1 🎶 pelanggaran

She's crying, I don't know why,
She needs someone and I'm here,
I'll give everything,
For my crybaby crush.

"KENAPA?"

Lelaki itu tersenyum manis saat memakaikan headphone pada kepala Azalea. Masih terlihat jelas air mata Azalea yang mengalir, seakan-akan sedang mengalami situasi yang sangat berat. Namun lelaki itu hadir bagaikan magis.

"I harap lagu yang I buat sampai ke hati you. Jangan sedih lagi, ya?"

Azalea mencelikkan mata dari tidurnya. Mimpi yang sama lagi. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Sudah empat tahun berlalu sejak pertemuan itu, Azalea tidak pernah melupakannya sedikit pun.

Seperti biasa, Azalea akan ke tempat kerja. Kenalah hadap kesesakan lalu lintas. Sambil mendengar lagu Shawn, tiba-tiba Azalea melihat kereta mahal yang kini berada di hadapannya. Itu kereta Shawn!

Macam mana Azalea tahu? Sebab Azalea stalker berjaya.

"Adakah ini jodoh?" Sekarang lampu bertukar merah menandakan kenderaan harus berhenti. Otak Azalea ligat mencari cara untuk bertatapan mata dengan Shawn.

Harus hari ini, meskipun lambat ke tempat kerja. Kerana Azalea sudah tahu kelemahan bosnya.

Senyuman sinis terukir di bibir Azalea saat terfikir idea nakal. Lampu bertukar hijau menandakan kenderaan mula bergerak. Tanpa ragu-ragu, berbekalkan basmalah di bibir, Azalea dengan sengaja melanggar kereta Shawn.

Buk!

Shawn automatik keluar dari keretanya. Suasana mula riuh saat ada pelanggaran kereta. Kelihatan Shawn menghampiri kereta Azalea yang ditampal gambar Shawn besar-besar, Shawn tercengang lalu berdehem. Shawn mengetuk tingkap kereta Azalea.

Bagaimana ini? Azalea akan bertemu Shawn. Dadanya sudah mahu meletup sekarang.

Tok! Tok! Shawn mengetuk lagi.

Mahu tidak mahu, Azalea berhadapan dengan Shawn. Dia keluar dari kereta lalu tunduk 90 darjah.

"Baru nak keluar? Angkat kepala, I nak tengok you."

I... nak tengok you? I nak tengok you! Shawn nak tengok Azalea! Bagaimana, bagaimana, bagaimana, ini? Merah padam wajah Azalea sekarang.

Suara Shawn sungguh seksi.

Azalea angkat kepala. Hidungnya berdarah menyentakkan Shawn. Kenapa dengan minah ni?

"Wah..."

Terangkat kening Shawn.

"Wah?" Shawn menyoal aneh seraya menjatuhkan cermin mata hitamnya, menampakkan wajah kacak yang mampu membuat para gadis koma.

Azalea, bernafas Azalea.

Tidak dapat. Kalau begitu, Azalea pengsan dulu.

Shawn terkejut melihat Azalea terjatuh di hadapannya dengan hidung yang berdarah. Hakikatnya, Azalea hanya pura-pura pengsan.

"Oh, shit."

[ 🎶 ]

Hambar chap kali ni hshshs apapun apa jadi lepas ni ya hehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro