Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

                   “KAU memang boleh bernafas lama ke dalam helmet tu? Tak lemas ke?" Tegur Nathan sambil berpeluk tubuh. Memandang abangnya yang duduk di kerusi hadapan. Masih lagi mengenakan helmet di dalam cafe. Pelayan yang menghantar minuman ke meja mereka tadi pun turut memandang pelik ke arahnya.

Malahan, ada mata-mata yang menoleh ke arah meja mereka dengan pandangan tertanya-tanya.

Tatkala lelaki yang digelar Raf tadi hanya menjongket bahu.

"Dah biasa." ringkas dia membalas.

Nathan mengeluh kecil. Apa-apa sajalah.

"Berapa lama kau ada dekat sini? Kau tahu kita kena uruskan ocean resort tu sama-sama, kan?" Soal Nathan.

Dia mengangguk kepala. "Ya. Aku tahu. Tapi aku dah cakap dengan papa, aku cuma nak uruskan bahagian laut. Aku tak nak masuk campur dalam urusan resort. Lagipun aku tak boleh lama dekat sini, kampung tu perlukan aku."

"Tak habis-habis lagi dengan kampung tersorok tu? Bukannya diaorang boleh beri apa-apa pun kepada kau."

"Orang yang pentingkan pembalasan memang akan rasa perbuatan dia sia-sia. Sebab itu aku tak harapkan apa-apa." Katanya dengan nada sinis.

Bibir Nathan terbuka hendak mengatakan sesuatu, namun kehadiran Tan Sri Raqib membatalkan niatnya untuk meneruskan ayat. Akhirnya dua-dua pilih untuk membisu. Masing-masing membuat hal sendiri. Seorang sedang mengacau air latte panas, seorang lagi pula buat-buat memandang ke tempat lain.

Tan Sri Raqib mengerut kening. Dia memandang dua orang anak lelakinya itu silih berganti.

"Dah kenapa kamu berdua ni macam orang asing pula?" Tegur Tan Sri Raqib.

Mereka diam. Tidak menjawab.

"Ha, Nathan. Dah tak reti nak salam tangan abang sendiri? Dia tu bukannya selalu balik sini. Salam cepat!" Tegas Tan Sri Raqib.

Nathan mengeluh. Kalau dia tidak ingin bersalam sekalipun, ayahnya pasti akan paksa juga. Tidak mahu tidak, dia terpaksa. Namun disebalik helmet yang dipakai lelaki itu, dia tahu abangnya sedang tersenyum mengejek. Sukalah tu bila dia terpaksa menunduk pada arahan Tan Sri Raqib!

Laju sahaja si Raf menghulur tangan, konon menanti untuk disalam. Siap goyang-goyang tangan lagi apabila Nathan masih teragak-agak untuk menyalaminya.

Dalam tidak ikhlas, Nathan menyambut tangan itu. Tak lama. Sekejap sahaja. Namun saat dia ingin menarik tangan semula, Raf menggenggam.

"Salam cium tangan." Arahnya dengan nada mengejek.

"Ish!" Nathan mendengus. Tangan Raf terus sahaja ditepis. Dia memeluk tubuh. Nak salam pun geli, apatah lagi dengan pakej cium!

Tergeleng-geleng kepala Tan Sri Raqib melihat mereka berdua. Dah serupa anjing dengan kucing.

"Kamu pun satu hal, Raf. Dah tak reti nak buka helmet? Kamu ingat kamu tu artis K-pop nak tutup muka 24 jam?" Giliran Raf pula yang ditegur.

Nathan menutup mulutnya. Menahan tawa. Padan muka!

"Buka helmet tu." Arah Tan Sri Raqib. Serius.

"Alaa... Pa..."

"Buka. Helmet. Tu." Sekali lagi Tan Sri Raqib mengulangi arahannya. Lebih tegas. Bersama renungan garang.

Keluhan kedengaran berat dibibir Raf. Buat seketika dia menoleh memandang sekeliling ruang cafe itu. Memastikan tiada mata-mata yang melihat ke arah meja mereka. Nampaknya semua pelanggan disini buat hal masing-masing. Setelah itu, perlahan-lahan tangannya bergerak membuka clip helmet dibawah dagu sebelum menariknya keluar.

Kini terserlah rambut tebal paras leher berwarna putih bak salju. Ada beberapa helai sahaja yang berwarna perang. Kulit wajahnya seakan-akan bunga Lili yang mekar, ada sedikit kemerahan di pipi. Hidung mancung, keningnya cantik terukir berwarna hitam. Bulu matanya juga lentik. Dan memiliki sepasang mata yang sangat unik.

Namun, belum apa-apa lagi Nathan sudah meletuskan tawa. Tak tahan melihat rambut abangnya.

"Patutlah tak nak buka helmet. Rambut dah macam atok-atok rupanya." Ejek Nathan. Sekali lagi ketawa.

Raf mengetap bibir. Kecil besar sahaja dia memandang Nathan yang duduk di hadapannya. Helmet elok sahaja ditangan, karang ada yang terbang ke kepala seseorang.

"Kau nak rasa kepala bocor ke?" Soal Raf bersama pandangan serius. Terus Nathan berhenti ketawa dan buat-buat berdehem.

Raf menjeling menyampah. Tahu pun takut. Lantas Helmet itu diletakkan ke kerusi sebelah. Rambutnya yang agak serabai dirapikan. Kemas. Kemudian dia bersandar ke belakang sambil tangan memeluk tubuh. Wajah Tan Sri Raqib dipandang.

"Jadi kenapa papa call Raf suruh datang sini?" Soalnya. Berbalik kepada topik yang sebenar.

"Papa nak tahu keadaan pulau semporna tu macam mana? Kamu dah keliling tempat tukan? Dah bagitahu semua pekerja yang bawa boat pelancongan tempat mana yang boleh pergi dan ke mana yang tak boleh?"

"Belum lagi. Tapi ada kawasan yang tak boleh pergi. Pertama, sebab kawasan tu ada banyak landak laut. Tak sesuai untuk bawa pelancong berenang dekat situ."

"Yang kedua?" Nathan menyoal, seolah-olah tahu sahaja ada sebab yang lain.

"Ada penunggu." Ringkas jawapan Raf.

Kening Nathan dan Tan Sri Raqib berkerut tidak faham. Mereka saling memandang sesama sendiri. Kemudian kembali memandang Raf.

Penunggu? Nak kata pulau itu berhantukah?

"Apa maksud kau?" Soal Nathan. Inginkan penjelasan.

"Adalah. Cukuplah sekadar tahu yang ada beberapa tempat tak boleh pergi. Raf gelarkan kawasan tu zon merah. Jangan sesekali biarkan pekerja resort yang bawa boat pergi ke tempat tu, lebih-lebih lagi kalau bawa pelancong." Ujar Raf. Serius.

Tan Sri Raqib mengangguk kepala.

"Kalau kamu dah cakap macam tu, baiklah. Nanti kita pergi keliling pulau sama-sama dengan staff. Tunjuk kepada mereka laluan mana yang tak boleh pergi."

Raf angguk kepala tanda faham.

Kini pandangan Tan Sri Raqib beralih ke arah Nathan pula.

"Kamu pula? Dah jumpa Dato' Idris bincang pasal Ocean Resort tu? Dia juga ada bekerjasama untuk naikkan resort tu. Jadi dia perlu ada sekali untuk rasmikan pembukaan resort tu nanti." Kata Tan Sri Raqib.

Nathan menggeleng. "Belum lagi. Mungkin lepas ni Nat pergi sana."

"Kalau tak jumpa Dato' Idris. Maklumkan pada anak perempuan dia. Namanya Husna."

"Baik, pa." Nathan, akur.

Kemudian kepala Tan Sri Raqib menunduk melihat jam di pergelangan tangannya. Waktu rehat tengahari dah hampir tamat. Dia perlu kembali ke tempat kerja semula. Ada temu janji bersama VVIP dari luar negara.

"Kalau macam tu papa minta diri dulu. Korang berdua berbuallah. Kita jumpa dekat rumah nanti." Kata Tan Sri Raqib, langsung bangun dari tempat duduknya.

Nathan sekadar mengangguk kepala. Secawan kopi diatas meja dicapai lalu dihirup sedikit. Dia pun perlu berjumpa dengan Dato' Idris sekejap lagi.

"Pa!" Cepat-cepat Raf bangkit saat melihat Tan Sri Raqib yang hendak berlalu pergi.

Kening orang tua itu berkerut. "Ya?"

"Papa tahu alamat rumah Mak Timah? Raf cadang nak jumpa dia sekejap." Katanya. Tersengih-sengih.

Tan Sri Raqib mengangguk kepala. Rasanya dia ingat alamat tempat tinggal wanita tua itu. Lantas, pen yang tersangkut di poket kotnya dicapai. Sebelah tangan kiri Raf ditarik lalu ditulis alamat itu pada tapak tangannya.
Setelah selesai, Raf menarik tangan kembali. Sekilas kepala tunduk melihat alamat yang diberi.

Tak jauh daripada sini. Bolehlah dia singgah berjumpa Mak Timah sekejap.

"Terima kasih, pa." Ucap Raf.









         

                   “YA, ayah. Husna nak baliklah ni. Sabar sekejap boleh tak? Husna baru naik lift nak ke tingkat bawah." Ujar Husna sambil tangannya menekan butang ke tingkat lobi. Automatik pintu lift tertutup dengan sendiri. Panggilan terus ditamatkan. Sebelah tangan memegang beberapa fail penting untuk dibawa pulang ke rumah. Agak-agaknya ada yang tertinggal di dalam bilik kerja tak? Baru sekarang dia terhegeh-hegeh hendak memeriksa semua fail yang dipeluk. Takut ada yang tertinggal tanpa sedar.

Ting!

Pintu lift terbuka sebaik sahaja tiba ditingkat lobi. Terus Husna melangkah keluar dari lift dalam keadaan tergesa-gesa. Mata fokus membelek fail-fail yang dibawa. Tanpa sengaja bahu seseorang dilanggar saat dia ingin berlalu keluar. Kuat juga sehingga fail-fail itu bertaburan di atas lantai. Tak terkecuali Iphone kesayangannya juga terlepas dari pegangan.

"My Iphone!" Jerit Husna. Terbeliak biji matanya melihat skrin telefon yang sudah retak. Lekas dia menunduk mencapai telefon canggih itu.

"Oh my god, I'm so sorry..." suara yang melanggar bahunya tadi meminta maaf.
Suarakan kedengaran kesal.

"Sorry? Kau ingat maaf kau lagi mahal dari telefon aku ke huh?" Tengking Husna. Kepala terus melangut memandang figura yang berdiri di hadapannya dengan pandangan amarah. Namun, sebaik sahaja mata mereka bertembung terus riak wajah Husna berubah.

Mr blue?

Nama itu yang terlintas difikirannya saat ini. Husna kaku.

"Saya betul-betul tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Tak mengapa, nanti saya ganti balik telefon yang retak tu. Oh, fail awak! Kejap saya kutip." Pantas Nathan duduk mengutip fail-fail yang bertaburan di atas lantai. Serba-salah.

Husna terus geleng kepala. Menyedarkan diri daripada terus mengelamun. Melihat lelaki itu sedang mengutip fail miliknya, langsung Husna duduk menolong lelaki itu mengumpulkan fail itu semula. Dalam masa yang sama, sempat lagi Husna curi-curi mengerling ke arah sepasang mata biru itu.

Muka putih. Mata biru. Rambut hitam. Memang sama seperti lelaki yang kerap muncul di dalam mimpinya sebelum ini.

"Uhupai..." dalam tak sedar bibir Husna mengucapkan perkataan itu.

"Tolong?" Kening Nathan berkerut. Pandangan beralih ke arah Husna dengan penuh tanda tanya.

"Huh?" Husna terpinga-pinga.

"Awak sebut tolong tadi. Awak nak saya tolong apa-apa ke?"

"En... encik faham maksud perkataan tu?" Husna agak terkejut. Dalam masa yang sama dia turut teruja. Jika benar lelaki itu tahu akan maksud perkataan itu, adakah dia benar-benar Mr. Blue yang dicari-cari selama ini?

Nathan mengangguk kepala. Bibir tersenyum kecil. "Tahu. Arwah nenek saya orang dusun. Dah lama saya tak dengar perkataan dusun sebab dibesarkan dekat Kuala Lumpur. Rindu pula bila dapat dengar balik."

Husna kaku. Tidak tahu ingin menjawab apa. Firasatnya makin kuat mengatakan lelaki itu adalah Mr. blue. Tetapi dia tidak boleh membuat spekulasi sebegitu cepat. Mungkin itu cuma kebetulan.

Tapi siapalah tahu jika ini pertemuan yang telah ditakdirkan untuk mereka berjumpa semula?

"Fail awak." Selesai mengutip semua fail yang jatuh tadi, Nathan menghulur kepadanya. Lantas Husna pun mengambilnya. Bibir tak berhenti daripada tersengih.

Sekejap anak mata biru itu mencerun ke arah name tag yang berada di dada wanita itu. Husna. Mungkin inilah anak kepada Dato' Idris yang Tan Sri Raqib katakan semasa di kafe tadi.

"Cik Husna?" Nathan kembali memandang wajah wanita itu.

"Encik tahu nama saya?" Mata Husna makin bersinar. Maknanya benarlah dia...

"Tak. Saya baca name tag awak." Katanya.

Riak wajah Husna terus berubah kecewa. Ingatkan dia kenal. Kepala mengangguk mengiyakan soalan lelaki itu.

"Ya, saya Cik Husna. Pengurus hotel peradise."  Ujar Husna, siap memperkenalkan diri. Kemudian mereka sama-sama bangun. Berdiri menghadap sesama sendiri. Fail dipeluk.

"Apa encik buat dekat sini?" Soal Husna, ingin tahu.

"Saya Noar Nathan. Anak Tan Sri Raqib. Cadangnya nak jumpa Dato' Idris untuk cakap pasal Ocean Resort. Nak jemput family dia ke sana untuk sama-sama rasmikan pembukaan ocean resort yang kedua minggu depan." Ujar Nathan.

Husna terdiam sejenak. Dia salah dengarkah? Noar Nathan? Tidak silap, lelaki inilah yang Mia ceritakan tadi. Waduh-waduh... dia dah janji takkan terpikat dengan buah hati si Mia, tetapi kali pertama terpandang pun dah buat jatuh hati.

Macam mana sekarang?

"Oh, anak Tan Sri Raqib rupanya... boleh. Nanti saya maklumkan pada ayah saya. Dia tak ada dekat sini. Dia dah balik rumah. Saya pun nak ke sana."

"Really? Awak nak saya tolong hantarkan balik?"

"Nak! Eh? Maksud saya... tak nak. Saya ada kereta sendiri. Kalau saya balik dengan Encik, macam mana dengan kereta saya kan?" Kata Husna, tersingih kekok. Menutup rasa malu. Sejak bila bibir ni sudah pandai terlepas cakap?

Kepala Nathan terangguk-angguk.

"Baiklah kalau macam tu. Saya minta diri dulu. Hati-hati bawa kereta, Cik Husna. Hino ko po. It means bye.  " Pamitnya, sempat dia menghadiahkan senyuman mesra sebelum berlalu pergi. Namun tak sampai beberapa langkah, dia terhenti. Seolah-olah terlupa sesuatu. Lantas, dia memusing ke belakang. Menghampiri Husna semula.

Sepasang kening Husna terangkat sedikit.

"Ada apa-apa lagi?" Husna menyoal.

"Saya terlupa sesuatu. Pasal skrin telefon tadi. Boleh saya dapatkan nombor telefon Cik Husna? Untuk ganti skrin yang baru."

"Oh pasal skrin ni..." Husna tunduk melihat skrin yang sudah retak. Retak seperti hatinya saat melihat ia jatuh tadi. Tetapi untuk Mr.Blue, dia rasa bertuah pula kerana ia jatuh. Kalau tidak, pasti dia takkan berjumpa dengan lelaki itu.

"Hal kecil aje. Saya boleh beli skrin baru. Nak tukar beli yang baru pun tak ada masalah." Balas Husna. Angkuh.

"So... awak tak sudi bagi nombor telefon pada saya?" Nathan menyoal sekadar inginkan kepastian. Dia menunduk memandang wajah Husna.

Terus Husna geleng kepala menafikannya. Gila! Kalau dia lepaskan peluang ini, bila mereka akan bertemu lagi?

"Eh, bukan! Boleh aje kalau nak nombor telefon. Sekejap." Pantas Husna mengeluarkan kad dari poket kot yang dipakai. Disitu sudah tertulis siap nombor telefonnya. Lalu diserahkan kepada Nathan.

"Itu nombor saya. Call lah bila-bila masa yang encik nak."

"Don't call me Encik. Call me Nathan. Saya lebih suka panggilan macam itu." Katanya.

Husna tersengih malu. "Baiklah... Nathan."

"Saya pergi dulu. Jumpa lagi." Pamitnya.

Husna mengangguk kepala bersama senyuman lebar dibibir. Pelukan fail dikuatkan. Rasa seperti terkena panahan cinta saat lelaki itu turut membalas senyumannya. Aduhai, kacak sungguh! Patutlah Mia bukan main suka lagi.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro