Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

95

                      "PA, tak masuk tidur lagi?" Teguran Nathan daripada belakang menyentakkan Tan Sri Raqib yang sedang duduk di balkoni. Dia mara beberapa langkah mendekati bapanya yang asyik menatap laptop. Salah satu kerusi kosong berhampiran Tan Sri Raqib ditarik sebelum dia melabuh punggung di situ.

"Kenapa macam terkejut sangat papa tak tidur lagi? Kamu yang masih berjaga tak pelik pula?" Soal Tan Sri Raqib sambil sebelah tangannya sibuk menggerakkan tetikus. Matanya masih melekat pada kaca laptop yang bercahaya. Apabila iris terasa pedih, kaca mata yang ditaruh di atas meja dicapai kembali lalu dipakai.

Almaklumlah, umur semakin menua ini memang cepat sensitif.  Lebih-lebih lagi bahagian kornea mata.

Sedangkan Nathan berdecik kecil.

"Bukan terkejut. Tapi ingatkan bila dah bersara daripada kerja papa akan jadi orang pertama yang tidur awal."  Katanya dengan nada mengejek.

Tan Sri Raqib mencebik bibir. Ya, dia pun terfikir seperti itu sebelum ini. Tetapi entah mengapa, setiap kali dia cuba melentokkan kepala ke atas bantal  pasti kelopak mata tidak mahu tertutup. Mata yang pada mulanya terasa berat tiba-tiba menjadi cerah. Puas dia menukar posisi tidur kepada yang lebih selesa, tetap juga berjaya.

Dan akhirnya di sinilah dia. Di balkoni, hirup udara malam sambil melayari internet. Tiada tanda-tanda mengantuk meskipun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Haih, pelik sungguh. Kenapa dia susah nak tidur ya? Agak-agaknya ada kaitan dengan kopi Mak Timah hidangkan pagi tadi entah?

Tan Sri Raqib geleng kepala. Mana mungkin!

"Nak buat macam mana? Papa tak boleh tidur. Itu yang papa nak tumpang tidur di sini. Sekurang-kurangnya ada kamu, boleh ajak berbual. Kalau duduk di rumah memang sunyi sepi macam duduk dekat rumah terbengkalai."

Tergelak Nathan mendengar rungutan bapanya.

"Macam mana mata tu nak tutup kalau asyik fokus dengan laptop? Daripada tadi asyik hadap laptop aje. Papa tu bukannya kena buat kerja lagi pun."

"Papa bukan buat kerjalah."

"Dah tu?" Nathan mengintai sedikit melihat ke arah laptop.  Spontan keningnya berkerut saat terbaca tarikh tiket penerbangan ke Sabah yang ditempah oleh Tan Sri Raqib. Kenapa tiba-tiba sahaja? Takkan baru sehari Raf tiada di KL bapanya sudah merindui si sulung itu.

"Tiket Flight? Haih, abang tu tak sampai 24 jam lagi balik ke Sabah tahu? Papa dah nak pergi jumpa dia. Apa? Duduk di KL ni dengan Nathan bosan sangat ke?" Soal Nathan, buat-buat seperti hendak merajuk. Tubuh dipeluk sebelum muka dipalingkan ke lain. Adalah sikit terasa hati tu.

"Ha papa tak cakap apa-apa pun, kamu sendiri yang cakap!" Degus Tan Sri Raqib. 

Panjang bibir Nathan memuncung. "Tapi papa memang sayang abang daripada Nathan, kan?"

"Mana ada. Semua anak papa, papa sayang. Papa bukannya bosan duduk sini dengan kamu. Papa cuma nak jumpa Raf untuk berbincang sesuatu dengan dia. Itu aje. Lepas selesai, papa baliklah sini semula. " Ujar Tan Sri Raqib dengan lebih jelas.

Manakala Nathan masih lagi belum berpaling. Yalah tu! Tahu-tahu nanti menginap terus di Ocean Resort.

"Bincang apa sampai kena pergi sana? Telefonkan ada?"

Sesaat Tan Sri Raqib melepaskan keluhan. Kaca mata ditanggalkan sebaik sahaja laptop ditutup. Walaupun isterinya sudah lama tiada, tetapi bebelan itu diwarisi oleh anak-anaknya. Banyak soal pula si Nathan ini. Hempuk kepala dengan laptop baru tahu!

Tak pasal-pasal esoknya keluar tajuk besar di dada akhbar Anak Tan Sri Mati Katak Dihempuk Laptop!

"Memanglah boleh guna telefon. Tapi benda yang papa nak bincang ni terlalu penting. Jadi papa kena bersemuka dengannya dia. Supaya papa boleh tahu dia jujur ke tidak. Takkan itu pun tak boleh?"

Nathan cuma diam.

Kepala Tan Sri Raqib menggeleng sendiri. Macam manalah si Mia boleh terpikat dengan Nathan ya? Tertanya-tanya juga. Sesaat tekak terasa kering, lantas air suam yang berada di atas meja dicapai lalu dicicip perlahan-lahan. 

Alang-alang teringat pasal Mia, apa agaknya hala tuju mereka selepas ini? Sepanjang dia bersama dengan Nathan, tidak ada pula sebarang permintaan ingin menghalalkan wanita itu secepat mungkin daripada bibirnya. Adakala dia pun pening apa status Nathan dan Mia sebenarnya. 

"Daripada cakap pasal Raf, kamu pula macam mana?" Soal Tan Sri, langsung topik mereka berubah apabila gelas air suam itu ditaruh semula ke atas meja. Pandangan dilemparkan ke arah Nathan yang membisu.

"Macam mana apa?" Soalan berbalas soalan.

Kening Tan Sri Raqib bertaut sesama sendiri. Haih, mereka yang bercinta kenapa tanya dia pula?

"Yalah, kamukan bercinta dengan Mia. Tak ada terfikir nak halalkan dia ke? Bercinta lama-lama pun tak elok juga."  Ujar Tan Sri Raqib. 

Tatkala Nathan jongket bahu. Entah. Dia belum ada tarikh yang sesuai.  Jadualnya terlalu padat. Namun jauh di dalam sudut hatinya kalau boleh ingin menjadikan wanita itu yang sah buat dirinya. Namun, tak pasti bila kesempatan itu akan datang.

"Nathan sibuk sedikit sejak kebelakangan ni. Nak jumpa dengan Mia pun susah. Apatah lagi nak masuk meminang."

"Kamu boleh aje curi masa untuk jumpa dia, Nathan. Cuma usaha dengan tak usaha sahaja yang membezakan. Kalau betul kamu cintakan dia, jangan biar dia tunggu lama-lama. Takut suatu hari nanti, dia pilih untuk naik bas daripada terus menunggu seseorang datang menjemput. Dan bila kamu dah datang untuk jemput, dia takkan ada di situ lagi." Ujar Tan Sri Raqib panjang lebar serupa pakar penasihat. 

Kelu lidah Nathan mendengarnya.  Tiada sebarang jawapan yang mampu terungkap dibibirnya saat ini. Dia kematian kata. Bicara bapanya itu memiliki maksud yang mendalam. Membuat dia...

Semakin tidak faham.

Otaknya berasa pening.

"Mia naik bas ke selama ni?" Soal Nathan dengan muka polosnya.

Tan Sri Raqib mengeluh kecil sambil memejam mata. Cuba menenangkan hati sendiri namun...

Ah, tak dapat ditahan! Dia geram. Lantas telinga kanan Nathan terus dicubit lalu ditarik kuat-kuat.  Tak peduli rengeten Nathan yang mengaduh sakit. Rasakan!

"Maksud papa jangan biar dia tunggu kamu lama-lama! Nanti dia bosan, dia akan cari orang lain. Itu pun susah sangat ke nak faham?!"

"Dah faham! Dah faham!" Jerit Nathan, jelas sedang menahan sakit.
















                      LENGAN yang terasa sejuk disapa angin laut digosok-gosok perlahan. Walaupun tubuhnya sudah separuh kesejukan, tidak menghalang Husna untuk terus berdiri di belakang yacht sambil mengamati pemandangan tenang Pulau Muhang pada waktu malam. Sekeliling kawasan gelap gelita, cuma cahaya daripada yacht dan bulan separa yang menerangi tempat ini.

Kemudian kepala mendongak menatap langit yang dihiasi beribu bintang kecil dilangit. Betapa indah dan cantiknya langit malam ini. Sedang dia merenung, tiba-tiba kotak fikirannya menayangkan memori lama. Membuatkan bibirnya tersenyum tersipu malu. Kedua belah pipi terasa berbahang panas.

"Kau nak tahu sesuatu tak?"

"Huh?" Husna kembali tunduk memandang Lanun disisi. Renungan mata lelaki itu, buatkan jantungnya diserang debaran sekali lagi. Buat sejenak, Husna telan air liur. Lemah pula.

"Dulu, aku ingatkan ciptaan Tuhan paling cantik adalah bintang. Manakala yang paling indah adalah pulau. Tapi, ada satu lagi yang paling indah dan cantik yang baru aku jumpa."

"Ap... apa dia?" Soal Husna. Dia tertanya-tanya.

"Senyuman seorang perempuan. Anugerah Tuhan paling indah dan cantik sekali."

Tanpa sedar bibirnya tertawa sendiri. Wajah yang membahang malu ditekup dengan kedua-dua belah tangannya. Kata-kata itu tetap menjadikan hatinya yang keras mencair. Husna mendongak kembali menatap bintang dilangit. Benarkah senyumannya indah sehingga bintang kalah begitu sekali?

"Masih tak puas tatap langit lagi?" Tegur suara Lanun daripada belakang. Terasa tubuhnya yang sejuk diselimuti sesuatu. Husna tunduk sekilas memandang tubuhnya yang kini disarung jaket tebal labuh milik suaminya.

Husna tersenyum kecil. Wajah diangkat kembali menatap Lanun yang kini berdiri di sisinya. Lelaki itu juga mendongak memandang ke langit yang indah itu. Mata hazel dan birunya nampak bersinar-sinar apabila terkena cahaya bulan. Bahkan rambut putihnya juga serabai ditiup angin. Namun tetap nampak kacak.

Tak pernah bosan Husna menatap wajah yang satu ini.

"Dah lama abang tak nampak bintang banyak-banyak macam ini. Rindu sangat. Dulu abang selalu bawa bot kecil abang turun ke laut semata-mata nak tengok pemandangan waktu malam. Segala kekusutan yang berada dalam pemikiran abang waktu itu akan terus hilang bila menatapnya." Lanun mula bercerita saat teringatkan aktiviti lamanya dahulu. Bibir juga automatik tersenyum saat dia berkata-kata.  Menampakkan barisan gigi putih yang tersusun elok saat dia tersengih. Sangat manis.

Manakala Husna hanya memasang telinga mendengar tanpa menyampuk. Turut tertarik dengan kisah lelaki itu.

"Kalau boleh setiap hari abang nak turun ke pulau. Sekali pun abang tak pernah bosan dengan air laut. Abang nak berlayar, nak bermalam di sini dan kalau boleh abang nak tetap berada di sini. Tapi abang sedar, abang takkan dapat peluang itu lagi. Bila Lanun tiada, laut pun dah tiada makna bagi abang." Ujar Lanun.

Ada senyuman kelat dibibirnya.  Tak lama. Sekejap sahaja sebelum ia kembali melebar saat pandangan beralih ke arah Husna disampingnya. 

"Tapi abang tak kisah lagi tentang semua itu. Yang penting sekarang abang dah ada penenang yang baru. Siap boleh dibawa ke mana-mana lagi. It's you. My koupusanku." Ucap Lanun dengan nada romantik, bahu Husna ditarik rapat ke arahnya. Tergelak Husna buat seketika saat pipinya dicubit manja.

Dan kemudian suasana berubah sepi ketika dua-dua diam mengamati pemandangan. Tubuh Husna dipeluk daripada belakang, kepala tiba-tiba terasa sedikit berat saat Lanun dengan selamba meletakkan dagu di atas kepalanya. Amboi, dia buat seperti meja pula ya! Tahulah dia tu tinggi.

"Lanun..." panggil Husna perlahan.

"Hmm." Gumamnya.

"Awak rindu tak nak jual ikan sama-sama macam dulu dekat pasar terapung?" Soal Husna secara tiba-tiba. 

Lanun tersenyum senget.

"Gila tak rindu. Mestilah rindu. Lagi-lagi dengan suara orang menjerit panggil pelanggan datang beli ikan di gerai tu. Comel. Aduh!" Katanya. Tanpa semena-mena siku Husna melekat diperut. Senak jugalah. 

Padan muka! Mengejek dia lagi. Memori itulah yang paling memalukan sekali dalam sejarah hidupnya. Jatuh air muka Puteri Husna saat itu. Nasib baiklah cuma ada orang kampung. Kalau ada Mia, papa, dengan ayah pasti mereka sudah mengekek ketawakan dia.

"Saya buat benda yang memalukan diri saya hanya kerana awak tahu!" Degus Husna. Mulalah nak main ungkit kisah lama.

Lanun tersenyum gatal. "Abang tahu, Husna dah mula jatuh cinta dengan abangkan waktu tu? Sebab itulah Husna tunaikan sahaja permintaan abang."

Jatuh rahang Husna mendengarkan kata-kata penuh yakin yang keluar daripada bibir Lanun. Tanpa sedar, kedua belah pipinya memerah kerana menahan malu. Nampak sangatkah dia terpesona dengan sikap Lanun pada waktu itu?

"Mana ada! Perasannya! Saya meluat tengok muka awak waktu itu adalah!" Bidas Husna, cuba untuk menafikan.

Malahan bibir Lanun menyenget serupa tak percaya.

"Meluat tapi tiap-tiap malam keluar rumah hanya kerana nak tengok abang dah tidur ke belum." Ungkit Lanun dengan nada mengejek. Macamlah dia tak sedar setiap kali terdengar bunyi geseran pintu saat Husna membukanya.  Mata sahaja yang tutup. Tapi bukan telinga.

Husna sedikit terkejut. Macam mana dia tahu? Sebelum ini dia cuma buat-buat tidur sahajakah? Kurang masin betul! Terkena Husna kali ini.

"Fine! Maybe ada sedikit rasa suka tu. Tapi rasa meluat saya lebih banyak. Awak suka buli saya! Nasib baik ada Odu dengan Orkid sahaja, kalau tidak pasti nasib saya akan lebih teruk bila duduk dengan awak waktu tu!" Degus Husna, masih lagi hendak menangkan diri.

"Ya ke? Jadi selama ni Husna selamat daripada kena buli dengan abang hanya kerana ada Odu dan Orkid?" Soal Lanun dengan kening berkerut.

Husna angguk kepala dengan begitu yakin.

"Iyalah! kalau tiada mereka. Entah apalah yang awak akan buat dekat saya."Rungut Husna. Tubuh dipeluk sambil anak mata menjeling.

Sekonyong-konyong bibir Lanun menyenget penuh nakal. Renungan matanya berubah kecil. Meremang seketika bulu tengkuk Husna saat melihat senyuman itu. Kenapa tiba-tiba tersenyum pula saat dia sedang membebel? Disampuk jinkah?

Ah, sudah. Mana dia nak cari ustaz di tengah-tengah pulau ni?

"Aw... Awak kenapa?" Dan-dan Husna menjadi gagap. Tadi bukan main lancang mulut berkata-kata.

"Odu dengan Orkid tiada dekat sini." Kata Lanun.  Masih lagi dengan senyum gatalnya.

Husna mengerut kening.

"Jadi?"

"Jadi bolehlah kalau abang nak buli Husna, kan? Tidak adalah Odu dengan Orkid halang abang lagi."

"Huh?!" Sungguh, Husna tidak tahu ingin menjawab apa. Ya atau tidak? Entah. Otaknya tiba-tiba blur. Tapi dia faham sahaja buli yang Lanun maksudkan. Pipi berona merah tak dapat diselindunhkan lagi.

Dia lupa mereka sekarang berada di laut. Dan bila di laut, yang berada dihadapannya sekarang juga mestilah si Lanun yang berperangai nakal tak habis-habis. Aduh, macam mana ni?

Nak lari sudah tentulah boleh lagi. Dia sudah terperangkap dalam jerat yang dibuat oleh suaminya sendiri.

"So boleh ke tidak ni?"

Terpinga-pinga Husna memikir hendak respon apa.

Sedangkan Lanun pula bukannya jenis sabar menunggu jawapan. "Tak kisahlah Husna bagi ke tidak, abang nak buli jugak!"

Terjerit Husna apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat oleh Lanun. Dia cuba menghayunkan kedua-dua belah kakinya meminta untuk diturunkan semula, namun perbuatan itu hanya menyebabkan dia rasa ingin terjatuh ke bawah. Lekas tangannya berpaut pada leher lelaki itu apabila hilang keseimbangan. 

Fuh!

Kus semangat!

Dan saat anak matanya naik menatap Lanun yang sedang merenung ke dalam anak matanya. Husna terdiam. Terasa debaran jantung mereka sama detaknya. Laju. Tahulah Husna ke mana hala tuju mereka selepas ini. Dia cuma harus bersedia menunaikan tanggungjawab yang sebenarnya. 

Tak mengapa. Dia takkan lari lagi kali ini. 

















Anak-anak sila tidur!
Btw tinggal tinggal 2 atau 3 bab sahaja lagi! Yeay!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro