Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

86

                  HAIH, kenapa pelik sangat hari ini? Semua orang berkelakuan aneh. Dan saat dia sedang mengemop lantai di hadapan kaunter pertanyaan, ada perasan mata-mata yang sedang memerhati ke arahnya. Daripada ekor matanya Husna dapat lihat mereka berbisik-bisik akan sesuatu, kemudian masing-masing tersengih. Dan apabila dia berpaling ke arah kaunter, laju sahaja pekerja di situ buat-buat menyambung kerja. Serius Dan fokus.

Hmm, kenapa dengan mereka ni ya?

Mengganggu fokus dia hendak bekerja pagi hari ini. Bahkan rasa tidak selesa apabila menjadi tumpuan semua staff. Ketika dia kembali menyambung mengemop lantai, tiba-tiba kedengaran suara Cik Suria menjerit daripada belakang.

Terhinjut bahu Husna akibat terkejut.

"Ya Allah, apa Puan buat dekat sini? Kerja ni sepatutnya kerja saya!"

Ha? Sejak bila pula? Dah berbulan dia bekerja di sini sebagai cleaner dan memang ditugaskan membersihkan bahagian tingkat lobi hingga ke tingkat tiga. Tak tahulah pula jika ada arahan bahawa dia dipindah ke tingkat lain.

Tanpa sempat Husna buka mulut menjawab pertanyaan Cik Suria, batang mop ditangan dirampas terus olehnya. Kemudian, Cik Suria pula yang menyambung kerja dia. Husna terdiam sejenak. Mata berkelip-kelip. 

"Tapi Cik Suria, saya memang ditugaskan di tingkat lobi. Saya rasa Cik Suria yang salah tempat sekarang. Ini memang waktu kerja saya..."

"Ish, kamu tu dah jadi isteri Ceo dekat sini. Takkanlah nak kerja cleaner? Nanti apa pula orang cakap dekat kamu." Bisik Cik Suria, siap menjeling-jeling ke arah staff korporat yang memandang ke arah mereka.

Terjuih bibir Husna mendengarnya. Baru sekarang dia faham mengapa orang-orang di dalam bangunan korporat ini berkelakuan aneh. Rupa-rupanya mereka sudah tahu tentang perkahwinan dia dan Raf. Tapi kalau benar sekalipun, patutkah sampai begini sekali layanan mereka?

Baginya, dia lebih selesa dilayan seperti biasa. Malah dia juga sengaja memiliki untuk terus bekerja di sini sebagai tukang bersih biarpun Raf pernah juga menawarkan jawatan yang lebih baik.

"Alahai, sebab ini aje ke orang asyik pandang saya? Suami saya pun tak kisah saya nak kerja ni, kenapa Cik Suria pula yang ambil kisah? Saya okay ajelah kerja ni..." Ujar Husna, dia cuba mengambil semula batang mop daripada tangan Cik Suria. Namun wanita itu lebih laju menariknya menjauh.

"Mana boleh. Kamu kenalah jaga nama kamu baik-baik. Tak mengapa, biar Cik Suria aje yang kemaskan bahagia lobi ni."

"Eh, tak payah. Ini kerja saya, biar saya yang buat!" Bidas Husna. Lantas batang mop itu cuba dirampas. Akan tetapi pegangan Cik Suria terlalu kuat. Seakan-akan berkeras tidak mahu melepaskannya.  Kemudian, boleh pula wanita itu menarik batang mop itu kearahnya semula bersama gelengan.

"Tak perlu, kamu duduk aje dekat dalam  bilik office Tuan Andikha tu! Buatlah apa yang patut. Urut bahu dia ke? Diakan banyak gunakan keyboard, pasti bahu dia tengah lenguh sekarang!"

Berkerut kening Husna tika ini. Dah kenapa pula dia kena jadi tukang urut pula? Langsung mop tadi ditarik kembali. Lebih kuat sehinggakan tubuh Cik Suria sekali terdorong ke arahnya. Namun, pegangan pada batang katu itu masih belum dilepaskan.

"Kerja saya bersihkan bangunan ni, bukan urut badan orang! Lepaskan mop ni, saya nak sambung kerja!"

"Tak boleh! Ini kerja Cik Suria!" Tekannya.

Husna geleng kepala.

"Tidak, ini memang kerja saya!"

Ah, sudah. Terjadi kes tarik-menarik mop pula di hadapan kaunter pertanyaan. Menarik perhatian staff dan beberapa pelanggan yang berada di sekitar mereka. Namun Husna tak peduli. Biarlah apa pun tanggapan mereka, dia tetap mahukan kerjanya semula.

Bila batang mop itu ditarik sekuat hati, Cik Suria juga tidak mengalah dengan menarik dengan sekuat tenaga yang ada. Tiba-tiba tangan Husna terasa licin, dek kerana itu genggamannya tidak sengaja terlepas. Dan akhirnya Cik Suria juga yang menang.

Bukan main seronok lagi dia sampai mengangkat batang mop itu tinggi-tinggi serupa trofi juara.

Husna mendengus tidak puas hati. Panjang bibirnya memuncung.

"Sekarang, Cik Suria dah menang. Kamu boleh naik ke bilik Tuan Andikha. Bahagian lobi ni serahkan pada saya ya Puan." Katanya dengan nada meleret penuh suka.

Husna peluk tubuh seketika. "Tak, saya takkan biarkan Cik Suria ambil kerja saya! Serahkan mop itu balik atau saya ambil baldi ni!" Ugut Husna. Terus baldi berisi air sabun itu diambilnya. Kemudian Husna tayang senyuman senget.

Heh, bijakkan?

Apa gunanya ada mop kalau tak ada air sabun?

Cik Suria mengetap bibir. Mana aci main macam itu!

"Ish, kenapalah kamu ni degil betul? Bagi baldi tu!" Setelah merampas mopnya, kini baldi di dalam pelukan Husna pula ingin dirampas. Takkan beralah selagi Husna juga tidak mengaku kalah.

Sekali lagi kejadian tarik-menarik berlaku. Sekejap ke depan dan sekejap ke belakang. Dah serupa main tarik tali pun ada, cumanya satu lawan satu dan tiada pengadil.

Malangnya tidak berbau, tanpa sengaja Cik Suria melepaskan baldi itu apabila daya tarikan Husna sedang kuat. Akibat daripada itu, tak semena-mena baldi berisi air sabun penuh itu terpelanting ke belakang.

Sudahlah terpelanting, terkena orang pulak tu!

Laju tangan Husna naik menekup mulut. Terkejut apabila melihat bahagian rambut hadapan sampai ke kemeja putih itu basah lencun. Bahkan, orang itu juga tak berkutik. Jelas dia juga tergamam dengan malang yang baru ditimpa.

Makin rasa nak terkeluar jantung Husna apabila menyedari orang yang terkena simbahan air sabun itu adalah Raf. Mata membeliak luas.

Gulp!

Air liur ditelan. Ya Allah, apa aku dah buat ni?!

Suasana lobi yang riuh terus bertukar senyap. Seolah-olah semua staff dan pelanggan sudah melarikan diri dan buat hal masing-masing, meninggalkan dia dan Cik Suria untuk bertanggungjawab.

Dan-dan Cik Suria melepaskan batang mop itu ke lantai lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seakan menyerah diri.

"Bukan salah saya!" Laju sahaja Cik Suria membela diri. Terpancar riak cuak diwajahnya.

"Puan Husna yang bersalah kerana  pegang baldi tu!"

"Huh?!" Terkejut Husna apabila Cik Suria mula meletakkan semua kesalahan kepada dirinya. Padahal tadi mereka berdua yang sama-sama bermain tarik-menarik. Bila dah jadi macam ini, dia pula yang kena tanggung sorang-sorang? Ini tidak adil!

Terus pandangan Husna beralih ke arah Cik Suria. Mata dijegilkan. Seolah-olah bertanya mengapa Cik Suria menuduhnya begitu. Dan ketika anak mata Cik Suria bergerak-gerak mencerun ke bawah seperti menunjuk sesuatu, kemudian kepala Husna pun menunduk.

Tersedar tangannya masih memegang baldi kosong itu, cepat-cepat Husna melepaskan ia ke lantai. Bergema kuat bunyi hentakan baldi itu. Sangat canggung untuk situasi sekarang.

"Husna..."

Mencanak naik bulu roma Husna apabila namanya mula diseru dengan nada serius dan mendatar. Terus kepalanya berpaling ke belakang memandang Raf yang masih basah lencun. Adakala lelaki itu menarik nafas seolah-olah sedang mengumpul sabar.

Habislah aku! Habislah!

Cermin mata hitam yang basah itu ditanggalkan.  Kemudian Raf mengeluarkan kain napkin berwarna hitam daripada poket seluarnya lalu mula mengilap kaca hitamnya. Malah sepasang mata biru dan hazel masih terarah tajam menikam ke Husna yang sudah tayang muka pucat.

Muka macam tengah tahan geram. Memang tiada benda lain yang terlintas difikiran Husna saat ini selain akan dijerkah. Walaupun Raf adalah suaminya, tetapi sekarang mereka di tempat kerja. Sudah tentulah perkataan suami itu jatuh ke nombor dua buat seketika. Sekarang dia perlu berhadapan dengan Tuan Andikha selaku CEO di sini.

Otaknya tak mampu proses apa-apa buat masa sekarang. Husna hanya mampu menekur pandangan ke bawah penuh dengan rasa bersalah. Tiada ayat untuk membela kesalahan sendiri selain daripada mengaku silap. Ya. Itu mungkin lebih baik.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja." Rayu Husna, agak takut-takut. Dah kalau Raf pandang serupa mahu mencekik lehernya macam mana dia tak takut?

Tapi kenapa Raf cuma diam sahaja?

Bukan buatkan dia makin rasa tenang, tetapi makin bertambah gementar adalah! Kata orang, kalau orang memilih untuk diamkan diri itu maknanya dia sedang pendam kemarahan yang mengamuk di dalam dada. Adakah Raf juga dalam situasi itu sekarang?

"Cik Suria!"

"Ya, Tuan Andikha Rafael bin Tan Sri Raqib Saifullah!" Sahut Cik Suria serupa ahli kadet polis. Siap nama penuh lagi. Tubuh menegak.  Kedua belah tangan elok berada di samping kiri dan kanan tubuhnya. Rapat.

"Kemas bahagian lobi ni." Arahnya serius.

Cik Suria pantas mengangguk kepala tanda menerima arahan. Kan dah cakap, ini memang kerja dia!

"Baik, Tuan!" Akur Cik Suria, tanpa menunggu lama terus batang mop dan baldi kosong di lantai tadi dikutip. Selepas itu terus berdesup lari ke bilik stor mencari alat pengelap lantai automatik untuk mengelap air yang melimpah. Kalau guna mop, sampai esok pun belum tentu kering.

Manakala Husna pula masih lagi tercegat serupa menunggu sesuatu keluar daripada bibir Raf. Kalau Cik Suria ada arahan, dia pun pasti ada juga. Harap-haraplah ada!

"Husna..."

"Ya, Tuan! Eh? Abang... eh? Tu... Tuan abang mungkin?" Entah apa yang dia sedang merepek sekarang pun tak tahulah. Husna menggaru kepala sendiri. Kalau di tempat kerja nak kena panggil apa ya? Tak sempat pula nak tanya semalam.

Kemudian sipi-sipi telinga Husna menangkap suara Raf mengeluh. Alamak, panggilan tadi pun salah juga ke? Barangkali kena panggil semua panggilan yang Raf ada. Tuan Abang Blue Lanun Andikha Rafael, begitukah?

"Ikut abang." Ringkas sahaja arahannya. Garau dan serius. Tanpa menunggu lama, kaki terus bergerak menuju ke lif berhampiran. 

Ikut? Ikut ke mana? Kenapa dia seorang sahaja? Tiba-tiba kaki terasa berat pula untuk diangkat mengekor Raf daripada belakang. Namun, apabila melihat Raf sudah pun berada di dalam lif dengan sebelah tangan menahan pintu daripada tertutup, jelaslah dia tiada peluang untuk melarikan diri.

Lelaki itu akan tetap menunggunya untuk masuk.

Terpinga-pinga Husna berlari masuk ke dalam lif. Setelah berada di sisi Raf, barulah dia melepaskan tangan daripada pintu. Secara automatik ia tertutup rapat dengan sendirinya. Tingkat paling atas ditekan.

Husna seakan tahu ke mana hala tuju mereka selepas ini. Tidak lain tidak bukan, pasti ke bilik kerja Raf. Aduh, agak-agaknya kenapa Raf nak bawa dia ke bilik? Nak bincang sesuatu pasal kerja ke?

"Husna betul-betul tak sengaja tadi. Husna harap abang tak marahkan Husna. Selepas ini Husna janji akan buat kerja betul-betul! Takkan main-main dah!" Husna bersuara, siap mengangkat sebelah tangan tanda berjanji. Lebih baik dia cakap awal-awal sebelum pintu lif ink terbuka. Manalah tahu Raf akan ubah fikiran. 

"Kalau abang fikir nak berhentikan Husna daripada kerja ni, tolonglah jangan... saya seronok buat kerja ni. Staff dekat sini semua baik-baik.  Cakaplah apa sahaja yang Husna boleh buat untuk tebus kesalahan tadi asalkan abang tak suruh Husna berhenti." Ujar Husna penuh rayuan. Siap menyatukan kedua belah tapak tangannya seperti memohon maaf. 

Sekejap Raf menoleh ke sisi memandang Husna yang tayang muka kesal. Dia tidak berkata apa, sebaik sahaja pintu lif terbuka terus kaki menapak keluar. Terhegeh-hegeh Husna mengejar daripada belakang, sama-sama menuju ke bilik yang tertera bertanda CEO di pintu.

"Masuk." Arah Raf, pintu ditolak. Namun mendahului Husna untuk masuk terlebih dahulu. 

Tatkala Husna masih tercegat di hadapan pintu. "Abanglah masuk dulu. Abangkan bos?"

"Yes, but after koupusan."Jawabnya.

Dah kalau begitu jawapannya apalagi yang Husna boleh katakan? Tidak mahu tidak, Husna mendahului dirinya masuk ke dalam. Kemudian barulah Raf ikut daripada belakang.

Pintu ditutup.


















Esok kita bagi chapter panjang sikit😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro