Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

BELUM pukul lapan lagi Iman dah sampai ke hotel tempat berlangsungnya majlis kesyukuran Rumah Kebajikan An Nur. Beberapa orang staf Hariz Holding juga kelihatan. Masing-masing kelihatan segak dan ayu dengan penampilan baju Melayu dan baju kurung. Termasuklah dia. Kurung moden warna turquoise menjadi pilihan.

Mata Iman melilau sekeliling. Beberapa meja VIP kebanyakannya dipenuhi oleh tetamu yang tidak dia kenali.

"Iman, dah lama sampai?" Terasa sentuhan lembut di bahu. Pantas badan dipusingkan. Puan Sharifah tersenyum.

"Umi tak sedar bila Iman sampai. Sibuk kat belakang."

Iman mengukir senyum. Spontan tangan wanita tersebut diciuminya.

"Baru aje, umi. Tak sangka ramai sekali jemputan kali ni." Anak matanya liar memandang sekeliling.

"Ramai yang Iman tak kenal."

"Nanti lepas ni bolehlah kenal-kenal." Puan Sharifah menepuk tangan Iman lembut.

"Majlis kali ni anjuran Adiwira Teguh Berhad. Syarikat milik Datin Sue. Ingat lagi tak?"

"Oh, Datin Sue yang cantik tu, ya? Ingat... Ingat..." Sungguh tak disangka masih ada lagi syarikat besar yang sanggup mengambil bahagian dalam urusan kebajikan. Alhamdulillah.

"Encik Hariz mana? Tak nampak pun." Giliran Puan Sharifah pula memandang sekeliling.

"Kejap lagi sampailah tu kut."

"Kenapa Iman tak datang sekali dengan Encik Hariz aje?"

"Hesy... Umi ni. Rumah kita orang tak sama haluan. Takkan nak suruh Encik Hariz datang jemput Iman kat rumah kut. Seganlah," bicara Iman dengan mimik mukanya sekali.

Puan Sharifah gelak kecil.

"Kalau dah tahu macam tu, Imanlah yang pergi jemput Encik Hariz kat rumah dia."

"Mengarut ajelah umi ni." Iman tersipu malu. Nasib baik majikannya belum sampai. Kalau tak, mahu dia malu setahun apabila diusik macam tu.

"Tak apalah. Janji dia datang. Iman duduk dulu, ya? Umi ada lagi urusan nak kena buat. Penganjur pun belum sampai lagi," tutur Puan Sharifah sebelum berlalu.

Iman melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berhias cantik. Tertera nama Hariz Holding di tengah-tengah meja.

"Bos mana?" Taufik, staf dari bahagian kejuruteraan menegur.

"Entah. Dalam perjalanan kut," balas Iman. Sesekali anak matanya menjeling jam putih di pergelangan tangannya. Haish... Mana pula orang tua ni tak sampai-sampai? Hatinya berkira-kira untuk menghantar khidmat pesanan ringkas kepada bosnya tu.

"Tengok... Penganjur dah sampai." Semua mata tertumpu pada pintu masuk dewan.

"Wow! Tak sia-sia aku datang. Tengok, siapa yang ikut serta?" Zurainah bersuara riang. Iman menjeling. Keliru dengan perubahan perwatakan secara tiba-tiba daripada gadis tersebut.

"The most elegible bachelor in Malaysia!"

"Siapa?" Naif sungguh soalan yang terkeluar dari mulut comel Iman. Nampak sangat dia tak mengikuti perkembangan semasa. Ah... Malu bertanya sesat jalan! Matanya dikecilkan.

"Legasi Dato Ariff dari Adiwira Teguh Berhad." Suara yang tidak asing menerjah di pendengaran Iman. Encik Hariz! Iman terkejut dengan kehadiran bosnya secara tiba-tiba tu.

Dengan sepersalinan baju Melayu biru laut siap bersamping dan bersongkok, bosnya ternyata kelihatan amat... Mmm... Apa perkataan yang sesuai, ya? Tampan barangkali, detik hati Iman. Dengan warna pakaian yang hampir sedondong, berdiri pula sebelah-menyebelah tampak macam berpasangan pula.

"Kacak sangat ke saya sampai awak tenung saya macam tu?"

Serta-merta wajah Iman berbahang. Anak matanya segera dilarikan. Walaupun dia pasti bisikan Hariz tidak sampai ke pendengaran staf yang lain namun itu sudah cukup untuk membuatkannya ingin menyorok di bawah meja. Macam mana boleh kantoi ni? Ketara sangat ke? Erk...

Zurainah menyikunya. Lirikan nakalnya sudah cukup membuatkan Iman berderau. Terasa kelat air liur ditelannya. Cuba dibayangkan gosip yang akan tersebar di pejabat gara-gara CNN tak bertauliah ni. Haru sungguh!

Mata Iman membulat. Terkejut dengan kehadiran legasi Dato Ariff ke meja mereka. Terkejutnya bukan kerana baru pertama kali melihat taikun besar Malaysia tapi jejaka yang berdiri tegak di sebelah Dato Ariff itu sendiri. Macam kenal?

"Hariz, long time no see. How are you?"

"I am good, Dato. Thank you." Huluran tangan antara Dato Ariff dengan Hariz bersatu.

"Dato masih macam dulu. Nampak muda." Hariz berbahasa.

"Datin Sue, how are you?"

"I am fine, Hariz. Thank you. Dah lama I tak jumpa you, kan? You nampak macam dah kurus sikit," sapa Datin Sue Ann ramah. Beliau kelihatan anggun sekali dengan jubah moden rekaan terkini.

"Baik cari orang rumah cepat. Boleh jaga makan pakai you," selorohnya

Hariz tergelak kecil.

"Yes, I will."

Serentak ketawa mereka berpadu.

"Let me guess, ini Zariel Imran, kan?" Hariz merujuk kepada jejaka berbaju Melayu warna merah belacan. Tampak sesuai dengan kulitnya yang putih. Jambu!

"Daddy banyak bercerita pasal Encik Hariz. Baru sekarang dapat bersua muka. Ternyata memang tepat seperti apa yang daddy katakan."

"I harap cerita yang baik-baik saja yang daddy you ceritakan," seloroh Hariz.

"You antara businessman yang amat I kagumi. Zariel memang patut belajar dengan you macam mana nak berjaya pada usia muda."

"I masih lagi bertatih, Dato. Banyak lagi yang nak kena belajar. Lainlah macam Dato. Taikun besar. I yang patut berguru dengan you."

"Ada-ada ajelah you ni, Hariz." Senyuman terukir dari bibir lelaki separuh abad yang berdarah Inggeris. Sekarang baru nampak dari mana anak terunanya mewarisi kekacakan tersebut.

"Iman!" Iman sedikit tersentak dengan teguran Datin Sue Ann. Dia yang sedari tadi diam tak berkutik tersenyum ke arah wanita tersebut.

"Datin." Tangan lembut wanita itu disalami penuh hormat. Segan pula apabila tiba-tiba jadi perhatian.

"How are you, dear?" Tangan Iman digenggam lembut. Gembira hatinya dengan kehadiran gadis itu. Sengaja dipaksa anak bertuahnya ikut sekali. Ada agenda tersembunyi yang direncanakannya dalam diam.

"Alhamdulillah, Datin. Tak sangka dapat jumpa Datin lagi dalam majlis ni." Iman cuba seramah mungkin. Dia sebenarnya agak kekok dengan kemesraan yang dipamerkan oleh Datin Sue Ann.

"You look absolutely gorgeous in this outfit, dear." Pujian Datin penuh makna. Yang macam inilah yang dia cari!

Iman tersipu malu apabila dipuji terang-terangan. Di depan bos dia lagi.

"Biasa-biasa aje, Datin."

"No wonder I macam kenal. You Iman, kan?" Zariel yang dari tadi menjadi pemerhati mula bersuara.

Lidah Iman terkelu. Tak tahu nak jawab apa.

"Kamu dah kenal ke?" Laju aje Datin Sue Ann menyoal. Lagi mudah kerjanya kalau masing-masing dah saling mengenali.

"Haah, mommy. Iman ni satu ofis dengan kawan Im. Adik Encik Hariz. Pernahlah jumpa sekali masa Im ke Hariz Holding dulu."

Iman tersenyum sambil mengangguk. My lift partner! Segan dia apabila bertentang mata dengan jejaka idaman Malaya tu.

"Datin pun dah kenal Iman dulu sebelum I kenalkan." Hariz bersuara. Sesekali matanya mengerling ke arah PAnya yang masih setia di sisi.

"I jumpa dia bulan lepas dekat An Nur."

"I see," tutur Hariz lembut.

"I tak tahu pun yang Zariel kawan dengan Hafiz. Dia pun tak ada mention apa-apa pasal you. Kalau dia tahu you datang majlis ni, I yakin dia pun datang juga."

"Kita orang rapat sejak studi kat UK dulu. Sejak balik Malaysia ni jarang juga jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja," balas Zariel Imran.

"Jadi, you patut selalu singgah kat Hariz Holding lepas ni. Atau mungkin kita boleh joint venture dalam mana-mana projek nanti. What do you think, Dato?"

"Yeah, why not? Since kita dah lama tak bekerjasama, jadi I anggap itu satu peluang daripada Hariz Holding." Dato Ariff masih lagi murah dengan senyuman.

"Assalamualaikum." Puan Sharifah tersenyum.

"Maaf Dato, Datin, Encik Hariz. Saya dekat belakang tadi. Tak sedar tetamu VIP dah sampai." Terpamer riak serba salah di wajah wanita tersebut. Asyik sungguh dia menguruskan kerja di belakang tabir tanpa menyambut kehadiran tetamu penting dalam majlis tersebut.

"Tak apa, Puan Sharifah. Kami pun baru aje sampai. Jumpa sahabat lama dulu." Betapa lega hati pemilik An Nur mendengarkan bicara lembut daripada Dato Ariff tersebut. Terukir senyuman di wajah tuanya.

"Kalau macam tu, boleh kita mulakan majlis sekarang, ya?"

"Boleh... Boleh... Silakan." Legasi Dato Ariff menurut langkah Puan Sharifah ke meja VIP yang telah dikhaskan untuk Adiwira Teguh Berhad.

"Akak tak pernah cerita pun yang akak dah kenal Encik Zariel tu. Bila masa pula dia pernah datang ofis kita? Zue tak perasan pun." Lengan Iman ditarik rapat agar bisikannya tidak didengari oleh sesiapa.

Iman tidak membalas. Sekadar membuat isyarat diam dengan jari telunjuk di bibir. Menandakan majlis sudah bermula dengan bacaan doa daripada wakil anak yatim An Nur. Dia pun malas nak melayan kerenah gadis itu.

Majlis berlangsung dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan daripada Dato Ariff selaku penaja utama majlis sebelum disusuli dengan zikir dan nasyid daripada anak-anak An Nur. Diikuti dengan penyampaian anugerah pelajar cemerlang. Tekun sekali Iman mengikuti setiap atur cara majlis sambil menjamu selera dengan hidangan enak yang disediakan.

Sesekali melayan celoteh teman sepejabatnya yang tidak pernah kekeringan idea untuk berbual. Hariz di sebelahnya kadangkala menyampuk apabila dirasakan perlu. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: