Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

DAHINYA yang berdenyut dipicit perlahan. Matanya dipejam rapat. Otaknya penat dan berat dengan permasalahan baru yang diungkit oleh mommynya siang tadi. Mommy nak kahwinkan dia? Biar betul! Ada lagi ke kahwin paksa pada zaman milenium ni? Kenapa mommynya yang moden boleh berubah menjadi ortodoks dalam bab nikah kahwin? Ke sebab dulu pun dia kena kahwin paksa dengan daddy? Aduh!!! Makin berdenyut kepalanya ni. Nak demam pun ada.

"Mommy nak Im kahwin bukan apa, tak lama lagi mommy kena ikut daddy balik Australia. Jadi, kalau boleh mommy nak Im ada isteri yang boleh jaga makan pakai, sakit pening nanti. You know how much I care about you, right?" Datin Sue Ann memegang bahu anak sulungnya yang kelihatan stres.

"Mom, Im dah dua puluh lima tahun. Im tahu jaga diri. Mommy janganlah risau."

Datin Sue Ann mengelus rambut anak terunanya. Iras suaminya jelas pada wajah yang tegang tu. Dia serba salah. Kalau bukan kerana terpaksa kembali ke tanah air suaminya, dia tidak akan memaksa begini. Kemungkinan dia dan suaminya akan bermastautin di Australia buat sementara waktu. Demi mentua, dia mengalah. Suaminya dipanggil pulang untuk urusan yang tidak pasti bila selesainya.

Tapi itu bukan penyebab yang sebenar. Telinganya hampir bernanah apabila orang sekeliling menjaja cerita perihal anak terunanya berpeleseran dengan model seksi yang dikenalinya tu. Memang sudah sedia diketahui teman wanita anaknya itu. Telah beberapa kali berkunjung ke banglonya. Tapi gaya dan caranya amat tidak disenangi. Baginya terlalu moden hingga kadang-kadang dia mengurut dada apabila melihat pakaian yang dikenakan di tubuh. Suaminya pun sampai naik juling dibuatnya!

"Sebab Im dah besarlah mommy suruh kahwin. Kalau jadi apa-apa kat mommy lepas ni, sekurang-kurangnya mommy pergi dengan tenang." Datin Sue Ann buat muka monyok.

"Mommy, tolonglah... Im tak bersedia lagi. Aalia pun belum bersedia. Kami tak pernah bincang pasal ni."

"Kalau begitu, cari yang lain!"

Mata Zariel membuntang. Terkejut dengan usul mommynya.

"Mommy tahu kan sejauh mana hubungan Im dengan Aalia, kan? Macam mana mommy boleh suruh Im cari orang lain? Mengarutlah!"

Datin Sue Ann menghela nafas. Matanya dipejam kejap. Cuba membayangkan Zariel Imran dengan Aalia dan keturunan mereka. Tidak mahu anaknya hanyut terlalu jauh. Walaupun dia dan suami bukan alim sangat, sekurang-kurangnya dia mahukan yang terbaik buat anak cucunya nanti.

Datin Sue Ann bangun sambil membelakangi anaknya.

"Mommy tetap mahu Im kahwin. Tak kira macam mana sekalipun."

Zariel turut sama berdiri.

"Mommy..."

"Mommy bagi kelonggaran untuk Im." Datin Sue Ann kembali menghadap wajah kelat anaknya.

"Mommy izinkan Im kahwin dengan Aalia tapi dengan syarat dia tinggalkan dunia modeling dia dan ubah penampilan."

Aduh! Zariel menggaru kepala. Terbayang reaksi Aalia kalau diungkitkan hal ini. Mati hidup semula belum tentu wanita itu sanggup korbankan cita-cita dan kerjayanya sebagai model.

"Kalau tak?"

"Mommy akan cari seseorang untuk Im." Selamba Datin Sue Ann menjawab. Umpama kuasa veto di tangannya.

"Apa?"

"Mommy betul-betul serius ni. Mommy bagi tempoh sebulan. Titik!"

Arghhh!!! Zariel meraup muka dengan kasar. Mengharapkan ketegangannya berlalu pergi. Masih tergiang-ngiang setiap patah bicara mommynya siang tadi.

Otaknya ligat memikirkan strategi memujuk buah hatinya. Dia tahu betapa keras dan tegasnya pendirian Aalia. Bukan tak pernah dicubanya. Sudah banyak kali namun tidak pernah berhasil. Mungkin dia tidak bersungguh. Hanya berserah saja. Dengan harapan suatu hari Aalia akan berubah. Sampai bila dia nak kerja tayang tubuh di atas pentas dan majalah?

Mungkin dia perlu lebih tegas. Mereka saling mencintai. Takkan Aalia sanggup biarkan dia kahwin dengan wanita lain sedangkan dia sendiri pun tidak rela. Aalia mesti boleh berkorban demi masa depan bersama. Dia lebih daripada mampu untuk menyara Aalia. Malah, dia boleh beri tiga kali ganda daripada apa yang diperoleh daripada setiap tawaran yang Aalia dapat. Senyum tipis terukir di bibir Zariel. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: