Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

SUDAH seminggu dia menjadi tunangan orang. Kini kembali menjalani rutin hariannya di pejabat. Seminggu jugalah hatinya bersarang dengan pelbagai persoalan. Zariel langsung tidak menampakkan muka. Jangan kata nak menjengahnya, telefon pun jauh sekali.

Tangannya menggaru kepala yang tak gatal. Lantak dialah! Dia diam, aku diam jugalah.

Seketika kemudian, pintu bilik Hariz dibuka dari dalam. Dua beradik tersebut terjengul di muka pintu. Masing-masing menghala pandangan ke arah Iman yang kelihatan berkerut.

Iman membalas renungan mereka bersilih ganti. Bersedia untuk mendengar arahan seterusnya daripada bos-bosnya itu.

"Iman, awak dah siapkan dokumen untuk mesyuarat dengan Panglima Holding?" Hariz bersuara.

"Sudah, Encik Hariz." Dengan penuh yakin sekali kedengaran jawapan yang keluar dari bibir mungil Iman. Dokumen yang dimaksudkan oleh bosnya sudah sedia di tangan.

"Bagus. Kita gerak sekarang. Saya ambil beg kejap." Majikannya kembali menghilang ke dalam bilik.

Iman menghulurkan beberapa dokumen kepada Hafiz. Mesyuarat kali ini cuma melibatkan antara Hariz dengan adiknya, Hafiz Ammar. Jadi, dia tidak perlu ikut seperti kebiasaan.

"Hari ni Kak Iman kena ikut bos. I nak kena attend another site meeting dekat Kuala Langat. Urgent case," ujar Hafiz selamba.

"Wish you luck," ucapnya lagi bersama sengihan nakal. Langkah diatur laju sebelum sempat Iman membalas apa-apa.

Hanya keluhan dilepaskan. Baru berangan nak bersantai-santai! Huh!

"Jom." Hariz muncul. Tanpa menunggu PAnya, langkah kaki diatur menghala ke pintu keluar.

Terkocoh-kocoh Iman mencapai beg tangannya dan berlari-lari anak cuba menyaingi langkah bosnya yang sudah agak jauh di depan. Semput!

Perjalanan yang memakan masa dua puluh minit dengan kesesakan sederhana membawa mereka ke bangunan gah milik Panglima Holding.

Buat ke sejuta kalinya, terbit rasa kagum dalam hati Iman melihatkan wajah tenang Hariz. Dia tahu mesyuarat kali ini agak besar impaknya. Hampir sebulan lamanya diperhatikan betapa tekunnya lelaki tersebut menyiapkan proposal untuk pembentangan pada hari ini. Kertas kerja yang bakal menentukan untung nasib dalam merebut tender pembinaan lebuh raya di beberapa negara Asia yang bernilai RM300 juta. Persaingan sengit dengan satu lagi syarikat bumiputera yang masih tidak diketahui.

"Encik Hariz yakin kita boleh dapat tender ni?" Soalan yang keluar dari mulut Iman memecah kesunyian dalam lif yang menghala ke tingkat 17.

Hariz tersenyum tipis.

"Insya-Allah. Yakin dengan Allah. Itu semua perancangan-Nya. Kita sudah berusaha sedaya kita. Andai ditetapkan tender itu milik kita, alhamdulillah. Sekiranya tiada rezeki, kita terima dengan hati terbuka. Itu adat dalam apa jua persaingan. Mungkin usaha kita belum cukup kuat. Jadi, pada masa akan datang kena usaha lebih lagi."

Terukir senyuman di bibir Iman mendengarkan jawapan ringkas dan padat daripada bosnya tu. Patutlah dia bersikap tenang dalam segenap hal. Penting untuk kita berfikiran positif!

Pintu lif terbuka, dengan lagak gentlemen, Hariz memberikan laluan kepada Iman sebelum dia membuntuti dari belakang.

Ruangan pejabat yang berdekorasi mewah dan cantik kelihatan sunyi. Kelihatan dua, tiga orang pekerja sahaja. Mungkin bahagian operasi berada di tingkat bawah. Tingkat 17 hanya untuk pegawai atasan termasuklah pemilik Panglima Holding, Tan Sri Aziz Aktar.

"Selamat pagi." Hariz menegur seorang perempuan muda bersanggul tinggi dan berblaus merah hitam yang agak seksi.

"Selamat pagi." Senyuman manis terbit dari bibir bergincu merah menyala tu.

"Encik Hariz Akmal, kan? Dari Hariz Holding?"

Hariz mengangguk kecil. Turut membalas senyuman wanita cantik tersebut.

"Masih ingat I lagi rupa-rupanya."

Iman sekadar memerhati. Bosnya sudah beberapa kali ke sini. Sebab dia yang selama ni menguruskan janji temu antara Hariz Holding dengan Panglima Holding.

"Haruslah I ingat." Ai... Gedik semacam aje.

"Jom. Tan Sri dah tunggu."

"Am I late?" Hariz berubah riak. Iman turut berkerut. Seingat dia mesyuarat pukul 11. Sekarang baru 10.35 pagi. Ke dia salah set masa? Hesy... Mampus! getus hati kecil Iman. Cuak pun ada.

"Eh, taklah. Kebetulan semua awal hari ni. Mesyuarat pukul 11, but since you and the other company dah sampai, jadi Tan Sri fikir dia boleh mula awal."

Fuh! Lega siot! Iman menghela nafas. Ingatkan tadi salah daripada pihak dia.

Masing-masing membuntuti langkah wanita itu. Pintu bilik yang tertera Meeting Room ditolak.

"Wakil Hariz Holding dah sampai, Tan Sri."

Hariz melangkah masuk setelah diberi isyarat oleh wanita jelita tersebut. Iman masih lagi setia mengikut langkah bosnya.

"Assalamualaikum, Tan Sri." Kedua-dua taikun bertemu. Salam bersambut.

Iman turut menyambut huluran tangan Tan Sri Aziz.

"How are you, Tan Sri?" Dia sekadar berbahasa.

"I am fine, Iman. Thank you," balas Tan Sri mesra.

"You tetap setia dengan bos you, ya? That is good," usik tokoh korporat yang sudah agak berumur itu. Namun masih tetap kelihatan segak dengan dengan penampilan yang berkarisma.

"He is the one and only boss for me, Tan Sri." Mahu kembang setaman Hariz mendengarnya.

Ketawa kecil terletus.

"Beritahu I berapa Hariz bayar gaji you? I sanggup bayar triple kalau you sanggup jadi PA I."

Iman tersipu.

"Well Tan Sri, I rasa tawaran tu tak berbaloi because I had a better offer for her." Jawapan yang keluar dari mulut Hariz agak selamba. Pandangan matanya dihala ke arah PAnya yang berdiri tidak jauh dari situ.

Wajah Iman mula kemerah-merahan. Segan pula dia nak membalas pandangan mata majikannya. Hesy... Jangan nak macam-macam! Amaran buat hatinya yang sedang berlari laju. Ini salah satu sebab kenapa dia malas untuk mengikut bosnya menghadiri mesyuarat. Pasti dia menjadi bahan. Segan dan malunya kadang-kadang berbakul.

"Mmm... I rasa macam dah dapat agak. Well, what to say?" Keluhan kecil dilepaskan.

"I am just kidding, Iman. Don't take it serious, okay?" Tan Sri Aziz berseloroh.

Iman menzahirkan senyum tipis. Sabar ajelah. Namun tiba-tiba senyumannya mati. Jantungnya kembali memecut laju. Darahnya berderau seumpama melihat hantu. Nafasnya terasa sangkut. Dia? Ibu, adik nak balik!

"Kenalkan, pewaris Adiwira Teguh Berhad, Zariel Imran."

"Mmm... Tak sangka boleh jumpa kat sini," tegur Hariz. Masih lagi dengan wajah mesra rakyat dia tu.

"Rupa-rupanya kita berdua bersaing dalam tender ni. Tak sangka betul."

"Yeah, me too. What a surprised!" Matanya tajam merenung Iman yang kaku di sebelah saingannya.

Iman menelan air liur. Terasa kelat. Dalam maknanya tu! Serba tak kena rasanya. Huluran tangan Zariel Imran disambut berat. Takut dia memandang wajah dingin dengan pandangan tajam daripada lelaki itu.

"Masing-masing dah saling mengenali, jadi I tak perlulah bercerita panjang lebar lagi." Suara Tan Sri Aziz mengembalikan Iman kepada dunia nyata.

"Shall we start now?"

"Sure." Suara Zariel Imran dan Hariz berpadu. Masing-masing mengukir senyum.

Iman mengambil tempat di sebelah bosnya. Betul-betul berhadapan dengan kedudukan Zariel Imran. Aduh! Untuk tempoh dua jam yang akan datang, dia terpaksa bertahan dalam situasi yang menyesakkan nafas. Terasa ingin bersembunyi dalam kot Hariz. Biar lelaki itu tidak dapat merenungnya lagi. Jangan salahkan aku, salahkan mommy yang datang pinang aku! jerit hatinya.

"Are you okay, Iman?" Hariz separuh berbisik hampir ke telinganya. Risau dia melihatkan wajah PAnya yang tiba-tiba berubah pucat. Sakit ke?

"Errr... Yes. Emmm... I am okay," jawab Iman gugup. Seboleh-bolehnya dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan jejaka di hadapannya.

"Nervous sikit. Tender tiga ratus juta kut!" Iman cuba berseloroh.

Ternyata kata-katanya mengundang ketawa kecil dari mulut Hariz.

"Insya-Allah. Kita cuba dulu."

Pembentangan berlangsung dengan rancak. Syarikat Adiwira Teguh Berhad yang diwakili oleh Zariel Imran merangkap tunangnya secara tak langsung dan orang kanannya memulakan seisi pembentangan. Tunang? Sejak bila pula mengaku ni? Kertas kerja dibentang dengan setiap poin diulas penuh yakin. Dalam diam Iman turut kagum dengan gaya karismatik yang ditunjukkan oleh tunangnya itu.

Tidak sedar berapa lama matanya terpaku kepada jejaka di hadapannya. Memang tidak dinafikan kelebihan dia dari segi paras rupa, namun bukan itu yang mencuit hati kecilnya. Aura di sebalik wajah kacak itu yang mengundang keasyikannya. Hesy!

"Adiwira Teguh akan memberi seratus peratus usaha, tenaga, keupayaan dan komitmen kepada projek ini sepertimana projek-projek mega kami yang lain." Dengan raut wajah penuh keyakinan, pewaris syarikat konglomerat Malaysia itu bersuara.

"Sepertimana Tan Sri sedia maklum, track record kami sebelum ini tidak pernah menghampakan mana-mana pihak dan kami yakin dua ratus peratus, kami mampu melaksanakan projek ini dengan lebih baik," sambung Zariel menamatkan pembentangannya hampir sejam dengan penuh yakin.

Jantung Iman kembali memulakan larian yang tidak menentu apabila menyedari pandangan tajam milik Zariel menikam anak matanya. Mata hazel lelaki itu merenungnya umpama dia telah melakukan kesalahan besar. Ibu, adik nak balik!!!

Tan Sri Aziz Akhtar kelihatan mengangguk perlahan. Sesekali tangannya membelek helaian proposal syarikat Adiwira Teguh di depannya.

"Mmm... Meyakinkan sekali. Well, you are a great businessman to be, Zariel. Like father like son." Senyuman terukir di wajah tua lelaki itu. "

"Thanks, Tan Sri." Zariel menundukkan sedikit kepalanya sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi yang betul-betul berhadapan dengan tunang yang tidak diiktirafnya. Entah kenapa semenjak diketahui wanita tersebut yang menjadi pilihan mommynya, hatinya seakan-akan membeku. Layanannya dingin walhal dia dengan Iman saling mengenali walaupun pertemuan di antara mereka sebelum ini hanya kebetulan.

Memang tidak wajar dia beraksi sebegitu sedangkan Iman juga tersepit dengan permintaan keluarga, namun egonya bertindak mendahului akalnya. Jelas terpancar riak tidak keruan di wajah wanita tersebut tiap kali ditenung tajam olehnya. Bukan sengaja nak bermain mata, sekadar mencari kelebihan wanita itu yang selalu dipuji oleh mommynya. Dia masih tidak nampak apa-apa melainkan kelebihan daripada umur! Walaupun angka tersebut dapat disembunyikan di sebalik wajah polos keanak-anakkan dengan calitan mekap tipis itu.

Wajah yang selalu merona merah apabila ditenung itu yang agak mencuit hatinya sedari awal perkenalan mereka. Tidak lebih daripada itu! Dalam hatinya masih dipenuhi dengan cinta Aalia. Argh... Aalia lagi! Gadisnya yang hilang tanpa berita demi mengejar cita-cita. Dia rindu! Dia marah! Dia sakit hati! Semua bercampur baur.

Sedang hatinya asyik bermonolog sendiri tanpa sedar dia telah kehilangan separuh masa pembentangan pihak lawan. Fikiran kembali ke alam nyata apabila lengannya ditepuk oleh juruteranya yang datang bersama. Terkebil-kebil dia sekejap apabila perasan semua mata tertumpu kepadanya. Dia sekadar batuk-batuk kecil untuk menutup rasa segan yang bersarang dalam hatinya.

"Jiwa anak muda. I faham." Tan Sri Aziz ketawa kecil. Merujuk kepada tingkah Zariel yang sedari tadi diperhatikannya yang asyik merenung PA kepada sahabat perniagaannya sampai tak senang duduk wanita jelita itu dilihatnya. Diakuinya aura yang ada pada Iman sedikit sebanyak mampu menarik perhatian lelaki termasuk dia sendiri.

"I pernah lalui zaman you dulu."

Iman rasa ingin menyorok bawah meja. Wajahnya tebal berinci rasanya. Sedari tadi hatinya tidak keruan dengan tingkah jejaka di hadapannya dan sekarang kantoi pula dengan Tan Sri. Tidak sanggup rasanya terusan menjadi bahan. Apatah lagi terpandangkan renungan daripada Hariz yang sukar dimengertikan. Dia sedar pandangan mata bosnya bersilih ganti antara dia dengan Zariel. Saya tak salah, bos! jerit Iman dalam hati. Bibir diketap!

Zariel membetulkan duduknya. Macam mana boleh kantoi ni? Matanya saja yang tertumpu pada wanita itu sedangkan otaknya menerawang ke lain! Senyuman sinis daripada Tan Sri seakan-akan menyindirnya dan pandangan daripada Hariz kepadanya agak berlainan mewujudkan persoalan dalam benaknya.

"For your info Zariel, Kak Iman will be my future sister in law." Teringat gurauan Hafiz kali pertama dia mengunjungi Hariz Holding. Hariz dengan Iman?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: