Bab 9
HARI ini hari jumaat. Seperti yang diplan oleh Mira dan Ammar, kita akan tengok wayang sama sama weeehee! Dah lama tak tengok skrin besar tu.
Sudah lebih sejam aku tunggu kedatangan mereka. Aku melihat jam aku. Jam sudah menunjukkan hampir 2.00 pm. Mana diorang ni?
...
"Weyh lama betul boyfriend dia ni" Mira yang memakai baju hitam, topi hitam dan mask hitam berbisik kepada Ammar yang juga berada disana bertapuk disebalik dinding.
"Kita beritahu je lah Rasya perkara yang benar. Kesian dia tunggu lama lama"
"Kau jangan macam macam, kita tunggu je lah. Aku nak jugak tengok boyfriend dia. Dari suara dah tahu dia kacak tau, perghh. Lucky her"
Ternampak seorang lelaki bertopeng menghampiri Rasya.
"TU DIAA!" Jerit Mira. Ammar cepat cepat menutup mulut Mira menggunakan tapak tangannya.
...
'Eh, tu macam suara Mira.' Ucap ku dalam hati. Aku mencari kelibat Mira. Hmm tak ada. Salah dengar kot.
Tiba tiba, ada seorang lelaki duduk dihadapanku. Bertopeng dan berkaca mata hitam.
"Maaf saya lambat" ucapnya. Aku pelik, dia ni salah meja keee..jangan jangan..
"PENCURII!" Jeritku sambil berdiri. Lelaki itu terus membuka topeng dan kaca mata nya dengan kelam kabut.
"Tak tak tak, ini saya Adam. Sorry sebab pakai mask ni. Saya tak nak orang nampak saya" Lagi lah aku pelik kenapa jembalang ni berada dihadapan ku. Aku duduk dengan perlahan
"Ke-kenapa awak dd-dekat sini?" Gagapku.
"Eh bukan ke awak yang ajak saya ke sini? Habis bersayang sayangan pulak tu" kini, Tengku Adam pulak yang mengerdutkan dahinya.
Aku menarik nafas ku dalam dalam. Bila masa pulak aku bersayang sayangan dengan mamat ni? Bila pulak aku ajak dia pergi mall? Ni mesti kerja Mira dan Ammar.
Aku mencari kelibat mereka. Mesti diorang bertapuk somewhere here.
"Awak cari siapa?" Tanya Tengku Adam. Aku hanya melihatnya dengan muka yang bengang.
"Aaa, err, tak ada sesiapa" Aku selangi kata kataku dengan tawa kecil. Huh, macam mana ni? Aku membetulkan tudungku yang tidak senget. Awkward!
"Errr awak, saya sakit perut lah, saya pergi toilet dulu ya?" Dengan cepat sekali aku meninggalkan tempat itu dan menuju ke toilet. Aku mengeluarkan handphone ku.
Me:
'MIRA MIRA MIRA! Explain dekat aku sekarang!'
Offline.
Aku menjelingkan mataku beberapa kali. Budak ni memang nak kena!
Aku cuba untuk call Ammar,
'Ringg ringg-'
Kedengaran bunyi telefon Ammar tetapi ianya segera ditutup. Tengok?! Ni mesti kerja mereka berdua. Nanti korang!
Aku mendailnya lagi sekali. Sekarang perempuan pula yang jawab. 'Nombor yang anda dail..' hemeh, hambik kau!
"Ermm, Rasya, what are you doing here?" Tengku Adam berada dihadapan pintu. Cepat cepat aku menyimpan telefon aku di dalam pocket
"A-Apa yang apa? Saya baru je habis guna toilet. Awak tu yang buat apa dekat sini?"Tanya ku semula dengan riak wajah terkejut atas kehadirannya.
"Hmmm" Tengku Adam memasuki toilet setapat demi setapak dengan senyuman menggoda. Dia nak buat apa dengan aku?
Aku melangkah kebelakang setapak demi setapak mengikut rentak Adam.
"Awak jangan macam macam. Saya jerit ni" Larangku sebelum apa apa terjadi. Aku melangkah kebelakang hingga badanku terkena dinding.
Tengku Adam menghampiriku dengan perlahan dan meletakkan tangan ditepi mukaku.
"Jangan lah dramatic sangat! Awak ni banyak tengok drama agaknya" ucap ku acuh tak acuh. Takut apa apa terjadi sebenarnya. Dah lah masuk jamban perempuan!
Dia berhenti dan ketawa. Aku tengok dia dengan pelik.
"You'll know bila awak keluar nanti" Dia memasuki pintu toilet dengan tawa. Aku disana masih berdiri terpaku. Aku ke dia yang salah ni? Aku berlari menuju pintu.
Ternampak tanda orang tanpa skirt dipintu. Mukaku merah membahang
"Ya Allah Rasyaaa.. Apa kau dah buat nii!!! Memalukan diri betullah. Mana aku nak simpan muka?" Aku menutup wajahku dengan kedua dua belah tanganku. Miraaaa, Ammar!! Ni semua salah korang !
Hatiku sudah mula panas. Aku mencari kelibat mereka dengan bersungguh sungguh. Bawah meja orang, disebalik oranng, belakang tabir, biarlah orang nak kata aku gila ke apa. Aku nak korek korek hidung dua beradik ni!
"Hoi Mira, Ammar, keluar cepat!" Jeritku. Pelanggan sudah mula tidak selesa. Aku tak kira! Aku nak Mira dan Ammar juga.
Aku cari dan cari dan cari lagi dengan bersungguh sungguh. Geram tahu tak!
"Hey, boleh tak u diam? Bising lah. Mahu pecah telinga i dengar. Memang perempuan macam u ni tak ada adab eh?" tegur seorang perempuan. Eheyheyhey, sedapnya mulut. Tak ada adab dia kata? Perempuan tak cukup kain!
"Excuse me? Mulut tu jaga sikit eh. Yang tak ada adab tu 'u'" aku menekan perkataan 'u'. Ugh i u , i u , tapi perangai tak ayu.
"Mummy u memang tak jaga u elok elok eh? Ke mummy u pun sama je macam u? Perempuan kampung! Tak ada style betul" ucapnya. Dahlah darahku naik disebabkan Mira dan Ammar. Ni pulak nak layan perempuan tak cukup kain ni? Alahai Mira, Ammar, kesiankanlah temanmu ini.
"Kalau kau nak hina aku, kau hina aku je. Jangan hina mak aku kalau kau taknak tumbukan kameh kameh ha aku"
Perempuan itu menjelingku.
"You deserve this. Dasar budak kampung" Dia menggenggam secawan air Oren dan menuangnya dikepalaku.
Aku terkejut. Terpaku. What just happened?
Perbuatannya diselangi dengan tawanya dan kawan kawannya.
Aku masih membatu disana. Ingin menangis pun ada. Ibu, mana ibu? Semua orang jahat. Air mataku mengalir
"Sofea! What have you done?!" Jerit seseorang dari belakang.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro