Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

AKU tengok satu per satu sinopsis buku yang tersusun rapi di rak buku popular. Sekarang tengah sale, beli 3 untuk RM50 sahaja. Jadii, ayo kita borong noveel.

"Cerita ni common sangat, boring la" komen ku dan mengambil buku yang lain.

"Hmmm nampak seronok. Tapi, dramatic lah" Mira tengok aku dengan muka menyampah.

"Kau ni boleh tak pilih je buku apa saja. Dah dah lah tu judge the book by its cover. Baca dulu isi kandungannya. Manalah tahu seronok? Dah nak sejam aku berdiri sini tengok kau pilih pilih tahu tak? Satu buku pun belum dapat lagi. Dahhh ambil je apa yang kau rasa seronok" bebel Mira. Aku hanya menggoyangkan mulutku, saja nak buat angin dia naik.

"Kau ni kan!" Mira membuat gaya ingin menumbukku. Aku tidak mengendahkannya. Aku tahu Mira tak berani huehue

"Kalau ikut kan hati, dah lama tau kau terbang jauh di angkasa. Macam dalam cartoon tu lah"

Tiba tiba telefon Mira berbunyi. Mira mengankatnya dan pergi jauh dariku untuk menjawab panggilan itu.

Aku sambung membaca sinopsis pada belakang buku tersebut. Haih, ambil je lah 9 buku random. Aku mengambil satu persatu dan menangkatnya ke cashier dengan tangan yang penuh.

"RM150" ucap perempuan itu. Aku mengeluarkan not RM150 dan wang bertukar tangan.

"Plastic ada tak?" Tanya ku. Yelah takkan lah aku nak bawa semuani pakai tangan je. Berat tau!

"Maaf cik, hari ini kita tidak provide plastic to raise awareness regarding the marine creatures." Jelasnya. Aku hanya mengangguk. Tak apa lah, nasib parking dekat je

Mira mendekati ku, "Rasya, sorry, aku kena pulang sekarang. Ammar tu ha membebel penat jaga kedai seorang" katanya dengan nada rasa besalah

"It's okay, lagipun aku dah habis beli ni. Nak terus balik je" Beritahuku.

"Ya ampun, banyaknya kau beli Rasya!! Macam mana kau nak bawa semua ni? Betul ke okay? Tak nak aku tolong?" Pelawa Mira.

"Eh tak payah lah, kesian Ammar tunggu kau. Sikit je ni. Parking aku tak lah jauh sangat.." tolakku. Mira hanya mengangguk dan pergi meninggalkanku. Aku mengangkat kesemua buku menggunakan tanganku. Yelah, takkan pakai kaki pulak.

Ya Allah berat nya. Dengan perlahan sekali aku berjalan.

'BUK' badanku dilanggar orang dan semua buku yang aku pegang terjatuh dilantai.

"Astaghfirullahaladzim" aku mengutip buku buku yang berjurit dilantai satu per satu. Aku melihat atas terhadap lelaki itu mohon ditolong.

Lelaki itu hanya melihatku dan terus lagi meninggalkanku dengan muka yang serius. Tidak ada satu senyuman pun yang diberikan.

Oh my god, what was that? Geram nyaa!!! Dah lah langgar orang, sorry tak ada, nak tolong pun tak ada! Eeeeee bunuh kang!

Aku mengangkat semula kesemua buku tadi dan menghentakkan kaki ku dengan kuat meninggalkan tempat itu. Annoying sangat! Geram! Sepelik pelik jembalang tu, lagi pelik mamat ni tau ! Eeerr

***

Azhar duduk berseorangan di restoran italian. Dia order carbonara cheese penne, serta lasagne dan minuman honeydew juice. Ditambahpula dengan dessert, blueberry cheese cake kegemaraannya.

Dia mengelap sudu dengan garfu dengan sapu tangan yang sentiasa berada di pocketnya. Dengan rapi dia menguap sesudu lasagne kedalam mulutnya.

"Babyy.." Datang seseorang berbaju hitam paras lutut dari belakang dan duduk dihadapan Azhar tanpa keizinan Azhar. Azhar tidak menghiraukan kehadirannya. Dia focus memakan makanannya.

"Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Tanya waiter disana.

"a glass of water please. " Ujar perempuan itu. Waiter itu mengangguk dan pergi kedalam untuk mengambilkan perempuan itu segelas air.

"Babyy, nak sikit boleh tak" Pinta perempuan itu sambil membuka mulutnya. Sikit pun Azhar tidak pelayan perangai perempuan yang duduk dihadapannya.

"Babyyy, layan lah I. You nak I bagitahu nenek you eh?" Ugut perempuan itu.

"Sofea, aku pernah warning kau, jangan kacau aku lagi." Azhar.

"Alah, tapi-" Kata kata Sofea tersekat apabila Azhar mula meruah pocketnya.

"Babyy, jangan lah. I make up cantik cantik ni untuk you jugak" Sofea merayu. Sudah lebih dari 10 kali agaknya muka nya disembur makeup removal. Habis malu dibuatnya.

"Jangan. Panggil. Aku. Baby. Muak lah aku dengar" Marah Azhar.

"Tapi baby-"

'fush' Muka Sofea selamat disembur makeup removal. Makeup removal ni memang selalu ada dipocket Azhar. As a safety precaution untuk orang yang gedik macam Sofea ni. Cuma Sofea je tak habis habis , belum give up lagi.

"Apani?!" Jerit Sofea. Habis luntur makeup yang dipakainya.

Azhar meninggalkan RM200 diatas meja dan terus meninggalkan tempat itu dengan laju sekali. Sofea yang sedar dirinya ditinggalkan mula mengejar Azhar.

"Babyy, tunggu lah. Sampai hati you kan" Katanya dari belakang. Azhar hanya meneruskan perjalanannya tanpa menoleh kebelakang.

'BUK' tiba tiba dia terlanggar seseorang yang membawa novel yang banyak. Dia hanya tengok dan terus lagi meninggalkan tempat itu. Dia melihat jam tangannya yang berwarna hitam yang diberikan oleh mamanya 12 tahun yang lalu. Masih lagi dipakainya.

Dia terus menuju ke rumahnya dengan kereta hitam miliknya.


Uuuuuu siapa Azhaaaar??
Vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #coklet#kek