Bab 7
RASYA berada ditangan Tengku Adam.
'Fuh nasib baik sempat tangkap' Keluh Tengku Adam. Keluar keluar je dari jamban terus singa gemuk ni pengsan, penakut betul.
Yang dia takut ni apa? Tengku Adam melihat sekeliling. Tak ada orang pun.
Hmmm macam mana ek? Tinggalkan dia kat sini ke angkat ke kedai? Nanti angkat tak elok jugak. Tapi tak ada lagi orang selain aku disini.
Tengku Adam mengambil keputusan untuk mengangkat tubuh kecil Rasya perlahan lahan menuju ke kedai
"Allahuma, berat betul singa ni. Badan kecil tapi berat ya?" Bergegar kaki Tengku Adam mengangkat Rasya.
Makcik ni kalau dia tutup mata comel jugak ye? Tenaaang je , tak bebel bebel. Dengan bulu matanya yang lebat dan panjang secara semula jadi.Tapi yang peliknya, dia bebel pun comel jugak.
***
AKU membuka mataku perlahan. Okaaay... kenapa kaki aku tidak menjejak lantai? Okaaay... kenapa mamat ni mengangkat aku? 1..2..3!
"AAAAAAHHHHH!" Jeritku sambil mengoyangkan badan ku. Tengku Adam terkejut dengan tindakanku. Dengan sekelip mata badanku dijatuhkan di atas lantai.
"AAAAAAAAAAHHHHHHHH!!!!" Jeritku 3x ganda. Sakit tahu tak badan aku?!
"Ya Allah? Rasya? Awak okay taaak?" Tengku Adam terduduk dilantai. Serius, dia tidak berniat untuk buat sedemikian. Terkejuut!
"Awak tanya saya okay? Memang tak lah saya okay! Ini semua sebab awak tahu tak? Saya suruh awak nyanyi ,awak diam separuh jalan. Awaak manaaa?" Ucap ku sambil menangis ketakutan. Tengku Adam menggaru kepalanya.
"Errr, awak jangan lah nangis, saya sorryy sesangat. Saya diam bukannya apa, sebab saya push push lahh bertarung nyawa nak lahirkan baby. Sorry lah awaaak" Jelas Tengku Adam dengan pipi yang merah. Ingat tak malu ke cakap macam tu depan Rasya? Malu lah alaahaaai
"Habis tu yang tengok saya dari jauh tu siapa?" Tanya ku
"Baaaaa!" Kejut seseorang yang menggunakan topeng dari belakang.
"Eh mak kau!" Telatah ku. Ammar membuka topeng yang baru dibelinya dari mall.
"It's me, Ammar Raziq" Dia senyum. Nampak sedikit riak wajahnya itu tidak seikhlas seperti sebelumnya.
"Kenapa kena takutkan akuuu??? Sampai hati kau kan? Mana Mira?" Tanya ku terus.
"Mira terjumpa kawannya dekat mall tu, sebab itu dia sambung dan suruh aku balik terlebih dahulu." Jelas Ammar. Aku hanya menganggukkan kepalaku
"Kau tak nak balik je? Rehat kat rumah. Mesti penat kan? Biar aku je yang sambung kerja kau" suruh Ammar lembut sekali. Aku menggaru kepalaku memikirkan jika aku harus sambung atau balik.
"Hmm, okay lah, aku balik je lah"
"Saya hantar" Tengku Adam.
"Aku hantar kau" Ammar.
Serentak. Aku melihat mereka berdua.
"Aaaaa, tak apa, saya boleh jalan kaki je. Tak pun pakai grab. Terima kasih" Tolakku. Rasa pelik pulak bila kedua duanya volunteer nak hantar aku balik. Baik aku jalan sorang je. Mereka berdua hanya akur. Aku menyusun semua barang aku dan call grab untuk hantar aku balik.
***
'Huuh' Ammar mengeluh sendirian. Sebenarnya dia yang suruh Mira stay dekat mall sebab dia ada plan nak buat untuk Rasya sebelum dia berangkat pergi ke UK.
Teringat peristiwa tadi,
'"Rasya mesti suka, aku surprise kan dia begini. Tak sabar nak bagitahu aku dah lama suka dia" ucap Ammar dengan teruja. Dia memakai mask berwajah hantu dan meletakkan bunga dibelakang badannya.
Ammar memasuki kedai itu dengan perlahan. Rasa pelik jugak apabila tanda bertukar menjadi 'closed'. Ammar teruskan sahaja perjalanannya.
"Itu dia Rasya" ucapnya apabila ternampak Rasya berhampiran dengan rumah yang dia takuti itu.
"Dia cakap dengan siapa?" Tanya ku sendiri. Aku coba untuk menghampirinya.
"AAAAAAAA" jerit Rasya lalu ditangkap oleh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari pintu sana.
Terasa sakit di hati Ammar. Siapa lelaki itu?'
Persoalan itu masih bermain di minda. Betul ke apa yang Mira katakan? Rasya ada boyfriend?
Ammar termenung jauh sehingga dia tidak sedar ada pelanggan dihadapannya yang memanggilnya beberapa kali.
"Abang" panggil adik itu. Tidak dijawab.
"Abaaang" panggilnya lagi.
"Oh ye adik?" Barulah Ammar sedar akan kehadirannya. Positif Ammar positif. Mungkin itu hanya kawan karib nya pada masa lalu?
Okay , bab kali ni extremely pendek. Sorry 🤣💞
But what do you think of it? Ammar or Tengku Adam?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro