Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

KELMARIN adalah hari yang amat panjang. Hari yang dipenuhi oleh mamat apakah nama dia , A-min? A-qil? A-apa apa sahaja lah. Aku nak kesah buat apa.

"Huwaaaaa! Semoga hari ini tak jumpa lah lagi mamat tu daaaaaan menjadi hari yang bahagia buaaatt kuuu! Oh yeah!" Aku duduk diatas katil dengan penuh senyuman sambil membayangkan apa patut aku buat hari ini. Tiba tiba senyuman dibibirku hilang.

"NOOOOO KERJA!!!" Aku melimpangkan kembali badanku diatas katil sambil melompat lompatkan badan ku apabila menyedari aku harus kerja akibat ponteng kelmarin. Menyesal sungguh ! Bukannya dapat apa apa pun. Yang dapat hanya berdepanan dengan si mamat sewel itu.

***

"NAK apa apa cik?" Ucap ku sambil membuat muka yang serius. Letih tahu tak?

Ammar dan Mira melihatku dari jauh sambil menggelengkan kepalanya. Mira pergi dekat dengan aku.

"Kau ni dah kenapa? Senyum lah sikit, nanti customer lari aku potong gaji kau, baru kau tahu !" Bisiknya

"Tak suka lah macam niii, dah lah kena kerja seorang, dari pagi sampai malam pulak tu" adu ku

"Siapa suruh kau ponteng! Ini lah akibatnya. Dah dah terima je hakikat. Aku dengan Ammar nak pergi mall jap. Shopping gitew, kau jaga kedai elok elok tau?"

"Whaaat? korang pergi mall tak bawa aku? Sampai hati kaaan. Aku takut lah tinggal sorang dekat sinii. Kedai ni berhantuu" kalau boleh aku betul betul tak nak tinggal seorang. Masih fresh tau ingatanku tentang rumah kecil dibelakang kedai nii yang diceritakan oleh Mira. FURGHH tak nak tak nak tak nak!

"Sekejap je, tak lama pun. Okay bye bye!" Mira dan Ammar laju keluar dari kedai meninggalkan aku seorang. Mulalah kembang bulu roma aku mengingati setiap cerita yang pernah dicerita oleh Mira.

"Jangan tengok belakang tau!" Ujar Ammar sebelum meninggalkan kedai. Hujungnya dihiasi dengan tawa dua adik beradik itu. Makin lah aku takut ARGHH! Jaga kau Ammar! Aku korek jugak hidung mereka berdua ni nanti.

Customer yang dari tadi berdiri dihadapan cashier tercengang melihat gelagat kami.

"Uh urmm, nak apa dik?" Aku memberinya senyuman yang dibuat buat.

"Nak kek coklat tuuu satu" dia menunjuk kek coklat yang hanya tinggal satu slice itu. Aku mengambilnya dan memasukkannya ke dalam kotak. Kek coklat berpindah tangan.

"RM 5" Aku senyum. Adik itu mencari duit di dalam setiap pocket dan beg nya. Tak ada. Dia cari lagi dan lagi dan lagi

"Aduuh mana duit aku ni?" Keluhnya sendiri. Aku hanya menunggu dengan penuh sabar.

"Kenapa dik?" Tanya ku.

"Duit saya tak ada lah kak, macam mana ni?" Adu adik itu. Melihat dari mukanya, dia kelihatan begitu lapar. Rasa pelik jugak kalau aku minta balik kek yang berada ditangannya. Aduuuh

"Kalau macam tu-" kata kata ku dipotong.

"Saya bayar" seorang lelaki bertubuh sasa dan tinggi itu berkata kepadaku dan menghulurkan RM5. Him? Again? Aku menjelingkan mataku keatas.

"Terima kasih abaang!! Terima kasih sangat sangat....... eh? Abang ni bukan CEO of Excel Holdings ke? Oh My God! Kacak nya abaaaang" adik itu terlompat lompat melihat kelibat Tengku Adam dihadapan matanya. Huh bukannya artis korea pun. Aku menjelingkan mataku lagi.

"Eh macam mana adik tahu?" Tanya Tengku Adam pelik.

"Kakak saya kerja sana. Dia selalu cerita dekat saya tentang abang. Nama dia Yana. Abang kenal tak?" Ucapnya dengan teruja.

"Ohhh Yanaa, kenal kenal. Cantik orangnya , sama macam adik" Tengku Adam mengenyitkan matanya sambil tersenyum lebar hingga menampakkan lesung batunya yang dalam. One word, Ew. Gedikkk sangat lah mamat ni! Mahu muntah aku , uweek. Lagi sekali aku menjelingkan mataku keatas. Geli tahu tak.

"OHOOOK, kalau nak sembang sila duduk. Susah orang nak order" Aku senghaja batuk dengan kuat. Sarkastik gituu.

"Iyeee sayaaang, baru je nak cakap cakap dengan adik comel ni" ucap Tengku Adam. Dia ni memang jenis sweet talker ke ape. Tapi sayangnya dekat semua orang, hampeh. Out of list !

"Okaylah abang, saya balik duluu." Pamit adik itu dan terus pergi meninggalkan kedai ini. Anak mata mengekori kelibatan adik itu sehingga dia hilang dari pandangan.

Tengku Adam berpusing menghadap ku. Senyum. Senyum ada makna.

"Awak tengok saya macam tu kenapa?" Berkedut muka aku dibuatnya. Creepy tahu tak creepy? Entah entah dia ni dirasuk hantu. Perghhh

Dia membongkokkan badannya terhadapku disebalik cashier dan menghampirkan mukanya dengan telingaku sambil tersenyum lebar.

"Jealous ke Miss singa...gemuk?" Bisiknya nakal. Ahhh sudah lah! Aku tak tahan dengan perangai dia.

"Jealous apanya?!"Marah ku

"Tu awak jeling jeling. Nanti terstuck baru tahuu" aku membalasnya dengan satu jelingan tajam.

"Awak dekat sini buat apa? Awak ikut saya eh? Awak nak saya telefon polis ke apa? Hah?" Sabaaar , sabar Rasya, bawa bertenang. Fuh, kalau tak, dan lama dah mamat ni pergi bangla tau

"Miss singa marah laaaa~ tak takuut pun. Comel ada lah" cabar nya. Ini tak boleh jadi ni..

"Awak tahu tak saya pantang dicabar? Awak jangan cabar saya eh? Nak ke rasa tumbukan kameh kameh ha saya HAAA?" Marah ku. Tengku Adam terketawa besar. Tangan kecil macam tu ada hati nak bagi tumbukan kameh kameh ha? Alahai budakk budaak.

Aku menarik nafasku dalam dalam. Kalau nak kena depan dengan mamat ni memang harus penuh dengan sabar.

Dengan ayu sekali aku bertanya, "Hello encik 'jembalang sesat' di KL? Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Aku menekankan perkataan 'jembalang sesat' dengan senyuman yang sungggggguuuuuh geram.

"Oh Hallo Miss Singa Gemuk. Ini baru lah ciri ciri wanita yang baik. Hurmm, sAya nak kek coklat satu"

Akuu menarik nafas ku sedalam dalamnya lagi.

"Oh maaf encik, tetapi tidak kah awak nampak bahawa kek coklat kami sudah pun habis?" Aku memberinya senyuman yang memang 100% tidak ikhlas.

"Ofcourse lah saya nampak. Saya tak buta lagi. Sebabtu lah awak. Harus. Buatkan. Saya. Kek. Coklat. Baru. Boleeeeh?" Pinta Tengku Adam sambil mengelip ngelipkan matanya. Perasan comel lah tu. Ingat aku akan terpedaya? Tak mungkin!

"Heh, awak ingat saya ni apa, saya banyak kerja lah. Awak pilih je lah apa yang ada. Lagipun nanti customer datang , siapa nak jaga counter?"

"Awak jangan risau, semuanya sudah beres" aku membuat muka bengang. Apa yang beres?

Dia menunjuk pintu menggunakan jari telunjuknya. Tanda 'open' di pintu ditukar menjadi 'closed'.

Ya Ampuuuun, bertuah punya jembalang! Perangai mengalahi kanak kanak tahu tak?! Patutlah tak ada customer masuk

"Awak tukar papan tanda tu sekarang? Kalau taaak-"

"Kalau tak apa?" Potongnya

"Boleh tak awah jangan ganggu hidup saya lagi?? Saya rimas laah" Serabut tahu tak, serabuuuuut!! Ibuuu!!

Dia diam. Aku diam.

Aduh, aku salah cakap ke?

"Kot saya harga dia......."

AHHH SUDAH !

"OKAY OKAY OKAY! Saya buatkan awak kek coklat sekarang." Mahu berpeluh muka aku bila dia sebut 'kot'. Kalau dibandingkan dengan harga kot itu dengan membuat kek, aku rela! Tengku Adam tersenyum puas.

***

Aku mengacau acuan dengan sebati. Dari tadi Tengku Adam hanya memerhatikan aku membuat kek itu.

"Lama lagi ke Rasya Inara?" Tanya nya. Haih, perlu ke sebut nama aku panjang panjang? Ni mesti tahu dari mummy dia.

"Awak yang nak saya buatkan awak kek, jadi, sabar je lah." Jawabku tanpa memandangnya.

"Awak, umur awak berapa?" Tanya nya.

"Sibuk"

"Awak ada boyfriend tak?"

"Kalau ada pun kenapa?"

"Awak"

"Ye"

"Awak suka makan apa?"

Aku sudah naik angin. Bosan sangat ke sampai tanya aku bertubi tubi soalan.Aku menghempas meja dengan sudu.

"Awak boleh diam tak? Tak tengok ke saya buat kek 'awak' ni" aku menunjuknya dengan sudu yang ku pegang. Kalau dia hampir mungkin sudah sampai sudu ni terkena atas kepala mamat ni. Boleh bengkak tau

"Hehehe, urmm awaaak" panggilnya. Aku sudah panas. Aku menjelingkan mata ku keatas.

"Nak apa?"

"Toilet dekat mana?" Tanya nya. Toileeeet.. bulu ku meremang. Toilet tu berhampiran dengan rumah belakang tu.. alamak!

Aku tak nak tinggal seorang dalam kedai nii. Bagitahu ke tidak eh? Hmm

"Awaaak cepat laah, baby dah nak keluar nii" Tengku Adam memegang perutnya. Kesian jugak aku tengok.

"Ermm, tt-toilet tu ada dekat hampir rumah lama tu. Tt-tapi! Orang kata rumah tu berhantu!! Awak boleh tahan tak sampai kawan saya samp-" belum habis aku cakap , kelibat Tengku Adam sudah hilang di mata. Laju dia berlari menghampiri rumah itu.

"Awaaak! Tunggu lah! Saya takuuut!" Aku mengekorinya dari belakang. Serius, takut sangat!

"Awak tunggu je lah depan pintu, mana ada hantu tengah hari macam ni" Dengan laju Tengku Adam memasuki toilet. Rasa macam nak nangis je bila tengok sekeliling. Takutnyaa!! Nyesal pulak ikut dia kesini. Baik aku stay je dalam kedai

"Awak dah ke?" Tanya ku

"Baru je 1 saat saya masuk. Baby pun belum keluar lagii" jeritnya dari dalam.

"Awak cepat lah sikit" Kataku lagi.

"Awak nyanyi lah sikit supaya saya tahu awak masih disana" pinta ku.

"Yelah yelah, A B C D E-" nyanyian nya tersekat. Dia ni okay ke? Aku mengetuk pintu jamban.

"Awaaak!! Awak jangan lah main main. Helloo?" Panggilanku tidak dijawab.

"AWAAAAK!!" Aku mengetuk pintunya dengan kuat.

Ternampak makhluk bewarna hitam memerhatikan aku dari jauh. "AWAAAK BUKAAA LAH, JANGAN LAH MAIN MAIN!!"

Makhluk itu semakin menghampiri aku.
"AAAAAAA"

Bersambuuung...

Hehehehe vote and comment ye ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #coklet#kek