Bab 5
DAN here I am berdiri dihadapan rumah banglo 3 tingkat ni. Tengokkk?! Ibu ni memang betrayal betul lah. Orang senang senang tidur mimpi prince charming di kejutkan hanya untuk menhantar kek coklat yang entahhhh apani. Benci lahh
"Besar jugak rumah ni. Haih, untung lah jadi orang kaya.." Ucapku lalu menekan butang lonceng rumah jiranku yang baru seperti yang diberitahu oleh mama. Selama ni memang tak pernah ada orang tinggal dekat sini disebabkan oleh harganya yang terlalu mahal untuk dimiliki.
Pintu masih belum dibuka. Aku menekannya berkali kali sehingga pintu itu terbuka perlahan. Kelihatan seorang wanita dalam linkungan 50-an sambil tersenyum lebar.
"Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya sambil tersenyum lebar.
"Hehehe, ini ibu ada suruh hantar kek coklat untuk Aunty. Ibu beria sangat nak buatkan Aunty kek coklat ni bila tahu ada jiran baru berpindah si kawasan sini" Jelasku walaupun hakikatya aku sahaja yang mebuat kek coklat ni dari A sampai Z. Tetapi apakan daya~
"Waaaaaah.. sedapnya bau.. Terima kasih sangat sangat! Nama kamu siapa?" Tanya wanita itu dengan lembut sekali.
"Nama saya Rasya Inara binti Ali Yusry, Aunty"
"Cantiknya nama, sama macam orangnya.. Rasya tak payah lah susah susah nak panggil Aunty, panggil je Mummy. Lagipun mummy dah lama dah teringin nak ada anak perempuan. Kedua-dua anak mummy lelaki." Suruhnya. Aku sudah mula rasa janggal. Ibu kandung aku sendiri pun aku panggil ibu. Ini pula yang baru hari ini aku jumpa disuruh panggil mummy? Alahaaai
"MUMMYYYY!" Jerit seseorang dari dalam. Kenapa macam pernah dengar je suara dia ni. Hmmm, drama mana entah lupa aku. Nampak macam manja je orangnya.
"EEEE ! Apa ni Adam?! Malulah dengan jiran kita ! Bising betul!" Jerit Puan Melissa dari luar.
"MANA SELUAR DALAM ADAAAAM?! BARU JE ADAM LETAK KAT SINI! MUMMY CUCI EK?" Tanya lelaki bernama 'Adam' tu. Dia berjalan ke pintu dengan t-shirt dan bertuala dengan rambutnya yang basah. Baru habis mandi agaknya.
"MUmmy pakailah kuasa ajaib mummy tu untuk cari seluar dalam Adaaaam~" Dia memunjungkan mulutnya sambil terlompat lompat. Aku dengan Puan Melissa hanya melihat telatahnya dengan muka yang bangang. Persoalannya, dia ni dah kenapa?
Lelaki itu memusingkan mukanya terhadapku. Kita bertentangan mata buat seketika. Aku terkejut. Mataku terbutang.
"Jembalang sesat?!"
"Miss singa gemuk?!"
Ucap kami serentak. Kenapa dalam berjuta juta lelaki, si jembalang sesat ni jugak yang aku kena tengok hari ini? Dahlah jatuhkan kek aku, ikut aku ke kedai, sekarang jadi jiran aku pulak? Ni confirm suka aku ni !
Tengku Adam terus terbatuk dan berdiri tegak apabila menyedari bahawa perempuan dihadapannya itu ialah Miss singa gemuk.
"Eh kamu berdua kenal ke?" Tanya puan Melissa pelik.
"Tt-tak" Rasya.
"Ya!" Tengku Adam.
Kami berdua melihat sesama sendiri. Dia ni dah kenapa?
"Ah emm, errr, Rr-rasya bbb-balik dulu lah Aun- eh Mumm- tak Aunty. Assalamualaikum" Aku terus melangkah pergi dari rumah itu dengan muka yang membahang. Aku memegang kedua pipiku yang panas. Ya Allah, kenapa diaaa?!
Masuk kedalam rumah aku terus masuk ke bilikku tanpa menghiraukan panggilan ibuku. Terus aku kunci bilikku dan berlari menuju ke katil sambil menutup mukaku yang panas dengan bantal.
"Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, why him why him why hiiiiim??!! Arghhh !" Perasaanku bercampur baur. Tak tahu malu ke, marah ke , geram ke, rasa nak korek je hidung mamat tu. Dia ikut aku ke apa hah?! Dimana aku ada disitu ada dia. Geram betul !
"Ya Allah, semoga hari ini hari terakhir aku berjumpa dengan dia si mamat bernama 'Adam' tu" Dengan bersungguh sungguh aku mengaminkan doa ku. Tapi dia jiran aku! Keluar rumah memang confirmlah berdepanan dengan si mamat muka korea tapi perangai macam bangla sasat tu! Haaaiih, apalah nasib ku hari ni..
***
"SOOO, Adam kenal lah Rasya tu?" Tanya Puan Melissa apabila kelibat Rasya sudah hilang dimata. Adam tersenyum senget.
"Baru je jumpa harini. Dia lah yang kotorkan kot kesayangan Adam dengan kek. Lepastu nak jual buah pinggang dia untuk bayar balik kot tu. Pelik kan mummy?" Adu Adam.
"Kamu suka dia eh? Kalau suka tu gitau je lah, mummy pinangkan. Lagipun Rasya tu cantik orangnya. Nama dia pun cantik, Rasya Inara. Haaaa, amacam?" Puan Melissa menolak bahu anaknya sedikit.
"Apalah mummy ni. Kita baru jee jumpa harini. Lagipun dia tu bukanlah taste Adam. Garang macam singa, ROAAAAR" Adam pura pura membuat gaya mencakar Puan Melissa. Puan Melissa hanya membalasnya dengan tawa.
"Jom lah makan kek yang keluarga Rasya beri ni.. Bau macam sedaap, mmmmm~" Ajak Puan Melissa. Haihh, Singa garang tu memang suka sangat eh makan kek coklat. Tak melekat ke?
"Mummy makan je la sorang.. Adam tak pandai makan kek coklat. Manis sangat" Tolak Adam sambil. melihat ibunya menyuapkan sesudu kek coklat yang diberi itu kedalam mulut.
"YANG NI KAMU WAJIB COBA! Sedap sangat sangat to the max ! Tak manis dan tak pahit sangat. Rasa dia smooth je! Betul , mummy tak tipu !" Betul betul Puan Melissa memuji kek yang diberi oleh Rasya. Puan Melissa ingin menyuapkan sesudu kek kedalam mulut Adam.
"Tak nak lah myy, nanti perut Adam sakiit"
"Yang ni tak! betul! mummy sumpah! Sedap sangat!" Perlahan lahan Adam membuka mulutnya. Rasa takut ada jugak. Dah lama dia tidak makan kek coklat.
Berkilat matanya apabila kek itu selamat ditelan. Serius, baru pernah dia rasa kek coklat sesedap ini! Sekali rasa, rasa macam mahu lagi! NYUUUMMM. Berkali kali dia menyuap kek itu kedalam mulutnya sehingga lupa dia masih bertuala.
"Eh eh eh budak ni, sedapnya dia makan, seluar dalam mana? Haaa? MAcam lah seluar dalam kamu tu satu je?" Tanya Puan Melissa sambil mencuit paha anak manjanya. Dah besar panjang masih lagi manja. Lain dengan abangnya. Abangnya memang dari dulu tak suka tinggal dekat rumah. Dia tinggal dekat rumah neneknya. Sebab itu tak rapat sangat. Ini disebabkan oleh abangnya adalah daripada lain ibu. Ibunya iaitu madu Puan Melissa sudah lama meninggal dunia, tetapi Abangnya menyalahkan Puan Melissa angkara semua ini berlaku.
"Heheheh, naik dulu bye bye mummy!" Adam tersengih.
kalau nak saya sambung, jomlah vote dan comment hehehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro