Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3


"Hoi Ammar , ada apa cari aku?" Aku mengejutkan abang Mira iaitu, 'si sudu'. Aku dengan abang si Mira ni memang kawan rapat dari kecil lagi. Err, bukanlah kawan rapat sangat, kirakan 'senior' lah jugak.

"Heish kau ni kan. Masuk tak bagi salam, macam rumah sendiri dah kau buat"

"Cis, aku nak bergurau pun tak boleh. Sikit sikit nak marah. Hmm, aku kena cepat ni. Ada apa nak jumpa aku?" Tanyaku. Lepas tanya je terus nak blah. Takut ibu lama menunggu. Dah lah teksi pun susah nak cari kat kawasan ni.

"Aku cuma nak inform kau , aku nak belajar luar negara "Beritahunya dengan muka yang sedih. Haih, ini dah kenapa? Berita bahagia boleh pula dijadikan berita sedih

"Lah ingatkan apa tadi. Macam tak boleh beritahu dari whatsapp je kan?"

"Aku boleh pula punya exited nak bagi tahu kau berita ni, kau pula langsung tak ucapkan tahniah dekat aku. Sakitnya hati" Memuncung sudah bibir Ammar. Lah merajuk lah tu. Dah besar panjang , masih nak merajuk.

"Betul tu Sya, dia dari tadi mundar mandir je kerja sambil tertanya macam mana nak bagi tahu kau. Pening aku tengok dia ni. Nak bagi tahu dia berlajar luar negeri macam nak bagi kata kata cinta pula. Over betul" Sampuk Mira.

"Kau diam je lah kat sana. Nak sibuk apehal" marah Ammar. Mira balas dengan jelingan je. Malas nak layan abang dia yang puiih itu. Mira sambung dengan kerjanya meruah barang yang Rasya beli

"Laa, tahniah Ammar Raziq bin Haji Amir" Ucapku dengan senyuman yang manis. Ammar sudah merah pipinya menahan malu. Ya, dia memang suka kan Rasya dari dulu lagi. Cuma tinggal cakap je lagi

"Rasya, aku kan sebenarnya-" kata katanya tersekat apabila adiknya menyampuk. Ammar mengeluh kuat. Kacau betul lah si mangkuk jamban ni!

"Adu, kau beli apa ni Rasya? Banyak betul kau beli" Tanya Mira sambil memusingkan setray telur itu. Comfirm tak pernah beli bahan. Kebanyakan telur itu pecah

"Ibu aku tu ha, nak sangat buat kek coklet. Suruh aku tolong pulak tu. Dah lah aku dah lama tinggalkan resepi kek coklet. Mana lah aku nak ingat" Jawab Rasya. Yelah! Ibu tak boleh tinggal lama lama. Okay lah, lepas je pakai toilet ,terus zoom balik.

"Mira, pinjam toilet kejap" Pintaku lalu terus masuk ke toilet. Dah tak tahan ni. Rumah orang aku buat macam rumah sendiri, bahahah suka hati aku lah. Yang kau nak kesah kenapa?

Ada satu kad terjatuh dari dalam setray telur. Mira mengambilnya dengan pelik . "Apa pulak ni" tanyanya sendiri membuatnya Ammar sebok berdiri dan melihat kad yang berada di tangan Mira

'Tengku Adam Ilyas , CEO of Excel Holdings'

"Tengku? Weh, tak bagi tahu pula si Rasya ni ada kawan Tengku. Ceo pulak tu. Ingatkan sudu ni je kawan lelaki dia" ucap Mira. Ye, Rasya ni tak pernah pun ada kawan selain Mira dan Ammar. Ni yang lain macam je ni. Tiba tiba , muncul satu idea di kepala Mira. Laju dia mengambil telefon Rasya yang diletakkan diatas meja

"Kau nak buat apa tu?" Tanya Ammar acuh tak acuh apabila melihat Mira mendail nombor yang berada di kad tersebut.

"Kau tengok je" Arah Mira. Ammar sudah tidak senang duduk. Si Mira ni bukannya boleh dipercayai sangat!

Panggilan diangkat, " Wehh shhh, dia angkat ni. Nak cakap apa?" Mira sudah terlompat lompat menghempas bahu abangnya, Ammar. Mahu call, tapi tak plan awal

'Hello, siapa di sana?' Tanya Tengku Adam. Pelik apabila nombor yang tidak dikenali telefon dia. Salah orang agaknya

'Err emm, ehem. Saya Rasya Inara' Mira menukar suaranya. Tak tahan dia nak gelak .

Ammar hanya tersenyum melihat adiknya menelefon Tengku Adam. Ada rasa bersalah juga dia rasa. Patut ke kita buat Rasya macam ni? Kesian lah dia

'Rasya Inara? Miss singa gemuk ke?' Tanya Tengku Adam. Mira sudah menjauhkan telefon dari mulutnya. Tak tahan nak gelak.

"Dia panggil Rasya singa gemuk lah! So sweet" Mira tergelak sambil menghempas bahu Ammar dengan kuat. Ammar mengadu kesakitan.

'Hello?'

'Ye, saya lah tu, singa gemuk' Jawab Mira sambil menekup mulutnya menahan ketawa.

'Aduuh, menyaku pula awak ye? Nak apa ni sayang? Hm? Call call ni? Baru tinggalkan sekejap dah rindu?'

Terbutang mata Mira dengan Ammar. Dia panggil Rasya sayang lah! Mesti boyfriend dia. Kau ni Rasya, ada boyfriend tak bagi tahu kitaorang. Sampai hati

'Ehehe, rindu sangat. Tak jumpa sesaat pun dah rindu' Jawab Mira. Ammar sudah menghempas bahu Mira.

"Sudah sudah lah tu, kesian Rasya" bisik Ammar tak nak Tengku Adam Ilyas dengar

"Kejaplah. Last last" bisik Mira kepada abangnya. Belum puas lagi ni nak call dengan Tengku Adam Ilyas. Dengar suara pun dah penuh menggoda, mesti orangnya pun hensem.

'Sayang free tak jumaat ni?' Tanya Mira dengan nada yang gedik. Haik, mestilah, dah boyfriend tu nanti pelik pula dia kenapa tiba tiba tak panggil sayang lah apa lah.

Terkejut Tengku Adam dibuatnya. Pipi nya tiba tiba terasa panas membuatkan ianya menjadi warna merah. Dah kenapa dengan si Singa ni? Diri sendiri kata menyampah, ini dia pulak nak panggil sayang. Nak try aku lah tu. Dia membuka file melihat jadual meetingnya.

'Hmm, ye- ye saya free' gagap Tengku Adam. Lah, dah kenapa pula gagap ni..

'Jom pergi keluar dating? Sayang tunggu kat Mall. Pukul 2.00 pm tepat! Kalau lambat sayang balik' Dating?

"Buat apa nak set-up perjumpaan mereka. Bukannya kau tahu si Rasya tu free ke tidak" Ammar.

"Hish, aku nak tengok lah mereka ni bersweet sweet. Siapa suruh tak bagi tahu aku tentang boyfriend dia ni"

'Yelah ye, see you on friday, sayang. I have to go now. I have tons of meetings more to go'  Balas Tengku Adam lalu menekam butang merah.

"Kau rasa betul ke apa yang kau buat ni Mira?" Tanya Ammar. Risau.

"Eh, kau tak suka ke? Boyfriend dia sendiri koot" Jawab Mira tanpa rasa bersalah

Rasya keluar dari toilet. Huhh legaa

"Anything that I miss?" Tanya Rasya apabila dua adik beradik itu seperti tidak setuju dengan keputusan masing masing

"Lah , kita ikut je lah dia dari belakang" Mira masih tidak sedar akan kehadiran Rasya.

"Ikut apa? Korang ni bergosip tak bawa aku. Merajuk lah macam ni" Masam mencuka sudah mukaku. Tak nak kawann

"Hek eleh, dia yang ada boyfriend tak bagi tahu. Kaya pulak tu" Mira.

"Sejak bila pula aku ada boyfriend ni Mira?" Sudah berkedut muka aku dibuatnya. Nak gelak ada juga. Mesti Ammar cakap yang bukan bukan dekat Mira.

"Hehehe, aku gurau je. Kau free tak jumaat ni?" Tanya Mira. Nak terus kan plan mereka. Atau dikatakan plan 'Mira' seorang

"Sejak bila pula aku tak free? Mestilah free kau ni pun satu" Mereka ni macam tak tahu je.. aku ni memang bila bila masa  je free. Kecuali kalau Mira tak bagi cuti je lah

"Jomlah tengok wayang. Dah lama kita tak tengok wayang sama sama kan?" Ajak Mira. Tengok wayang?! Yess! Dah lama betul tak tengok skrin besar tu.

"Alright! See you on friday. So, masaalah kat sini dah settle kan? Aku nak pergi balik lah. Korang ni buang masa aku je. Mesti ibu aku dah tunggu" Aku mula melangkah menuju ke pintu utama. Nak keluar cepat cepaat, dapat tidur cepat cepat

"Kau balik guna apa?" Tanya Ammar. Aku memusingkan kepalaku.

Si Rasya ni mana ada lesen. Umur dah 23 tahun tapi takut nak ambil lesen. Memang menyusahkan diri betul

"Guna kaki lah, nak guna apa lagi? Tangan?" Jawabku selamba. Betullah apan yang aku cakap tu

"Mari lah aku tolong hantar kan. Dekat kawasan ni susah nak cari teksi" Pelawa Ammar. Nak jadi budak baik ni kenapa pula? Aku menganggukkam kepalaku. Nanti pelawa dah off susah pula nak cari jalan balik. Baik ikut je

***

Tengku Adam Ilyas melihat Iphone BTs nya sambil tersenyum. Sayang ye?

"I told you we'll meet again, Miss singa gemuk" ucapnya sendiri.

"Kau okay ke?" Tanya Malik yang berada dihadapannya. Ini lagi satu kambing sesat. Kerja doctor macam tak ada kerja. Asyik nak merayau je kerja.

"Kau ni ada kerja ke tak ada? Naik muak tau pekerja aku tengok muka kau asyik nak lepak kat sini je setiap hari. Sampai ada yang kata kita ni gay!" Tengku Adam menolak kerusi roda itu jauh membuatkan Malik terpusing pusing hingga ke hujung pintu.

"Apa salahnya? Kan Adam sayang?" Malik mengenyitkan matanya kearah Tengku Adam. Tengku Adam memegang lehernya sambil membuat muka menyampah. Nak termuntah aku

"Pergi lah balik sana, tu sayang kau kat bangla" kata kata Tengku Adam Ilyas hanya dibalas dengan ketawa. Dia melihat jam tangan bewarna hitamnya yang berjenama Rolex itu

"Dah lah, kejap lagi aku ada meeting. Kau tengok pintu keluar tu, dan keluar sekarang" Tengku Adam menolak badan itu keluar.

"Daripada kau lepak kat sini, lebih baik kau cari duit untuk isteri kau nanti. Dah nak tunang then pejam celik dah kahwin, tapi kalau duit tak ada, confirm bakal mertua kau cari menantu lain" Saja Tengku Adam ingin menakutkan Malik. Malik keluar dengan mulut yang memuncung

"Kau simpan lah mulut kau tu dulu, nanti dah kahwin baru ada yang nak cium! " Usik Tengku Adam sebelum Malik hilang dari pandangan . Tengku Adam mengeluh pendek. Penaat . Kalau lah nanti dah kahwin mesti ada yang pijit kan bahu, buatkan air, bagi senyuman setiap hari. Aduuh, tapi keep on dreaming lah Adam, nak kahwin tapi semua di tolak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #coklet#kek