Bab 2
"Ibuu, Rasya dah sampai" Aku memasuki rumah satu tingkat itu. Hm, aku bukanlah semiskin mana yang korang sangka kan. Sama macam orang sederhana je. Cuma duit tu susah sangat nak di cari.
"Rasya Rasya Rasya, kamu tunggu je kat depan pintu tu" Arah ibu kesayangan ku, Puan Sarah. Aku mengeluh berat. Apa ibu ni, baru je planning nak terus tidur. Penat tahu tak berkelahi dengan mamat sewel tu. Entah muka pun aku tak ingat dah. Buat apa nak ingat lama lama
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal, "Dah ke ibu? Sya nak tidur ni" tanyaku. Lama betul ibu suruh aku stay depan pintu. Habis angin aircond keluar. Hm baguslah, bagi sajuk satu dunia
"Nah, ibu nak buat kek coklet. Tolong ibu belikan bahan boleh?" Pinta ibu. Rasa nak pengsan terus dengar suruhan ibu
"Kenapa ibu tak minta sebelum Sya jalan tadi? Haih, ibu ni kan. Nasib Sya ni anak ibu. Bak sini list list nya" Aku mengambil list bahan bahan yang tertulis dikertas tersebut. Aku lihat ibu
"Betul ke ini bahan bahan dia? Apa kata ibu beli je kat kedai Mira? Dia kan buka kedai bakery, mesti ada punya kek coklet. Lebih jimat sikit boleh minta discount"
"No no no, ibu nak buat kek jugak. Sambil sambil tu, boleh kamu ajar ibu macam mana nak buat kek coklet kamu yang nyaamm tu" haishh, ibu ni ada ada saja lah. Kenapa lah aku ada ibu macam ni. Dah lah aku dah lama tinggalkan macam mana nak buat kek coklet. Ingat ingat lupa sahaja
"Yelah ye, Sya belikan" aku pasrah. Kalau bukan ibu aku, memang dah tolak habis habisan lah. Nasib tak nak jadi anak derhaka. Jadi anak mithali sikit
"Sya pergi dulu" Pamit ku. Baru je sampai dah kena pergi. Penat
***
Terlompat lompat aku ingin mencapai setray telur yang disimpan diatas sekali. Kedai ni pun satu, dah tahu telur ni cepat pecah simpan lah ditempat yang rendah. Pelik betul aku dengan kedai ni.
Sekali lagi aku lompat dan
"Arghh!" Jerit ku apabila badanku sikit lagi tercecah lantai. Nasib ada yang menarik lengan ku yang di lapis dengan baju . Atleast tak lah yang macam dalam novel selalu, peluk peluk bagai. Kalau betul terjadi kat aku, memang bengkak muka dia balik rumah. Ada hati nak ambil kesempatan
"Thank y-" kata kata ku tersekat apabila jembalang berkulit putih berada dihadapanku tersenyum sumbing.
"Remember me?" Tanyanya sambil tersenyum nakal.
"Siapa awak?" Tanya ku saja buat tak tahu. Eih, takkan lah aku nak lupakan muka yang buat kek aku jatuh? Kalau ingatkan memang nak marah je tapi apabila teringatkan harga kot dia yang berjuta juta tu takut pula aku. Nanti dia suruh aku bayar balik macam mana? Aduhaaii.. ibuuu!!!
"Jangan nak berlakon lah" ucap Tengku Adam dengan senyuman yang nak mati. Aku sudah tidak senang berdiri. Macam mana kalau dia suruh aku ganti kot dia? Dah lah duit simpanan aku berpuluh je. Beribu kali ganda tahu tak?
"Hello, yang awak diam kenapa?" Tanya Tengku Adam. Aku masih membatu di sana. Mesti dia ikut aku sampai kerumah. Aduhaai, macam mana ni? Perlu ke aku jual salah satu organ aku? Buah pinggang! Manusia boleh hidup dengan satu buah pinggang
"Hoi singa gemuk!" Jeritnya tepat sebelah telinga ku.
"Jangan lah buat saya jual buah pinggang saya! Ye ye saya minta maaf. Saya janji akan buat apa saja apa yang awak nak demi organ saya" Balas ku sambil menutup mata ku ketakutan.
"Huh?" Tanyanya pelik. Aku yang baru sedar apa yang aku katakan terus membutang mataku. Apa kau dah buat ni Rasyaaa. Kau nak mati ke apa janji janji bagai. Dah lah tak kenal
"Buat apa awak nak jual organ awak?" Tanya Tengku Adam pelik. Berkerut dahi Tengku Adam dibuatnya.Sepanjang 26 tahun dia hidup didunia ni, tak pernah dia jumpa perempuan sepelik singa gemuk ni
"Ye lah, saya dah kotorkan kot awak. Saya mana ada duit nak ganti semua tu" Aku menunduk. Hishh, kalau bukan sebab kot tu memang tak nak lah aku nak tunduk minta maaf bagai. Dia yang sepatutnya minta maaf tahu tak?
"Kalau sebab kot tu tak kenapa. Awak tak perlu nak jual organ awak. Saya dah beli kot yang baru" ucapnya. Dah kenapa pula mamat sewel ni tetiba je baik. Tapi tak apa lah. Atleast aku tahu yang aku tak payah jual organ aku
"Err, awak dekat sini kenapa? Awak ikut saya ke?" Tanyaku pelahan.
"Ugh, buat apa nak ikut awak? Buang masa ke apa? Ke awak yang ikut saya? Kalau suka tu bagi tahu je lah" Usik Tengku Adam Ilyas. Dia mahu tengok si singa ni mengamuk lagi. Comel
Eheeii, suka hati dia je tunggang terbalikkan ayat. Dia ke aku yang suka sesiapa ni hm? Entah entah dia yang suka aku. Bak kata orang, love at first sight.
"Eh, saya ada taste lagi tau? Buat apa nak suka dekat jembalang sesat kat malaysia ni. Nak termuntah je" Balas ku sambil menjeling dua pasang mata hazel miliknya.
"What did you call me? Jembalang sesat?" Tengku Adam sudah menaikkan keningnya. Pipinga yang putih itu berubah menjadi kemerah merahan. Marah ke malu aku pun tak tahu.
"Eh mana ada, awak salah dengar tu. Saya kata Jambatan Selangor. Ish ish ish, muka hensem tapi pekak" kata ku sarkastik.
"Mengakun juga awak saya ni hensem, tapi saya dilahirkan normal, tak pekak lagi" balas nya.Hmmph memang tak boleh tipu, memang dia ni hensem. Dengan hidung nya yang mancung, mata sepet, bibir kemerahan tu, memang padan dengan kulitnya yang putih. Memang tak nak lah aku berdiri tepi dia, nanti aku nampak hitam pula siring dia. Dah lah tinggi
"Dah habis tengok muka saya? Dah puas?" Tegur Tengku Adam apabila melihat Rasya yang duk meneliti wajah nya seperti memandang kek coklet kegemarannya itu.
Aku menjelingnya dengan jelingan maut. Suka sangat nak buat orang marah. Aku menghentakkan kakiku ingin ke cashier bayar kesemua barang
"Lah, dah merajuk ke? Awak yang tengok muka saya" Jeritnya dari belakang. Diam lah bongok. Bisingg je kerja. Aku mengeluarkan satu persatu barang dari basket di cashier
"Siapa lelaki tu cik? Boyfriend cik ke?" Tanya gadis itu. Ugh, tak ada maknanya aku nak berboyfriend kan si mamat sewel tu. Buang masa ke apa
"Eh tak lah, dia tu gila" jawabku. Memang gila. Ter sangatlah gila
"OKU ke? Alaah, siannya" Aku hanya membalasnya dengan senyuman. Biar lah orang fikir dia gila, sebab dia memang gila
"Haish, ada nampak macam saya ni gila ke cik adik manis?" Tanya mamat sewel tu terhadap gadis cashier tu. Datang dari mana pun entah aku pun tah tahu. Ingatkan dah hilang cis! Gadis cashier itu sudah tertunduk malu. Cik adik manis hmph,memang manissss sangat
"Sayang, awak nak kemana tu? Takkan lah merajuk?" Tengku Adam sudah mula nak menaikkan api kemarahan Rasya. Sayang ,sayang, tu sayang kau kat bangla. Sabar sabar, jangan sampai buku lima ni naik ke wajah dia yang putih tu sudah
"Awak tertinggal ni lah" dia memegang setray telur. Dengan kasar aku mengambil setray telur tu dan membayarnya. Laju kakiku melangkah keluar dari kedai ni dengan penuh berharap mereka takkan berjumpa lagi
Tengku Adam Ilyas tersenyum sendirian disana. Dia tak tahu kenapa dia suka tengok wajah Rasya yang merah kerana marah itu. Dengan wajah yang gembira seperti kanak kanak dia melangkah ikut Rasya dari belakang.
Aku pusing kebelakang, entah kenapa dia rasa ada yang mengekorinya dari jauh. Aku pusing,
Hmm tak ada orang. Mungkin salah tengok kut. Lagi sekali aku jalan kehadapan dengan langkah yang agak laju sedikit
Diam diam aku tengok ke belakang. Tak ada orang? Tapi..
Aku memusingkan semula wajah ku kehadapan, "Oh mak jembalang tercirit birit!" Latah ku apabila melihat tubuh sasa minil si mamat sewel tu berada dihadapan ku
"Hi sweetheart!" Dia melambaiku seperti kanak kanak berjumpa dengan badut.
"Sweetheart? Awak ni dah kenapa? Baru je jumpa harini dah macam jumpa beribu tahun!" Marah ku. Lepas ketawa dia. Ehh, ini jembalang ke pontianak? Ketawa mengalahkan keduaduanya. Bulih pekak telinga kalau dengar
"Alaa, tak boleh ke sayang?" Usiknya lagi. Eiii, ingatkan boleh melting ke dengar segala ayat ayat tu? Boleh kembang segala bulu dibuatnya tau!
"Nah sayang!" Aku menunjukkan buku lima
"Hrmm, garang.. I like it" Ucapnya sambil mengenyitkan matanya. Gatal!
"Awak nak apa? Kita settlekan disini, hari ni, sekarang ni jugak" Aku meletak plastik diatas lantai buat seketika dan bercekak pinggang
"Saya nak awak"
Berkerut dahi aku nak dengar ayat ayat dia ni. Malas lah nak layan lelaki gatal macam dia ni!
"Saya dah serius tapi awak pula main main. Dengar sini, saya tak nak kita jumpa lagi. Kalau kita jumpa pun, saya akan buat macam kita tak pernah jumpa" Aku mengangkat semula plastik yang tadi aku letak. Dah besar panjang tapi perangai masih macam kanak kanak. Kenal pun tak. Nama apatah lagi?
Tengku Adam Ilyas melihat sahaja tubuh badan yang kecil itu hingga hilang dari pandangan mata. Dia senyum.
Kita akan jumpa lagi, Mrs. singa
Aku melihat sekeliling. Heish, mana pulak teksi ni. Tadi senang je jumpa, ini dah kenapa susah sangat nak cari?
'Tengteng'
Ada mesej datang daripada Mira.
Mira:
'Hoi, kau pergi dekat kedai aku sekarang. Si sudu ni nak jumpa kau ni ha'
Haish, dah kenapa dengan dua orang adik beradik ni? Sama je lah dua dua, seorang sudu, seorang lagi mangkuk jamban.
Me:
'Kenapa bukan dia je yang text aku?'
Mira's typing...
Mira:
'Handphone dia habis battery. Dah, jangan banyak songeh boleh tak? Kau datang je lah. Dah macam kerbau aku tengok si sudu ni asyik mundar mandir je kerja'
Haish c Mira ni. Nama ye 'Ayu'mni Amira tapi perangai tak ayu langsung! Hajat aku nak cari teksi dibatalkan. Rumah atau 'kedai' c Mira ni tak lah jauh sangat. Boleh je jalan kaki pergi sana.
Aku melangkah tanpa membuang masa. Nanti ibu tunggu aku lama pula
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro