Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

AKU tersenyum sendiri melihat kek kek yang berada dihadapanku sekarang.  Satu persatu aku melihat dengan teliti.Banyak betul menu terbaru yang dihidangkan. Rambang mata aku nak pilih yang mana.

"Cik, dah siap pilih kek ke?" Tanya pelayan itu apabila menyedari ramai yang sudah menunggu beratur dibelakangku. Nanti lari pelanggan, kedai ni juga yang rugi.

"Saya nak yang tu" Aku menunjuk kearah kek coklet yang paling kecil. Hmpm, harap je kecil tapi harga dia macam beli kek yang terbesar di dunia. Sumpah. Memang mahal siot

Kek coklet bertukar tangan

"Thankyou" Dengan langkah yang laju aku menuju kearah meja yang kosong. Ramai betul pelanggan hari ni.

Belum sempat aku melabuhkan punggung dekat kerusi yang 'fabulous' ni , tiba tiba ada yang menolak aku dan duduk di tempat kerusi itu dengan selamba.

Kembang kempis hidung aku dibuatnya. Lagi lagi apabila melihat kek mahal kesayanggannya itu sudah selamat dijilat lantai

"Encik!" Jeritku menarik perhatian orang. Eh eh eh, suka hati je tolak orang dan duduk macam dunia ni dia je yang punya? Kalau dia tolak aku tak juga kenapa, tapi kenapa nak libatkan kek aku sekali?

Lelaki berwajah putih melapak itu memusingkan kepalanya. Begitu juga dengan kawannya yang berada dihadapannya. Dia menaikkan keningnya tanda 'apa kau nak'

"Ergh! Dah lah tolak orang, buat kek aku terjatuh, takkan lah tak reti nak minta maaf?" Aku melihat sekelilingku. Orang ramai sudah menaikkan handphone dan merakam kejadian ini. Ugh, kids nowdays. Bukannya nak tolong tapi nak di viral kan. Aku juga yang masuk motif viral nanti!

"Apa? Tutup phone tu sekarang. Aku tumbuk kang muka korang tu satu satu. Jangan ingat aku yang kecil ni tak tahu karatae tau" Aku menunjukkan buku lima ku. Terus semua orang menurunkan telefonnya. Tak pun, ada yang lari sebab tak selesa.

"Cik, pelanggan kita tak selesa. Boleh tak cik selesaikan di luar?" Dengan ayu sekali pelayan itu memintaku untuk sambung diluar. Aku menjelingnya dengan tajam sambil menaikkan buku lima ku. Nak kena tumbok ke apa? Jangan nak masuk campur boleh tak?

"Hah, kau kenapa diam? Tak paham bahasa ke? Nak bahasa apa? Cina? Bangla? Aku tak kira, kau kena minta maaf juga" Aku sambung perkara yang tersekat tadi. Boleh pula dia duduk diam je macam batu. Lah, orang putih ke? Ke bangla sesat?

Dia berdiri dihadapan ku membuatkan aku melangkah kebelakang setapak. Tak sangka pula mamat ni tinggi sangat. Dia menundukkan kepalanya disebabkan ketinggian yang begitu ketara.

"Yang kau nak tertunduk bagai ni dah kenapa? Drama sangat lah. Nak muntah aku" Aku bersuara membuatkan dia tersenyum sinis.

"Takut tak dengar. Jauh sangat" Ucapnya lalu ketawa dihujung ayatnya. Hmm, lawak. Lawak sangat. Boleh jadi juara kalau masuk Maharaja Lawak

Dia melihat kek aku yang terjatuh diatas lantai. "Kalau kau nak marah hanya disebabkan kek coklet murah ni je, baik kau balik lah. Dah lah tak sedap, tak ada taste betul"

Aku melihat pelayan yang dari tadi tak lepas melihat pertengkaran ni. Takut terasa. Ni kan kedai diorang

Pintu yang digantung 'open' di tukar menjadi 'close'. Eh, teruk sangat ke sampai nak tutup kedai? Bukannya perang dunia pun

"Kek coklet murah? Biarlah murah sekali pun, tapi jangan nak hina kek coklet boleh tak? " Aduuh, kesian kek coklet kena hina. Dah lah dia yang memberi senyuman dekat orang ramai. Tak hargai betul

"Dah lah, kau pergi balik je lah. Lupakan je kek coklet kau ni. Boleh buat gigi kau rumpang tahu tak? Patut lah gemuk" Dia melihat perutku lalu memberi senyuman sinis. Laju aku menutup perut ku. UGH! Perut aku juga yang kena. Dia terus melabuh kan punggung dia diatas kerusi tadi dan sambung berbual dengan kawannya.

Aku yang berdiri seperti patung disana menggenggam buku lima. Rasa nak dipukul pukull je. Arghh!

'Lupakan je? Senang je kau suruh aku lupakan? Lupakan? Nah ambil kau lupakan!' Aku menggenggam kek coklet yang dilantai tadi lalu mengumbannya tepat terkena baju kot merah gelap miliknya.

"Oh my- Adam! Kau okay tak?" Tanya Kawan Tengku Adam Ilyas yang duduk dihadapannya. Adam disana membatu. Dah lah kot kesayangannya! Mahal tahu tak?

Aku ternganga.

"Do you know how much do I pay this freaking coat? Ten thousand million do-" Kata kata Tengku Adam tersekat apabila kelibat Rasya tidak lagi kelihatan disana. Baru je dia hendak memusingkan badannya dah hilang?

"-llars?" Sambungnya. Terus Tengku Adam melihat kawannya yang berada dihadapannya sambil menaikkan keningnya bertanya dimana gadis itu

"Dah lari 2 saat yang lalu" Jawab Malik. Tengku Adam mengeluh perlahan sambil melihat kotnya yang mempunyai bekas. Perlahan dia membuka kotnya. Dan menghempasnya diatas meja

"Call Miss Chococoa Boutique. Orderkan lagi satu kot yang sama" Suruhnya.

"Apasal aku pula yang kena?" Masam muka Malik dibuatnya. Nyesal pula ikut Tengku Adam ni pergi sini. Kawan baik sendiri dibuat seperti pembantu

"Call je lah" Malik akur dengan muka yang tersangatlah tidak ikhlas. Nasib nama pun kawan baik. Kalau tak, boleh je dia bunuh menggunakan garfu ni ha

"Hm, kau ni pun satu. Dah jatuhkan kek dia tu atleast belikan yang baru ke, suruh dia join sekali ke, ini tak. Tak gentleman langsung"

"Si singa gemuk tu ? Malas lah nak suruh join sekali. Tak selera aku nak makan" Kata Tengku Adam Ilyas sambil menyuamkan sesudu cheese cake ke dalam mulutnya. Dari dulu dia memang tak suka kek coklet atau kek apa , hanya cheese cake yang dapat masuk ke dalam mulutnya.

"Apa kau kata? Singa gemuk? Aku tengok dia tak gemuk pun. Kurus ada lah. Cantik pulak tu, sama macam Mira Filzah. Cuma garang dia tu je lah buatkan dia jadi Singa. Tak tengok ke tadi? Sekelip mata je wajah yang ayu berubah menjadi singa. Memang kek coklet setia agaknya" Puji Malik. Ha, tebatuk nanti Singa gemuk dia tu

"Yang kau cakap pasal si singa gemuk tu kenapa? Kalau suka tu cakap je lah" Tengku Adam menjulingkan matanya. Dah nak tunang pun masih lagi gatal

Malik tersengih. Tak ada maknanya lah. Dimana dia nak buang bakal tunangnya tu?

***

Aku mengelap peluhku menggunakan belakang tangan ku. Haih, nasib baik sempat lari. Nanti dia suruh aku bayar balik kot dia yang mahal tu matilah aku.

"Rasya Inara!" Jerit seseorang dari belakang. Aduhaaii, si Mira ni dah kenapa. Buat malu je. Nanti kalau satu dunia tahu nama aku jaga kau Mira

Aku menutup muka ku dan lari jauh dari Mira. Tak mengakun aku ada kawan macam dia.

"Hoi Rasya! Dah pekak ke apa?" Mira berlari dan menarik hujung tudung ku.

"Kau ni dah kenapa terjerit jerit nama aku. Habis tudung aku hancur !" Aku menarik tudung Mira pula. Ha, aku balas 2x ganda dari apa yang dia buat kat aku. Hampir ter buka tudung si Mira ni

"Kau ni ganas lah" Mira membetulkan tudungnya yang senget. Aku cuma mencebik, seganas ganas aku pun, masih juga dia nak berkawan dengan aku.

"Hah, ni kenapa nak kejar kejar aku bagai. Kau intip aku eh?"

"Tak ada maknanya aku nak intip kau. Aku cuma nak tanya kenapa kau tak masuk kerja? Mahu penat aku settle kan segalanya dengan si sudu tu. Kau ni pun satu, aku boss ke kau boss? Suka hati je nak skip kerja" Tegur Mira. Ye, dia boss aku. Tapi tak lah kenapa kan? Dia kan kawan baik aku. Dari sekolah lama dah aku dan dia teringin nak buka kedai sesama. Tapi dia urus kan segalanya, so, dia boss.

"Alaa, aku nak makan kek je pun. Nak hilangkan stress ni ha" Aku memberi alasan. Mira sudah membesar matanya. Hm, nak marah lettew

"Nak hilangkan stress? Aku dengan si sudu tu tak lah kau ingau kan? Stress tahu tak jaga kedai ni. Aku tak kira, besok aku dan si sudu tu nak ambil cuti hilangkan stress. Kau pandai pandai lah jaga kedai tu. Jangan nak ponteng pula" arah Mira. Alaa habislah aku

"Sudu sudu tu pun abang kau juga" Aku ketawa. Tawa ku terhenti apabila melihat muka Mira yang serius. Hish, nak gurau sikit pun tak boleh ke?

"Mira, janganlah buat aku macam ni.. kau kawan baik aku. Atleast teman aku kat kedai tu lah, aku tolong. Aku tak pergi lunch , aku kerja dari pagi sampai malam okay? Janganlah bagi aku kerja seorang kat kedai tu. Takut lah" Kalau boleh je aku melutut kat depan Mira. Grr, tak ingin aku duduk berseorangan kat sana. Dah lah berhantu

"Okay, aku teman. Tapi semua kerja kau buat sendiri. Aku tak nak tolong. Dari pagi sampai malam." hmm, sekurang kurangnya ada yang teman. Tapi dirini macam mana pula. Kena buat kerja tak ada rehat!

Habislah akuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #coklet#kek