Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

Before we go to the story kita tengok dulu siapa watak yang akan menguasai cerita ini muahhahaha😜

Watak yang pertama *drum roll*

Jeng jeng jeng...

NAZRIL MUKHLIS

Ni lah Nazril👇

Ya Allah hensemnya dia hhhhhahaha laki sapa ni😜

Tapi ni lah mamat sengkek yang tak tahu nak bersyukur ramai yang minat dia yang hensem tu. Pftt hensem ke hahahhhahha...

Korang boleh panggil dia Naz  tapi kalau korang rasa korang ni rapat dengan dia, korang boleh lah try panggil dia baby😂. Umur dia 17 tahun. Lahir di mana aku tak tahu, kalau nak tahu boleh tanya dia tu pun kalau dia nak cakap dengan korang la😌. Maaf aku tak banyak info pasal mamat ni sebab dia tak nak cakap dengan aku. Huhu sis emo😭

Ok abaikan Naz si hero cerita ni, sekarang kita beralih pulak kepada lawan main mr heartless ni

Iaitu... TENGKU LUNA MELYSSA
atau Psycho si Heroin cerita ini

Ni lah dia💃


Cantikkan 😆

Tapi dia ni mulut tu laser sikit walau tak banyak cakap. Sekali dia buka mulut habis lah siapa yang kena tu (っ˘̩╭╮˘̩)っ
#sispuntakut

Nama penuh ada di atas. Boleh panggil Luna jer 👆 umur sama macam Naz 17 tahun. Lahir di Korea🙊 ceyh Korea kau hahahaha.
Dia ni kacukan melayu-korea-canada gituw.

Papa Luna  Tengku Lee Daren kacukan melayu-korea  lepastu kawin dengan ibu Luna yang kacukan Korea-Canada. Nama ibu dia Lee Hyun Na atau nama English dia Nadine Rossa.

Ha ambik kau satu family kacukan Korea. Kau ada😜

Tentang watak lain nanti aku akan masukkan selari dengan cerita ok sat selari ke siri hahahhahaa abaikan... so mari kita mulakan cerita dengan lafaz bismillah☺️ ...

Untuk lebih menghayati cerita saya sediakan pakaian untuk para pelakon utama saya ni😆

Pakaian Plus hairstyle Luna :

Pakaian plus hairstyle for Naz :

Taman Riang Gembira

Bayangkan eh bayangkan ni Luna naik buaian dengan dress putih tapi tanpa senyuman ye...


"HEIII!!! kau tak dengar ke apa yang aku kata, pergi SEKARANG !" Jerit seorang wanita 30-an geram bersama dengan wanita itu ada lagi 2 orang wanita lain.

Mereka geram kerana gadis biadap dihadapannya ini bermuka selamba sahaja menaiki buaian yang sepatutnya dikhaskan untuk kanak-kanak itu.

"Dimana tulisan di buaian ni yang mengatakan buaian ini milik anak anda?" Soal Luna dingin sambil menatap mata wanita dihadapannya ini dengan berani.

"Kalau ni bukan buaian anak kami pun di sini taman permainan kanak-kanak bukan taman permainan untuk kau!" Kata ibu budak lelaki yang menangis tidak dapat menaiki buaian.

Dengan berat hatinya, Luna bangun dengan perlahan lalu menatap kesemua ibu-ibu yang memandang nya penuh kebencian.

Langkah nya diatur menuju ke budak lelaki yang menangis dari tadi walau ibu-ibu itu memandang dia dengan jegilan tetapi langkah tetap diterusk lalu ditepuk kepala budak itu perlahan, sebelum membongkokkan badannya sedikit. Bahu budak lelaki itu dipegang lembut.

"Budak. Kat dunia ni kalau nak sesuatu kena berani usaha sendiri bukan guna mama kau eh sebab bukan selama-lamanya mama kau hidup dengan kau, entah-entah esok mati sebab pening dengar kau menangis" bisik Luna sinis.

Cukup didengari dia dan budak mentah itu sahaja.

"Huarggg!! mama!"Budak lelaki itu meraung dengan kuat kerana ketakutan. Ibunya menolak Luna ketepi lalu memeluk anak lelakinya dan menenangkan anaknya.

Luna yang sedikit terenjak ketepi meneruskan langkahnya kehadapan walaupun dibentak ibu-ibu mithali di belakangnya.

"Hei perempuan gila! Kau nak pergi mana!!!"

"Kami belum selesai lagilah dengan kau!"

"Huh! Tadi suruh pergi, sorry lah waste my time" kata Luna perlahan

Luna yang malas mengambil tahu hanya melangkah pergi dari taman itu menuju ke cafe yang baru dibuka berdekatan taman permainan itu.

"Apa nak jadilah dengan remaja sekarang. Biadap betul" ujar rakan ibu budak lelaki yang menangis itu.

Black white café

"Waiter!"

"Ye Cik nak order apa?" Soal Naz sambil meletakkan menu cafe itu dihadapan gadis yang memanggilnya tadi.

"Caramel macchiato satu andd... Tu je lah saya tak nak makan" kata gadis itu sambil tersenyum manis melihat pelayan lelaki yang mengambil order nya ini.

"Baiklah cik, caramel macchiato satu sebentar ya" kata Naz ringkas mengabaikan senyuman manis gadis dihadapannya ini

"Huh sikit pun tak balas balik senyum aku" kata gadis itu perlahan

Naz yang mendengar kata-kata gadis itu langsung tidak peduli.

"Ish kau ni apa salahnya kau senyum dekat perempuan tu balik haihh cun tu" kata Afzal barista cafe itu.

Walaupun Naz selalu tidak melayan kata-katanya tetapi dia tetap mahu bercakap dengan Naz.

"Malas ah kalau kau nak kau boleh ambik dia" balas Naz.

"Ha lah tu ja kerja kau. Malas ah. Nah caramel macchiato satu hantar dengan senyuman boleh kan" tegur Afzal.

Naz tanpa membuang masa mengambil minuman itu dari meja kaunter minuman itu lalu hendak menuju ke tempat gadis yang memesan minuman ini.

'Bushh!'

"Arghhhh!!!" Jerit gadis yang dilanggar Naz

"Eeeiiii buat kerja elok-elok sikit boleh tak? Tak nampak orang tengah masuk melalui pintu ni ha!" Bentak Luna sambil menyapu baju putihnya yang sudah bertukar warna.

Afzal yang melihat pertelingkahan itu cepat-cepat datang

"Cik maafkan kawan saya ni dia tak sengaja terlanggar cik" kata Afzal kalut sambil mengangkat dulang yang terjatuh dengan cawan

Naz hanya melihat tanpa perasaan bersalah sikit pun terhadap gadis itu.

"Aku minta maaf" kata Naz dingin.

"Maaf kau tak cukup untuk bersihkan baju aku" jerit Luna geram.

"Huh orang macam kau bukan pakai baju pakai buang ke" kata Naz kasar tanpa berlapis

Menilai pakaian berjenama gadis itu dari atas ke bawah Naz mengambil kesimpulan bahawa gadis dihadapannya ini merupakan anak orang berada.

"Err cik maafkan kawan saya ni sebab dia sakit harini" kata Afzal lalu menolak Naz ke belakangnya, seterusnya berhadapan dengan Luna

"Eh tepilah kau, aku nak cakap dengan mamat perasan bagus ni" kata Luna menolak kuat Afzal ketepi untuk bercakap dengan Naz.

Tapi...

Naz terlebih dahulu bergerak ke kaunter barista dan membuat kembali air yang ditumpahkan dia tadi.

Kata-kata Luna diabaikan.

"Eeeiiii" geram Luna sambil menatap Na tajam

LUNA keluar dari cafe itu dengan rasa tidak puas hati.

"Oii kau ni kan tak tahu nak layan customer elok sikit ke" tegur Afzal

"Tak" balas Naz sepatah

Dia fokus membuat Caramel macchiato tadi yang dia tumpahkan.

Afzal hanya mampu melihat sahaja, beribu nasihat diberi tetapi Naz tetap dengan kedinginan nya itu.

"Minta maaf cik saya terlambat hantar" kata Naz langsung tak menatap muka gadis itu

"It's okay btw boleh I tahu nama you?" Soal gadis itu

"Ouh hmm aku Naz" kata Naz

"I qis..." Belum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya Naz dah berlalu pergi.

" *** "

"Tak guna punya lelaki eeeiiii" kata Luna geram

"Dia siapa nak judge aku sesuka hati dia"

"Ni mesti papa marah ni dah lah aku keluar suka hati ja dari majlis tu hmmm baju pulak kotor arghhhh stress!" Jerit Luna meja dihadapannya ditumbuk kuat.

Dia sekarang berada di taman tadi cuma sekarang dia duduk di atas bangku yang disediakan di taman.

Dia menekupkan mukanya ke atas meja.

Langit sudah mula gelap tetapi Luna tetap berada di situ.

Kisah apa dia pandangan orang terhadapnya.

"Hai you sorang je ke" tiba-tiba seorang jejaka yang sangat dikenalinya duduk di sebelahnya

"HEIII kau tak nampak banyak lagi kerusi kat taman ni kenapa nak kena duduk sebelah aku!" Tengking Luna lalu berdiri dengan geram

Lelaki itu tersentak.

"Boleh cakap baik-baik kan tak perlu kot nak tengking bagai" marah lelaki itu

Dia makin mendekati Luna.

"Orang macam kau tak kan blah kalau cakap baik-baik" kata Luna sinis

Matanya menatap mata lelaki itu tajam. Tiada langsung rasa gentar di jiwa.

"Kau jangan nak kurang ajar eh Tengku Luna!!!" Jerkah lelaki yang memanggil namanya

Lelaki itu merupakan pelajar bermasalah di sekolah menengah Luna iaitu Leo Ryan .

Luna bersekolah di Royale Elite High, sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar golongan bangsawan.

Tiba-tiba Leo mencengkam kedua-dua pergelangan tangan Luna kuat, Luna ditolak berbaring di atas tanah.

"Arghh" adu Luna badannya sakit ditolak seperti itu.

Sebelumnya Leo sempat melihat sekeliling taman itu sunyi kerana suasana yang mula gelap.

Luna dengan sekuat tenaga nya cuba menolak Leo tapi tidak berhasil kerana Leo menimpa kakinya.

Luna meronta kuat sambil menjerit meminta tolong.

"Kau diam la be****" jerkah Leo.

"S**l lah kau pergi jauh sana sakit tangan aku ni, kalau patah kau nak tanggung ka!!!" Jerit Luna.

Leo mendekatkan mukanya ke muka Luna.

'puihh'

Ludah Luna ke muka Leo.

"Kau ni kan memang lah!!!" Bentak Leo.

Dia mengangkat tangannya tinggi ingin menampar Luna.

Belum sempat dia menyentuh pipi Luna.

'Bukk'

Perut Leo ditendang oleh seseorang, Leo takut mukanya akan di kenali orang itu lalu dia melarikan diri.

'huh macam aku tak kenal dia. Tunggu kau aku report kau kat mama kau' getus hati Luna

Luna menarik nafas lega.

Belum sempat Luna mengucapkan kalimat terima kasih atas jasa lelaki ini.

Saat lelaki itu cuba menolong Luna bangun dengan menghulurkan tangannya, mata mereka bertentangan.

"KAU!!!" Jerit mereka serentak.

Done BAB 1✔

Stay tuned untuk bab seterusnya😜
Jgn lupa vote and comment tau...
Love yaa 💃❤️

-Mr Heartless untuk Cik Psycho-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro