Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 8

"Psst..Reen" Panggilan Eliana membuatkan kepalaku automatik menoleh memandangnya di sebelah.Kening sebelah diangkat tanda 'apa?' .

"Aku dengar orang cakap kau cari pasal dengan si Misha sebab Danish.Betul ke?" Soal Eliana ragu-ragu.Aku yang mendengar soalan yang keluar daripada mulut Eliana Izzati terdiam sebentar.

Excuse me? Dia yang cari pasal dulu,bukan aku.Taik cicak betul perangai dia tu!

"Ulat bulu tu yang mula dulu.Kenapa aku pulak?Dia yang marah-marah aku sebab aku marah Danish.Yang Danish tu pun satu! Pergi cakap aku date dengan junior.Mana tak nya aku bengang !" Balasku geram.Tiba-tiba satu suara menarik perhatianku begitu juga dengan Eliana.Serentak kami menoleh ke hadapan.

"You..nanti nak pergi kantin , you jalan dengan I tau.You asyik jalan dengan Ammar je.I nak jugak dengan you" Rengek Misha manja.

"Erm..you tengok lah dulu.Kalau I tak busy I pergi dengan you eh? Sebab I rasa I ada kerja kat bilik disiplin lepas ni." Balas Danish pula lalu melangkah masuk ke dalam kelas diikuti Misha.

"Yang dekat depan tu boleh tak jangan nak buat drama sangat? Ingat kitaorang suka tengok drama tak berbayar tu? Boleh muntah darah tau tak?" Aku bersuara dengan nada sinis.Misha dan Danish langsung tidak dipandang.

"Kau sibuk kenapa?Ada masalah ke?Kalau cemburu cakap" Misha memandangku tajam.Danish pula sudah menggarukan kepalanya.

"Huh! Cemburu?!Weyhh boleh muntah hijau keluar darah warna warni aku dengar"

"Enough! Misha..you masuk kelas you sekarang" Misha mencebik.Sempat dia menghentak kakinya tanda protes sebelum dia melangkah ke kelasnya iaitu kelas 5 Bronze.Dia memang pernah merayu nak masuk kelas 5 Emerald,tapi pengetua tak bagi.

Tanpa kami sedar,cikgu Aida iaitu guru kelas kami sudah berdiri di hadapan pintu kelas.

"Kenapa bergaduh ni?" Soal cikgu Aida selepas kami memberi ucapan selamat pagi.Aku memandang Danish tajam begitu juga dengan Danish yang menjelingku.

"Siapa suruh buat drama kat depan.You..nanti nak pergi kantin , you jalan dengan I tau.You asyik jalan dengan Ammar je." Ayat Misha tadi diajuk semula dengan suara acah diva 2.0

"Yang kau nak jealous kenapa? Dah tersuka dekat aku cakap je la." Danish membalas.Aku terus berjalan ke arah tempat duduknya yang terletak di belakang mejaku.

Dan sekarang, kami masing-masing menghadap sesama sendiri.

"Jangan nak perasan boleh tak?Aku tak suka kau pun.Eee..tolong lah! Ingat aku nak sangat dekat mamat poyo macam kau ni.Perasan je lebih." Tuturku geram.

"Perasan je lebih? Kau nak tahu tak Reen? Kau je yang asyik cari pasal kalau Misha ada dengan aku.Huh! Aku bukan nak perasan la,tapi ramai lagi orang crush dekat aku.Dan ya,diorang tak ada lah nak bantah atau menyampah ..tapi kau!! Kau yang lebih-lebih siap nak menyampah bagai.Itu tak ke menunjukkan yang kau cemburu kalau Misha asyik berkepit dengan aku?" Waaa...terasanya dekat hati ni.

Eh! Ingat aku kesah sangat?Dah la tu..tak habis-habis cakap aku cemburu dengan Misha.

"Tu sebab aku tolong bantahkan.Aku tahu lah,semua peminat kau dah bosan tengok drama tak berbayar kau dengan ulat bulu tu.Tapi sebab diorang takut,diorang tak bantah tapi diorang menyampah!"

"Cukup!" Cikgu Aida bersuara serta merta hentikan pergaduhan kami buat masa sekarang.SEKARANG je ok.

"Kamu berdua ni kan, saya tengok dari Ayreen first day kat sini asyik gaduh je.Tak boleh ke kalau satu hari korang diam? Tak sah kalau sehari tak buat kecoh.Dekat bilik guru tu,semua cikgu yang mengajar kelas ni dah agak kalau kelas 5 Emerald ni dengar macam orang perang mulut,kamu berdua lah tu.Boleh tak kalau berbaik?" Semua orang di dalam kelas memandang kami berdua.

"Mak cik singa ni mula cari pasal dulu." Danish memandangku.Eh! sesedap kambing golek je dia cakap macam tu.

"Eh! sedar diri sikit.Kau tu dari aku first day masuk sekolah ni dah cari pasal.Mulut kau yang puaka tu menyakitkan hati! Siapa yang start dulu semua tu kau!" Aku membalas.Cikgu Aida menggeleng.

"Saya nak semua orang ubah tempat.Susun meja jadi kumpulan.Satu kumpulan ada empat meja" Cikgu Aida mengarah.Selepas selesai menyusun aku duduk di sebelah Eliana.Di hadapan Eliana pula,Ammar dan di hadapan aku...

Mamat mulut puaka tu lah!

Dan paling bangang abadi,benda yang paling aku tak inginkan terjadi....

"Eliana..kamu duduk sebelah Ammar dan Ayreen.Duduk sebelah Danish" Eliana dah bangun dan menuju ke tempat Danish.Jadi sekarang,Danish lah yang kena bergerak ke sebelah aku.

"So done! Kalau saya dengar pergaduhan kamu ni lagi teruk,saya bagi kahwin terus.Saya keluar dulu.Lagi satu,tolong senyap ye.Semua guru akan ada mesyuarat dan mungkin sehingga waktu rehat.Jadi,cikgu untuk mata pelajaran selepas ini takkan masuk kelas.Danish and Ayreen,kamu berdua tu pengawas.Jangan kamu berdua pulak yang buat hal." Pesan cikgu Aida tegas lalu dia terus meninggalkan kelas.

Mataku mengerling ke arah Danish di sebelah yang sedang mengeluarkan sticky note.Tangannya mencapai pen berdakwat hitam dan dia menulis sesuatu di atas sticky note.Selepas itu,sticky note dilekatkan di atas meja aku.Aku yang memandang perbuatan Danish itu terus mengambil kertas itu kasar lalu isinya dibaca.

Kau tak akan terlepas!

Danish sekali lagi menulis sesuatu pada sticky note.

Kau akan sengsara,Ayreen Qaisara

Apa yang ditulis oleh Danish itu hanya dibaca sekali pandang.Sticky note digumpal kemudian bola mata diguling ke atas.

"Korang ni,kalau nak berbalas surat cinta buat je lah.Tak payah acah-acah macam nak gaduh" Tiba-tiba Ammar bersuara berbaur usikan.Aku dan Danish serentak memandangnya tajam.

"Wuuu..serentak pandang Ammar" Eliana pula mengusik.Kaki ku terus menyepak kaki Eliana dari bawah meja membuatkan gadis itu mengaduh kecil.

"Sakit lah" Eliana merungut.

"Kau jangan nak memandai eh Ammar.Aku smack down kau nanti." Danish masih memandang Ammar tajam.Ammar pula hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Weh! korang dah bayar ke belum duit untuk kursus pengawas tu?" Eliana mengangkat kening sambil matanya memandang aku,Danish dan Ammar bersilih ganti.

Aku hanya membalas soalan Eliana dengan anggukan di kepala begitu juga dengan Ammar.

"Dah" Balas Danish.Aku yang tersedar pen hitam milik Danish terkena di meja ku terus menolak pen itu sehingga jatuh.Danish memandangku.

"Apa masalah kau?" Soal Danish.Dia terus menunduk mengambil pen miliknya.

"Ni meja aku.Aku tak nak barang kau sentuh meja aku.Kalau tak aku jahanam kan." Danish terlopong.

"Tu pun berkira ke?!"

"Korang!" Ketua kelas 5 Emerald berdiri di hadapan kelas.Semua mata memandangnya.

"Isnin minggu depan ada hari keceriaan kelas.Cikgu Aida berharap sangat kelas kita menang.So,siapa setuju nak hias kelas petang ni?"

"Baru ingat nak tidur petang ni." Gumamku perlahan.




TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro