MHP 64
Shawl satin berwarna putih dibetulkan agar tidak kelihatan senget. Wangian disembur beberapa kali sehingga haruman memenuhi ruang bilik. Seperti biasa, aku menilik diri di hadapan cermin sehingga berpuas hati. Baju daripada Danish Izmeer dipandang dengan senyuman di bibir.
Pintu bilik di tutup. Tiba-tiba mama muncul di hadapan pintu.
"Eh! Mama terkejutlah.." Dada diusap perlahan melihat mama yang sedang ketawa terkekek memandangku.
"Sara nak pergi mana?"
"Danish ajak keluar. Boleh kan mama? Boleh kan?" Wajah comel ditayangkan. Ini lah Ayreen Qaisara, bila dah bersiap baru nak minta izin mama atau papa.
"Ye lah ye lah. Jangan balik lewat. Kalau nak dating lama-lama, kahwin cepat sikit." Seloroh mama serta-merta membuat mataku terbeliak. Kahwin? Ouh terlalu awal untuk itu..
Sneakers Nike berwarna putih disarung pada kaki. Kereta milik Danish yang berhenti di hadapan rumah itu dipandang sekilas sebelum aku mengaturkan langkah ke situ.
"Lama tunggu?" Soal Danish setelah aku masuk ke dalam kereta. Kepala digeleng sebagai jawapan.
10 minit berlalu, dan kami berdua masih mendiamkan diri. Danish yang fokus memandu dikerling. Jejaka itu memakai sweatshirt hitam menampakkan lagi kekacakannya. Kau dah angau kali ke-berapa ni, Ayreen?
Wait wait..
Sweatshirt hitam?
Aku memandang semula sweatshirt Danish kemudian sweatshirt yang aku pakai..
So..baju kitaorang ni...
"Ye aku beli sweatshirt yang sama untuk kau." Tiba-tiba Danish bersuara seperti tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Bibir mengukir senyuman kecil. Pandangan kemudiannya dicampak ke luar tingkap. Memandang lampu-lampu yang menerangi jalan gelap.
Kereta Danish akhirnya berhenti di satu tempat. Aku memandang tempat itu dengan pandangan musykil. Tempat apa ni? Kenapa tak ada orang? Jangan cakap Danish nak buat benda yang bukan-bukan..
"Ish apa kau ni, Ayreen? Buruk sangka dengan tunang sendiri." Marahku pada diri sendiri. Pintu sebelah penumpang terbuka luas membuatkan aku terkejut.
"Nak juga tunggu aku yang bukakkan pintu ni." Aku tersengih memandang Danish.
Mataku tidak lepas dari memandang tempat yang dibawa Danish. Pokok-pokok yang dicerahi dengan lampu berwarna-warni itu dipandang teruja. Di sini ada lima pokok besar dengan warna lampu yang berbeza. Warna merah jambu, biru, oren, ungu dan putih.
Tak dapat dinafikan, tempat ni betul-betul cantik. Seperti tempat yang selalu dijaga dengan rapi oleh seseorang.
Lenganku ditarik dan kami berdua mengambil tempat di sebuah bangku. Pandangan pula masih tidak lepas dari memandang setiap penjuru di sini. Kalau diikutkan kepala otak aku, tak pernah lagi Danish bawa aku ke sini.
"Tempat apa ni?" Akhirnya, soalan yang bermain di fikiran aku tujukan. Pandangan beralih ke arah Danish yang setia duduk di sebelah.
"Ni port lepak aku dengan arwah Farhan. Kalau Farhan datang Selangor, memang kitaorang akan datang melepak kat sini bawa motor. Lampu yang tersangkut di pokok-pokok ni aku dengan Farhan yang letak. Kitaorang yang hias tempat ni." Terang Danish. Dapat aku rasakan nada sebak dari suaranya. Siapa sangka, kawan yang rapat bertahun-tahun akhirnya meninggalkan kita buat selamanya.
"Kau nampak tak botol-botol kaca yang tersangkut dekat ranting-ranting pokok yang pendek tu?" Jarinya ditunding ke arah sebatang pokok yang pendek. Mataku terhenti pada botol kaca yang dikatakan Danish tadi.
"Kenapa dengan botol tu?" Soalku ingin tahu.
"Dalam botol kaca tu ada nota. Isi hati Farhan. Nota-nota dalam botol tu semuanya tertulis pasal kau, Ayreen. Dia tulis nota tentang kau sampailah hari terakhir dia kat dunia."
Ayat terakhir Danish cukup membuatkan aku keliru. Kening bertaut kerana kerutan di dahi.
"Jap aku tak faham. Farhan tulis nota sampai hari terakhir dia kat dunia?"
"Lepas dia kena langgar, keadaan dia sangat kritikal. Sebelum dia dah tak dapat nak survive, dia minta aku tuliskan nota terakhir untuk kau memandangkan dia dah tak mampu nak menulis. Hanya Farhan je tahu macam mana aku menangis waktu dia sebut satu persatu perkataan untuk aku tulis kat surat tu. Hanya untuk kau Ayreen. Dia betul-betul sayangkan kau."
"Sebelum dia pergi, dia pernah pesan. Kalau dia dah tak ada, dia harap sangat aku bawa kau datang sini. Dia harap sangat kau jumpa lelaki yang terbaik kalau aku tak ditakdirkan untuk kau. Dia takut, dia takut kalau lelaki lain sakitkan hati kau yang dia dah jaga separuh mati. Dia tak nak benda tu jadi." Tambah Danish. Air mata aku tidak lagi mampu bertahan. Apakah perasaan Danish sekarang? Semestinya apa yang dia rasa lagi teruk jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya seorang kekasih Farhan.
Kuatnya kau, Danish.
"Lagi satu, Farhan minta kau baca nota-nota yang dalam botol kaca tu kalau kau nak."
"Danish..." Panggilku membuatkan Danish yang termenung tersentak lalu aku dipandang.
"Terima kasih sebab kau tak lupakan permintaan Farhan." Senyuman nipis terukir. Mutiara jernih sudah membasahi tudungku. Tak mampu lagi nak bertahan.
Danish mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu air mataku dilap.
"Berterima kasih juga dekat aku sebab tak lupa nak bawa kain sapu tangan ni. Aku tahu, kau mesti akan menangis punya." Aku tergelak kecil begitu juga dengan Danish.
"Kenapa baru sekarang kau bawa aku datang sini?"
"Sebab aku tahu kau belum ready untuk semua ni. Dulu, aku sebut nama Farhan sikit kau dah menangis apatah lagi kalau aku cerita pasal pesanan Farhan sebelum dia pergi. So, waktu tu aku decide nak bawa kau ke sini lepas habis sekolah." Jawabnya membuatkan aku mengangguk faham.
"Danish, jangan tinggal aku tau. Aku tak nak lalui benda ni lagi." Sekali lagi cecair panas mengalir di pipi. Pantas Danish mengelap air mataku menggunakan tuala kecil yang dibawanya. Lelaki itu tersenyum nipis lalu menganggukkan kepala.
Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan lelaki yang berada di hadapan ku ini. Cukup lah hanya Farhan yang meninggalkan aku dulu.
Sesungguhnya, aku redha atas pemergiannya. Kau tempatkan lah dia di kalangan orang yang beriman.
•••
"Hai Ayreen." Adam Shahrizal tiba-tiba muncul dan berjalan di sebelahku. Bola mata diguling ke atas. Pagi-pagi pandangan aku dah tercemar tengok dia ni. Balik ni kena cuci mata pakai sabun.
"Ada kelas ke?" Soalnya.Aku mengeluh.Kepala dianggukkan.Memang tak mengalah betul lepas dapat makan penumbuk Danish.
"Lepas habis kelas aku bawa kau pergi makan nak?"
Langkah dihentikan. Badan dipusing ke sebelah menghadap Adam yang sedang tersenyum manis. Tangan dikepal. Nampaknya dia ni memang tak makan saman!
"Boleh tak kalau kau stop kacau aku? Aku rimas, aku tak selesa. Kau faham tak? Belambak lagi lah kaum hawa dekat sini. Kenapa aku juga kau nak ajak keluar? " Dahi sudah berkerut seribu memandang jejaka di hadapan. Kalau lah aku ni kuat, dah lama aku heret dia ni keluar dari sini.
"Listen, ini kali terakhir aku cakap. Aku tak ada masa nak layan kau. Stay away from me." Tambahku sebelum menyambung langkah meninggalkan Adam Shahrizal yang masih terkaku di situ. Dia ingat aku ni perempuan, dia boleh buat apa sahaja yang dia nak?
Maaf, ini Ayreen Qaisara. Jangan berangan!
Adam's POV
"Hai! Broken nampak?" Suara seseorang menyapa gegendang telinga membuatkan aku menoleh ke belakang. Muka selamba ditayangkan.
Minah kerek ni lagi...
"Kau Adam Shahrizal kan?" Teka gadis yang berdiri hadapan aku atau lebih tepat, Mia Eryna.
"Kenapa?" Kening dijongket ke atas. Bibir merah kerana gincu milik Mia mengukir senyuman. Senyum tersungging.
"Kau ada perasaan ke dekat Ayreen Qaisara tu?" Gadis itu semakin mendekati aku. Lenganku dipegangnya lembut.
"Kalau ye pun aku ada perasaan dekat Ayreen, apa kena mengena dengan kau?"
"Sebab aku ada perasaan dekat tunang dia." Pantas Mia menjawab. Jawapan gadis itu cukup membuatkan dahiku berkerut hairan.
"Tunang? Ayreen? Ada tunang?" Kerutan di dahi semakin bertambah apabila Mia membalas dengan anggukan di kepala.
Jangan cakap tunang dia tu..
"Danish Izmeer. Omg! Aku tak tahu lah apa yang Danish tu dah buat sampai aku betul-betul sayangkan dia!"
Mataku terbuka luas. Patut lah Ayreen rapat semacam dengan Danish tak guna tu. Dengan lelaki lain bukan main dia jauhkan diri. Jaga hati tunang rupanya.
"Adam!" Panggil Mia lalu memukul lenganku membuatkan aku tersentak.
"Ish! Aku tahu lah kau angau dengan Ayreen. Nak fikir pasal Ayreen tu nanti, bukan sekarang." Mia Eryna menjeling.
"Tak. Benda sekarang, yang kau tiba-tiba datang kat aku kenapa? Kau nak apa?" Aku mula menyoal tujuan Mia yang secara tiba-tiba menegurku. Tak ada angin tak ada ribut, tengok-tengok dah berdiri terpacak di belakang.
"Well, memandangkan kau nak Ayreen dan aku nak Danish, apa kata kita buat something untuk putuskan hubungan diorang? Kau kena faham, aku dah lama idamkan untuk jadi girlfriend Danish."
Kening sebelahku terangkat. Putuskan hubungan Ayreen dan Danish...
Cliche.
Tak ke macam...kejam?
Lagipun diorang dah bertunang.
Tapi..tak salah dia tolong kan?
Alah! Baru tunang, belum suami isteri.
"Aku on, apa-apa plan terus inform aku." Kata putus diberikan sebelum aku berjalan meninggalkan Mia Eryna yang sudah tersenyum kemenangan.
Ayreen Qaisara,
Tunggu aku.
•••
Ayreen's POV
Aplikasi Instagram dibuka, mataku terhenti pada gambar Faris yang sedang candid seperti sedang menelefon seseorang. Handphone miliknya elok dilekapkan di telinga manakala matanya memandang jam yang dipakai.
Mata kemudiannya jatuh memandang caption.
@_farisam I'm waiting for u 🐝❤️ @fatinfarzana_
Amboi! Bukan main ye Fatin dengan Faris sekarang.
Gambar itu ditekan dua kali kemudian jari menyentuh skrin untuk scroll ke bawah. Kiriman dari Hariz yang baru di-post 30 minit yang lepas dipandang dengan kening yang bertaut.
Gambar yang hanya menampakkan muka Hariz melalui flashlight handphone. Background belakang dia pula....gelap.
@Harizzz Malam ini sungguh gelap😮Mummy..takut gelap😭 #Blackout #WhenKauSorangSorangDalamRumah #HantuKacau #WehTemanAku!
Mulut ditekup menahan tawa. Hariz ni besar makin pelik pula.
Seperti biasa, gambar itu ditekan sebanyak dua kali.
Scroll lagi ke bawahhhh....
@_danishizmeer Tick tock..where are you, honey? ;)
Gambar Danish yang sudah mencecah 24,136 likes ditekan dua kali. Komen juga ditinggalkan.
@ayreensara_ Ada ni tengah makan..
Dua minit berlalu, satu notifikasi daripada Danish keluar. Aku tersenyum sendiri.
@_danishizmeer Makan je tahu. Gemuk baru tahu 😏
"Biar lah gemuk pun. Baru orang tak nak culik." Gumamku. Jari laju menekan setiap huruf di papan kekunci untuk membalas komen Danish.
@ayreensara_ Biar lah gemuk pun 🙄
Yes! Ayreen takkan kalah!
* Jap jap..sebelum korang sambung baca, username Danish kat bawah ni author tak tukar sebab tak nak komen yang lama hilang.
So after this kalau korang ada nampak username instagram yang tak sama, tu maknanya author tak tukar sebab taknak komen yang lama hilang. Okay thankyou. Boleh sambung baca *
@Dnish._ Ehh tapi perempuan kalau stress,dia akan makan.Bila makan,dia akan gemuk.And bila gemuk,dia akan stress.And bila stress,dia akan makan lagi.And bila dia makan lagi,dia akan gemuk lagi.And bila dia dah gemuk,dia akan stress.Dan bila dia stress,dia akan makan.
@_danishizmeer Ha nak ke gemuk?
Pipi dikembungkan setelah membaca komen daripada Danish. Nak kena ni!
@ayreensara_ Tahu kalau aku gemuk mesti kau dah taknak aku :(
@_ayreenqaisara.fans_ Sweet lah Ayreen dengan Danish 😍
@_danishizmeer Eh eh suka hati je tuduh. Kau gemuk ke kau kurus, aku tetap sayang tauu 😏❤️
Bibir melakar senyuman lebar. Tetapi senyuman itu hanya bertahan untuk beberapa saat apabila mataku tertancap pada komen seseorang yang menyampuk di antara komen aku dan Danish.
@AryanQalish Keluar taik telinga aku baca ayat @Dnish._ ni😑
"Sibuk je budak Aryan ni."
Ting!
Aryan 💙
Kakak ku sayang,
Ayuh kita turun makan malam.
Mesej daripada Aryan Qalish dibaca sekilas sebelum aku mengaturkan langkah keluar bilik untuk ke tingkat bawah.
Aryan yang sedang berdiri di atas kerusi dipandang dengan kerutan. Mama yang sedang menuang air ke dalam gelas hanya mampu menggelengkan kepala.
"Yan ni kenapa berdiri atas kerusi? Kena denda ke?" Soalku dengan usikan di akhir ayat. Aryan pula tersenyum sumbing.
"Yan tengah tangkap gambar lauk yang mama masak. Nak hantar kat along. Padan muka dia tak boleh rasa masakan mama. Siapa suruh dia belajar jauh-jauh." Balasnya sebelum ketawa jahat. Aku terus merampas handphone yang dipegangnya. Mesej daripada along dibaca lalu aku ketawa kecil.
Along Aryna 💛
Aryan dah lah!!!
Kau ni memang sengaja kan 😭
Jangan sampai along block eee
"Jahat lah buat along macam tu." Mama sekali lagi menggelengkan kepala. Aryan tersengih sambil membuat peace
"Alah! Kira Yan ni baik lah hantar gambar mama masak apa kat along. Pengubat rindu." Gurau Aryan dan mendapat tamparan lembut di bahunya.
Nasib aku sambung belajar kat sini je...
Kalau tak, nasib sama macam along.
TBC
Promote ❤️
The Beautiful
Btrisyanjiha
Jemput baca cerita tu 💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro