MHP 63
Angin malam menampar pipiku lembut. Langit yang gelap tanpa bintang dipandang lama. Badan disandar pada buaian yang terletak di balkoni bilik. Keluhan dilepaskan.
Aku serabut. Serabut dengan kehidupan yang sekarang.
'Tinggalkan Danish untuk aku'
'Kalau tak benda buruk akan melanda'
Ayat Mia masih berlegar-legar di ingatan. Kenapa bila aku dah mula nak bahagia, mesti ada orang ketiga. Tapi cerita aku sekarang bukan setakat orang ketiga, ni dah kelima!
Tambah pula dengan Adam Shahrizal tu. Lebih menyerabutkan kepala!
"Tinggalkan Danish untuk Mia?"
Mata dipejamkan serapat-rapat yang boleh. Sekali lagi aku mengeluh.
"Benda tu takkan terjadi"
___
"Morning my princess."
Aku yang mendengar suara Danish di corong telefon mahu sahaja melempar handphone yang masih dilekap pada telinga. Jam sekali lagi dipandang.
3:09 a.m
Aku ulang...
3:09 a.m
A.M.
Pagi!
"Kau nak apa call aku pagi-pagi buta macam ni? Tak sihat ke?" Soalku geram. Badan dibaringkan semula.
"Aku tak sihat sikit je. Sakit rindukan kau tak hilang-hilang. Heheh." Kedengaran Danish ketawa kecil di hujung ayat. Aku menepuk dahi.
"Danish Izmeer Bin Iskandar. Seriously?" Tangan aku terasa ringan sahaja untuk menampar Danish berkali-kali. Nasib tak ada depan mata je.
"Ayreen Qaisara Binti Hashim.What?" Danish menyoalku semula.
"Esok aku pagi aku ada kelas. Nak ke tengok tunang kau ni terlentok-lentok dalam dewan kuliah?"
"Okay okay aku tak kacau dah. Sorry. Pergi lah tidur. Assalamualaikum.."
"Danish.."
"Apa?"
"Er Mia ada mesej kau tak?" Kuku digigit. Kenapa tiba-tiba je nak tanya soalan macam ni, Ayreen?!
"Ada. Kenapa?"
"Tak ada apa. Tanya je. Aku tidur dulu."
"Are you sure, baby?"
Aku terlopong. Kemudian dengan cepat bantal diambil untuk menekup muka. Baby? Baby?!
Izinkan aku menjerit.
"Hello, Ayreen? Are you there?"
Alamak! Terlupa aku belum matikan talian!
"Ye, Danish?"
"Tak apa lah. Kau ni dah macam mengantuk sangat. Pergi tidur eh. Bye, princess."
"Aha! Bye!"
Punat merah ditekan. Comforter berwarna putih bersih ditarik menutupi seluruh badan kemudian aku cuba melelapkan mata semula.
Tapi gagal.
Aku dah tak boleh tidur.
•••
Danish's POV
Penyedut minuman disedut. Melegakan tekak yang agak kering sejak berada di dalam kelas Puan Maya. Tiba-tiba kerusi yang terletak di hadapanku di kafeteria ditarik perlahan. Pantas kepala didongak untuk memandang gerangan yang bakal mengambil tempat di hadapanku itu.
"Hai Danish." Dia tersenyum manis. Aku tidak membalas. Hanya menayangkan raut wajah yang dingin.
"Er Danish. Actually, I nak minta maaf kalau I selalu ganggu you. I tahu mesti you rimas. Sorry sangat-sangat." Mia menundukkan sedikit kepalanya. Bibirnya pula dari tadi diketap.
"I dapat tahu yang Ayreen tu tunang you. I minta maaf sebab ganggu hubungan korang." Tambahnya. Dahiku mula berkerut,
"Mana kau tahu Ayreen tu tunang aku?" Soalan yang dituju olehku serta-merta membuat Mia Eryna mengangkat wajahnya untuk memandang aku. Dia agak terkejut. Begitu juga dengan aku.
Ye lah, gambar tunang yang aku post di Instagram dah dipadam atas permintaam Ayreen. Katanya tak nak budak-budak dekat Universiti ni tahu.
"Er..I tahu dari..er..ada lah I dengar-dengar." Mia menggarukan kepalanya kemudian ketawa kecil. Keadaan kami berdua sekarang teramatlah.....
Janggal.
"Anyway, Ayreen takkan tak kena kacau dengan mana-mana boys kat sini? Ye lah, she's pretty, cute, ayu, mesti ramai sangkut." Gadis itu cuba menukar topik kemudian ketawa plastik. Tetapi ketawanya terhenti saat melihat aku yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Berani lelaki kat sini nak kacau Ayreen?
Aku penggal kepala.
"Ada je. Kau kenal kan Adam Shahrizal tu?" Air mocha disedut sedikit.
"Seriously? Mamat hensem yang kaki perem- er..sorry. I mean, yeah Adam?" Mia berpura-pura seperti tidak mengenali siapakah Adam Shahrizal. Aku mengangguk dengan hairan.
"Kalau kau dah tak ada benda nak cakap, aku rasa kau dah boleh pergi cari tempat duduk lain." Kataku dengan senyuman kekok. Mia yang tadinya sedang merenung seseorang terus menoleh memandangku semula. Gadis itu mengangguk kecil. Tiba-tiba tangannya menyentuh tanganku.
"Apa-apa pun I minta maaf lagi sekali if I kerap kacau you." Dia tersenyum manis. Tanganku digenggam erat sebelum aku menepisnya. Pantas gadis itu beredar meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil dengan tindakannya.
meanwhile
Back to Ayreen's POV
Aku, Dania dan Anis berjalan bersama-sama memasuki kawasan kafeteria untuk mengisi perut yang kosong. Dah macam-macam konsert perut aku ni buat memandangkan aku terlalu lapar. Bayangan mac and cheese sudah bermain-main di dalam kepala. Itu lah kau Ayreen, Mama suruh sarapan tadi kau tak nak.
"Wait,wait,wait." Anis memberhentikan langkah aku dan Dania membuatkan aku berdecit. Orang dah lapar suruh tunggu pula.
"Fuhlamak! Apa siput sedut tu buat kat situ?" Dania tiba-tiba bersuara sambil matanya memandang ke arah tempat yang dipandang oleh Anis.
Dengan perasaan ingin tahu yang kian menggunung, aku turut memandang ke arah 'siput sedut' yang dimaksudkan Dania. Tetapi apa yang aku dapat...
Menyesal.
Mia yang perasan akan kehadiran kami memandang aku dengan lama. Dia kemudiannya memegang tangan Danish dan itu cukup membuatkan jantungku seperti ingin tercabut keluar.
Perut yang tadinya lapar terus kenyang. Muka Mia memang buat selera makan aku hilang.
_____
"Princess!"
Panggilan seseorang menghentikan pergerakanku. Siapa lagi yang panggil aku princess kalau bukan Danish Izmeer.
"Sorry."
"Sorry? For what?" Aku berpura-pura seperti tidak mengetahui apa-apa. Tangan memeluk tubuh lalu badan disandar pada kereta.
"Ayreen, please. Tadi Anis dah cerita kat aku. Apa yang kau tengok ta- "
Kata-kata Danish terhenti apabila aku pantas memasuki ke dalam perut kereta. Dengan cepat butang lock ditekan supaya Danish tidak dapat memasuki ke dalam. Mata terpejam rapat sebelum gear betukar daripada P ke R . Perlahan-lahan kereta diundur ke belakang sebelum aku memecut meninggalkan perkarangan Universiti.
Kereta berhenti di hadapan Taman Tasik yang lenggang tanpa manusia di situ. Kaki laju melangkah ke hadapan tasik sebelum satu jaritan yang kuat dihasilkan olehku.
"ARGHH!" Aku terduduk di atas rumput. Batu kecil diambil lalu dibaling ke arah tasik di hadapan. Benci aku pada Mia semakin meninggi. Apa yang dia nak?!
"Ayreen Qaisara, jangan nangis sebab jantan tak guna tu boleh tak?!" Kataku sendiri. Air mata mengalir membasahi pipi. Sekali lagi batu diambil lalu dilempar. Tak ubah seperti kanak-kanak yang merajuk kerana tidak dapat membeli mainan.
Tiba-tiba seseorang menghulurkan tangannya. Kemungkinan dia cuba membantuku untuk berdiri daripada terduduk di atas rumput begini.
Aku mendongak memandang pemilik tangan tersebut kemudian tasik di hadapan dipandang semula. Langsung tidak menghiraukan manusia di sebelah.
"Er kau okay?" Soalnya apabila huluran tangannya tidak disambut. Aku hanya diam membatu.
"Aku Asyraf." Jejaka itu memperkenalkan dirinya walaupun tidak ditanya. Dia tersenyum.
"Dah-dah la tu nangis. Berdiri cepat. Kotor seluar tu nanti."
Pantas aku berdiri setelah mendengar ayat terakhirnya. Memang betul. Aku ni dah lah pakai seluar berwarna putih. Haih, Ayreen Ayreen.
"Kenapa kau menangis? Kau okay tak?" Soal Asyraf dengan prihatin. Matanya tidak lepas dari memandangku membuatkan aku sedikit tidak selesa. Pipi digaru.
"Aku okay."
"Er aku nak handphone kau sekejap." Aku mengerutkan dahi apabila mendengar permintaan Asyraf. Pantas handphone milikku dikeluarkan dari dalam beg lalu dihulurkan kepadanya.
Mataku hanya memandang Asyraf dengan kerutan yang masih di dahi. Ternampak seperti dia mendail nombor seseorang menggunakan handphone aku.
Butang hijau ditekan setelah dia mendail nombor orang itu. Selepas beberapa saat, handphone miliknya menyala seperti ada panggilan.
Dan akhirnya, aku faham.
Dia guna handphone aku untuk telefon diri dia sendiri. Dan lepastu dia akan simpan nombor aku yang tertera sebagai missed call di handphone-nya.
Jadi, ini lah taktik lelaki untuk simpan nombor perempuan?
Boys.
_____
"Akak tadi abang Danish datang bagi something. Yan dah letak atas katil akak." Aryan yang baru selesai meneguk air kosong di dapur memandangku yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku hanya mengangguk malas. Wajah Aryan dipandang sekali lagi.
"Ni kenapa muram je muka?" Soalku apabila ternampak wajahnya yang tak ceria seperti selalu. Milo menghampiri Aryan. Jejaka itu terus mengangkat Milo kemudian dipeluk kuat.
"Gaduh dengan Sofia." Jawabnya perlahan. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Buat kali pertama aku nampak dia tak senyum bila sebut nama Sofia.
Selalunya bila sebut je nama Sofia, Aryan lah yang akan tersenyum sampai ke telinga. Pipinya juga aku bertukar kemerahan.
"Nanti okay lah tu. Gaduh-gaduh manja je ni. Alah!" Aku cuba memujuk Aryan yang masih dengan raut wajah ketatnya. Rasa macam nak tergelak tapi tak apa, risau kalau budak ni mengamuk.
Pintu bilik dibuka perlahan. Padanganku terhenti pada satu beg yang terletak elok di atas katil. Ini kot yang Aryan bagitahu tadi?
Beg laptop diletakkan di sebelah meja belajar. Pantas aku mengambil hadiah pemberian Danish itu lalu diletakkan di atas meja.
Sepucuk surat dikeluarkan kemudian isi dalamnya dibaca.
Ayreen Qaisara..
Perempuan paling hodoh yang pernah aku jumpa..
"Tak guna." Gigi diketap. Berani dia cakap aku perempuan paling hodoh?
Hehe gurau je..
Perempuan paling cantik yang pernah aku miliki.. *yes ini baru betul*
Aku cadang nak bagi kau benda ni tadi tapi tak expect pulak harini kita ada salah faham.
I'm so sorry..
Cuma nak cakap, apa yang kau nampak tadi bagaikan sebuah novel yang kau baca sekerat jalan. Okay?
Psst ; pukul 8 malam aku datang ambik kau. aku nak bawak kau pergi satu tempat. jangan lupa!
-Danish Handsome ;)
"Danish Handsome? Tak pernah tak kuat perasan." Kataku sendiri lalu tersenyum. Tapi memang tak dapat dinafikan lagi, seketul Danish Izmeer sememangnya hensem. Kalau tidak, aku tak banyak pesaing..
Sebuah kotak yang terletak di dalam beg itu dikeluarkan. Perlahan-lahan kotak itu dibuka.
Seutas rantai yang tertulis perkataan ayreen dipegang dengan senyuman. Hadiah daripada Danish tak pernah menghampakan.
Aku kemudiannya mengeluarkan lagi satu kotak di dalam beg itu. Sweatshirt berwarna hitam yang elok dilipat di dalam kotak itu ditarik keluar.
"Cantiknya!!" Baju itu dibelek depan belakang. Rongga hidungku juga menangkap bau wangian lelaki. Macam bau Danish.
Eh Danish ada kat sini ke?
Pandanganku dialihkan ke arah pintu bilik yang tertutup rapat. Takkan lah Danish ada dalam bilik aku.
Sweatshirt yang dari tadi aku pegang itu dihidu. Sah! Danish sembur perfume dia dekat baju ni.
Tiba-tiba aku ternampak sehelai kertas di atas penutup kotak baju tadi.
Nanti keluar pakai baju ni, jangan risau aku dah basuh.
- D
Excited pula nak keluar dengan dia.
Badan dibaringkan. Sweatshirt itu sekali lagi dihidu. Menarik bau wangian Danish.
Ini kalau mama tengok ni, mesti di-cop yang anaknya ni gatal!
TBC
Dah la chapter ni hambar sangat..
Anyway,
Hubungan Ayreen and Danish akan berkekalan ke?
Atau nasib Ayreen sama macam dulu? 🤔 Kehilangan Danish sama seperti kehilangan Farhan. HAHAHA *gelak jahat*
Okay gurau~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro