Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 62

"Ayreen.."

Kepalaku menoleh ke belakang setelah pintu kereta ditutup rapat. Wajah Danish Izmeer dipandang tanpa segaris senyuman di bibir. Tangan memeluk tubuh. Menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut jejaka itu.

"Listen, pasal mesej kau ba-

"Tak payah lah cakap pasal tu. Malas nak ingat." Bola mata diguling ke atas. Pandangan dialihkan dari memandang Danish. Sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan anak matanya.

"Tapi aku nak kau tahu, Ilya tu cuma sepupu aku. Terpulang pada kau Ayreen sama ada nak percaya atau tak." Katanya sebelum melangkah meninggalkan aku yang masih berpeluk tubuh di sisi kereta. Anis yang hanya memandang kami berdua terus menghampiriku.

"Weh! Kenapa tu?" Soal Anis sambil matanya memandang ke arah Danish Izmeer yang kian hilang dari pandangan. Keluhan kecil dilepaskan.

Itu lah kau, Ayreen. Cemburu buta!

___

"Danishh.." Panggilku meleret kemudian mengambil tempat di hadapannya. Buku dan beg laptop diletakkan di atas meja lalu Danish di pandang. Wajah bersalah ditayangkan.

"Er..Sampai hati kau tak share kat aku pasal cousin kau yang duduk luar negara tu." Kataku sayu. Amboi Ayreen, mengada betul kau ye?

"Dah princess tak tanya." Balasnya pendek. Bibirku dicebik. Kalau dah tak tahu macam mana nak tanya?!

"Okay cerita lah sekarang." Kepala ditongkat menggunakan tangan. Danish Izmeer yang duduk bertentangan denganku itu dipandang.

"Okay, nama dia Puteri Ilyana. Sebaya dengan kita. Waktu umur dia 5 tahun, family dia kena pindah Australia memandangkan Uncle aku dapat kerja dekat sana. Dulu dia rapat sangat dengan aku. Ilya je satu-satunya sepupu perempuan yang aku rapat kalau nak banding dengan yang lain. Dulu kan, kitaorang selalu main kahwin-kahwin, lepastu ma-"

"K cukup" Aku memotong percakapannya.Lebih lebih nampak.Aku suruh dia cerita pasal cousin dia.Bukan apa yang dia pernah main dengan cousin dia waktu kecik dulu.

"Jealous lah tu." Bibir Danish mengukir senyuman nakal. Nampaknya dia memang sengaja!

"Jangan risau lah. Tu masa budak-budak lagi. Future wife aku pun dah ada depan mata, takkan nak main kahwin-kahwin lagi?"

Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Boleh tahan mengada juga eh kau ni, Ayreen. Agak-agak lah dah besar macam ni nak main kahwin-kahwin.

"Lepasni kalau apa-apa jangan lah terus merajuk. Lain kali tanya dulu. Boleh?" Mata Danish memandang tepat ke arah anak mataku. Seperti kanak-kanak yang berharap untuk mendapat permainan.

Sekali lagi aku tersenyum sebelum kepala dianggukkan.

Mia's POV

Bukak sahaja pintu kereta,aku ternampak Danish yang baru ingin masuk ke dalam kereta.Aku tersenyum.Tak sangka dapat jumpa jodoh!!

Bedak compact dikeluarkan lalu muka di-touch up sedikit. Lipstik merah dioles pada bibir. Setelah berpuasa hati, kaki laju diaturkan ke arah kereta BMW milik jejaka idaman itu.

"Hye" Pintu penumpang dibuka lalu aku masuk ke dalam kereta tanpa kebenarannya.Danish agak terkejut tapi dia hanya berlagak selamba.

"Excuse me, Mia. Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk dalam kereta ni? Adab kau letak mana? Lutut?" Soalnya pedas sekali. Senyumanku serta merta hilang.

"I'm sorry, babe. I cuma nak ajak you keluar makan tapi takut tak sempat. Sebab tu I masuk terus dalam kereta you." Kepalaku ditunduk sedikit. Air mata cuba dikeluarkan demi meraih simpati Danish Izmeer.

"Sorry la.Better aku makan apa yang mummy aku masak dekat rumah.Lagi sedap.Dah la keluar.Aku nak balik" Aku mencebik.Pintu kereta terus dibuka kemudian aku keluar dari perut kereta.Kaki dihentak berkali kali setelah kereta Danish sudah tidak kelihatan.Ayreen tu boleh pulak dia nak keluar sama sama.Tak boleh jadi ni.

"Ish geramnya! Kau tunggu Danish. Aku akan dapatkan kau walau apa cara sekalipun!" Bentakku. Gigi diketap kuat.

Siap kau, Ayreen!


Plan A..








Here we go!

•••

Ayreen's POV

"ARYAN QALISH!!" Suaraku yang cukup lantang itu cukup membuatkan Aryan mencelikkan matanya. Aku yang berdiri tegak di pintu rumah itu dipandangnya hairan.

"Apa benda akak ni? Suara tu perlahan lah sikit." Aryan Qalish kembali baring di atas sofa lalu matanya dipejam semula. Mataku memandang keliling ruang tamu dengan amarah yang membuak-buak. Game playstation dibiarkan terbuka, plastik makanan ringan bersepah, kipas buka, penghawa dingin pun buka. Apa masalah budak ni?!

Tinggilah bil elektrik bulan ni..

"Baik Yan bangun lepastu kemas sekarang. Yang akak tahu, akak turun nanti ruang tamu ni dah tak bersepah." Arahan dikeluarkan. Aryan pula tidak mengendahkan aku. Dengkuran kecil kedengaran daripadanya. Aku memejamkan mata sebelum telinga Aryan ditarik dan dipulas sekuat hati. Hah rasakan!

"Akak!! Sakitlah!! Mama, tolong!!" Aryan memegang telinganya yang masih ditarik olehku.

"Ha itulah, mentang-mentang mama, papa, along tak ada kat rumah, kau buat sepah pula ye? Kemas sekarang!" Mata dijegilkan. Aryan pula menggosok telinganya yang sudah bertukar kemerahan selepas ditarik. Raut wajahnya juga berubah masam mencuka.

"Ye lah.Macam singa" Aryan mencebik.Ayat last tu cuba disebut perlahan tapi malang...

"Akak dengar lah!" Jelingan tajam dilemparkan kemudian kaki laju mendaki tangga.

Ting!

Ting!

019-xxxxxxx
Hey!
Ni aku..Mia Eryna

Dahi berkerut seribu. Mana minah ni dapat nombor aku?

Nombor Mia itu disimpan. Malas nak cakap banyak, tapi kira okay lah aku simpan nombor dia macam ni...

Mia👙

Apa? Suka hati aku lah nak letak emoji apa pun.

You
?

Hanya tanda soal sebagai balasan. Ternampak perkataan 'typing..' membuatkan mataku diguling ke atas.

Mia👙
I nak jumpa you
Nanti I bagi location

You
Kalau aku tak nak?

Mia👙
You akan menyesal..
Pukul 8 malam I tunggu
Bye sundal! 🙄

Mataku terbeliak sebaik sahaja membaca ayat terakhir daripada gadis bernama Mia itu. Dengusan kasar kedengaran. Mesti rumah dia tak ada cermin! Suka-suka je panggil orang macam tu.

Mesej Mia itu dibiarkan tanpa dibalas. Makin dilayan makin sakit hati, otak, mata, telinga, hidung dan seangkatan dengannya.

Ting!

013-xxxxxxx
Aurewm

"Ish! Nombor mana pula tiba-tiba mesej aku ni?" Soalku sendiri dengan kerutan di dahi. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu dibaca. Aurewm? Siapa Aurewm? Apa tu?

013-xxxxxxx
Sata

"Sata ni siapa pula?" Kepala digaru membuatkan tudung bawal yang dipakai menjadi senget. Kalau dia nak cakap Alif Satar, maaf lah salah nombor.

013-xxxxxxx
Ni..nemek

Nemek?!

Ting!

013-XXXXXXX
Ini nenek🎃Sara aoa kjabar?

"Nenek?! Sejak bila nenek pandai ber-whatsapp ni?" Aku melepaskan ketawa kecil. Punggung dilabuhkan di birai katil. Mesej daripada nenek dibalas.

You
Ouh nenek
Sara ingat siapa tadi
Nenek sihat?

013-XXXXXXX
Ambou..
laju jw balas

You
Sara dah biasa, sebab tu laju
Cuba nenek type nama Sara dengan Aryan laju laju

013-XXXXXXX
Alajjjj..semang je
Ayrene Waisata
Aryam Walisj
Ejhh..salay taype
Lajsnsndjeieowqmqnajnshduebsjjsnd
PshansmlwiehDnishkeoojbsbvr

Dahi ditepuk. Ni kalau dah keluar bahasa asing sama ada handphone jatuh ataupun nenek tertindih keyboard.

You
Nenek, Sara nak mandi dulu hehe
Nanti apa-apa mesej je Sara

Nenek😘
Patytla busuj💩

Kepala digeleng perlahan. Busuj pun boleh la nenek.

____

"Akak nak pergi mana?" Soal Aryan yang nampak aku memakai kasut dan memegang kunci kereta.Aryan di pandang lalu senyuman manis terlajak gula sebab gula tertumpah diberikan.

"Nak keluar jumpa beruk kejap. Nanti mama turun tolong bagitahu tau. Thankyou Yayan. Muah!" Flying kiss diberikan membuatkan Aryan menayang wajah jijik. Tak guna punya adik!

Jam yang menunjukkan pukul 8:30 malam itu dipandang sekali lagi. Syabas anak muda! Nampaknya kau dah terlambat 30 minit.

Ada nampak Ayreen kisah?

Pintu Kafe yang telah dijanjikan Mia ditolak. Senyuman herot terukir di bibir apabila
pandangan terhenti pada raut wajah geram Mia Eryna. Ala lambat 40 minit je, kan?

"Hai." Wajah innocent diberikan setelah aku mengambil tempat di hadapan Mia. Mata gadis itu sudah mencerlung tajam ke arahku.

"Awal sampai?" Soal gadis itu dengan nada perli. Senyuman sinis juga turut ditayangkan kepadaku.

"Ouh ya?Alaaa..Aku memang selalu awal and tepati masa.Kau je tak tahu" Aku membalas senyuman sinisnya yang semakin pudar.Apa?Dia fikir aku akan melutut minta maaf sebab lambat?Ouh please.Itu bukan Ayreen Qaisara.

"So, kau jumpa aku ni untuk apa? Aku malas nak lambat-lambat. Mama aku tak bagi anak dara kesayangan dia ni balik lewat."

"Huh! Tak sangka kau still anak mak." Mia menayangkan wajah yang menjengkelkan. Aku tersenyum manis.

"Memang lah aku anak mak. Habis kau tu anak apa? Anak ayam? Anak monyet? Atau..anak ulat bulu?" Balasku pedas.

"Lagi satu..mama aku pesan, anak dara tak elok duduk luar melepak malam-malam macam ni. Baik duduk rumah lipat kain. Kan lagi berfaedah. Kan, Mia?" Minuman yang baru sahaja tiba itu disedut. Mulut aku ni entah kenapa malam-malam jadi hyper nak bercakap itu ini.

"Urgh! Nevermind. Aku nak jumpa kau ni sebab aku ada satu permintaan..."

Sebelah keningku diangkat. Permintaan? Jangan dia minta benda yang bukan-bukan sudah. Nanti ada pula yang kena simbah dengan iced lemon tea aku ni.

"Boleh tak kau just straight to the point?" Mata diguling ke atas. Nak berkias-kias dengan aku tahun depan je lah. Aku tak ada masa nak menunggu sekarang.

"Okay. Cuma satu je permintaan aku ni and it's too easy....



































...tinggalkan Danish untuk aku......
























...kalau tak benda buruk akan melanda"

"Just that." Tambahnya kemudian berpeluk tubuh.

Apa yang aku dengar daripada mulut Mia ni agak cliche, tapi itulah kenyataan.

Eh kau ingat ni drama ke?


























TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro