Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 61

Telekung disangkut setelah selesai menunaikan solat Subuh. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Puas mencari dimana getah rambut milikku menghilang.

"Haih..mana aku letak ek?Waktu tidur aku bukak,then..rasanya aku letak atas meja lampu.Asal tak ada" Aku mencebik.Kaki terus berjalan keluar dari bilik untuk ke dapur.

"Sara dah sihat ke? Kelas mula pukul berapa?" Mama yang sedang menyiapkan sarapan pagi menoleh ke arahku yang baru tiba di dapur.

"Pukul 10. Dah sihat sikit cuma pening-pening tu ada lagi." Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Teh susu yang dibancuh oleh mama tadi diletakkan di atas meja.

"Ni asal tak ikat rambut ni?Rimas mama tengok" Mama memandangku lalu rambutku yang panjang paras pinggang di tarik.

"Sakitlah mama." Dahi berkerut apabila rambut panjang itu ditarik. Apa tarik-tarik ni, botak la I.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada susuk tubuh seseorang yang baru tiba di tingkat bawah. Lama aku merenung lelaki itu sebelum aku terlopong.

Alamak! Macam mana aku boleh terlupa yang Danish ada dekat sini?!

"Argh!!" Langkah laju diaturkan ke tingkat atas. Kepala diketuk berkali-kali. Nampaknya Danish dah nampak rambut aku!

Danish's POV

"Ayreen tak tahu ke kamu ada dekat sini?" Soal Aunty Linda hairan. Terkejut apabila Ayreen menjerit kerana dia tidak bertudung di hadapan aku.

"Tahu aunty. Ayreen lupa kot." Tangan mengusap belakang leher. Perasaan malu cuba dihilangkan.

"Ish tak payah nak panggil aunty. Mama je." Bahuku dipukul lembut. Kejadian tadi masih berlegar dalam ingatan.

Aku tengok rambut Ayreen ke tadi?


Ehh tak de la.Rambut hantu kak Limah.

"Mama, akak tu terjerit-jerit kenapa?" Aryan Qalish mengerutkan dahi. Dia mengambil tempat bertentangan denganku di meja makan. Aku tersenyum kelat. Aduh Ayreen ni.

"Tak ada apa-apa la." Aunty Linda menggeleng.

Back to Ayreen's POV

Rambut diikat setelah menjumpai getah di bawah comforter.Ceh.Punya la aku cari merata.Bawak comforter jugak dia nak menyorok.

Blouse berwarna hitam yang baru siap digosok itu aku sarungkan pada badan. Selendang putih pula dililit kemas di kepala. Perfume disembur sehingga harum semerbak memenuhi ruang bilik.

Beg galas dan buku-buku rujukan yang disusun elok di atas meja belajar dicapai. Jantung yang berdegup kencang itu cuba tidak dihiraukan. Malu punya pasal nak jumpa dengan Danish.

"Sara pergi dulu mama, papa." Tangan mama dan papa dikucup lembut. Aku dan Danish segera bergerak ke rumah uncle Iskandar dan aunty Adhia.


"Sara dah breakfast ke?" Aunty Adhia menyoal dengan prihatin sementara menunggu anak bongsunya itu bersiap.

"Dah." Bibir mengukir senyuman manis begitu juga dengan wanita di hadapanku itu. Jam tangan dikerling. Lambatnya Danish ni.

"Hah tu Danish dah siap." Mataku memandang ke arah Danish yang menghampiriku. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Aunty Adhia.

"Danish, drive elok-elok. Kamu tu bawa anak dara orang ." Pesannya kepada Danish.

"Iye mummy. Alah! dah setahun lebih Ayreen naik kereta dengan Nish. Elok je." Lengan Danish dipukul aunty Adhia. Aku yang berdiri di situ hanya tergelak kecil.

"Kena lah pesan selalu biar kamu tu beringat sikit." Mummy Danish menggeleng.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, rongga hidungku menangkap bau wangian milik Danish. Jejaka yang duduk di kerusi bahagian pemandu itu dipandang.

"Berapa botol la kau sembur minyak wangi? Nasib tak busuk. Kalau tak, mahunya aku tahan nafas sampai sana." Bebelku.

"Eleh cakap kat orang, dia pun sama je. Ada lah tu nak pikat siapa-siapa." Tuduhnya. Aku menjegilkan mata.

"Suka hati je cakap aku nak pikat orang!" Danish dijeling tajam. Tangan memeluk tubuh kemudian pandangan dilempar ke luar tingkap.

"Merajuk la tu."

"Mana ada!" Sekali lagi Danish dijeling. Cincin yang elok tersarung pada jari ditenung. Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman.

"Apa senyum-senyum?" Danish bersuara setelah mendiamkan diri beberapa minit.

"Senyum pun salah ke?" Aku tergelak kecil.

Kereta Danish Izmeer memasuki perkarangan Universiti. Pelajar yang baru tiba di situ turut memandang ke arah kereta yang dibawa Danish. Pelbagai raut wajah dapat aku lihat. Ada yang senyum tergedik dan ada yang menayangkan wajah menyampah. Agaknya menyampah nampak aku dalam kereta ni.

Iri bilang.

Seperti yang dijangka, semasa aku dan Danish berjalan beriringan ke kelas, kedengaran bisikan pelajar di situ yang gayanya seperti tertelan mikrofon. Apa benda lah nak berbisik tapi kuat-kuat. Meh sini akak Ayreen ajar korang nak berbisik!

"Eh! Hai Ayreen.." Adam Shahrizal berdiri di hadapan aku dan Danish menyebabkan langkah kami berdua terhenti. Mataku memandang Adam dengan kerutan di dahi. Pagi-pagi dah nampak muka mamat ni.

"Ouh, tak perasan pula ada Danish. Hai, bro. " Dia tersenyum plastik. Danish yang berdiri tegak di sebelahku hanya mendiamkan diri. Sapaan Adam juga tidak dibalas. Hanya wajah dingin yang dapat aku lihat.

"Excuse me? Kitaorang dua ada kelas sekarang. Tumpang lalu." Aku berura-ura ingin meneruskan langkah ke kelas tetapi Adam pantas menghalang. Dengusan geram dilepaskan. Kalau lah universiti ni papa punya, dah lama aku tukarkan mamat ni pergi tempat lain.

"Awak tak ingat ke? Pagi ni kan kelas kita sama. Dr. Idham kan? Jom la pergi dengan saya." Tangan Adam memegang tanganku erat tanpa berlapik. Dia cuba menarikku untuk berjalan bersamanya tetapi..

Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di muka Adam Shahrizal membuatkan dia terjatuh sambil memegang bekas ditumbuk. Mataku terbuntang luas lalu Danish Izmeer dipandang. Mukanya sudah merah akibat menahan kemarahan.

"Kau jangan berani nak sentuh Ayreen!" Danish mengeluarkan amaran. Lengan aku ditariknya meninggalkan Adam di belakang.

____

Kepala ditongkatkan menggunakan tangan. Danish yang sibuk dengan handphone miliknya ditenung. Muka monyok macam orang baru lepas kena paksa makan ubat.



Eh yang kena paksa makan ubat tu bukan aku ke?

"Danish tak nak la macam ni." Handphone yang berada di tangan Danish itu ditarik kemudian ia diletakkan ke dalam beg yang aku bawa. Lepas sahaja kejadian dengan Adam tadi berlaku, Danish langsung tak bersuara. Sepanjang kelas Dr. Idham, wajahnya masam macam limau!

"Apa ni Ayreen, bagi la handphone balik." Tangan Danish cuba untuk mengambil beg milikku tetapi gagal.

"Omg! Hai Danish. Terserempak pula kita dekat sini." Mia Eryna muncul bersama beg laptop. Gadis itu mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan dengan Danish tanpa meminta izin.

Aku yang masih di situ hanya mendiamkan diri. Tangan mencapai handphone di dalam beg. Sedaya upaya aku tunjukkan reaksi selamba. Padahal hati ni dah meluap-luap panas dia. Kalau aku boleh tampar dia, dah lama aku buat. Suka-suka je nak rapat dengan tunang orang.

Sabar Ayreen sabar.

"Ehem..excuse me.Ayreen Qaisara kan?Boleh tak kalau you bagi privacy dekat kitaorang dua?Tak malu ke dengar apa yang orang tengah cakap kalau you ni tak ada kena mengena?" Arah Mia atau lebih tepat HALAU.Privacy konon.Baru kenal berapa hari dah nak ada privacy.Pigidah.Fikir aku hamak sangat nak dengar ke?Acah tak tahu nama aku.Aku tahu la minah senget tu selalu stalk aku.Dah la follow aku kat instagram.Dasar stalker tak berjaya.Wekk..

*tarik bawah mata sambil jelir lidah.Try la buat.Buat depan cermin sambil bayang buat dekat Mia.




















Aku tahu korang struggle buat aksi tu.Tak payah buat..buruk aku tengok.

"Excuse me Cik Mia Erynanah. Sorry aku panggil kau Erynanah but nevermind. Aku cakap ni sekali je tau. First thing first, who the hell are you? Kau tiba-tiba datang menyampuk dekat sini lepastu suka-suka nak halau aku? Kau ingat kau siapa? Anak menteri? Ish serabut lah tengok muka kau ni." Aku pantas berdiri untuk meninggalkan mereka berdua. Danish cuba menghalangku tetapi aku tidak mengendahkannya. Kalini je aku bagi chance kat Mia. Lepasni? Jangan harap!

Punggung dilabuhkan pada bangku yang berdekatan. Handphone yang dari tadi aku pegang dibuka. Kerutan di dahi kian terbentuk. Wallpaper pada handphone itu dipandang lama.

Setahu aku, wallpaper lock screen handphone aku gambar raya aku dan keluarga. Kenapa handphone ni tiba-tiba gambar aku dengan Danish?

Aku ada tukar wallpaper ke baru-baru ni?

Atau..

Handphone diterbalikkan ke belakang. Ya! Itu dia! Ini bukan handphone aku. Tapi handphone Danish yang aku ambil tadi!

Butang tengah ditekan. Aku berdecit apabila perlu meletakkan kata laluan. Kepala digaru.

"Apa password Danish eh?" Soalku sendiri.

Belakang nombor kad pengenalan dia?

Aku terus menekan nombor sehingga memenuhi empat ruang kosong itu. Tetapi malangnya gagal.

"Birth date aku dengan Danish kot.." Tekaku. Sekali lagi aku cuba menekan nombor yang tertera untuk memenuhi empat ruang kosong.

Dan akhirnya, betul!

Aplikasi Whatsapp dibuka. Mataku memandang satu-persatu nombor telefon daripada orang yang tidak dikenali. Ada yang minta berkenalan, ada yang menanyakan soalan itu ini, tetapi sayangnya Danish tidak membalas satu pun mesej mereka.

Tiba-tiba satu nombor orang yang tidak dikenali itu menarik perhatianku. Jari pantas menekan.

+60-19xxxxxxx
Hey babe!
Its me ilya..

You
Are you serious?
God its been a long time!

+60-19xxxxxxx
I balik malaysia this weekend!!

You
Can't wait!

+60-19xxxxxxx
Me too!
Dah lama tak tengok you
Makin hensem ke makin hodoh

You
We'll see 😏

Butang off ditekan. Jantung yang berdebar itu cuba tidak dihiraukan. Kelopak mata dipejam seketika.

Siapa perempuan tu?

Siapa Ilya?

Danish's POV

Kelibat Ayreen yang menghampiri kafe ini dipandang. Wajahnya yang muram cukup membuatkan dahiku berkerut. Mungkin marahnya pada Mia belum habis.

"Princess pergi mana?"

Ayreen tidak menjawab soalanku. Tangannya menghulurkan handphone yang dipegangnya. Mata langsung tidak memandangku.

"Ayreen, kenapa ni?" Sekali lagi aku menyoal. Gadis itu hanya menggelengkan kepala. Dia berdiri kemudian beg dicapai. Eh nak pergi mana?

"Aku nak balik dulu." Tuturnya mendatar. Langkahnya pantas diaturkan keluar dari Kafe meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Ting!

Princess Ayreen💞
Aku balik dengan Anis.
Semoga bahagia jumpa Ilya hujung minggu ni.

Mesej terakhir gadis itu cukup membuat aku tersentak. Mana dia tahu tentang Ilyana?

"Habislah kau, Danish." Jari melekap pada pelipis kemudian diurut.











TBC

Chapter ni bosan lah, sebab tu lambat update 😭

Anyway...

Happy ending?

Sad ending?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro